Playstation Move

PlayStation Move (Jepun: プレイステーションムーヴ, Hepburn: PureiSutēshon Mūvu) adalah pelantar alat kawalan permainan video pengesanan gerakan untuk konsol permainan video PlayStation 3 (PS3) oleh Sony Computer Entertainment (SCE).

Berdasarkan gerakan tangan, PlayStation Move juga menggunakan kamera PlayStation Eye untuk mengesan kedudukan pengawal, dan penderia inersia dalam pengawal untuk mengesan gerakan yang dilakukan. Pertama kali diumumkan pada tarikh 2 Jun 2009, PlayStation Move dilancarkan di wilayah PAL dan sebahagian besar pasaran Asia pada 15 September 2010, di Amerika Utara pada 19 September 2010, dan di Jepun pada 21 Oktober 2010. PlayStation Move akan bersaing dengan Wii Remote dengan Wii MotionPlus dan Kinect yang merupakan sistem kawalan pergerakan untuk konsol Wii dan Xbox 360.

PlayStation Move
Playstation Move
PlayStation Move Motion Controller
Pengawal gerakan PlayStation Move
PengilangSony Computer Entertainment
JenisAlat kawalan permainan video
GenerasiEra generasi ketujuh
Ketersediaan runcit
      • UK: 17 September 2010
          KuasaBateri litium-ion
          InputPengawal gerakan:
          • Pengesanan gerakan
          • Penjejakan lokasi
          • 1 picu analog
            (T)
          • 8 butang
            (Triangle, Circle, Cross, Square, Start, Select, Home, Move)

          Pengawal navigasi:

          • Kayu analog
          • D-pad
          • 1 picu analog
            (L2)
          • 5 butang
            (Cross, Circle, L1, Home, L3)
          KetersambunganBluetooth, USB

          Meskipun PlayStation Move digunakan untuk konsol PlayStation 3, Sony menyatakan bahawa ia mengganggap Move sebagai suatu pelancaran "platform" utama, merancang kempen pemasaran yang agresif untuk menyokong itu. Slogan iklan untuk PlayStation Move dari E3 2010 ialah "This Changes Everything" (Ini Mengubah Segalanya), termasuk kerjasama dengan Coca-Cola, sebagai sebahagian daripada "It Only Does Everything" (Ia Hanya Melakukan Segalanya) iaitu kempen pemasaran yang bermula dengan munculnya PlayStation 3 Slim.

          PlayStation Move juga boleh digunakan dalam konsol PlayStation 4 serta digunakan bersama aksesori PlayStation VR.


          Sejarah

          Idea mengenai pembangunan PlayStation Move datang dari EyeToy, alat pengawal yang berdasarkan kepada kamera web yang dikeluarkan untuk konsol PlayStation 2 yang dilancarkan sekitar tahun 2003. Dalam pembangunan EyeToy, pembangun melakukan eksperimen mengenai fungsi grafik 3D berwarna dan mempunyai rekabentuk bertongkat termasuklah prototaip yang mengandungi bola di atasnya. Pada masa EyeToy dilancarkan, ianya hanya menawarkan fungsi gerakan bebas tanpa dijejak oleh mana-mana peranti lain. Namun begitu, teknologi pengesan pergerakan mula menjadi fokus setelah harga pasaran pengesan pergerakan menurun serta hasil jualan yang memberangsangkan bagi aksesori Wii Remote yang memiliki rekabentuk bertongkat pada tahun 2008 menyebabkan pihak Sony mula membangunkan aksesori pengesan mereka sendiri. Untuk mencapai perkara ini, mereka melakukan semakan semula terhadap konsep penjejak berbentuk sfera yang akan digunakan untuk aksesori PlayStation Eye, mengintergrasikan kesemua pengesan intertia dan memperbaiki mutu produk mereka dari perspektif kejuruteraan dan rekabentuk. Pada awalnya, kod nama untuk projek pembangunan Move dikenali sebagai "Y-con", kerana terdapat tiga bahagian iaitu bahagian perkakasan Sony Computer Entertainment di Jepun, bahagian kejuruteraan aplikasi dari Sony Computer Entertainment di Amerika Utara serta Sony Worldwide Studio bekerja bersama-sama untuk membangunkan produk ini; seperti huruf "Y" dari tiga hujung bergabung bersama-sama. Perkara ini merupakan permulaan kepada bentuk kerjasama di dalam Sony itu sendiri, yang kemudiannya diperluaskan bagi pembangunan projek PlayStation 4 dan PlayStation Vita.

          Alat pengawal Move ini diumumkan semasa sidang media Sony dalam acara Electronic Entertainment Expo 2009 pada 2 Jun 2009, di mana demonstrasi juga diadakan menggunakan prototaip. Pada mulanya, ianya dikenali dengan nama PlayStation Motion Controller, dan dijadualkan berada di pasaran pada suku tahun pertama atau kedua 2010. Walau bagaimanapun, sehingga Ogos 2009, ciri-ciri dan rekabentuk rasmi alat pengawal ini masih lagi belum disahkan.

          Tidak lama selepas Sony memperlihatkan alat pengawal ini kepada pembangun, Sony menyatakan bahawa mereka sedang meneliti kemungkinan menggunakan alat pengawal pengesan pergerakan bersama-sama dengan alat pengawal standard PlayStation 3, seperti dalam senario di mana pemain menggunakan alat pengawal pengesan pergerakan sebagai pedang dan alat pengawal DualShock 3 sebagai perisai. Penggunaan alat pengawal pengesan pergerakan dan alat pengawal PlayStation 3 mula diperlihatkan dalam acara Tokyo Game Show pada bulan September 2009 melalui permainan video Biohazard 5: Alternative Edition. Kebanyakkan pengguna melihat kombinasi alat pengawal ini digunakan dengan baik sekali, walaupun ada sesetengah yang merasakan memegang alat pengawal DualShock 3 dengan hanya sebelah tangan nampak janggal. Pada masa itu juga, terdapat khabar angin yang menyatakan Sony sedang dalam peringkat mereka bentuk alat pengawal tambahan yang seakan sama dengan alat pengawal yang dikeluarkan Nintendo pada ketika itu, Nunchuk.

          Pada bulan Januari 2010, Sony mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan alat pengawal ini pada suku ketiga atau keempat 2010. Pada 10 Mac, Sony mengumumkan nama rasmi dan logo untuk alat pengawal ini dalam acara Game Developers Conference 2010, dan memperlihatkan rekabentuk akhir alat pengawal ini). Logo ini dilihat sebagai bentuk ombak berwarna yang mewakili jejak cahaya yang dikeluarkan oleh bahagian sfera pada PlayStation Move apabila pemain menggunakannya.


          Komponen

          Kawalan pergerakan

          Playstation Move 
          PlayStation Move mengandungi beberapa jenis pengesan yang mengesan pergerakan pemain.

          Komponen utama dalam PlayStation Move, kawalan pergerakan, ialah alat pengawal berbentuk tongkat yang membolehkan pemain berinteraksi dengan konsol melalui pergerakan di hadapan PlayStation Camera. Fungsinya lebih kurang sama dengan alat pengawal Wii Remote.

          PlayStation Move terdiri daripada bebola yang terletak di atas yang mengeluarkan pelbagai warna berdasarkan kepada lampu LED yang menggunakan spektrum RGB. Warna-warna yang dikeluarkan oleh bebola ini adalah berdasarkan kepada situasi di dalam permainan video. Warna yang dipancarkan ini juga bertindak sebagai penanda aktif di mana posisi bebola ini akan dijejak oleh PlayStation Camera. Selain itu, bentuk dan kadar pencahayaan daripada bebola ini juga membantu sistem mengenalpasti jarak pemain dengan lebih tepat.

          Dua buah pengesan inersia, tiga-dimensi akselerometer serta pengesan kadar yang terdapat di dalam alat pengawal ini digunakan untuk menjejak putaran serta pergerakan secara keseluruhan. Magnetometer dalaman digunakan untuk melakukan penentukuran di antara pergerakan alat pengawal dengan medan magnetik Bumi bagi memperbetulkan ralat kumulatif yang disebabkan oleh pengesan inersia. Terdapat juga pengesan suhu yang digunakan untuk menyelaraskan bacaan pengesan inersia terhadap kesan suhu. Pengesan inersia juga digunakan sebagai rekod terkini jika penjejak pada kamera tidak boleh digunakan, seperti apabila alat pengawal ini terselindung di sebalik pengguna lain.

          Di bahagian hadapan alat pengawal Move terdapat butang berbentuk bujur yang besar yang dilabel sebagai Move, yang dikelilingi dengan beberapa butang yang lebih kecil (Playstation Move , Playstation Move , Playstation Move , Playstation Move ) dan butang berlabel PS di bawahnya, susunan yang sama seperti alat pengawal Blu-ray yang dikeluarkan untuk PlayStation 3. Pada bahagian kiri dan kanan, terdapat butang "Select" dan "Start". Di bawahnya pula, terdapat butang berlabel T untuk memulakan fungsi analog. Manakala, pada bahagian hujung bawah Move terdapat tali untuk mengikat alat pengawal ini pada pergelangan tangan, port USB dan port sambungan.

          Antara ciri-ciri lain pada alat pengawal Move ini adalah fungsi gegaran yang akan dicetuskan apabila sesuatu senario berlaku, yang menggunakan teknologi Haptic.

          Konsol PlayStation 3 berupaya untuk mengesan sehingga empat alat pengawal ini pada satu-satu masa, yang dibezakan menggunakan warna-warna yang berbeza yang dipancarkan pada bebola. Demonstrasi mengenai penggunaan beberapa alat pengawal disambung pada sebuah konsol PlayStation 3 telah ditunjukkan, selain pengguna mencuba menggunakan dua buah alat pengawal yang dipegang bersama. Sebanyak 200 judul permainan video yang dikeluarkan untuk PlayStation Move, di mana pemain mempunyai pilihan untuk menggunakan dari 1 hingga 4 buah alat pengawal Move ini untuk bermain bersama pemain lain.


          Rujukan

          Tags:

          Playstation Move SejarahPlaystation Move KomponenPlaystation Move RujukanPlaystation MoveAlat kawalan permainan videoBahasa JepunKinectPerumian HepburnPlayStation 3PlayStation EyeSony Computer Entertainment

          🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

          SireniaKerajaan MataramRoslan SalehUniversiti Putra MalaysiaFrekuensi radio di JohorSurah Al-IkhlasSejarah MalaysiaGennaro GattusoIsham JalilMarlia MusaBoBoiBoySyamsul YusofKata kerjaIbanAzhar IdrusKetumBulanCopa América 2015Ana DahliaMedia sosialBaju MelayuTidak beragamaKata sendi (bahasa Melayu)Negeri-Negeri SelatYang di-Pertua Negeri SarawakDasar Ekonomi BaruIsteri Separuh MasaIbnu KhaldunHalim RadziMacSekolah Menengah Kebangsaan Jalan TigaAbdullah bin Ahmad BadawiGolongan kata (bahasa Melayu)Nabi Musa menyeberangi Laut MerahHarimauZakat fitrahAdat resam kahwin MelayuSiti Khadijah HalimJenayah kolar putihBella AstillahTepung pelitaHinduismeHukum madMasjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahMaryamJenis air untuk bersuci dalam IslamNorish KarmanParameswaraLembah BujangPerdana Menteri MalaysiaDemografi MalaysiaZarina ZainuddinBella DallyWinai KraibutrHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMJuventus F.C.Sultan Sharafuddin Idris ShahNasi tangasNabi Yusuf a.s.Adat resamEJohor BahruAyu RaudhahBendera MalaysiaEmpayar Rom SuciSolat jamakSaleemKematian Zulfarhan Osman ZulkarnainPeraturan bola jaringProton SagaZul AriffinKetupatSyiahSerembanNgabuburitCabang dan mazhab IslamPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021🡆 More