Persamaan Kimia

Persamaan kimia menggambarkan perubahan sesuatu bahan kimia kepada bahan lain yang disebabkan oleh kecenderungannya melakukan tindak balas apabila bercampur dengan bahan kimia lain atau penguraian tersendiri oleh tindakan haba atau cahaya.

Persamaan ini menggunakan simbol kimia untuk menunjukkan apa yang berlaku di dalam sesuatu tindak balas kimia.

Bahan awal yang digunakan di dalam sesuatu tindak balas dikenali sebagai reaktan manakala bahan yang terhasil dikenali sebagai hasil. Di dalam persamaan kimia, setiap bahan yang terlibat diwakili oleh formula kimianya dengan semua reaktan dituliskan di sebelah kiri dan hasil disebelah kanan. Bahan ini dipisahkan daripada satu sama lain oleh satu anak panah yang menghala ke arah hasil (reaktan → hasil). Jika terdapat lebih daripada satu reaktan atau hasil dalam sesuatu tindak balas maka sebatian ini dipisahkan oleh tanda campur (+).

Contohnya, serbuk zink (Zn) dipanaskan bersama dengan serbuk sulfur (S), serbuk putih zink sulfida (ZnS) dihasilkan. Tindak balas ini boleh diwakili oleh persamaan kimia seperti berikut:

Zn (p) + S (p) → ZnS (p)

Huruf di dalam kurungan menunjukkan keadaan sebatian tersebut ketika tindak balas berlangsung; pepejal (p), cecair (ce), gas (g) dan akueus (ak).

Sebagai contoh persamaan seimbang lain bagi tindak balas di antara gas hidrogen dan gas oksigen ialah 2H2 (g) + O2 (g) → 2H2O (ce).

Tags:

CahayaHabaKimia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

MelakaNabi Harun a.s.Sumber primerNabi Isa a.s.Sultan Ibrahim ibni Sultan IskandarSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiPuasa (Islam)Universiti Utara MalaysiaTuberkulosisJohan GhazaliKelayakan UEFA Euro 2024ShideeRadio Televisyen MalaysiaHukum Kanun MelakaSurah al-BaqarahAbu Bakar as-SiddiqAl-QuranGolongan kata (bahasa Melayu)Sarimah AhmadAwesome TVToyota AgyaTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahRock Oo!Kuala LumpurKhir RahmanKulitSabri YunusRakaatSlot SakuraHong KongMira FilzahBank Negara MalaysiaKetupatElly ArifinShah AlamMazhab SyafiiYang di-Pertua Negeri SarawakPolis EVO 3Zakar manusiaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026Peraturan bola jaringSolat jamakPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17KuchingM.O.BPuchong, SelangorCongkakLaluan Kelana JayaBella DowannaSiti NurhalizaMona FandeyRamadanPembentukan MalaysiaKhawarijMinal 'Aidin wal-FaizinPetronasTikTokMaryamAdi PutraSenarai Yang di-Pertuan AgongTakdir Itu Milik AkuSolat Sunat Tahiyyatul MasjidShukri YahayaHari Raya AidilfitriSultan SelangorSurah al-AlaqPiala Dunia FIFA 2010Nadia AqilahKementerian Kesihatan MalaysiaKedah TuaLayang Layang PerkahwinanTunku Abu BakarThe Legend of Zelda (permainan video)Bola sepakGhibahMasya-AllahMalang Si PuteriIskandar Chempaka🡆 More