Kelas Peralatan Elektrik

Dalam industri pengeluaran peralatan elektrik, kelas perlindungan IEC berikut digunakan untuk membezakan keperluan sambungan bumi bagi peralatan tersebut.

Kelas 0

Kelas Peralatan Elektrik 
Wayar kuprum lembar halus dengan penebat tunggal.

Peralatan dalam kelas ini tiada sambungan bumi serta menampilkan hanya satu aras penebatan sahaja. Peralatan sebegini hanya bertujuan untuk digunakan di kawasan kering sahaja. Di kebanyakan negara, penjualan peralatan elektrik Kelas 0 yang menggunakan voltan bekalan elektrik sesalur kini telah diharamkan, memandangkan satu sahaja kegagalan sudah cukup untuk menyebabkan renjatan elektrik ataupun bahaya-bahaya lain. Suruhanjaya Elektroteknikal Antarabangsa kini sedang dalam proses memansuhkan piawaian peranti Kelas 0. Adalah dianggarkan bahawa suatu hari nanti konsep Kelas 0 akan dimansuhkan daripada pasaran antarabangsa serta digantikan dengan peranti Kelas II.

Kelas I

Kelas Peralatan Elektrik 
Wayar bumi berwarna kuning/hijau.
Kelas Peralatan Elektrik 

Peralatan elektrik Kelas I memerlukan kerangkanya dibumikan dengan menggunakan wayar pengalir bumi berwarna hijau atau kuning/hijau di kebanyakan negara. Kegagalan pada peralatan berkenaan yang menyebabkan wayar hidup bersentuhan dengan kerangka peralatan akan menyebabkan arus elektrik mengalir melalui wayar bumi. Arus ini seterusnya akan menyebabkan sama ada alat perlindungan arus lampau (fius atau pemutus litar), ataupun pemutus litar bocor ke bumi (PLBB) atau peranti arus baki (PAB) untuk memutuskan bekalan elektrik kepada peralatan berkenaan.

Kelas II

Kelas Peralatan Elektrik 

Peralatan elektrik Kelas II atau penebatan berganda adalah peralatan elektrik yang direka sebegitu rupa agar ia tidak memerlukan sambungan bumi.

Keperluan asas kepada kelas ini ialah dengan memastikan tiada kegagalan pada peralatan yang boleh menyebabkan pendedahan kepada voltan berbahaya yang membawa kepada renjatan elektrik serta perlindungan terhadap risiko sedemikian dapat dicapai tanpa memerlukan perumah logam yang dibumikan. Perlindungan tersebut dicapai sekurang-kurangnya melalui penggunaan dua lapisan penebat yang mengelilingi bahagian hidup ataupun dengan menggunaan penebatan yang diperkukuhkan.

Di Eropah, peralatan dengan penebatan berganda mestilah dilabelkan sebagai "Kelas II", "penebatan berganda" atau mempamerkan simbol penebatan berkembar (satu segiempat sama di dalam segiempat sama yang lebih besar).

Kelas III

Kelas Peralatan Elektrik 

Peralatan Kelas III direka bagi menggunakan bekalan elektrik daripada sumber voltan sangat rendah seperti bateri ataupun penyuai AC. Voltan daripada sumber tersebut adalah cukup rendah sehinggakan dalam keadaan biasa pengguna yang tersentuh bahagian yang hidup tidak akan mengalami risiko renjatan elektrik. Oleh itu, ciri-ciri keselamatan tambahan seperti pada peralatan Kelas I dan Kelas II tidak diperlukan.

Lihat juga

Rujukan

  • Palam Kuasa 3 Pin, Palam Kuasa 2 Pin - oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia.
  • IEC 61140: Perlindungan daripada renjatan elektrik — Aspek lazim bagi pemasangan dan peralatan. Suruhanjaya Electroteknikal Antarabangsa. 2001. (dahulunya: IEC 536-2: Klasifikasi peralatan elektrik dan elektronik berkenaan dengan perlindungan daripada renjatan elektrik, 1992)
  • BS 2754 : 1976 (1999): Memorandum. Pembinaan peralatan elektrik bagi perlindungan daripada renjatan elektrik.

Tags:

Kelas Peralatan Elektrik Kelas 0Kelas Peralatan Elektrik Kelas IKelas Peralatan Elektrik Kelas IIKelas Peralatan Elektrik Kelas IIIKelas Peralatan Elektrik Lihat jugaKelas Peralatan Elektrik RujukanKelas Peralatan ElektrikPembumian elektrik

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Awie1Kuala TerengganuNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaSyafiq KyleRadio Televisyen MalaysiaWahabiNasi goreng (Nusantara)Agama di MalaysiaHael HusainiKata sendi (bahasa Melayu)Yasmin AhmadSari YantiMega Movie (Slot TV3)Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahOman AirBoBoiBoyErra FaziraTentera Laut Diraja MalaysiaUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaAman Ramli JaafarNasha AzizSharifah AiniPrabowo SubiantoTentang Hati DiaMajapahitAyat kursiMohd Shuhaily Mohd ZainKuala Kubu Baharu (kawasan negeri)Senarai negara mengikut sistem kerajaanCibaiKhulafa al-RasyidinMierul AimanPersekutuan Tanah MelayuDaerah LangkawiSenarai poskod di MalaysiaGeografi IndonesiaDini SchatzmannNatasya MahyanErry PutraKelantan Darul Naim F.C.LiberalismeEllie SuriatyKesultanan Melayu MelakaNegarakuAcryl Sani Abdullah SaniSunan BonangCabang dan mazhab IslamAbby AbadiUndang-Undang Laut MelakaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarZaki AzemanSenarai kata pinjaman bahasa MelayuHari Raya AidiladhaIsa KhanMaria OzawaSenarai saluran AstroSolat hajatNa’im BrundagePokok MambuSelawatNur FazuraAsiaDataran MerdekaAbdul Rahim Mohd NoorShahril Sufian HamdanCarles PuigdemontUjian dadahUndang-undang MalaysiaAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaHady MirzaDatuk (gelaran)Hasmiza binti OthmanFrekuensi radio di KelantanSabahMark AdamTunku Abdul RahmanBahasa Arab🡆 More