Hannah Yeoh Tseow Suan

YB Hannah Yeoh Tseow Suan (lahir 9 Januari 1979) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Cina yang juga bekas Ahli Dewan Negeri Selangor (ADN) kawasan Subang Jaya, Selangor dari Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Seorang bekas peguam dan pengurus upacara, beliau memenangi kerusi N31 Subang Jaya selepas menewaskan Ong Chong Swen daripada parti MCA, salah satu parti komponen Barisan Nasional, dalam pilihan raya umum 2008.. Yeoh didahului oleh bekas ADUN, Datuk Lee Hwa Beng (daripada Barisan Nasional), yang memutuskan untuk bertanding kerusi parlimen.

Yang Berhormat Puan

Hannah Yeoh

AP
杨巧双
حنةيوه تسيو سوان
Hannah Yeoh Tseow Suan
Menteri Belia dan Sukan
Memegang jawatan
3 Disember 2022
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanAdam Adli Abdul Halim
Didahului olehAhmad Faizal Azumu
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P117 Segambut
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Dalam jawatan
16 Julai 2018 – 10 Oktober 2022
Didahului olehHannah Yeoh Tseow Suan Lim Lip Eng
Majoriti45,702
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
MenteriHannah Yeoh Tseow Suan Hannah Yeoh Tseow Suan Wan Azizah Wan Ismail
Didahului olehHannah Yeoh Tseow Suan Hannah Yeoh Tseow Suan Azizah Mohd Dun
Chew Mei Fun
Digantikan olehSiti Zailah Mohd Yusoff
Yang di-Pertua
Dewan Negeri Selangor
Dalam jawatan
21 Jun 2013 – 25 Jun 2018
Didahului olehHannah Yeoh Tseow Suan Teng Chang Khim
Digantikan olehHannah Yeoh Tseow Suan Hannah Yeoh Tseow Suan Ng Suee Lim
Ahli Dewan Negeri Selangor
untuk N31 Subang Jaya
Dalam jawatan
08 Mac 2008 – 9 Mei 2018
Didahului olehHannah Yeoh Tseow Suan Hannah Yeoh Tseow Suan Datuk Lee Hwa Beng
Digantikan olehHannah Yeoh Tseow Suan Hannah Yeoh Tseow Suan Michelle Ng Mei Sze
Majoriti13,851
Butiran peribadi
LahirYeoh Tseow Suan
(1979-01-09) 9 Januari 1979 (umur 45)
Selangor Subang Jaya, Selangor, Malaysia
Parti politikHannah Yeoh Tseow Suan Hannah Yeoh Tseow Suan PH-DAP
PasanganRamanchandran Muniandy (k. 2008)
Anak-anak2
Alma materAustralia Universiti Tasmania, Australia
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam
Laman web rasmiHannah Yeoh's Personal Blog

Latar belakang

Dilahirkan di Subang Jaya, Yeoh pernah belajar di SK Seri Subang Jaya, SK SS19 dan SMK Subang Utama, selepas itu beliau menyambung pelajarannya di University of Tasmania, Australia pada tahun 1998 dan memperoleh ijazah undang-undangnya pada tahun 2001. Beliau diiktiraf menjadi peguam oleh Badan Peguam Malaysia pada bulan Januari 2003, dan kemudian mendapat pengiktirafan oleh Mahkamah Agung Tasmania selepas memperoleh Certificate of Legal Practice (Sijil Praktik Guaman) di Tasmania. Yeoh kemudian bertugas sebagai peguam di Petaling Jaya selama tiga tahun sebelum berpindah ke syarikat pengurusan upacara pada tahun 2006.

Kerjaya politik

Didorong oleh Edward Ling, rakan sekolahnya, supaya menyertai dunia politik, kedua-dua Yeoh dan Ling menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP) Cawangan Damansara pada akhir tahun 2006. Yeoh memilih untuk menyertai DAP walaupun parti itu merupakan sebuah parti pembangkang kerana beliau berasa bahawa pendirian parti politik itu adalah yang paling tekal, walaupun pemimpinnya sering diugut oleh Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan penahanan tanpa sebarang perbicaraan.

Hannah Yeoh Tseow Suan 
Hannah Yeoh dalam satu ceramah mewakili DAP

Diilhamkan oleh Tony Pua, Pengerusi Cawangan Damansara, yang meletakkan jawatan untuk menyertai DAP sepenuh masa, Yeoh mengikut jejak Pua dan meletakkan jawatannya sejurus sebelum pilihan raya umum pada bulan Mac 2008 untuk menumpukan sepenuh masanya sebagai seorang ahli politik.

Dalam pilihan raya tersebut, Yeoh bertanding untuk kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan pilihan raya Subang Jaya, sebuah kubu Barisan Nasional, dan memenangi dengan majoriti sebanyak 13,851. Justeru itu, Ling yang merupakan pengurus kempennya dilantik sebagai setiausaha politik kepada Yeoh.

Keputusan pilihan raya umum 2008

Tahun DUN Undian diperolehi Majoriti Undian keseluruhan Lawan
2008 N31 Subang Jaya 23,459 13,851 33,067 Ong Chong Swen (BN - MCA)

Yeoh mengendalikan sebuah pusat perkhidmatan dan operasi yang ditempatkan di sebuah kedai yang terletak di 24, Jalan SS14/1A, Subang Jaya untuk memudahkan pertemuan dengan penduduk kawasannya serta untuk mengatasi masalah mereka. Beliau terperanjat apabila dibanjiri oleh masalah-masalah remeh-temeh dari tikus sehingga lampu jalan yang sepatutnya ditangani oleh anggota majlis tempatan. Memahami bahawa peranannya adalah untuk "mewakili para pengundinya dengan berkesan dari segi dasar pada peringkat Dewan Undangan Negeri" dan bukan untuk mengatasi "masalah longkang", strategi Yeoh adalah untuk menggalakkan pengambilan anggota Majlis Perbandaran yang bermutu dari kalangan wakil penduduk.

Isu dan kontroversi

Tidak dibenarkan ke sekolah lama

Pada 4 Ogos 2010, Malaysiakini melaporkan bahawa terdapat satu surat pekeliling berhubung pemimpin-pemimpin BN yang boleh dijemput bagi menghadiri majlis yang dianjurkan oleh sekolah-sekolah di Selangor tetapi membelakangkan pemimpin daripada Pakatan Rakyat dilabelkan sebagai contoh sifat 'pilih kasih' kerajaan persekutuan. Menurut surat yang bertarikh 16 Feb 2009 itu, Menteri Pelajaran Malaysia telah meluluskan senarai 57 pemimpin dari UMNO, MCA, MIC dan Gerakan di Selangor yang boleh mewakili Tan Sri Muhyiddin Yassin di negeri itu. Yeoh dalam laman tweet pernah mempersoalkan kandungan pekeliling itu dan berkata beliau mempunyai senarai pemimpin BN yang diluluskan itu. “Saya tidak dibenarkan menghadiri sebarang majlis di sekolah-sekolah di kawasan saya. Ini tidak betul kerana ia menghantar isyarat yang salah kepada kanak-kanak bahawa seseorang terpaksa menerima apa yang diberikan. Mereka tidak dibenarkan memilih pemimpin sendiri,” katanya.

Namun, katanya, dia dibenarkan ke sekolah lamanya - SMK Subang Utama - selepas campur tangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru-guru.

Sikap

Seorang yang memeluk agama Kristian dan berkahwin dengan bangsa yang lain, pendirian Yeoh terhadap rasuah dan masyarakat pelbagai bangsa adalah nyata sekali. Sejurus selepas beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, beliau terkejut apabila mendapati bahawa meskipun rakyat selalu merungut tentang rasuah dan amat sangat ingin perubahan, masih terdapat orang yang rela menawarkannya wang untuk memudahkan dan mempercepat kelulusan projek. Bagi seorang yang menyertai dunia politik, bukan untuk kuasa atau keuntungan peribadi tetapi sebaliknya, untuk memastikan sebuah kerajaan yang bersih atas kepentingan generasi-generasi yang akan datang, Yeoh jelasnya merupakan suatu contoh unggul dalam kalangan ahli politik muda yang baharu yang muncul untuk memberikan pengertian baharu kepada apa yang dimaksudkan dengan ungkapan "perkhidmatan kepada negara."

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Hannah Yeoh Tseow Suan Latar belakangHannah Yeoh Tseow Suan Kerjaya politikHannah Yeoh Tseow Suan Keputusan pilihan raya umum 2008Hannah Yeoh Tseow Suan Isu dan kontroversiHannah Yeoh Tseow Suan SikapHannah Yeoh Tseow Suan RujukanHannah Yeoh Tseow Suan Pautan luarHannah Yeoh Tseow SuanBarisan NasionalCinaDewan Negeri SelangorMCAMalaysiaParti Tindakan DemokratikPeguamPilihan Raya Umum Malaysia 2008SelangorSubang Jaya

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Madinah al-MunawwarahTerlanjur Cinta (drama web)Private BodyguardTugu NegaraKementerian Pendidikan Malaysia10 Briged ParaTanda dan gejalaTentera Udara Diraja MalaysiaSenarai saluran Astro NJOISultan Sharafuddin Idris ShahShaharuddin ThambySultan Muhammad VSyafiqa MelvinMuhammad bin Idris al-SyafiiNik Abdul Aziz Nik MatAmy SearchNabi Zakaria a.s.NeelofaAl Nassr FCAmyra RosliMaria FaridaPerang AhzabCerita Rakyat MalaysiaJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaSusunan Keutamaan Persekutuan MalaysiaPentaksiran Tingkatan TigaKL Gangster 2Akut (perubatan)SyahadahNadhir NasarGabenor Bank Negara MalaysiaHari GuruPasukan bola sepak kebangsaan JepunFadlan HazimProton SatriaZaman air batuBidaraJoe FlizzowFrekuensi radio di PerakBob KumanPang Sock TaoSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarKongsi gelapSyasyaAzad JasminIkan bayanBaba dan NyonyaTrisha OoiNegeri-negeri Melayu BersekutuI.D.ChinaAbu Bakar as-SiddiqNabi Yunus a.s.Baju tradisional MelayuTengku Permaisuri NorashikinRacun RihannaAhli Sunah WaljamaahProton Holdings BerhadPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaNegara PalestinCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahSekali Lagi Cinta KembaliInsya-AllahWikipediaAerofonLan Pet PetSaiful ApekPiala UberNayundaTayamumSultan Iskandar ibni Sultan IsmailPerodua KelisaHazama AzmiBatu CavesPukimakPuteri BalqisNik Faizah MustaphaProton Waja🡆 More