Bahasa Ibrani Ashkenaz

Bahasa Ibrani Ashkenaz (Ibrani: הגייה אשכנזית, rumi: Hagiyya Ashkenazitcode: he is deprecated , Bahasa Yiddish: אַשכּנזישע הבֿרהcode: yi is deprecated ) merupakan sistem sebutan untuk bahasa Ibrani Misynah dan Alkitabiah yang digunakan dalam ibadat Yahudi dan pengajian Taurat oleh penganut Yahudi Ashkenaz.

Ciri-ciri

Oleh sebab ia digunakan di samping Ibrani Moden, perbezaan fonologinya mudah diperhati:

  • א ʾālep̄ dan ע ʿáyin sentiasa senyap dalam kebanyakan variasi Ibrani Ashkenazi, sementara ia sering dibunyikan sebagai hentian glotis dalam Ibrani moden. (Bandingkan Yisroeil (Lithuania) atau Yisruayl (Poland-Galicia) bdg. Yisra'el (Israel).) Sebutan 'ayin yang lebih lama sebagai velar sengau ([ŋ]) banyak terbukti dalam bahasa Ibrani Belanda (juga bahasa Ibrani Frankfurt am Main). Sisa-sisa sebutan awal ini masih ditemui di semua tempat yang berbahasa Yiddish dalam nama-nama seperti Yankev (יעקבֿ) dan perkataan seperti manse (מעשׂה, yang lebih biasa disebut mayse), tetapi selain itu amat nadir.
  • Huruf ת tav disebut sebagai [s] dalam bahasa Ibrani Ashkenaz. Ia sentiasa dibunyikan sebagai [t] dalam bahasa Ibrani moden dan Sefardi. (Bandingkan Shabbos dan Shabbat, atau Es dan ʾEt.)
  • אֵ ṣērê /e/ disebut sebagai [ej] (atau [aj]) dalam bahasa Ibrani Ashkenaz, tetapi ia dibunyikan [e] dalam bahasa Ibrani Sefardi; Bahasa Ibrani moden menggunakan kedua-dua sebutan. (Bandingkan Omein (Lithuania) atau Umayn (Poland-Galicia) dengan ʾAmen (Ibrani Israel).)
  • אָ qāmeṣ gāḏôl /a/ disebut sebagai [ɔ] (dalam dialek-dialek Selatan ia menjadi [u] dalam suku kata terbuka, [ɔ] dalam suku kata tertutup, dan dalam sebutan Lithuania ia boleh menjadi [ʌ]) dalam bahasa Ibrani Ashkenaz, sama seperti dalam bahasa Ibrani Yaman dan Tabariyah, sedangkan ia menjadi [a] dalam bahasa Ibrani Israel. (Bandingkan Dovid (Lithuania) atau 'Duvid' (Poland-Galicia) dengan David (Ibrani Israel).)
  • אֹ ḥôlam /o/ dalam bahasa Ibrani Ashkenaz disebut [au], [ou], [oi], [øi], atau [ei] bergantung kepada subdialek, sementara ia disebut sebagai [o] dalam bahasa Ibrani Sefardi dan Moden. Walau bagaimanapun, di banyak tempat di Jerman ia disebut [o], dan banyak orang Ashkenaz bukan Hassidi di Amerika juga menyebutnya begini. (Bandingkan Moishe dengan Moshe.) (Dalam sebutan Yaman, ia disebut [øː].)
  • אֻ qubbuṣ atau וּ syuruq /u/ yang tidak ditekankan kadangkala menjadi [ʊ] dalam bahasa Ibrani Ashkenaz (ini lebih lazim dalam dialek Tenggara kerana dialek Timur Laut tidak membaharukan vokal ini), sedangkan dalam semua variasi lain ia disebut [u] (Kíddush bbdg. kiddúsh.) Dalam dialek-dialek Hungary dan Oberlander, sebutannya selalu [y].

Variasi

Terdapat banyak perbezaan antara sebutan Lithuania, Poland (juga dikenali sebagai Galicia), Hungary dan Jerman.

  • Ini paling jelas dilihat dengan cara menyebut ḥôlam: sebutan Jerman utara ialah [au], sebutan Jerman selatan ialah [o], sebutan Galicia/Poland ialah [oi], Hungary ialah [øi], dan Lithuania ialah [ei]. Varian lain wujud: contohnya di United Kingdom, sebutan tradisional mengikut sebutan Jerman utara, tetapi bunyi ḥolam kini telah bergabung dengan cara menyebut bunyi "o" yang panjang tempatan, menjadi /əʊ/ (lebih menyamai sebutan Jerman selatan). Sesetengah komuniti tidak lagi menggunakan sebutan Ibrani Ashkenaz dan memilih sebutan Israel. (Banyak komuniti Haredi di England menggunakan [oi] Galicia/Poland, tetapi ada—seperti Golders Green Beth Hamedrash—mengekalkan salah satu variasi sebutan Jerman.)
  • Tzere disebut [ej] dalam kebanyakan sebutan Ashkenaz. Tetapi dalam penggunaan Poland, ia kadang-kadang disebut sebagai [aj].
  • Segol disebut [e] dalam kebanyakan sebutan Ashkenaz, tetapi ia disebut [ej] dalam sebutan-sebutan Tenggara (Poland, Galicia, dll.).
  • Satu lagi ciri yang membuat sebutan Lithuania unik, yang dahulunya digunakan di kawasan Negara-negara Baltik moden, Belarus dan sebahagian Ukraine dan Rusia, ialah huruf sin dan shin kedua-duanya disebut sebagai [s]. Ini serupa dengan sebutan suku Efraim yang disebut dalam Kitab Hakim-hakim 12, yang menjadi sumber istilah Shibboleth.
  • Bunyi resy boleh menjadi ketukan /ɾ/ atau getaran gusi /r/ (seperti dalam bahasa Melayu) ataupun geseran atau getaran uvular bersuara (seperti R gutural dalam bahasa Perancis), bergantung pada variasi dalam dialek-dialek tempatan Jerman dan Yiddish.

Pengaruh pada Ibrani Moden

Walaupun Ibrani Moden pada asalnya berdasarkan ejaan Ibrani Misynah dan sebutan Sefardi, cara ia dituturkan di Israel kini dipengaruhi fonologi Ibrani Ashkenaz yang popular (dan lebih basahan) dalam aspek-aspek berikut.[perlu rujukan]:

  • Tzere (ֵ ) disebut sebagai [eɪ] dalam beberapa konteks, (sifrey dan teysha berbanding sifré dan tésha' seperti dalam Sefardi) oleh sesetengah penutur.
  • Syeva vokal digugurkan (zman dan bukan zĕman seperti dalam Sefardi)
  • beberapa nama huruf (yud dan kuf dan bukan yod dan qof/kof seperti dalam Sefardi)
  • dalam percakapan popular, sesetengah penutur menyerbut beberapa nama khas dengan tekanan pada suku kata kedua terakhir (Dvóra bukan Dĕvorá; Yehúda bukan Yehudá).
  • kata nama atau kata kerja dengan akhiran jamak diri kedua atau ketiga disebut dengan tekanan pada suku kata kedua terakhir (katávtem [awak tulis] bukannya kĕtavtém; syalom aléykhem [selamat sejahtera] dan bukan syalom alekhém).

Catatan

Bibliografi

  • Ilan Eldar, Masoret ha-qeri'ah ha-kedem-Ashkenazit (Tradisi Bahasa Ibrani di Ashkenaz Zaman Pertengahan), siri Edah ve-Lashon jil. 4 dan 5, Yerusalem (Ibrani)
  • AZ Idelsohn, Die gegenwärtige Aussprache des Hebräischen bei Juden und Samaritanern, dalam: Monatsschrift für Geschichte und Wissenschaft des Judentums 57 (NF: 21), 1913, hlm. 527–645 dan 698–721.
  • Dovid Katz, The Phonology of Ashkenazic, dalam: Lewis Glinert (ed.), Hebrew dalam Ashkenaz. A Language in Exile, Oxford-New York 1993, hlm. 46–87. ISBN 0-19-506222-1.
  • S. Morag, Pronunciations of Hebrew, Encyclopaedia Judaica XIII, hlm. 1120–1145.
  • Sáenz-Badillos, Angel (1996). A History of the Hebrew Language. trans. John Elwolde. Cambridge, England: Cambridge University Press. ISBN 0-521-55634-1.
  • Miryam Segal, "Representing a Nation in Sound. Organic, Hybrid, and Synthetic Hebrew," dalam: A New Sound in Hebrew Poetry. Puisi, Politik, Aksen. Bloomington, 2010. ISBN 0253352436 .
  • Werner Weinberg, Lexikon zum religiösen Wortschatz und Brauchtum der deutschen Juden, ed. oleh Walter Röll, Stuttgart–Bad Cannstatt 1994. ISBN 3-7728-1621-5 .
  • Zimmel, Ashkenazim and Sephardim: their Relations, Differences, and Problems As Reflected in the Rabbinical Responsa : London 1958 (sejak dicetak semula). ISBN 0-88125-491-6 .

Tags:

Bahasa Ibrani Ashkenaz Ciri-ciriBahasa Ibrani Ashkenaz VariasiBahasa Ibrani Ashkenaz Pengaruh pada Ibrani ModenBahasa Ibrani Ashkenaz CatatanBahasa Ibrani Ashkenaz BibliografiBahasa Ibrani AshkenazBahasa IbraniBahasa Ibrani AlkitabiahBahasa Ibrani MisynahBahasa YiddishSembahyang YahudiYahudi Ashkenaz

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bola tamparGantangArmeniaPeroduaHari Raya AidilfitriOrang Asli di MalaysiaSarah SuhairiKerajaan SalakanagaraThailandPiala UEFA1Ubur-uburKajangSejarah MelakaPulau PinangMasjid Jamek, Kuala LumpurPenyakit koronavirus 2019Sultanah ZanariahCopa América 1995Unifi TVKanun KeseksaanMyKadMohd Na'im MokhtarPutrajayaAzira ShafinazSabronzoKawasan bandarInteamBostonNabi Ibrahim a.s.Syatilla MelvinPiala Dunia FIFA 2022Orang BanjarMata anginYamanShaheizy SamHukum Kanun MelakaTulisan JawiAwesome TVPerodua MyViMenteri Pendidikan MalaysiaSejarah orang Yahudi di MalaysiaPenggunaZarina ZainoordinPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaAzhar IdrusIndonesiaPeristiwa Kampung MedanPerang AhzabSenarai buahTakdir Itu Milik AkuSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaTerlanjur Cinta (drama)Tepung pelitaKhairulamingLayang Layang PerkahwinanSantapan TerakhirSerembanBahasa ArabKuala TerengganuSainsKerenggaSultan SelangorZodiakBiendaDatuk (gelaran)Kata adjektifIsu kalimah Allah pada stoking 2024Kejuruteraan awamPukimakGerak Khas The MovieRita RudainiGiant's CausewayKitab suci IslamPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaParsiMetadataKhulafa al-Rasyidin🡆 More