Diet Ketogenik

Diet ketogenik adalah diet yang tinggi lemak, rendah karbohidrat dan protein mencukupi yang kerap digunakan bagi merawat epilepsi refraktori yang sukar dikawal di kalangan kanak-kanak.

Permakanan ini meniru aspek kebuluran dengan memaksa badan bagi membakar lemak lebih pantas berbanding karbohidrat. Biasanya, karbohidrat yang terkandung dalam makanan ditukar kepada glukosa, yang kemudiannya diangkut ke seluruh badan terutamanya penting bagi fungsi otak. Bagaimanapun, jika hanya sedikit karbohidrat terdapat dalam permakanan, hati akan menukarkan lemak kepada asid lemak dan zat keton. Zat keton memasuki otak dan menggantikan glukosa sebagai sumber tenaga. Peningkatan aras badan keton dalam darah, keadaan yang dikenali sebagai ketosis, mendorong kepada pengurangan kekerapan serangan epilepsi.

Diet ini menyediakan protein secukupnya untuk pertumbuhan dan pembaikian badan, dan kalori yang memadai untuk mengekalkan berat badan yang sesuai dengan usia dan ketinggiannya. Diet ketogenik klasik mengandungi nisbah 4:1 ratio berat lemak dengan gabungan protein dan karbohidrat. Ini tercapai dengan mengecualikan makanan berkarbohidrat tinggi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran berkanji, roti, pasta, bijian dan gula, sambil melebihkan pengambilan makanan berlemak tinggi seperti krim dan mentega.

Kebanyakan lemak pemakanan terhasil daripada molekul-molekul yang bergelar trigliserida berantai panjang (long-chain triglycerides, LCT). Bagaianapun, trigliserida berantai sederhana (medium-chain triglycerides, MCT)—hasil asid lemak dengan rantai karbon yang lebih pendek daripada LCT—lebih ketogenik sifatnya. Diet ketogenik MCT menggunakan sejenis minyak kelapa yang kaya dengan MCT sebagai punca separuh kalori yang diperlukan. Memandangkan diet ketogenik MCT kurang memerlukan lemak dan membenarkan lebih penggunaan karbohidrat dan protein berbanding diet ketogenik yang lain, maka mempelbagaikan lagi pilihan makanan yang dibenarkan.

Diet ketogenik yang dikembangkan pada 1920-an ini semakin laris pada dekad seterusnya, tetapi kemudian kurang disambut baik setelah kemunculan ubat antikonvulsan yang berkesan. Pada 1990-an, seorang penerbit Hollywood, Jim Abrahams mempunyai seorang anak lelaki yang mengalami penyakit sawan serius tetapi dikawal oleh diet ini, maka beliau mengasaskan Yayasan Charlie untuk mempromosikan diet ketogenik. Yayasan tersebut menaja sebuah usaha penyelidikan berbilang insitusi yang memulangkan hasil yang menandakan bangkitnya minat penggiat sains terhadap diet.

Diet ini berkesan pada separuh pesakit yang mencubanya, dan amat berkesan untuk satu pertiga pesakit berkenaan. Pada tahun 2008, ujian terkawal rawak jelas menunjukkan faedah diet ketogenik merawat epilepsi refraktori dalam kanak-kanak. Ada juga bukti bahawa dewasa yang menghidap sawan boleh mendapat manfaat dari diet ini, dan begitu juga dengan rejim pemakanan yang lebih longgar, seperti diet Atkins yang terubah suai.

Catatan

Rujukan

Bacaan lanjut

  • Freeman JM, Kossoff EH, Freeman JB, Kelly MT. The Ketogenic Diet: A Treatment for Children and Others with Epilepsy. 4th ed. New York: Demos; 2007. ISBN 1932603182.

Pautan luar

Tags:

Diet Ketogenik CatatanDiet Ketogenik RujukanDiet Ketogenik Bacaan lanjutDiet Ketogenik Pautan luarDiet KetogenikAsid lemakEpilepsiKebuluranTriasilgliserol

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hero RemajaNombor perdanaIsteri HalalKumpulan Rock MalaysiaKhadijah binti KhuwailidHari PekerjaKedah TuaSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3De FamSlot AkasiaRentapBatu Bersurat TerengganuMega Movie (Slot TV3)Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaNina IskandarPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaIkan Sebelah LautLee Kee HiongIntan NajuwaAhmad Zahid HamidiNadia BrianMunafikPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Alif SatarCinema (Slot TV3)Kumpulan Wang Simpanan PekerjaAssalamualaikumPerang Dunia KeduaAkikahPang Sock TaoSultan PahangHun HaqeemSolat JumaatAziz M. OsmanKadet Remaja Sekolah MalaysiaTakwim HijrahCabang dan mazhab IslamUthman bin AffanNabi Isa a.s.XPDCAziz HarunJamrahMustapha KamalStadium Nasional Bukit JalilRedza RosliMata anginDataran MerdekaLaskar KananJasmine Suraya ChinMuhammad Sanusi Md NorSophia LianaTakbirJanna NickStadium Petaling JayaBintara MudaNegeri-negeri Melayu BersekutuOrang Melayu MalaysiaZambry Abdul KadirZaman air batuBahasa MaduraKuala Kubu BharuPlayboy Itu Suami AkuNadhir NasarTauhid RububiyahLiberalismePakatan HarapanSolat hajatFauziah NawiSabronzoCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahTom (penyanyi)Daerah SegamatNajua NasirHannah DelishaHasnul RahmatFrekuensi radio di SabahRuhainies🡆 More