'Amacam TV yang bermottokan ‘Amacam TV...Memang Lain Macam’ , merupakan salah satu saluran televisyen yang terdapat dalam pilihan stesen berbayar kedua Malaysia, MiTV menerusi Citra.
Slogan | ‘Amacam TV...Memang Lain Macam’ |
---|
Saluran ini bersifat interaktif dan menawarkan pelbagai rancangan menarik mengenai selebriti tempatan.Saluran ini yang boleh diikuti menerusi saluran 12 MiTV, menyatukan program sihat dan asli termasuk persembahan muzik, eksklusif dan juga penyatuan persembahan. Ia merangkumi keseluruhan kandungan aspek kreatif - muzik, video dan multimedia - dalam cara uniknya yang tersendiri.
Amacam TV mensasarkan untuk menjadi program hiburan popular, memberikan maklumat terkini berkaitan selebriti untuk semua institusi televisyen dan muzik, selain memfokuskan peminat muzik di kalangan remaja dan dewasa bawah 40-an.
Majlis pelancaran Amacam TV disempurnakan pada 25 Mac 2006 pukul 10 pagi di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur oleh Pengerusi MiTV, Datuk Rosman Ridzwan.
Amacam TV mempunyai 13 orang tenaga kerja terdiri daripada penerbit, pengarah, editor dan penulis skrip yang bukannya datang daripada bidang penyiaran.
Pengarah Urusan Cyber Music Asia Sdn. Bhd. (CMA), Kamal Affandi merupakan penerbit kepada Amacam TV.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Amacam TV, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.