memindahkan Laman

Laman boleh dinamakan semula jika tajuk semasa laman itu tidak tepat; ini dipanggil memindahkan laman.

Untuk memindahkan laman, anda perlu log masuk dengan akaun sah. Lihat Wiki: Pengguna yang disahkan secara automatik dahulu jika perlu.

Jika anda gagal memindahkan laman, cuba minta bantuan. Jangan cuba memindahkan laman dengan mencipta laman baharu dan menyalin teks daripada laman asal, kerana ini bermaksa versi lama laman ini tidak lagi muncul dalam sejarah laman.

Memindahkan laman

Untuk memindahkan laman:

  • Periksa sama ada terdapat sebarang pautan antara bahasa (interwiki). Sekiranya anda melihat pautan 'Sunting pautan' di bawah senarai pautan, anda perlu juga memperbetul senarai Wikidata yang berkaitan dengan laman tersebut.
  • Klik pautan "Pindahkan" di bahagian atas laman yang ingin anda tukar namanya.
    • Nota: kadangkala anda cuma dapat melihat butang ini sekiranya anda meletakkan penuding tetikus pada butang anak panah menu-runtuh di sebelah kotak "Cari".
    • Sekiranya langsung tidak terdapat pautan "Pindahkan" di atas laman, berkemungkinan laman itu dilindungi daripada dipindahkan, dan cuma penyelia dapat melakukannya. Hubungi mana-mana penyelia untuk itu.
  • Pilih awalan ruang nama yang sesuai daripada kotak menu-runtuh. Bagi laman dalam ruang "utama" Wikipedia (i.e. rencana), pilih "(Utama)".
  • Masukkan nama baharu laman dalam kotak di sebelahnya (secara lalai mengandungi nama asal laman). Nyatakan sebab pemindahan tersebut.
  • Klik "Pindahkan laman".
  • Jika laman itu memiliki laman perbincangan, anda akan ditanya sama ada mahu memindahkannya juga; selalunya, ya.
  • Kemas kini senarai di Wikidata jika perlu.

Memindahkan laman akan membentuk lencongan daripada tajuk lama kepada tajuk baharu. Ini memastikan pautan ke laman tersebut kekal berfungsi.

Tulis ganti laman wujud

Anda tidak boleh menamakan laman sama dengan nama laman yang telah wujud. Penyelia boleh melakukan ini, tapi cuma dengan menghapuskan laman itu dahulu. Memindahkan laman yang telah wujud itu dahulu tidak akan membantu, kerana ia meninggalkan lencongan yang juga tidak boleh ditulis ganti. Minta bantuan.

Memindahkan imej dan kategori

Imej hanya boleh ditukar namanya oleh penyelia. Sekali lagi, anda perlu meminta bantuan mereka. Bagaimanapun, sekiranya fail tersebut berada di Wiki Commons, anda perlu meminta bantuan di Commons:Commons:File renaming.

Kategori tidak boleh dipindahkan, jadi anda perlu menyalin maklumat dalam laman kategori lama dan masukkannya dalam laman kategori baru. Kemudian tukar semua laman dalam kategori lama supaya kini berada dalam kategori baharu. Anda kemudian ada dua pilihan, sama ada meletakkan templat {{Pengalihan kategori}} dalam kategori lama atau meminta penyelia menghapuskannya, bergantung kepada keadaan. Ini sangat memakan masa dan hanya patut dilakukan sekiranya ada sebab bagus.

Tags:

Wikipedia:Pengguna sahWikipedia:Pengguna yang disahkan secara automatik

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Tempoh haram puasaQiamullailZiana ZainKata sendi (bahasa Melayu)Liga Super Malaysia 2024–25S.S. LazioUniversiti Putra MalaysiaPenyimpan Mohor Besar Raja-RajaKitab suci IslamKerisKhawarijPersekutuan Tanah MelayuA. Samad SaidBukan Sekadar LafazKetupatLaman UtamaKuala LumpurAzzim ZahidBahasa LampungAisyah Abu BakarMetamfetaminaSukanRuhainiesPembentukan MalaysiaShuib SepahtuSepahtu Reunion LiveHubungan seksBabiYang di-Pertua Negeri SarawakIjazah sarjanaFrekuensi radio di MelakaSolozUnifi TVSyafiq KyleIntegritiFrekuensi radio di SabahTerusan SuezMalang Si PuteriRaja AzuraMinal 'Aidin wal-FaizinPeroduaMatlamat Pembangunan MampanMahkamah MalaysiaBahasa MaduraSenarai peribahasa (A–M)16 PuasaAzahari HusinPerempuan Itu (drama)PutrajayaAbdullah bin Ahmad BadawiAhli Sunah WaljamaahSetelah Cinta Itu PergiRozita Che WanFalsafah Pendidikan MalaysiaMenteri Besar JohorIsu kalimah Allah pada stoking 2024Isteri Separuh MasaMimi LanaKorea SelatanSuku BidayuhJessica MilaDawoodi BohraA FamosaBendera MalaysiaRukun solatKementerian Dalam Negeri MalaysiaPuasa (Islam)Orang LampungBahasa MelayuGua HiraIntan NajuwaSurah al-FatihahTV3Masjid al-Aqsa🡆 More