Faustin-Archange Touadéra: Presiden Republik Afrika Tengah

Faustin-Archange Touadéra (Bahasa Perancis: ; lahir 21 April 1957) ialah ahli politik dan akademik Republik Afrika Tengah selaku Presiden negara tersebut sejak Mac 2016.

Faustin-Archange Touadéra
Faustin-Archange Touadéra: Kehidupan awal dan pendidikan, Kerjaya pendidikan, Kerjaya politik
Presiden Republik Afrika Tengah
Memegang jawatan
30 Mac 2016
Perdana MenteriSimplice Sarandji (2016–2019)
Firmin Ngrébada (2019–kini)
Didahului olehCatherine Samba-Panza
Perdana Menteri Republik Afrika Tengah
Dalam jawatan
22 Januari 2008 – 17 Januari 2013
PresidenFrançois Bozizé
Didahului olehÉlie Doté
Digantikan olehNicolas Tiangaye
Butiran peribadi
Lahir (1957-04-21) 21 April 1957 (umur 66)
Bangui, Ubangi-Shari
(kini Republik Afrika Tengah)
Parti politikGerakan Persatuan Hati (2019–kini)
Sekutu gabungan
politik lain
Kwa na Kwa (sebelum 2015)
Bebas (2015–2019)
PasanganBrigitte Touadéra
Tina Touadéra
Anak-anak3
Alma materUniversiti Bangui
Universitas Cocody
Universiti Lille
Universiti Yaoundé I
Laman web rasmiLaman sesawang rasmi

Beliau sebelum ini merupakan Perdana Menteri dari Januari 2008 hingga Januari 2013. Pada pilihan raya presiden Disember 2015 - Februari 2016, beliau terpilih sebagai Presiden pada pusingan kedua pengundian menentang bekas Perdana Menteri Anicet Georges Dologuelé. Beliau dipilih semula untuk penggal kedua pada 27 Disember 2020.

Kehidupan awal dan pendidikan

Touadéra lahir di Bangui; ayahnya seorang pemandu manakala ibunya seorang petani. Keluarganya berasal dari Damara, di utara Bangui.

Beliau menerima pendidikan keduanya di Barthelemy Boganda College di Bangui sebelum memasuki Universiti Bangui dan Universiti Abidjan. Beliau memperoleh PhD dalam matematik tulen di Universiti Ilmu Pengetahuan dan Teknologi Lille (Lille I) di Perancis dan PhD lainnya, juga dalam matematik tulen, di Universiti Yaoundé I Cameroon tahun 2004.

Kerjaya pendidikan

Pada 1987 beliau menjadi pembantu pensyarah matematik di Universiti Bangui dan Naib Presiden fakulti sains Universiti tersebut dari 1989 hingga 1992.

Pada tahun berikutnya beliau menjadi pengarah perguruan tinggi dalam latihan guru. Beliau menyertai Jawatankuasa Antarabangsa untuk Piawaian Program Matematik Negara Berbahasa Perancis dan Lautan Hindi (CIEHPM) tahun 1999, beliau dilantik sebagai Presiden sejak 2001 hingga 2003. Beliau menjadi Naib Canselor Universiti Bangui pada Mei 2004.

Kerjaya politik

Dalam pemerintahan

Sebagai Perdana Menteri

Touadéra dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Presiden François Bozizé pada 22 Januari 2008, setelah peletakan jawatan Élie Doté. Pemerintahannya, terdiri dari 29 ahli—empat menteri negara, 17 menteri, dan tujuh menteri delegasi, bersama dirinya dilantik pada 28 Januari.

Sebuah dialog kebangsaan diadakan pada Disember 2008, dan Presiden Bozizé kemudian membubarkan pemerintah Touadéra pada 18 Januari 2009 dalam persiapan untuk pembentukan pemerintah kesatuan kebangsaan. Touadéra dilantik semula sebagai Perdana Menteri pada 19 Januari. Kemudian pada hari yang sama, 31 menteri pemerintahan barunya diangkat, dengan hanya 10 menteri yang dipertahankan, ramai bekas pemimpin pemberontak dimasukkan dalam senarai baru untuk mempersiapkan negara dalam rangka pilihan raya tempatan pada 2009 dan pilihan raya Presiden dan parlimen2010.

Setelah kesepakatan damai antara pemerintah Bozizé dan gabungan pemberontak Seleka pada Januari 2013, Bozizé memberhentikan Touadéra pada 12 Januari 2013 sesuai dengan ketentuan perjanjian, Perdana Menteri baru diangkat dari kubu politik pembangkang.

Rujukan

Tags:

Faustin-Archange Touadéra Kehidupan awal dan pendidikanFaustin-Archange Touadéra Kerjaya pendidikanFaustin-Archange Touadéra Kerjaya politikFaustin-Archange Touadéra Dalam pemerintahanFaustin-Archange Touadéra RujukanFaustin-Archange TouadéraAhli politikBahasa PerancisPresiden Republik Afrika TengahRepublik Afrika Tengah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Lagi-Lagi SenarioPangsapuriPertubuhan Keselamatan SosialRukun NegaraLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaPerdana Menteri MalaysiaMaryamBola balingWak DoyokNombor dalam budaya CinaAl-hamdu lillahi rabbil 'alaminPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17WudukTony EusoffBrazilTuberkulosisAliff Syukri KamarzamanEyka FarhanaBella Dowanna12 Dewa OlympusMacIntan NajuwaKadet Remaja Sekolah MalaysiaUndang-Undang Laut MelakaPutri ArianiPutri JannahF.C. Internazionale MilanoKata ganti nama (bahasa Melayu)Solat hajatZarina ZainoordinAliff Dalam 7 Dimensi1Hun HaqeemSlot LestarySurah Al-IkhlasKatedral St PaulBulanTulisan JawiMyKadJudiSurah Al-InsyirahPerkahwinan menurut IslamBaksoMenteri Dalam Negeri MalaysiaMasjid Wilayah PersekutuanSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaComorosSyamsul YusofSungai BulohIman TroyeRock Oo!Andai Itu TakdirnyaUngku Ismail AzizRedza RosliShahrulezad MohameddinUnited KingdomLee Kee HiongBadarRamadanAedy AshrafKaum-kaum di MalaysiaAhmad Zahid HamidiNabi Muhammad SAWMohd Na'im MokhtarHassanal BolkiahHero Seorang Cinderella 2Malaysia MadaniVirusKanchan TiranaA. Samad SaidKarim BenzemaBahasa MaduraFunanSains sosialBunga rayaNabi Lut a.s.🡆 More