Pseudosains atau sains semu (pseudoscience) merupakan sesuatu ilmu, kaedah, kepercayaan atau amalan yang dianggap dengan sendirinya sebagai bersifat saintifik, mahupun menuntut sebagai suatu bidang sains yang sah tetapi ianya bercanggah mengikut kaedah saintifik dalam cara pengajiannya.
Istilah pseudosains berasal dari perkataan bahasa Yunani pseudo- ("palsu" atau "berpura-pura") dan perkataan Latin scientia ("pengetahuan"). Penggunaan pertama istilah ini yang tercatat ialah oleh François Magendie, seorang ahli fisiologi Perancis, pada tahun 1843.
Perkataan ini mempunyai erti negatif, kerana ia digunakan untuk melabel sesuatu subjek sebagai sains yang tidak tepat atau mengelirukan. Label ini bagaimanapun ditolak oleh pengamal bidang ini.
Sesuatu bidang, kebiasaan atau ilmu boleh dikelaskan sebagai pseudosains jika
Sesuatu bidang boleh dilabelkan pseudosains atas sebab-sebab yang berbeza. Popper menganggap astrologi sebagai pseudosains kerana ahli astrologi menyampaikan fahaman mereka dengan tidak jelas supaya mereka tidak boleh dinafikan,; manakala Thagard menganggap astrologi sebagai pseudosains kerana pengamal astrologi tidak mengembangkan teori astrologi, menilai teori dari segi hubungan dengan bidang lain secara kritis, dan hanya menerima bukti yang selari dengan teori mereka. Thagard juga menyatakan bahawa pseudosains menumpu kepada kelihatan dan bukannya hubungan sebab-kesan.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Pseudosains, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.