ASEAN + 3 merupakan satu pakatan kerjasama antara negara negara anggota ASEAN dan tiga negara di Asia Timur Laut.
ASEAN + 3 berasal daripada EAEC yang kemudiannya menjadi ASEAN + 3 atas cadangan Perdana Menteri Malaysia, Dr.Mahathir bin Mohamad. ASEAN + 3 dibentuk pada Disember 1997 di Malaysia.
Pakatan ini dibentuk bagi meningkatkan kerjasama antara negara Asia Timur dalam ekonomi (termasuk pembentukan kawasan pembangunan ekonomi Asia timur cth. Sungai Mekong), kewangan (termasuk memerhati aliran modal kawasan), pembangunan sosial dan sumber manusia, pembangunan saintifik dan teknikal, budaya dan informasi, dan pembangunan infrastrutur.
Sejak 1999, banyak mesyuarat susulan yang dilakukan untuk membincangkan hal hal ekonomi, kewangan, perdagangan, agrikultur, pelancongan, perhutanan. Beberapa forum menteri ASEAN+3 telah terbentuk.
Negara anggota ASEAN + 3 adalah terdiri daripada anggota ASEAN dan tiga buah negara di Asia Timur Laut. Berikut merupakan senarai negara tersebut.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article ASEAN Campur Tiga, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.