Gitar Elektrik

Gitar elektrik merupakan sejenis gitar yang di mana getaran bunyi hasil petikan plektrum (atau kadangkalanya dengan jari) pada talinya melalui penangkap yang menukarkan getaran kepada isyarat elektrik menggunakan aruhan elektromagnet.

Isyarat elektrik ini pula dibawa kepada penguat khusus yang menukarkan isyarat ini kembali kepada gelombang bunyi yang didengari melalui pembesar suara.

Gitar Elektrik
Gitar elektrik Epiphone Les Paul

Konsep penguatan getaran alat muzik tali berasaskan kuasa elektrik ini banyak diterokai dan dieksperimenkan sejak awal abad ke-20, namun rekaan pertama gitar elektrik yang sebenar-benarnya dibuat pada 1931 oleh George Beauchamp bersama-sama Paul Barth daripada syarikat National Guitar Corporation.

Binaan

Reka bentuk dan binaan gitar berbeza dari segi bentuk badan serta susunan leher, kekuda dan penangkap yang ditentukan spesifikasi penghasil; namun kebanyakan gitar berkongsi ciri yang mempunyai fungsi yang sama.

  • Stok kepala (headstock): mempunyai gear ulir untuk menala tali kepada nada yang diingini.
  • Batang leher: fret besi dipasang pada setiap ruas agar petikan tali ditetapkan pada pic yang diingini.
  • Badan: dua pasang penangkap terletak di hujung batang leher untuk menangkap getaran dan gelombang bunyi melalui madan magnet yang terbina di dalamnya.Mutu badan ini bergantung kepada kayu mentah yang menjadi bahan binaannya, namun bahan lain seperti plastik, besi dan kadbod juga pernah digunakan.
  • Kekuda: Ada sesetengah gitar yang mempunyai kekuda tetap yang dipasangkan pada badan alat, namun ada juga yang bercirikan tuil sisi berspring yang bolehkan pemain mengherotkan not atau kod (chord) dalam pic sama atau menghasilkan kesan vibrato.

Rujukan


Tags:

Aruhan elektromagnetBunyiGitarJariPembesar suara

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Tunku Puan NoraSunan Gunung JatiSains sosialLelaki ItuJenayah kolar biruKristianAli bin Abi TalibSenarai negara mengikut keluasanPasukan bola sepak kebangsaan VietnamPenjajahan Jepun di Tanah MelayuSenarai SBP di MalaysiaBatik Air MalaysiaTrisha OoiRadio Televisyen MalaysiaFrekuensi radio di Negeri SembilanGerhana matahariJohor Darul Ta'zim F.C.Syed Mohd Yusof Syed NasirTauhid RububiyahBaksoAzhar IdrusGolongan kata (bahasa Melayu)QatarFrekuensi radio di SarawakZara ZyaProton WiraSyed Mokhtar Al-BukharyNaim DanielSolat Sunat Tahiyyatul MasjidDaerah di SabahFrekuensi radio di KedahKhulafa al-RasyidinKK Super MartAn-Nuayman bin AmrSaifuddin Nasution IsmailMenteri Dalam Negeri MalaysiaBunga rayaNasi lemakAliff Dalam 7 DimensiQiamullailAmir AhnafOmanWarna Warni AidilfitriRoslan SalehHarris AlifNombor perdanaFadhli MasootHong KongPemancutan maniRuhainiesBubur lambukEtikaSyamsul YusofPolitik balas budiAhmad Zahid HamidiFolikel buluHari Paskah BesarTerengganuMetamfetaminaKementerian Komunikasi MalaysiaWinai KraibutrSudirman (penyanyi)Baju kebayaMantra (filem)S.S.C. NapoliSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaEman MananNasi kandarSekolah Henry GurneyPasukan Kadet PDRMAzhan RaniKelayakan Piala Asia AFC 2027Wawa ZainalSonu SoodTempoh haram puasaMinyak sapiCampa🡆 More