Toman

Ikan toman (Channa micropeltes) merupakan antara spesies terbesar dalam keluarga Channidae.

Ia mampu tumbuh sepanjang 1.5 m (4.9 ka) dan seberat 20 kg (44 lb). Ia merupakan spesies asli di perairan Asia Tenggara, tetapi juga didatangkan ke tempat-tempat lain sehingga dianggap sebagai penceroboh.

Toman
Toman
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Anabantiformes
Keluarga: Channidae
Genus: Channa
Spesies:
C. micropeltes
Nama binomial
Channa micropeltes
(G. Cuvier, 1831)
Sinonim
  • Ophicephalus micropeltes Cuvier, 1831
  • Ophicephalus serpentinus Cuvier, 1831
  • Ophicephalus bivittatus Bleeker good fish 1845
  • Ophicephalus stevensii Bleeker, 1854
  • Ophiocephalus studeri Volz, 1903

Biologi

Anak ikan toman berwarna merah dengan jalur-jalur lateral jingga hitam yang muncul sekitar umur dua bulan. Makin dewasa si ikan toman, makin hilanglah jalur dan kemerahan yang diganti dengan corak putih dan hitam kebiruan di separuh atas. Ia boleh tumbuh mencapai kepanjangan 1.5 m (4.9 ka) dan berat 20 kg (44 lb).

Toman 
Anak ikan toman berukuran dua sentimeter. Warna merahnya ketika kecil mendatangkan nama gelaran red snakehead.
Toman 
Selepas Bleeker, 1878; ikan toman remaja. USGS 2004
Toman 
Ikan toman remaja.

Spesies ini mempu merangkak ke atas darat dan bernafas udara, tetapi hanya di kawasan berlumpur atau paya. Ia mampu bernafas udara dengan menggunakan paru-paru primitif yang terletak terus di belakang insang yang membolehkan ia hidup di dalam air mati yang kekurangan oksigen dengan naik ke permukaan dan menyedut sedikit udara. Ciri-ciri ini juga membolehkan ikan toman untuk berjalan singkat di atas daratan, tetapi tidak boleh memburu kerana ia tidak dapat menampung diri dengan sirip yang kecil berbanding badannya yang besar.

Kegunaan

Sebagai manusia

Toman 
Pla buang ialah masakan Thai utara yang diperbuat daripada ikan toman yang dijemur lalu digoreng jeluk.

Ikan toman dijadikan bahan makanan pelbagai budaya di Asia Timur dan Asia Tenggara. Ia diternak dalam kolam ikan dan takungan sebagai ikan buruan kerana mampu melawan balik dengan kencang apabila dikail. Dipercayai bahawa memakan ikan ini boleh menyembuhkan badan setelah kecederaan parah atau pembedahan.

Sebagai haiwan peliharaan

Ikan toman juga antara spesies yang popular untuk dibela dan diperdagangkan sebagai haiwan kesayangan. Sering dijual apabila kecil-kecil, ada juga yang dijual sebagai bahan suapan bagi ikan pemangsa yang besar-besar. Ikan toman merupakan pemangsa yang kuat selera dan akan mengejar dan memakan apa-apa sahaja yang muat di dalam mulutnya. Sungguhpun demikian, ia boleh dibela dengan aman bersama ikan-ikan yang sama besar seperti ikan kelisa perak, ikan pisau badut, ikan oscar dan sebagainya.

Taburan

Channa micropeltes terdapat di perairan tawar Asia Tenggara, khususnya Semenanjung Tanah Melayu dan Indonesia . Ia juga didatangkan ke tempat-tempat lain seluruh dunia sebagai baik haiwan peliharaan mahupun bahan makanan, malah dijumpai sejauh Amerika Utara sebagai spesies ceroboh. Ahli-ahli biologi risau bahawa air hangat buangan mungkin membolehkan spesies ikan toman tropika ini berdaya hidup di iklim sejuk, tetapi setakat ini belum ada bukti populasi mantap, walhal semua penemuan setakat ini dipercayai dilepaskan dari peliharaan.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Toman BiologiToman KegunaanToman TaburanToman RujukanToman Pautan luarToman

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sarah SuhairiSultan Sharafuddin Idris ShahSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaRadio Televisyen MalaysiaHari Paskah BesarFalsafah Pendidikan MalaysiaNegeri SembilanShaheizy SamAnak Perjanjian SyaitanMalek MccroneDe FamPerlisPasukan bola sepak kebangsaan KyrgyzstanPerkahwinan menurut IslamMelakaFolikel buluUnifi TVAgama BuddhaQarinSenarai negara mengikut sistem kerajaanUniversiti Teknologi MalaysiaNabi Musa menyeberangi Laut MerahTunku Puan NoraPembantu perubatanNabila HudaNadia AqilahButakMamat KhalidDawoodi BohraPulau MabulNur (drama)Sultan PerakWikipediaAngkatan Tentera MalaysiaKata ganti nama (bahasa Melayu)Sharnaaz AhmadSultanah Nur Diana Petra AbdullahPeraturan bola jaringErma FatimaOrang LampungUniversiti Putra MalaysiaAnwar IbrahimOne Cent ThiefFrekuensi radio di SarawakAdat resam kahwin MelayuPerang Dunia PertamaTanah Melayu BritishParameswaraKulitHari GawaiPutri ArianiPertubuhan Pribumi PerkasaKuala Kubu BharuAdat resamNaim DanielGunung KinabaluSunan DrajatNabi Adam a.s.Nabi Muhammad SAWAliff Syukri KamarzamanPasukan bola sepak kebangsaan OmanPulau PinangKuih takoKelayakan UEFA Euro 2024Bella DallySunan MuriaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarHukum madOnn Hafiz GhaziMenteri Besar JohorKanchan TiranaMYTV BroadcastingAngkor WatSenarai stesen radio di MalaysiaPalestin (wilayah)WalisongoSrivijayaKesihatan🡆 More