Udo Omar: Pelakon

Haji Omar bin Hitam (Jawi: عمر بن هيتم) atau lebih dikenali sebagai Udo Omar (1906 – 20 Februari 1980) merupakan seorang pelakon filem Melayu Singapura sekitar 1950-an yang berasal dari Kepulauan Riau, Indonesia.

Sungguhpun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P. Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti Penarek Becha, Pancha Delima, Nujum Pak Belalang, Musang Berjanggut, Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi dan Tiga Abdul.

Allahyarham Haji

Udo Omar
عمر بن هيتم
Udo Omar: Penglibatan dan kerjaya seni, Filemografi, Rujukan
Pak Udo dalam watak Haji Bakhil, filem Labu dan Labi
Kelahiran
Haji Omar bin Hitam

1906 (1906)
Meninggal dunia20 Februari 1980(1980-02-20) (umur 73–74)
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bidadari (dulu)
(kini) Tanah Perkuburan Islam Pusara Aman (Abadi), Lim Chu Kang, Singapura
Nama lainPak Udo
PekerjaanPelakon, pelawak
Tahun aktif1955–1980
MajikanMalay Film Productions (Jalan Ampas), Singapura
Cathay-Keris Studio (Siglap), Singapura
Terkenal keranaWatak Haji Bakhil bin Haji Kedekut dari filem Labu dan Labi, arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee (A.M.N.)
Pasangan3
Anak-anak5

Penonton mungkin mengenali lakonannya sebagai watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu dan Labi. tapi kurang mengenali pembawa watak, iaitu Udo Omar atau nama sebenarnya Omar bin Hitam.

Penglibatan dan kerjaya seni

Udo Omar dikatakan rapat dengan seniman P. Ramlee dan sering berlakon dalam filem terbitan Malay Film Productions (MFP) arahan P. Ramlee seperti filem Penarek Becha, Nujum Pak Belalang, Musang Berjanggut, Labu dan Labi, Nasib Si Labu Labi dan Tiga Abdul.

Beliau turut berlakon dalam banyak filem sezaman dengan P. Ramlee. Udo Omar meninggal dunia pada 20 Februari 1980 di usia 74 tahun.

Dia paling dikenali dengan watak Haji Bakhil atau `tagline' "sekali aku lesing, baru kau tau.." dalam filem Labu dan Labi. Walaupun hanya sering diberi watak pembantu tapi lakonannya menonjol dan dianggap sebagai pelakon serba-boleh kerana mampu untuk membawa pelbagai watak seperti inspektor polis, penghulu, orang kampung, raja atau sultan. Beliau juga adalah antara pelakon kesukaan P. Ramlee dan banyak terbabit dalam filem arahannya seperti filem Penarek Becha, Hang Tuah, Nujum Pak Belalang dan Tiga Abdul.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1955 Penarek Becha Orang Kaya Marzuki Filem pertama
1956 Hang Tuah Tun Ali
Anak-ku Sazali Pemilik Bangsawan
1957 Pancha Delima Pak Karma
Seruan Darah
1958 Doktor
Sri Menanti
Sumpah Pontianak Hantu Raya
Serangan Orang Minyak ASP Anuar
1959 Nujum Pak Belalang Ahli Nujum Negara Masai
Musang Berjanggut Datok Bendahara Seri Paduka DiRaja
Raden Mas Datuk Bendahara
1960 Che Mamat Parang Tumpul ASP Anuar Penampilan khas
1962 Tun Fatimah Tun Sura
Labu dan Labi Haji Bakhil bin Lebai Kedekut
1963 Nasib Si Labu Labi
Masuk Angin Keluar Asap Tok Penghulu
Gila Talak
Tajul Ashikin Tok Penghulu
Pilih Menantu Encik Udo
1964 Tiga Abdul Guru Anak-Anak Yatim Piatu Penampilan khas
Siapa Besar Hitam bin Tahi Besi bin Marican Ketol Arang
Kalong Kenangan Pak Imam
1965 Dayang Senandong Temenggong Hassan
1966 Dua Kali Lima Kulop Kecil
Anak Dara Penghulu Kassim
Sri Andalas Tok Dukun
1968 Si Murai
Raja Bersiong Menteri
1969 Mat Toyol Tok Bomoh
1970 Lubang Neraka
1971 Mat Magic
Semusim Di Neraka
1972 Harimau Jadian
1974 Sandakan No.8 Filem Jepun
1978 Gila-Gila Encik Mulok M.J Filem terakhir

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Udo Omar Penglibatan dan kerjaya seniUdo Omar FilemografiUdo Omar RujukanUdo Omar Pautan luarUdo OmarIndonesiaJawiKepulauan RiauLabu dan LabiMusang BerjanggutNasib Si Labu LabiNujum Pa' BelalangOrang Melayu SingapuraP. RamleePancha DelimaPenarek BechaTiga Abdul

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Frekuensi radio di MelakaBandar TaipingSenarai Surah Al-QuranSenarai mukim di SelangorNasha AzizMia KhalifaPilihan raya umum India 2024Janna NickKumpulan Wang Simpanan PekerjaSolat subuhFadlan HazimSungai TerengganuLencana pangkat TLDMHantu Kak Limah Balik RumahNina IskandarMuhammad bin Idris al-SyafiiMenteri Besar PerlisZarina ZainuddinSiti NurhalizaEmbun (filem)M. NasirKera bekantanBidaraTV3Mahathir MohamadHawa RizwanaSarimah IbrahimWadi AnnuarSandrinna MichelleRokokCabang dan mazhab IslamJamal AbdillahKerajaan Bani AbbasiyahPenjajahan Jepun di Tanah MelayuSaronPerjanjian HudaibiyahNabi Ibrahim a.s.Senarai Akta Parlimen MalaysiaRahmad AyobArab SaudiSiksa KuburProton SatriaAerofonFrekuensi radio di KedahErry PutraAli bin Abi TalibKlangKL GangsterBendera MalaysiaBella DallyMatahariAstro RiaNoor AzizahJenis air untuk bersuci dalam IslamYasmin AhmadPerang PadriGerak KhasSateCarles PuigdemontMalariaFirdaus GhufranSunan MuriaDaun salamNabila HudaAmy SearchShaheizy SamAmar BaharinMuaz ZabirPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Sex and the CityPenunggang AgamaPeristiwa 13 MeiNur (drama)Tentera Laut Diraja MalaysiaKata sendi (bahasa Melayu)Zahirah MacWilsonPerlembagaan MalaysiaSeri Kembangan🡆 More