R08 Hms Queen Elizabeth

Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat HMS Queen Elizabeth.

HMS Queen Elizabeth adalah kapal pertama dari kapal pengangkut pesawat super kelas-Queen Elizabeth, kapal perang terbesar yang dibina untuk Tentera Laut Diraja yang mampu membawa sehingga 40 buah pesawat. Kapal ini telah dinamakan oleh Ratu Elizabeth II pada Julai 2014, memulakan ujian laut pada Jun 2017 dan akan ditauliahkan secara rasminya pada akhir tahun 2017. Pegawai Memerintah pertamanya adalah Komodor Jerry Kyd, yang sebelumnya memerintah kapal pengangkut pesawat HMS Ark Royal dan HMS Illustrious. Sebagai Kepten HMS Queen Elizabeth, Kyd akan memakai pangkat Kepten Tentera Laut Diraja meskipun masih mengekalkan pangkat substantif Komodor.

R08 Hms Queen Elizabeth
HMS Queen Elizabeth, Jun 2017
Sejarah
R08 Hms Queen ElizabethUnited Kingdom
Nama: Queen Elizabeth
Bersempena dengan: Queen Elizabeth I
Pengguna: Tentera Laut Diraja
Dipesan: 20 Mei 2008
Pembina:
Kos: £3.1bn
Dibaringkan: 7 Julai 2009
Dilancarkan: 17 Julai 2014
Ditaja oleh: HM The Queen
Disucikan: 4 Julai 2014
Ditauliah: Akhir 2017 (dirancang)
Dalam perkhidmatan: 2020 (dirancang)
Pelabuhan asal: HMNB Portsmouth
Pengenalan:
  • Nombor pennant: R08
  • Kod dek: Q
  • Nombor IMO: 4907892
  • Nama panggilan ITU: GQLZ
Moto: Semper Eadem ("Always the Same")
Status: Tiba di Portsmouth, Menunggu pentauliahkan
Lencana: R08 Hms Queen Elizabeth
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: kapal pengangkut pesawat kelas-Queen Elizabeth
Sesaran: 70,600 tonne (69,500 long ton; 77,800 short ton)
Panjang: 280 m (920 ka)
Lunas:

39 m (128 ka) (garis air)

73 m (240 ka) keseluruhan
Draught: 11 m (36 ka)
Jana kuasa: Dua buah turbin gas Rolls-Royce Marine 36MW MT30 dan empat buah enjin diesel 10MW
Halaju: 29 knot (54 km/j)
Jarak: 10,000 batu nautika (19,000 km)
Kapasiti: 1,600
Trup: 250
Anak kapal: 679
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • radar jarak jauh S1850M
  • radar jarak sederhana Type 997 Artisan 3D
  • Sistem Optikal Elektro Ultra Electronics Series 2500
Persenjataan:
  • 3 x Phalanx CIWS
  • 4 x meriam kaliber 30mm, pelbagai minigan dan GPMG untuk melawan ancaman asimmetrik.
Pesawat yang dibawa:
Kemudahan penerbangan:
  • Hangar di bawah dek
  • Dua buah lift pesawat
  • Lompatan ski

HMS Queen Elizabeth tidak memiliki manjanik atau kabel pencangkuk kerana ia direka untuk mengoperasikan pesawat V/STOL; kekuatan sayap udara akan terdiri daripada pesawat pejuang pelbagai peranan F-35B Lightning II dan helikopter Merlin bagi peranan amaran awal udara dan peperangan anti kapal selam. Rekabentuknya mengutamakan fleksibiliti, dengan kapasiti penginapan sehingga 250 anggota Royal Marines dan berupaya untuk menyokong mereka dengan membawa helikopter penyerang dan pengangkutan anggota tentera menggunakan helikopter Chinook. Ia juga merupakan kapal kedua Tentera Laut Diraja yang menggunakan nama Queen Elizabeth dan akan berpangkalan di HMNB Portsmouth.

Lihat juga

  • Masa depan Tentera Laut Diraja

Rujukan

Tags:

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Takdir Itu Milik AkuKulitSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiSheikh Muszaphar ShukorLailatulqadarPukimakBumiputera di SabahKerajaan Bani AbbasiyahHong KongPandemik COVID-19 di MalaysiaDoa IftitahNabi Lut a.s.TuakSahurSolat hajatRaja Zarith SofiahAngkor WatFrekuensi radio di JohorGerhana matahariSe7en (filem 1995)Lembah BujangShuib SepahtuMasjid Wilayah PersekutuanKesultanan Melayu MelakaPelajarSarimah IbrahimHinduismeNaim DanielBola balingSukan elektronikPembantu perubatanGangga NegaraCopa América 2021Perkhidmatan awam di MalaysiaJangan Menangis Cinta (drama)Perang UhudDunia IslamMajapahitKorea SelatanKimpalanSolat jamakSejarahPenjajahan Jepun di Tanah MelayuAzazilWarna Warni AidilfitriWikipediaSharifah ShahirahTenaga Nasional BerhadPeristiwa 13 MeiAstro (syarikat)Undang-Undang Laut MelakaAdat resamIntan NajuwaDatuk (gelaran)Perjanjian PangkorIkan bandarayaSetelah Cinta Itu PergiAdnan Abu Hassan (ahli politik)Erma FatimaPerjanjian HudaibiyahSenarai Saintis IslamBoBoiBoyRamadanSelangorSingapura dalam MalaysiaThe Legend of Zelda (permainan video)KelurAmin IdrisNabi Musa menyeberangi Laut MerahNombor telefon di MalaysiaLagi-Lagi SenarioOrang Asli di MalaysiaNabi Sulaiman a.s.Dataran MerdekaStray KidsKerenggaRoti johnTony Eusoff🡆 More