Bagan Serai

|- !Jumlah Penduduk |45,900 (2012) |- !Poskod

|34300
Bagan Serai

باݢن سراي 蒲甘

Bagan Serai
StatusPekan
NegaraBagan Serai Malaysia
NegeriBagan Serai Perak
DaerahKerian
MukimBagan Serai

Bagan Serai adalah sebuah pekan di utara Negeri Perak. Keluasan Mukim Bagan Serai adalah 143.58 km/persegi. Lokasinya di daerah kerian yang terletak di selatan negeri Pulau Pinang dan di utara Bandar Taiping, Perak serta Kuala Kurau di barat dan Alor Pongsu di timur. Tempat yang berhampiran ialah Gunung Semanggol, Alor Pongsu, Parit Buntar, dan Kuala Kurau. Kedudukannya adalah pada latitud 5.0166667 Utara dan longitud 100.5333333 Timur. Ia terletak pada ketinggian 133 meter dari aras laut.

Nama Bagan Serai merujuk kepada dua perkataan iaitu "bagan" yang bermaksud jeti, dan "serai" yang merupakan sejenis tumbuhan herba yang mengikut sejarahnya banyak di tanam di kawasan ini.

Bagan Serai juga merupakan bandar ketujuh dari plaza tol Juru, Seberang Perai, Pulau Pinang jika mengikut Lebuhraya Utara Selatan ke arah selatan.

Demografi

Bagan Serai merupakan bandar kedua terbesar di Daerah Kerian. Anggaran jumlah penduduk Bagan Serai adalah sebanyak 40 530 (2017). 50.7% penduduk adalah lelaki dan 49.3% adalah perempuan. Daerah ini terkenal dengan penempatan masyarakat Melayu berketurunan Banjar yang berasal dari Banjarmasin, Kalimantan.

Ekonomi

Bagan Serai terletak di jelapang padi Kerian. Secara tradisi, sumber ekonomi utama di kawasan sekitar pekan Bagan Serai adalah pertanian terutamanya padi, kelapa sawit dan perikanan. Bagan Serai menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian untuk di bawa ke seluruh Malaysia. Pusat bandar Bagan Serai merupakan nadi ekonomi pekan ini. Beberapa buah bank, pasaraya, arked perniagaan dan terminal bas dan teksi terletak di sini.

Infrastruktur

Perkhidmatan awam

  • Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Serai
  • Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian
  • Balai Trafik Bagan Serai
  • Klinik Kesihatan Bagan Serai
  • Jabatan Pengairan dan Saliran
  • Tenaga Nasional Berhad
  • Lembaga Air Perak Cawangan Bagan Serai
  • Pejabat Pos Bagan Serai

Pengangkutan

Bagan Serai dihubungi melalui jalan darat oleh jalan raya Persekutuan 1. Perkhidmatan bas awam menghubungkan Bagan Serai dengan Taiping dan Parit Buntar. Pekan ini bakal dihubungi dengan Butterworth, Taiping dan Ipoh melalui perkhidmatan tren elektrik (ETS) menjelang akhir tahun 2015.

Sukan

  • Stadium Mini Bagan Serai
  • Dewan Dato' Zainal Abidin Zin, Bagan Serai

Rumah ibadat

Masjid

Lain-lain

  • Gereja St Peter, Taman Serai Muda
  • Gereja Katolik St. Joseph, Batu 10 Bagan Serai
  • Tokong Seah Koh, Jalan Besar Bagan Serai
  • Kuil Sri Muthu Muniswarar, Jalan Parit Buntar

Pendidikan

  • SMK Sri Kurau
  • SK Bagan Serai
  • SK Jalan Matang Buloh
  • SK Parit Haji Aman
  • SK Parit Haji Taib
  • SK Dato' Mas' ud
  • SK Teluk Medan
  • SK Matang Gerdu
  • SK Matang Jelutong
  • SK Alor Pongsu
  • SABK Ar Ridhwaniah
  • SJK (C) Tong Wah
  • SJK (C) Alor Pongsu
  • SJK (T) Bagan Serai
  • SJK (T) Arumugam Pillai
  • SJK (T) Ladang Soon Lee
  • SMK Bagan Serai
  • SMK Alang Iskandar
  • SMK Alor Pongsu
  • SMK Abu Bakar Al-Baqir
  • Kolej Vokasional Kerian
  • Kolej Komuniti Bagan Serai
  • Perpustakaan Awam Bagan Serai

Politik

Pekan Bagan Serai berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Kerian. Ia terletak di kawasan parlimen P58 Bagan Serai. Dalam pilihan raya umum 2013, Dato' Dr. Noor Azmi Ghazali dari Barisan Nasional telah memenangi kawasan ini dengan majoriti sebanyak 1,140 undi. Pada pilihan raya 2008, Suruhanjaya Pilihan Raya mengisytiharkan kawasan ini dimenangi oleh: Tuan Hj. Mohsin Fadzli bin Hj. Samsuri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan majoriti sebanyak 3,413. Dalam pilihan raya 2004, Datuk Zainal Abidin Zin dari Barisan Nasional - UMNO diisytiharkan menang menewaskan Ahmad Awang dari parti PAS. Majoriti pengundi 5614 orang, jumlah undi 35066, undi rosak 982 dan % mengundi ialah 73.44 %.

Tags:

Bagan Serai DemografiBagan Serai EkonomiBagan Serai InfrastrukturBagan Serai PolitikBagan Serai

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

TuberkulosisMalek MccronePutrajayaSosialNabi Isa a.s.TeknologiAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaSetelah Cinta Itu PergiPasukan bola sepak kebangsaan OmanNabi Harun a.s.Zarina ZainuddinSiti NurhalizaPendidikan di IndonesiaPuteri Gunung LedangPulau MabulUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaFrekuensi radio di TerengganuBaju MelayuMedia sosialTunku Puan NoraHero RemajaDewan Negara MalaysiaPeribahasa MelayuKetupatMasjid Sri SendayanNuzul QuranUpin & IpinBrondongGua HiraKampung Medan, Petaling JayaProton WajaPerjanjian HudaibiyahAngkatan Tentera MalaysiaRaja berperlembagaanAsertifHinduismeNasrizal NgasriAbdul Taib MahmudSenarai Surah Al-QuranPalestin (wilayah)Nabi Adam a.s.Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Keruntuhan Jambatan Francis Scott KeyKecerdasan buatanSepahtu Reunion LiveF.C. Internazionale MilanoKementerian Kesihatan MalaysiaInna lillahi wa inna ilaihi raji'unRindu Kasih 2Khir RahmanUnited KingdomIndonesiaNajua NasirNazim OthmanBaju kurungSiti HariesaGeografi IndonesiaAlgeriaKementerian Dalam Negeri MalaysiaFadlan HazimTunku Abdul Rahman1Pilihan raya umum Malaysia 2022Atikah SuhaimeSonu SoodPangsapuriHulu LangatAzira ShafinazIzzue IslamKimpalanFrekuensi radio di SabahIslamZara ZyaNasi tangasMarga SangirJumaat AgungKonfusianismeMac🡆 More