Civil War

Captain America: Civil War ialah filem adiwira Amerika Syarikat 2016 menampilkan watak Marvel Comics, Captain America, diterbitkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures.

Ia merupakan sekuel kepada filem 2011, Captain America: The First Avenger dan filem 2014, Captain America: The Winter Soldier. Filem ini merupakan filem ketiga belas dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Filem ini diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo dengan lakon layar oleh Christopher Markus & Stephen McFeely. Ia menampilam barisan pelakon terdiri daripada Chris Evans, Robert Downey Jr., Scarlett Johansson, Sebastian Stan, Anthony Mackie, Emily VanCamp, Don Cheadle, Jeremy Renner, Chadwick Boseman, Paul Bettany, Elizabeth Olsen, Paul Rudd, Frank Grillo, Daniel Brühl dan William Hurt.

Captain America: Civil War
Civil War
Pengarah
Lakon layarChristopher Markus
Stephen McFeely
BerdasarkanCaptain America oleh
Joe Simon
Jack Kirby
Dihasilkan olehKevin Feige
Dibintangi
SinematografiTrent Opaloch
Disunting olehJeffrey Ford
Muzik olehHenry Jackman
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehWalt Disney Studios
Motion Pictures
Tarikh tayangan
  • 28 April 2016
    (Malaysia)
  • 6 Mei 2016
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
147 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaEnglish
Bajet$250 juta
Pecah panggung$1.152 juta

Pembangunan Captain America: Civil War bermula pada lewat tahun 2013 apabila Markus dan McFeely mula menulis skrip yang meminjam konsep dari komik 2006, Civil War oleh Mark Millar dan Steve McNiven. Adik-beradik Russo dibawa masuk semula pada awal tahun 2014 selepas reaksi positif terhadap ujian tayangan The Winter Soldier. Tajuk filem didedahkan pada bulan Oktober 2014 dan Downey telah ditambah ke dalam barisan pelakon dengan beberapa pelakon lain menyertai filem ini pada bulan-bulan berikutnya. Filem ini memulakan fotografi utama pada bulan April 2015 di Metro Atlanta sebelum selesai di Jerman pada bulan Ogos 2015.

Captain America: Civil War ditayangkan pada 6 Mei 2016 dalam format 3D dan IMAX 3D.

Plot

Pelakon

Gwyneth Paltrow menyambung wataknya sebagai Pepper Potts daru filem MCU sebelumnya dan Martin Freeman diperkenalkan sebagai Everett Ross Stan Lee membuat penampilan kameo dalam filem ini.

Produksi

Pembangunan

Menjelang bulan Januari 2014, Anthony dan Joe Russo telah menandatangani untuk mengarah filem ketiga Captain America yang disahkan oleh mereka pada bulan Mac 2014 dengan Chris Evans kembali sebagai Captain America, Kevin Feige menerbit dan Christopher Markus & Stephen McFeely kembali untuk menulis skrip. Markus dan McFeely mendedahkan bahawa mereka mula bekerja untuk skrip pada lewat tahun 2013, manakala adik-beradik Russo mula bekerja pada bulan Februari 2014.

Pada bulan April 2014, Marvel mengumumkan tarikh tayangan adalah pada 6 Mei 2016, dan Trent Opaloch yang merupakan ahli sinematografi untuk The Winter Soldier berkata dia akan kembali untuk filem sekuel ini. Pada bulan Julai 2014, Markus dan McFeely menyatakan bahawa mereka berada pada pertengahan draf pertama filem ini dan penggambaran dijangka bermula pada bulan April 2015.

Pra-produksi

Menjelang bulan Oktober 2014, Robert Downey Jr. telah memasuki rundingan terakhir untuk menyambung wataknya sebagai Tony Stark / Iron Man dalam filem ini. Pada akhir bulan, ia telah disahkan bahawa Sebastian Stan akan kembali sebagai Bucky Barnes / Winter Soldier, dan beberapa hari kemudian, Marvel mendedahkan bahawa filem ini akan bertajuk Captain America: Civil War, mengesahkan penampilan Downey dan mengumumkan bahawa Chadwick Boseman akan muncul dalam filem ini sebagai Black Panther sebelum filem solonya sendiri. Feige juga mengesahkan bahawa filem ini akan menjadi filem pertama dalam Fasa 3 MCU.

Pada bulan November 2014, Daniel Brühl telah dipilih untuk watak yang tidak dinyatakan, manakala Anthony Mackie dan Frank Grillo disahkan akan kembali sebagai Sam Wilson / Falcon dan Brock Rumlow / Crossbones. Susulan penggodaman komputer-komputer Sony Pictures pada bulan November 2014, e-mel diantara pengerusi Sony Pictures Entertainment, Amy Pascal dan presiden, Doug Belgrad didedahkan, menyatakan bahawa Marvel mahu memasukkan Spider-Man (dimana hak filem adalah milik Sony) di dalam filem ini. Walau bagaimanapun, perbincangan diantara kedua-dua studio gagal dicapai. Akhirnya, Sony Pictures dan Marvel Studios mencapai perjanjian perlesenan untuk kegunaan Spider-Man di dalam sebuah filem MCU film pada bulan Februari 2015, dan laporan menyatakan bahawa karakter ini akan muncul dalam Civil War.

Pada bulan Januari 2015, Mackie mendedahkan bahawa sebagai tambahan kepada Atlanta, lokasi penggambaran lain adalah Puerto Rico dan Berlin, manakala adik beradik Russo mengesahkan bahawa Scarlett Johansson akan kembali dalam filem ini sebagai Natasha Romanoff / Black Widow. Pada akhir bulan, penyunting filem, Jeffrey Ford yang bekerja untuk The Winter Soldier menandatangani untuk Civil War. Pada bulan Mac 2015, Jeremy Renner telah didedahkan akan menyambung wataknya sebagai Clint Barton / Hawkeye. Pada bulan April 2015, ia telah didedahkan bahawa filem ini akan ditukar ke dalam format 3D semasa pasca produksi dan bahawa Brühl akan melakonkan watak Baron Helmut Zemo. Elizabeth Olsen mendedahkan bahawa beliau akan menyambung wataknya di dalam filem ini sebagai Wanda Maximoff / Scarlet Witch.

Penggambaran

Civil War 
Set filem untuk Captain America: Civil War di Downtown Atlanta.

Fotografi utama bermula pada 27 April 2015 di Fayette County, Georgia di bawah tajuk Sputnik. Lokasi penggambaran lain di kawasan metropolitan Atlanta termasuk Buckhead, Gereja Kristian Peachtree di Midtown Atlanta, Downtown Atlanta, dan Norcross, Georgia. Penggambaran tambahan juga dijadual mengambil tempat di Puerto Rico dan Iceland. Captain America: Civil War merupakan filem pertama untuk menggunakan kamera digital 2D IMAX. Menurut Joe Russo, lebih kurang lima belas minit filem ini dirakam menggunakan kamera tersebut.

Pada awal bulan Mei, Marvel mengumumkan bahawa Martin Freeman telah dipilih untuk watak yang tidak dinyatakan manakala Paul Bettany, Don Cheadle, Paul Rudd, Emily VanCamp dan William Hurt didedahkan untuk menyambung watak mereka sebagai Vision, James Rhodes / War Machine, Scott Lang / Ant-Man, Sharon Carter / Agent 13 dan Thaddeus "Thunderbolt" Ross. Samuel L. Jackson yang muncul sebagai Nick Fury di dalam dua filem Captain America sebelumnya berkata beliau terkejut untuk mengetahui bahawa beliau tidak akan muncul dalam Captain America: Civil War. Selepas pendedahan barisan penuh pelakon filem ini, ramai peminat merujuk filem ini sebagai "Avengers 2.5".

Pada akhir bulan Mei, adik-beradik Russo bersama Feige dan Pascal mengadakan satu ujian skrin di Atlanta untuk enam pelakon lelaki remaja yang sedang diperhatikan untuk watak Peter Parker / Spider-Man dimana pelakon-pelakon ini diuji dengan Downey dan Evans. Tom Holland telah dipilih sebagai Peter Parker / Spider-Man. Pada bulan Julai 2015, Jonathan M. Goldstein, salah seorang penulis untuk filem solo Spider-Man mengesahkan bahawa Holland akan muncul dalam filem ini.

Menjelang akhir bulan Jun, separuh daripada penggambaran telah diselesaikan dengan produksi berpindah ke Jerman pada awal bulan Ogos 2015. Lokasi penggambaran di Jerman termasuk Stadium Olimpik, Berlin dan Lapangan Terbang Leipzig-Halle, Schkeuditz. Fotografi utama selesai pada Ogos 22, 2015.

Muzik

Henry Jackman, komposer untuk Captain America: The Winter Soldier kembali untuk mencipta skor filem ini.

Tayangan

Captain America: Civil War ditayangkan di CinemaCon 2016 pada 13 April 13 2016 dan ditayangkan di United Kingdom pada 29 April 2016, disusuli dengan tayangan di Amerika Utara pada 6 Mei dalam format 3D dan IMAX 3D. Pada bulan September 2014, TNT mendapatkan hak penayangan kabel Captain America: Civil War untuk ditayangkan dua tahun selepas tayangan teater.

Masa hadapan

Potensi pulangan Evans

Menurut Kevin Feige, Civil War adalah kesimpulan trilogi Captain America yang bermula dengan The First Avenger dan The Winter Soldier. Ia merupakan filem solo Captain America terakhir dalam kontrak Evans bersama Marvel Studios, beliau menyatakan pada bulan September 2015 bahawa kontraknya dilanjutkan untuk dua filem Avengers: Infinity War (2018) dan Avengers: Endgame (2019). Potensi kepulangannya adalah dalam projek yang berasingan daripada filem keempat "Captain America" ​​dalam pembangunan.

The Falcon and the Winter Soldier dan Captain America: Brave New World

Salah satu siri mini Disney+ Marvel Studios, The Falcon and the Winter Soldier, telah dikeluarkan pada 2021, dengan Malcolm Spellman berkhidmat sebagai ketua penulis dan Kari Skogland pengarahan. Ia berpusat pada Sam Wilson / Falcon dan Stan's Bucky Barnes / Winter Soldier dari Mackie, dengan Cheadle, Brühl, VanCamp, dan Kasumba mengulangi peranan mereka sebagai James "Rhodey" Rhodes, Helmut Zemo, Sharon Carter, dan Ayo, masing-masing, bersama-sama dengan Georges St-Pierre sebagai Georges Batroc daripada Captain America: The Winter Soldier.

Filem keempat, Captain America: Brave New World, dijadualkan dikeluarkan pada 14 Februari 2025, diarahkan oleh Julius Onah. Ia berfungsi sebagai kesinambungan peristiwa The Falcon and the Winter Soldier, memfokuskan pada Sam Wilson, dengan Spellman dan Dalan Musson, seorang penulis siri tentang The Falcon and the Winter Soldier., menulis skrip. Mackie, Danny Ramirez, dan Carl Lumbly memainkan semula peranan Wilson masing-masing, Joaquin Torres dan Isaiah Bradley daripada The Falcon and the Winter Soldier, bersama dengan Tim Blake Nelson dan Liv Tyler mengulangi peranan mereka sebagai Samuel Sterns / Leader dan Betty Ross daripada The Incredible Hulk (2008). Shira Haas muncul sebagai Sabra, manakala Harrison Ford muncul sebagai Thaddeus Ross, menggantikan Hurt selepas kematiannya pada 2022.

Rujukan

Tags:

Civil War PlotCivil War PelakonCivil War ProduksiCivil War MuzikCivil War TayanganCivil War Masa hadapanCivil War RujukanCivil War Pautan luarCivil WarCaptain America: The First AvengerCaptain America: The Winter SoldierChadwick BosemanChris EvansDon CheadleElizabeth OlsenJeremy RennerMarvel Cinematic UniverseMarvel ComicsMarvel StudiosPaul BettanyPaul RuddRobert Downey Jr.Russo BersaudaraScarlett JohanssonSebastian StanWalt Disney Studios Motion Pictures

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

PASKAL (filem)BabiRuhainiesForest CityBank Negara MalaysiaPerodua KelisaWudukBani IsraelSijil Pelajaran MalaysiaD J DaveZiana ZainNabi Musa a.s.SabahFrekuensi radio di KelantanSungai TerengganuGol & Gincu (filem)ProfesionalismeAlif SatarSurah Al-InsyirahKesultanan Melayu MelakaFrekuensi radio di SelangorProton WajaWanita SyurgaAerofonRindu Kasih 2SyahadahHubungan seksSenarai saluran Astro NJOIChinaUniversiti Putra MalaysiaSabah F.C. (Malaysia)Eda EzrinBunga rayaZambry Abdul KadirYang di-Pertuan AgongSujud sahwiKata ganti diriPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IraqPembentukan MalaysiaMatahariPerjanjian HudaibiyahLapangan Terbang Sultan Ismail PetraAstro ShawPeristiwa 13 MeiRizky NazarSunan Gunung JatiRinggitSultanah Nur Diana Petra AbdullahProton PrevéMakkahAhli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15Helikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007Pasukan Operasi Khusus MalaysiaKuala Kubu BharuIsrak dan MikrajFadlan HazimBuah kerasKebudayaan MalaysiaMamat KhalidShiqin KamalPasukan Khas LautPeribahasa MelayuKelurKomunismeTentera Darat MalaysiaLatSiti Khadijah HalimSharnaaz AhmadPegawai WaranChacha MaembongMegat SharizalMyKadSekali Lagi Cinta KembaliMuhammad Sanusi Md NorFuad RahmanKementerian Dalam Negeri Malaysia🡆 More