C-17 Globemaster Iii

Boeing (dahulunya McDonnell Douglas) C-17 Globemaster III adalah pesawat pengangkut strategik yang dikeluarkan oleh syarikat Boeing Integrated Defense Systems, dan kini digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat, Tentera Udara Diraja British, Tentera Udara Diraja Australia dan Tentera Udara Diraja Kanada.

NATO juga merancang untuk memperolehi kapal terbang pengangkut strategik ini.

C-17 Globemaster III
C-17 Globemaster Iii
Kapal terbang C-17 Globemaster III semasa berlepas.
Peranan Pengangkut strategik
Pengeluar McDonnell Douglas/Boeing
Penerbangan sulung 15 September 1991
Mula digunakan 14 Julai 1993
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Amerika Syarikat
Tentera Udara Diraja British
Tentera Udara Diraja Australia
Tentera Udara Kanada
Jumlah dibina 179 buah setakat April 2008
Dibangunkan dari McDonnell Douglas YC-15

C-17 Globemaster III berupaya membuat penghantaran strategik anggota tentera dan semua jenis kargo dengan pantas ke pangkalan operasi atau terus ke pangkalan hadapan dalam kawasan pergolakan. Kapal terbang ini juga berupaya untuk melaksanakan penghantaran udara taktikal, pemindahan perubatan dan misi penguguran dari udara. C-17 mendapat namanya daripada kapal terbang kargo Tentera Udara A.S sebelumnya iaitu, C-74 Globemaster dan C-124 Globemaster II.

Latar belakang

Pada tahun 1970-an, Tentera Udara A.S. mula merancang untuk menggantikan kapal terbang pengangkut taktikal C-130 Hercules. Pertandingan pesawat pengangkut sederhana STOL termaju (AMST) telah diadakan, firma Boeing telah mencadangkan kapal terbang YC-14, manakala firma McDonnell Douglas pula telah mencadangkan kapal terbang YC-15. Meskipun cadangan dari kedua-dua firma ini melangkaui spesifikasi yang ditetapkan, pertandingan AMST telah dibatalkan sebelum pemenangnya dipilih.

C-17 Globemaster Iii 
Reka bentuk McDonnell Douglas YC-15 yang telah digunakan sebagai asas bagi C-17.

Pada awal tahun 1980-an, Tentera Udara A.S mendapati mereka memiliki sejumlah besar kapal terbang kargo C-141 Starlifter yang telah berusia. Beberapa kapal terbang C-141 menghadapi masalah struktur yang teruk disebabkan penggunaannya yang intensif. Memburukan lagi masalah, dari segi sejarah Tentera Udara A.S tidak pernah memiliki keupayaan mencukupi bagi memenuhi keperluan pengangkutan udara strategiknya. Sebagai tindak balas, firma McDonnell Douglas telah dipilih untuk membangunkan kapal terbang baru dengan menggunakan YC-15 sebagai asas. Firma McDonnell Douglas telah dianugerahkan kontrak untuk membina kapal terbang cadangannya, kemudian menamakan sebagai C-17A Globemaster III, pada 28 Ogos, 1981. Kapal terbang baru ini berbeza dari segi sayap rentang belakang, saiz yang lebih besar dan enjin yang lebih berkuasa. Ini bukan saja menjadikan ia boleh melaksanakan semua kerja yang dilakukan oleh C-141, tetapi juga memlaksanakan beberapa tugas C-5 Galaxy, menjadikan angkatan kapal terbang C-5 untuk mengendalikan kargo yang bersaiz besar.

Pengendali

C-17 Globemaster Iii 
Anak kapal C-17 RAF, RAAF dan USAF di RAF Brize Norton pada Jun 2007
C-17 Globemaster Iii 
13 buah C-17 Globemaster III USAF semasa latihan di Virginia
C-17 Globemaster Iii 
Sebuah C-17 mendarat manakala sebuah lagi sedang bersedia untuk berlepas
  • Tentera Udara Kanada : 4 C-17ERs.
    • 429 Squadron "Bisons"
    • 172d Airlift Wing
    • 97th Air Mobility Wing
    • 437th Airlift Wing
    • 315th Airlift Wing
    • 436th Airlift Wing
    • 512th Airlift Wing
    • 412th Test Wing
    • 3d Wing
    • 15th Airlift Wing
    • 452d Air Mobility Wing
    • 62d Airlift Wing
    • 446th Airlift Wing
    • 305th Air Mobility Wing
    • 514th Air Mobility Wing
    • 60th Air Mobility Wing
    • 349th Air Mobility Wing

Spesifikasi (C-17)

Fail:C-17 3-view.png

Data dari lembaran fakta Tentera Udara A.S, Boeing, dan AerospaceWeb

Ciri umum

  • Anak kapal: 3: 2 juruterbang, 1 loadmaster
  • Kapasiti:
    • 102 anggota tentera atau
    • 36 pengusung dan 54 pesakit (cedera)
  • Muatan: 170,900 lb (77,519 kg) kargo diagihkan pada maksimum 18 buah palet utama 463L atau campuran palet kargo dan kenderaan
  • Panjang: 174 kaki (53 m)
  • Rentang sayap: 169.8 kaki (51.75 m)
  • Tinggi: 55.1 kaki (16.8 m)
  • Sayap luas: 3,800 kaki² (353 m²)
  • Berat kosong: 282,500 lb (128,100 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 585,000 lb (265,350 kg)
  • Loji kuasa: 4× Pratt & Whitney F117-PW-100 kipas turbo, 40,440 lbf (180 kN) setiap satu
  • Muatan bahan api: 134,556 L

Prestasi

  • Kelajuan sederhana: Mac 0.76 (830 km/j)
  • Jarak: 2,420 batu nautika (2,785 mi, 4,482 km)
  • Lelangit khidmat 45,000 kaki (13,716 m)
  • Maksimum beban sayap: 150 lb/kaki² (750 kg/m²)
  • Tujahan/berat minimum: 0.277


Lihat juga

Pembangunan berkaitan

  • McDonnell Douglas YC-15

Pesawat setanding

Rujukan

Pautan luar

Tags:

C-17 Globemaster Iii Latar belakangC-17 Globemaster Iii PengendaliC-17 Globemaster Iii Spesifikasi (C-17)C-17 Globemaster Iii Lihat jugaC-17 Globemaster Iii RujukanC-17 Globemaster Iii Pautan luarC-17 Globemaster IiiBoeingBoeing Integrated Defense SystemsMcDonnell DouglasNATOPesawat kargoTentera Udara Amerika SyarikatTentera Udara Diraja AustraliaTentera Udara Diraja BritishTentera Udara Diraja Kanada

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Adab menyambut kelahiran bayi menurut IslamSenarai stesen radio di MalaysiaBadmintonStadium Nasional Bukit JalilIslam di MalaysiaRinggitDoa IftitahBrondongJenis darahHans IsaacKabungShah AlamRaja AzuraFrekuensi radio di TerengganuHantu Kak Limah Balik RumahHari Paskah BesarTunku Abdul RahmanUniversiti MalayaRamadanDaiyan TrishaAdat resam kahwin MelayuOktovia ManroseAtikah SuhaimeKuchingIsrak dan MikrajBaba dan NyonyaOrang India MalaysiaBank Negara MalaysiaFunanJambatan Pulau PinangNabi Ibrahim a.s.Orang BanjarTulisan JawiAnwar IbrahimProton WiraSolat hajatAgama BuddhaSenarai Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFASaifuddin Nasution IsmailLesen memandu MalaysiaAliff Syukri KamarzamanSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaPrabowo SubiantoPerceraian dalam IslamPenyelenggaraanHubungan seksPalestin (wilayah)Frekuensi radio di KedahBajauNorreen ImanTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahMohd Na'im MokhtarBugisPemboleh ubahMyKadZakar manusiaRukun ImanMelakaHannah DelishaPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaKhir RahmanAdat resamDewan Negara MalaysiaSe7en (filem 1995)Datuk (gelaran)Semenanjung MalaysiaSandrinna MichelleTony EusoffMajapahitSukan OlimpikRozita Che WanKrim putarPerodua KancilSolozTikTokTengku Zafrul Abdul Aziz🡆 More