Pasar Malam

Pasar malam (Jawi: ‏ڤاسر مالم‎code: ms is deprecated ‎) merupakan perniagaan konsep pasar atau bazar yang perniagaannya dimulakan pada waktu lewat petang sehingga pada lewat malam.

Pasar Malam
Pasar Malam di Seri Kembangan, Selangor, Malaysia.
Pasar Malam
Pasar malam di Jurong Timur, Singapura.
Pasar Malam
Pasar malam di Hong Kong, China.

Ia merupakan pasar jalanan yang terdapat di Malaysia, Singapura dan Indonesia yang biasanya berada di kawasan perumahan.

Di pasar malam kebanyakan penjual menjual pelbagai jenis makanan tempatan, hasil tani seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, ayam, daging, hasil laut seperti ikan, sotong, terdapat juga mainan, pakaian, aksesori, haiwan peliharaan dan sebagainya.

Ia menarik banyak pengunjung kerana harga barangan yang berpatutan. Kebiasaannya pasar malam hanya diadakan sekali seminggu di sesuatu kawasan, ini membolehkan peniaga berniaga di tempat yang berlainan pada setiap hari. Kebanyakan tapak pasar malam adalah di jalan raya di mana jalan akan ditutup semasa perniagaan berlangsung. Justeru itu, peniaga hanya menggunakan payung untuk meletakkan barang jualan dan akan dikemas setiap kali selepas habis berniaga. Tawar-menawar merupakan amalan biasa di gerai yang menjual pakaian dan aksesori.

Mengikut negara

Malaysia

Di Malaysia, kebanyakan pasar malam bermula dari pukul 5.00 petang dan ditutup pada tengah malam atau sehingga makanan habis dijual.

Peniaga perlu mendapatkan lesen peniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) di kawasan tersebut. Ini bagi mengawal kebersihan bandar dan kesihatan. Penjual makanan perlu mendapatkan suntikan kesihatan demam kepialu/tifoid jenis Typhim VI. Tapak pasar malam diselia oleh pihak berkuasa tempatan.

Pasar malam berbeza-beza mengikut etnik. Pasar malam Melayu biasanya menjual buku-buku keagamaan, kopiah, kain sarung, dan barangan Melayu lain. Pasar malam Cina pula lazimnya menjual set Mah Jong, setanggi, colok, kertas dan pelbagai barangan keagamaan Cina. Selain itu, pasar malam India pula menjual barangan keagamaan Hindu.

Belanda

Di Belanda, perayaan tahunan rakyat Indonesia diadakan di The Hague dengan nama Perayaan Tong Tong, sebelum ini Pasar Malam Besar. Disebabkan ramainya bilangan Serani Indonesia dan kejayaan majlis ini sejak 1959, berdozen pasar malam diadakan setiap tahun di Belanda. Kini kedutaan Indonesian telah memulakan membiayai pasar malam Indonesia tahunan, terutamanya untuk mempromosi perniagaan Indonesian dan meningkatkan hubungan Belanda-Indonesia.

Rujukan

Tags:

Pasar Malam Mengikut negaraPasar Malam RujukanPasar MalamMalamPasarTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Eyka FarhanaSurah al-AlaqPolis Diraja MalaysiaRukun IslamFolikel buluSultan Nazrin Muizzuddin ShahUniversiti Sultan Zainal AbidinFrekuensi radio di PerakSenarai Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFASireniaDubrovnikPersatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah AntarabangsaBatik Air MalaysiaRibaLabuanKerajaan Bani AbbasiyahKematian Zulfarhan Osman ZulkarnainSenarai Bidang Pengajian Tinggi di MalaysiaTauratEnglandSalasilah keturunan Nabi MuhammadMazhab SyafiiRiena DianaKota BharuKumpulan Rock MalaysiaRazarudin HusainLaila NasirHukum madMolek FMImaginurHun HaqeemLiga Super Malaysia 2024–25Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahMarlia MusaKelayakan UEFA Euro 2024BumiputeraZara ZyaAzam AzmiWalisongoWikipediaKementerian Pendidikan MalaysiaKata hubung (bahasa Melayu)Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuHero Seorang CinderellaPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Malaysia MadaniUniversiti Teknologi MARARangka manusiaSonu SoodMerdeka 118Senarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiPuncak AlamCopa América 2015Kuala Kubu Bharu (kawasan negeri)17 PuasaUndang-undang MalaysiaShahrulezad MohameddinRosyam NorZarina ZainuddinAlat kebesaran diraja MalaysiaPolisIslamTahun Baru CinaNabiS.S. LazioJohorInna lillahi wa inna ilaihi raji'unBank RHBSilat Gayong MalaysiaSunan KalijagaSepahtu Reunion LivePerjanjian PangkorProton WiraPerayaan QingmingNabi Musa a.s.Bola balingSumber primerIntan Ladyana🡆 More