Tikus: Keluaga mamalia

Tikus (Jawi: ‏تيكوس‎code: ms is deprecated ‎) merupakan kelompok terbesar spesies rodensia dan mamalia dalam keluarga Muridae dengan kira-kira 1383 spesies yang ditemui semula jadi di seluruh Eurasia, Afrika dan Australia.

Tikus
Julat zaman: Awal Miosen – Kini
Tikus: Taburan dan habitat, Ciri-ciri, Lihat juga
Tikus kayu, Apodemus sylvaticus
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Mammalia
Order: Rodentia
Superkeluarga: Muroidea
Keluarga: Muridae
Illiger, 1811
Subkeluarga
  • Deomyinae
  • Gerbillinae
  • Lophiomyinae
  • Leimacomyinae
  • Murinae

Nama Muridae berasal dari bahasa Latin mus (genitif muris) yang bermaksud "tikus".

Air kencing tikus ada kuman bakteria yang boleh buat penyakit membawa maut.

Taburan dan habitat

Tikus terdapat di merata dunia, tetapi banyak subkeluarga lebih terhad taburannya. Tikus tidak terdapat di Antartika atau mana-mana pulau tengah lautan. Biarpun tidak satu pun yang asli di benua Amerika, tetapi beberapa spesies seperti tikus rumah dan tikus hitam telah diperkenalkan ke seluruh dunia seiring dengan kegiatan dan persebaran kependudukan manusia itu sendiri. Tikus mendiami pelbagai ekosistem baik tropika mahupun tundra. Kebanyakannya hidup atas darat, tapi ada juga yang hidup di bawah tanah, atas pokok dan tepi air.

Ciri-ciri

Tikus adalah mamalia kecil yang panjangnya sekitar 10 cm (3.9 in) tidak termasuk ekor, dari sekecil 4.5 hingga 8 cm (1.8 hingga 3.1 in) pada mencit kerdil Afrika hingga sebesar 48 cm (19 in) bagi tikus dahan gergasi Luzon selatan. Badan tikus rata-rata langsing dengan ekor bersisik yang lebih panjang daripada tubuh, serta mancung runcing dengan misai yang ketara, tetapi itu pun berbagai-bagai. Sesetengah tikus mempunyai kaki panjang tirus untuk berjalan meloncat-loncat sedangkan yang lain mempunyai kaki lebar dan ekor boleh mencengkam untuk mudah memanjat, dan ada juga yang tiada kedua-dua adaptasi tersebut. Tikus rata-rata berbulu perang, tetapi ada juga yang bertompok kelabu, hitam atau putih.

Tikus pada umumnya tajam pendengaran dan penghiduan. Ia hidup di pelbagai jenis habitat baik hutan, padang rumput mahupun pergunungan. Sesetengah spesies seperti jerbil tersesuai dengan keadaan gurun dan dapat hidup lama-lama tanpa banyak air. Tikus makan pelbagai benda mengikut spesiesnya dengan bantuan otot rahang yang kuat serta gigi kacip mengunggis yang tumbuh sepanjang hidup. Formula pergigian tikus ialah Tikus: Taburan dan habitat, Ciri-ciri, Lihat juga .

Tikus banyak kali membiak, setahun beberapa kali melahirkan banyak anak. Kelahiran dalam 20 hingga 40 hari selepas mengawan, tetapi berbeza-beza mengikut spesies. Anak tikus lazimnya lahir buta, tidak berbulu dan tidak berdaya, tetapi ada yang terkecuali seperti tikus berduri.

Lihat juga

  • Mencit, spesies bawahan dikenali dari ukuran badan lebih kecil
  • Rattus

Rujukan

Tags:

Tikus Taburan dan habitatTikus Ciri-ciriTikus Lihat jugaTikus RujukanTikus

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kelantan Darul Naim F.C.Sultan Muhammad VPiala Asia B-23 AFC 2024HinduismeGeografi IndonesiaUsul al-FiqhMimi LanaDaerah di SabahSheikh Muszaphar ShukorHussein OnnPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948NegarakuTunku Ismail ibni Sultan IbrahimAngel (penyanyi)Perempuan Itu (drama)Bulan Bahasa KebangsaanMisteri DilailaJata MalaysiaEddie HamidKhawarijBadarawuhi Di Desa PenariNasi lemakQarinFrekuensi radio di PerakAsertifGolongan kata (bahasa Melayu)Inspektor kesihatanAlhamdulillahProses pilihan raya di MalaysiaNasionalismeYusof HaslamHujan asidPutrajayaMahatma GandhiBendera PalestinElla (penyanyi)Mia KhalifaDubaiDewan Undangan Negeri di Malaysia1Kartina AyoobSultanah Nur Diana Petra AbdullahVirusKerajaan Persekutuan MalaysiaAgama BuddhaMuhammad bin Idris al-SyafiiSekolah Menengah Kebangsaan Batu KikirHalim RadziTentera Darat MalaysiaBanjaran TitiwangsaSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahAngkatan Tentera MalaysiaMaktab Rendah Sains MARAAliff AzizTanah Melayu BritishKuala TerengganuKata namaJam 24 jamRiena DianaKementerian Dalam Negeri MalaysiaWudukIntan LadyanaAhmad Zahid HamidiUmar bin Al-KhattabMustaqim BahadonJoseph KurupTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahSultan SallehuddinThailandKarbon dioksidaZaman air batuRahim RazaliHaqimi Azim RosliNur FathiaPerjanjian HudaibiyahNabi Ya'akub a.s.Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaHuruf syamsiah dan qamariah🡆 More