Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia

Jabatan Wilayah Persekutuan (Tulisan Jawi: كمنترين ولايه ڤرسكوتوان) adalah Jabatan di bawah kerajaan Malaysia yang bertanggungjawab menyelia tiga buah Wilayah Persekutuan di Malaysia.

Ianya dikenali sebagai Kementerian sebelum 2023 dan kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Jabatan Wilayah Persekutuan
كمنترين ولايه ڤرسكوتوان
Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia
Kerajaan Malaysia
Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia
Intisari agensi
Dibentuk1979; 45 tahun yang lalu (1979)
JenisKerajaan
Ibu pejabatAras G-7, Blok 2, Menara Seri Wilayah, Precint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62100 Putrajaya
Kakitangan346 (2018)
Belanjawan tahunanMYR 1,202,785,000 (2018)
Eksekutif Kerajaan
Laman sesawang
www.jwp.gov.my

Sejarah Penubuhan

Kementerian Wilayah Persekutuan diwujudkan pada tahun 1979 untuk menjalankan tugas dan fungsi sebagaimana yang dinyatakan dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969. Pada masa itu, Kementerian Wilayah Persekutuan juga berfungsi sebagai penyelaras perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur dan kawasan Lembah Klang selaras dengan penubuhan satu Majlis Perancangan Wilayah Lembah Klang dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Wilayah Lembah Klang.

Pada tahun 1981, Kementerian Wilayah Persekutuan telah diturunkan statusnya menjadi satu bahagian di bawah pentadbiran Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang beroperasi sebagai Unit Perancangan Lembah Klang. Untuk menampung strategi pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan pula, pada tahun 1984 telah diwujudkan Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Klang untuk melaksanakan dasar pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Pengumuman penyusunan semula kabinet pada 27 Mac 2004 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Bin Hj. Ahmad Badawi, menyaksikan penubuhan Kementerian Wilayah Persekutuan. Tan Sri Mohd Isa Bin Dato' Hj Abdul Samad telah dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang pertama.

Penyusunan semula Kabinet pada 27 Mac 2004 telah menyaksikan Kementerian Wilayah Persekutuan ditubuhkan semula untuk memberi tumpuan khusus terhadap kemajuan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) di samping bertanggungjawab untuk menyelaras Perancangan Lembah Klang seperti yang tersebut dalam Akta Fungsi-Fungsi Menteri 1969 (pindaan terkini).

Transformasi Bahagian Kemajuan Wilayah Persekutuan dan Perancangan Lembah Kelang yang merupakan salah sebuah Jabatan Perdana Menteri menjadi sebuah Kementerian pada 27 Mac 2004 menekankan kepentingan dan keutamaan yang diberikan kepada perancangan dan pembangunan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; meliputi perancangan Lembah Kelang sebagai sebahagian daripada usaha negara untuk memajukan kawasan tersebut.

Penubuhan KWP bertujuan:-

  • Melaksanakan tugas-tugas perancangan dan pembangunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta Lembah Klang dan Hal Ehwal Kepulauan.
  • Bertanggungjawab untuk mengawal selia :

Pada 23 Oktober 2009, ketika pembentangan Bajet 2010, Y.A.B. Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa fungsi dan tanggungjawab Kementerian Wilayah Persekutuan diperkukuh dan diperluaskan untuk membasmi kemiskinan bandar seluruh negara dan melaksanakan program kesejahteraan bandar. Sehubungan itu, pada 13 November 2009, Kementerian Wilayah Persekutuan dengan rasminya dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Namun, pada Mei 2013 nama asal kementerian iaitu Kementerian Wilayah Persekutuan dikembalikan.

Fungsi

  • Mengubal, merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan fizikal dan insan berteraskan nilai dan budaya Malaysia dengan fokus kepada :
    • Wilayah Persekutuan menjadi bandaraya bertaraf dunia.
    • Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi pusat pentadbiran kerajaan persekutuan yang utama.
    • Wilayah Persekutuan Labuan menjadi pusat kewangan luar pesisiran antarabangsa, pulau pelancongan bebas cukai antarabangsa dan pusat pendidikan yang terkemuka.
    • Pusat perancangan bagi pembangunan Wilayah Lembah Klang yang terancang dan terkawal.
    • Hal Ehwal Kepulauan Luar Pesisir.

Visi

  • Menjadi Wilayah Persekutuan yang maju dan sejahtera serta peneraju pembangunan yang mampan.

Wilayah Persekutuan

  • Wilayah Persekutuan terdiri daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Maju

  • Maju dari segi ekonomi, politik dan sosial, rohani, psikologi dan budaya.

Sejahtera

  • Sejahtera dalam aspek bandaraya yang berkualiti dan efisien yang mempunyai infrastruktur yang terancang dan berkualiti.
  • Sejahtera dalam aspek sistem pengangkutan awam yang tepat, cepat dan selamat
  • sejahtera dari segi keselamatan awam yang terjamin, kemudahan rekreasi dan tempat hiburan untuk memenuhi pelbagai keperluan masyarakat.
  • Sejahtera dalam aspek keharmonian integrasi antara kaum dan penyertaan masyarakat untuk membentuk komuniti yang berhemah, berbudi bahasa dan berbudaya tinggi.
  • Sejahtera dalam aspek pencapaian masyarakat yang berilmu, bermoral, beretika dan bersikap toleransi.
  • Sejahtera dari segi pencapaian ekonomi, dan peluang pekerjaan untuk masyarakat.
  • Sejahtera dari segi nilai kebersihan, keselesaaan dan penjagaan alam sekitar.

Misi

  • Peneraju pembangunan mampan fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar melalui kerjasama strategik yang inklusif.

Nilai-nilai teras

  • Prihatin
  • Responsif
  • Inklusif
  • Hormat
  • Amanah
  • Telus
  • Inovatif
  • Nilai murni

Moto

"WILAYAH PERSEKUTUAN UNTUK SEMUA"

Agensi

Carta Organisasi

  • Perdana Menteri
    • Ketua Setiausaha Negara
      • Ketua Pengarah
        • Agensi
        • Bahagian Komunikasi Korporat, Penasihat Undang-Undang, Unit Audit Dalam, Unit Integriti
          • Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan & Sosio Ekonomi)
            • Bahagian Sosio Ekonomi
            • Bahagian Khidmat Pengurusan
            • Bahagian Akuan
            • Bahagian Pengurusan Maklumat
            • Bahagian Kewangan
          • Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan & Pembangunan)
            • Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
            • Bahagian Perbandaran dan Khidmat Teknikal
            • Bahagian Pengurusan Pembangunan
          • Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Perseutuan

Lihat juga

Pautan luar

Tags:

Kementerian Wilayah Persekutuan Malaysia Sejarah PenubuhanKementerian Wilayah Persekutuan Malaysia FungsiKementerian Wilayah Persekutuan Malaysia VisiKementerian Wilayah Persekutuan Malaysia MisiKementerian Wilayah Persekutuan Malaysia Nilai-nilai terasKementerian Wilayah Persekutuan Malaysia MotoKementerian Wilayah Persekutuan Malaysia AgensiKementerian Wilayah Persekutuan Malaysia Carta OrganisasiKementerian Wilayah Persekutuan Malaysia Lihat jugaKementerian Wilayah Persekutuan Malaysia Pautan luarKementerian Wilayah Persekutuan MalaysiaMalaysiaTulisan JawiWilayah Persekutuan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kumpulan Rock MalaysiaPuasa (Islam)Katedral St PaulBangladeshKhairy JamaluddinT-araCampaBaksoBahasa ArabMinyak sapiSurah Al-QadrSenarai Kementerian di MalaysiaErma FatimaEImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Hannah DelishaPilihan raya umum Malaysia 2022Adnan bin SaidiJabatan Imigresen MalaysiaRukun ImanAerofonTuakTV3BulanSenarai buahKuala LumpurJudiKuala Kubu BharuJohan GhazaliDini SchatzmannLengkuasPolisSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaTauhid RububiyahAnwar IbrahimPandemik COVID-19 di MalaysiaNorish KarmanMelakaWadi AnnuarHukum Kanun MelakaRujukan kehormatInfrastrukturHadha min fadhle RabbiRukun IslamIskandar ChempakaTepung pelitaCendolAeril ZafrelHans IsaacPrivate BodyguardPutrajayaNabi Isa a.s.PetronasKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 – AFC Pusingan KeduaNabi Syu'aib a.s.Tidak beragamaUniversiti Putra MalaysiaAbang Johari Tun OpengAmir AhnafSlot AkasiaJohor Darul Ta'zim F.C.Muhammad bin Idris al-SyafiiKK Super MartNasabHari GawaiSarimah AhmadPulau PangkorBatik Air MalaysiaWak DoyokNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaRock Oo!Tulisan JawiEmma MaembongUthman bin AffanBani IsraelZiana ZainKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013🡆 More