Rubens Barrichello

Rubens Gonçalves Barrichello (lahir 23 Mei 1972 di São Paulo) ialah seorang pemandu kereta lumba dari Brazil, yang paling dikenali untuk bersaing dalam Formula Satu antara tahun 1993 dan 2011.

Selepas gagal mengekalkan kerusi perlumbaannya di pasukan Williams F1, beliau bertanding dalam kejuaraan IndyCar bersama KV Racing Technology pada tahun 2012. Selepas bersaing hanya setahun dan gagal mencari mana-mana pasukan untuk berlumba pada musim 2013, Barichello kembali ke Brazil untuk bertanding dalam kejuaraan Brazilian Stock Car V8 Series.

Rubens Barrichello
Rubens Barrichello
Barrichello pada tahun 2022.
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanBrazil Brazil
Tahun aktif19932011
TeamsJordan, Stewart, Ferrari, Honda, Brawn, Williams
Entri326 (322 permulaan)
Kejuaraan0
Kemenangan11
Podium68
Mata kerjaya658
Petak pertama14
Pusingan terpantas17
Perlumbaan pertamaGrand Prix Afrika Selatan 1993
Kemenangan pertamaGrand Prix Jerman 2000
Kemenangan terakhirGrand Prix Itali 2009
Perlumbaan terakhirGrand Prix Brazil 2011
Kedudukan 2011Ke-17 (4 mata)

Kerjaya Formula Satu

2010–2011: Williams

Rubens Barrichello 
Barrichello memandu untuk Williams di Grand Prix Malaysia 2010

Pada 2 November 2009, Williams mengesahkan bahawa Barrichello dan Nico Hülkenberg akan menjadi pemandu mereka bagi musim 2010. Ini bermakna bahawa Barrichello akan menjadi pemandu pertama dalam sejarah Formula Satu untuk bersaing dalam lebih 300 Grand Prix.

Pada perlumbaan pertama musim di Bahrain, Barrichello bermula di tempat kesebelas dan menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh. Di Australia, beliau mendapat tempat kelapan. Kereta Barrichello terhenti pada petak permulaan di Malaysia kerana klac kereta beliau terlampau panas, namun beliau kembali untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. Di China, beliau sekali lagi mendapat tempat ke-12. Di Sepanyol, beliau mendapat tempat kesembilan.

Pada 15 November 2010, Williams mengesahkan bahawa Barrichello akan terus memandu untuk mereka bagi musim 2011. Rakan sepasukannya pada tahun 2011 ialah Pastor Maldonado.

Di Australia, beliau bersara disebabkan masalah kotak gear. Beliau bersara sekali lagi di Malaysia disebabkan oleh sistem hidraulik yang bocor. Beliau menamatkan perlumbaan di luar petak mata pada tiga perlumbaan seterusnya sebelum mendapat tempat kesembilan di Monaco dan Kanada. Beliau mendapat tempat ke-12 di Valencia dan tempat ke-13 di Britain, namun bersara di Jerman kerana kebocoran minyak. Selepas itu, beliau menamatkan setiap perlumbaan di luar petak mata, namun tidak bersara dari perlumbaan lagi. Perlumbaan terakhirnya ialah di Grand Prix Brazil, selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-14, di hadapan bekas rakan sepasukan, Michael Schumacher.

Pada 17 Januari 2012, Williams mengesahkan bahawa Bruno Senna akan menggantikan Barrichello bagi musim 2012.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Rubens Barrichello Kerjaya Formula SatuRubens Barrichello RujukanRubens Barrichello Pautan luarRubens BarrichelloBrazilFormula SatuFormula Satu musim 2011São PauloWilliams F1

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Cerita Rakyat MalaysiaPetronasAngel (penyanyi)Aisyah Abu BakarLapangan Terbang Sungai BesiSaifuddin Nasution IsmailTakdir Itu Milik AkuLaila NasirSawiSiksa KuburProton PersonaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaKerana Dia SukaFasha SandhaWings (kumpulan muzik Malaysia)Polis Diraja MalaysiaLabuanSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaNajua NasirProfesionalismeAbdul Razak HusseinFaralyna IdrisPerodua VivaYusof HaslamKebudayaan MalaysiaSabahPerkhidmatan awam di MalaysiaZarina ZainuddinErry PutraTelefon bimbitSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaPerodua MyViSyamim FaridSearch (kugiran)Mata anginKerenggaRadio Televisyen MalaysiaNa’im BrundageNombor telefon di MalaysiaKasih Iris LeonaSharifah AiniMustaqim BahadonIman TroyeNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuZUS CoffeeSarafKuchingGoogle ScholarSiti MuslihaLaskar MudaUniversiti Teknologi MARAFikry IbrahimOrang Melayu MalaysiaMelayuBola jaringKodi RasheedCibaiPremier SarawakRacun RihannaEkarGeografi JohorHaidMalaysia MadaniKuantanSekolah Menengah Kebangsaan TebobonNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaKesan rumah hijauJermanSultan PerakFrekuensi radio di JohorFarah AhmadTentera Darat MalaysiaAzad JasminErysha EmyraPenjodoh bilangan bahasa MelayuUndang-undang Malaysia🡆 More