Tun Habib Abdul Majid: Bendahara Kesultanan Johor

Almarhum Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid bin Almarhum Tun Ali bin Tun Muhammad bin Sayyid Zainal Abidin bin Sayyid Abdullah bin Sayyid Syekh bin Sayyid Abdullah bin Sayyid Abu Bakar bin Sayyid Abdullah Al Saqqāf Al Aydrus (1637 – 27 Julai 1697) ialah Bendahara Kesultanan Johor yang ke-19.

Kesultanan Johor di bawah Sultan Mahmud Shah II mula kehilangan kuasa semasa perkhidmatan Tun Habib sebagai Bendahara Johor. Pergolakan dalaman Kesultanan Johor yang ditempuh Tun Habib mengukuh kuasa beliau sebagai Bendahara, yang merupakan kuasa sebenar di belakang Kesultanan Johor pada ketika itu. Selepas Tun Habib meninggal dunia, keturunannya menguasai Kesultanan Johor dan mengasaskan Kesultanan Riau-Lingga, Johor, Pahang dan Terengganu.

Bendahara Johor

Perebutan kuasa

Tun Habib ialah anak Maharaja Sri Diraja Johor, dan bersaing untuk pengaruh dan kuasa dengan Laksamana Tun Abdul Jamil semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Shah III.

Pada tahun 1677, Sultan Ibrahim Shah melantik Tun Habib sebagai Bendahara Johor dan diberi gelaran "Bendahara Seri Maharaja" pada tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, kuasa beliau dibayangi oleh Laksamana Tun Abdul Jamil yang lebih berpengaruh dan berpengalaman. Tun Abdul Jamil, mengambil kesempatan daripada Sultan yang kurang berpengalaman, segera mengukuhkan pengaruh beliau di Riau dan mengisytiharkan dirinya sebagai Tengku Mahkota. Beliau berhenti membayar ufti kesetiaan kepada Sultan dan melantik keluarga beliau ke jawatan-jawatan penting. Hal ini menyebabkan kemarahan ramai pembesar termasuk juga Tun Habib, yang bersatu untuk menentang Tun Abdul Jamil. Laksamana, tidak dapat melawan tentangan sengit oleh Tun Habib dan sekutunya, telah berundur ke Terengganu pada tahun 1688 di mana beliau telah terbunuh tidak lama selepas itu. Setelah penyingkiran Tun Abdul Jamil, Tun Habib pergi ke Riau dan membawa Sultan Mahmud Shah II balik ke Johor.

Pengukuhan kuasa

Kematian Tun Abdul Jamil meletakkan kembali Tun Habib sebagai Bendahara. Tun Habib kembali semula kepada jawatannya sebagai Bendahara yang lebih kuat. Hal ini memberikan daya bantuan kepada Sultan yang masih muda dan tidak tahu banyak urusan pentadbiran dan perhubungan masyarakat di Johor. Ketika adat istiadat istana, Tun Habib memberikan pengakuan taat setia kepada Sultan muda walaupun beliau mempunyai kemampuan menggunakan kuasa tunggal yang berkesan ke atas kerajaan. Pada bulan April 1691, utusan Belanda tiba di Johor bagi mendapatkan perjanjian perdagangan dengan Tun Habib, Namun, beliau dengan tegasnya berkata tidak akan menandatangani apa-apa watikah perjanjian sehinggalah Sultan mencapai umur baligh dan matang.

Tun Habib juga dilaporkan sangat penyayang orangnya. Sangat menghormati rakyat dan bekerjasama dengan para menterinya (Orang Kaya). Kemudian, apabila mendapat kuasa, Tun Habib meletak tampuk empayar Johor ke Kota Tinggi. Beliau juga mengambil alih tugas perhubungan negara dengan menghantar wakil ke Terengganu, pada masa itu keadaan di Terengganu kurang berpenghuni. Sultan Mahmud diberi banyak peluang dalam urusan pentadbiran di bawah kawalan Tun Habib, walaupun beliau kemudian menggunakan kuasa tunggal yang berkesan ke atas aktiviti hubungan Sultan. Tun Habib meninggal dunia di Padang Saujana, Kota Tinggi pada 7 Muharam 1109 H bersamaan 26 Julai 1697 M, dan dimakamkan di sana. Anak lelaki sulungnya, Abdul Jalil, mengambil tampuk Bendahara Johor ke-20, tetapi merampas kedudukan Sultan Mahmud Shah II dua tahun kemudian pada tahun 1699 dan memakai gelaran Sultan Abdul Jalil IV. Anak kelima beliau, Zainal Abidin, yang masih menetap di Pattani telah berpindah ke Terengganu lalu menjadi Sultan pertamanya.


Descendants

Tun Habib had several sons by different wives, all of whom rose to influential positions. He had at least six sons: Tun (Habib) Abdul Jalil, Tun Abdullah, Tun Abdul Jamal, Tun Mas Anum, Tun Zainal Abidin and Tun Mas Jiwa were all later appointed as Bendaharas. Among these sons, Tun Abdul Jalil and Tun Zainal Abidin later established their own independent ruling houses in Johor-Riau and Terengganu respectively.

  • House of Bendahara, established by Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV which ruled Johor from 1699 until 1812 (albeit an interregnum between 1718 to 1722). In 1812, the death of Sultan Mahmud Shah III sparked a succession crisis between Tengku Abdul Rahman and his younger brother Tengku Hussein. The British, who came to the region in 1819 saw a royal house rivalled by succession dispute and took to task of recognising Sultan Hussein Shah as the Sultan of Johor and Singapore, while giving Tengku Abdul Rahman the title "Ruler of Singapore. The royal regalia was given to the Lingga-based Tengku Abdul Rahman who was supported by the Bugis nobles and Bendahara Ali of Pahang. The Anglo-Dutch Treaty of 1824 had the effect of splitting the royal household into two factions:
    • Keluarga Bendahara (Johor): Berasaskan di Johor, cabang ini diketuai oleh Sultan Hussein Shah sehingga kemangkatannya pada tahun 1824, sungguhpun Temenggong memegang lebih banyak kuasa berbanding Sultan, sebahagian besarnya disebabkan ketiadaan pengesahan dikalangan bangsawan Melayu. Pengganti Hussein Shah, Ali, walaupun dia berjaya mendapatkan cop diRaja bagi pengesahan pemerintahannya, dengan cepat diatasi oleh Temenggong yang lebih berkuasa. Di bawah tekanan British, dia dipaksa menyerahkan hak kedaulatan Johor (kecuali daerah Muar) pada Temenggong Daing Ibrahim pada tahun 1855. Sultan Ali meninggal pada tahun 1877.
    • Keluarga Riau-Lingga: Cabang ini berasaskan di Lingga dan diketuai oleh Sultan Abdul Rahman, yang disokong oleh bangsawan Bugis. Dia kemudian mangkat pada tahun 1832 dan diganti oleh anak lelakinya, Muhammad Shah dan kemudiannya oleh cucunya, Mahmud Muzaffar Shah pada tahun 1841. Sultan Mahmud Muzaffar Shah dilucutkan kuasa pada tahun 1857 oleh orang Belanda, yang juga turut disokong oleh bangsawan Bugis. In his later years, he began to claim recognition as the legitimate ruler of the Johor-Riau empire. This royal house lasted until 3 February 1911, when the Dutch assumed full control over Riau and Lingga.
  • House of Temenggong (Johor), established by Temenggong Tun Daeng Ibrahim, a descendant of Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV by his non-royal son Tun Abbas. The present Sultan of Johor belongs to this royal house.
  • House of Bendahara (Pahang): The current Sultan of Pahang traces his lineage to Sultan Wan Ahmad of Pahang, a descendant of Tun Abbas. (At one point of time another royal lineage that was related to the Malacca royal family (descended from Parameswara) also ruled Pahang, but later died out.
  • The current Sultan of Terengganu is a descendant of Sultan Zainal Abidin I, the 5th and youngest son of Tun Habib.

Nota kaki

Rujukan

Rujukan Lanjut

  • (Tun) Suzana (Tun) Othman, Tun Habib Abdul Majid; Bendahara Johor, Putera Acheh dan Zuriyyah Rasulullah SAW, Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Johor, 2006, ISBN 983-3020-10-0

Tags:

Tun Habib Abdul Majid Bendahara JohorTun Habib Abdul Majid Nota kakiTun Habib Abdul Majid RujukanTun Habib Abdul Majid Rujukan LanjutTun Habib Abdul MajidHabibJohorKeluarga AlsagoffKesultanan JohorPahangSayyidSultan Mahmud Shah IITerengganuTun

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perang Dunia KeduaSingapura dalam MalaysiaKhadijah binti KhuwailidUnited KingdomSenarai kata pinjaman dari bahasa Arab dalam bahasa Melayu dan bahasa IndonesiaUniversiti Sultan Zainal AbidinRinggitShaheizy SamDawoodi BohraGhibahDollaBaba dan NyonyaPulau PangkorPeristiwa 13 MeiPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalHalim RadziWarna Warni AidilfitriDataran MerdekaKementerian Pendidikan MalaysiaSolat Sunat Tahiyyatul MasjidHero Seorang Cinderella 2Arif AimanMohd Ridhuan TeeKerenggaQatarErysha EmyraAlhamdulillahEmma MaembongPulau MabulT-araMia KhalifaTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahHamzah bin Abdul MuttalibBruneiIndiaNur FazuraHari WesakKerajaan SalakanagaraAzhan RaniNabila HudaKimpalanSunan DrajatProton SatriaMenteri Dalam Negeri MalaysiaJata MalaysiaGajahJep SepahtuNabi Yusuf a.s.Mohd Noor Helmy Abdul HalemPendidikan di MalaysiaEyka FarhanaHari Paskah BesarPolis Diraja MalaysiaAdi PutraMarga SangirHantu Kak Limah Balik RumahKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013RuhainiesM. NasirNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuRock Oo!SSC NapoliHari GawaiSenarai saluran AstroSultanah ZanariahPasukan bola sepak kebangsaan OmanPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaMohamed Fadzli HassanBendera MalaysiaPandemik COVID-19 di MalaysiaAngkatan Tentera MalaysiaMohd Na'im MokhtarIsteri Separuh MasaNorish KarmanPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuRita RudainiSukan Olimpik🡆 More