Nitrogen Cecair

Nitrogen cecair (atau dipanggil secara terbaliknya sebagai cecair nitrogen) ialah nitrogen dalam keadaan cecair pada suhu yang sangat rendah.

Ia merupakan cecair lutsinar tanpa warna dengan ketumpatan 0.807 g/ml pada takat didihnya (−195.79 °C (77 K; −320 °F)) dan pemalar dielektrik bernilai 1.43. Nitrogen mula dicecairkan oleh dua ahli fizik Poland bernama Zygmunt Wróblewski dan Karol Olszewski di Universiti Jagiello, Poland pada 15 April 1883. Cecair ini dihasilkan secara industrinya melalui penyulingan berperingkat dari udara cecair. Nitrogen cair sering disebut dengan singkatan, LN2 atau "LIN" atau "LN" dan mempunyai angka UN 1977. Nitrogen cceair bersifat dwiatom, yakni, sifat dwiatom ikatan kovalen nitrogen dalam gas N2 masih kekal selepas berlakunya proses pencecairan gas tersebut.

Nitrogen Cecair
Nitrogen cecair dituangkan ke dalam satu bekas khas.

Nitrogen cecair bersifat kriogenik lalu boleh menyebabkan pembekuan yang cepat apabila bersentuhan dengan tisu hidup. Ketika sewajarnya terlindung dari haba persekitaran, cecair ini boleh disimpan dan diangkut dalam bekas khas - misalnya kelalang vakum. Suhu cecair ini ditetapkan pada 77 K melalui pendidihan perlahan setserunsya menyebabkan perubahansuran gas nitrogen. Tempoh penyimpanan dalam kelalang vakum boleh menjangkau dari beberapa jam sehingga beberapa minggu bergantung pada ukuran dan bentuk kelalang tersebut. Bekas vakum berpenebat kuat membolehkan gas nitrogen yang dicecairkan untuk disimpan dan dibawa pada tempoh masa yang lebih lama dengan kerugiannya dikurangkan kepada 2% setiap hari atau kurang.

Suhu nitrogen cecair boleh dengan mudahnya dikurangkan ke takat bekunya  63 K (−210 °C; −346 °F) dengan meletakkan ia dalam kebuk yang dipasangkan dengan pam vakum. Kecekapan nitrogen cecair sebagai penyejuk dihadkan pada sifatnya yang segera mendidih apabila bersentuhan dengan objek panas, menyelubungi objek dalam gas nitrogen yang menebat. "Kesan Leidenfrost" ini diguna pakai untuk sebarang cecair yang bersentuhan dengan objek yang jauh lebih panas daripada takat didihnya. Penyejukan yang lebih cepat boleh dicapai dengan membenamkan objek ke dalam lecahan cecair nitrogen yang separa cair dan bukannya nitrogen cecair itu sendiri.

Keselamatan

Nitrogen Cecair 
Tangki penyimpanan nitrogen cecair yang bersifat kekal.

Pengendalian nitrogen cecair mahupun sebarang objek yang disejukkan olehnya secara cuai boleh mengakibatkan lecuran sejuk. Sarung tangan spesial harus digunakan ketika mengendalikan cecair ini untuk mengelakkan perkara sebegini daripada berlaku.. Bagaimanapun, satu percikan kecil atau bahkan menuang ke bawah kulit yang tidak akan membakar segera, kerana gas yang meruap dari titisan cecair itu akan menebat sedikit sebanyak - seperti menyentuh unsur yang panas dengan cepatnya menggunakan jari basah. Lopak-lopak nitrogen cecair menyebabkan lecuran teruk.

Pemeruapan nitrogen cecair mengurangkan kepekatan oksigen udara dan boleh bertindak sebagai asfiksian, terutama dalam ruang tertutup. Nitrogen tidak berbau, berwarna, mahupun mempunyai rasa dan boleh menyebabkan asfiksia tanpa sebarang rasa atau amaran awal.

Penderia oksigen khas kadang-kadang digunakan sebagai langkah pencegahan apabila melakukan kerja mengendalikan nitrogen cecair untuk memberi amaran kepada pekerja-pekerja gas mengenai sebarang tumpahan cecair yang berlaku ke dalam ruang tertutup.

Rujukan

Tags:

CelsiusFahrenheitIkatan kovalenKelvinNitrogenPenyulingan berperingkatTakat didih

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hari Raya AidilfitriPerang Dunia PertamaJustin BieberArash MohamadSainsInna lillahi wa inna ilaihi raji'unPrivate BodyguardAstro (syarikat)RinggitSurah al-AlaqProton SagaENegeri-Negeri SelatPersekutuan Tanah MelayuYang di-Pertua Negeri SarawakAedy AshrafKerajaan TarumanagaraRukun IslamNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaAnak Perjanjian Syaitan 2Orang LampungBella DallySenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3NasabRadio Televisyen MalaysiaWak DoyokLaluan Kelana JayaDini SchatzmannPuteri Gunung LedangWanna AliSolatGajahIntan NajuwaSemenanjung MalaysiaEmma MaembongMelakaBaju kebayaRock Oo!Rangka manusiaUthman bin AffanSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaSultan Nazrin Muizzuddin ShahRakaatKau Yang TerindahSlot SamarindaAkulah BalqisRiz AminAdat resam kahwin MelayuBeto KusyairyZarina ZainuddinSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarPenjodoh bilangan bahasa MelayuTwitterSukan OlimpikKerajaan SalakanagaraKampung Medan, Petaling JayaFrekuensi radio di TerengganuTV3PerakPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaInfrastrukturOktovia ManroseLayang Layang PerkahwinanPokok MambuNombor telefon di MalaysiaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Senarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaHadha min fadhle RabbiFrekuensi radio di SelangorHinduismeDewan Negara MalaysiaMasjid al-Aqsa17 PuasaFadlan HazimTony EusoffThe Legend of Zelda (permainan video)Isteri Separuh Masa🡆 More