Vietnam: Negara di Asia Tenggara

107°50′E / 16.167°N 107.833°E / 16.167; 107.833

Vietnam (Tulisan Jawi: ۏيتنام; Vietnam: Việt Nam melafazkan [vîət nāːm] (Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik dengar)), secara rasminya Republik Sosialis Vietnam (Vietnam: Cộng hòa xã hội chủ nghĩa Việt Nam (About this sound)), merupakan negara yang paling di timur di Semenanjung Indochina di Asia Tenggara. Dengan kira-kira 94.6 juta penduduk setakat 2016, ia merupakan negara ke-14 paling ramai penduduk di dunia, dan negara Asia yang ke-9 teramai. Vietnam bersempadan dengan China di utara, Laos di barat laut, Kemboja di barat daya, Thailand di seberang Teluk Thailand di barat daya, dan Filipina, Malaysia dan Indonesia di seberang Laut China Selatan di timur dan tenggara. Ibu negaranya ialah Hanoi semenjak bersatunya kembali Vietnam Utara dan Selatan pada 1976, sedangkan Bandaraya Ho Chi Minh bandar yang paling ramai penduduknya.

Republik Sosialis Vietnam
ريڤوبليك سوسياليس ۏيتنام
Cộng hòa Xã hội chủ nghĩa Việt Nam (Vietnam)
Bendera Vietnam
Lambang Vietnam
Bendera Lambang
Cogan kataĐộc lập – Tự do – Hạnh phúc
"Kemerdekaan – Kebebasan – Kebahagiaan"
Lagu kebangsaanTiến Quân Ca
("Perarakan Tentera")
Lokasi  Vietnam  (green) di ASEAN  (dark grey)  –  [Petunjuk]
Lokasi  Vietnam  (green)

di ASEAN  (dark grey)  –  [Petunjuk]

Ibu negaraHanoi
21°2′N 105°51′E / 21.033°N 105.850°E / 21.033; 105.850
Bandar terbesarBandaraya Ho Chi Minh
Bahasa rasmi
dan kebangsaan
Vietnam
Kumpulan etnik
  • 85.7% Vietnam
  • 53 minoriti
    • 1.9% Tay
    • 1.8% Tai
    • 1.5% Mường
    • 1.5% Khmer
    • 1.2% Hmong
    • 1.1% Nùng
    • 5.3% Lain-lain
Agama
KerajaanRepublik sosialis satu parti Marxis-Leninis
Nguyễn Phú Trọng
• Presiden
Võ Thị Ánh Xuân
Phạm Minh Chính
• Pengerusi Perhimpunan Kebangsaan
Vương Đình Huệ
Badan perundanganDewan Undangan Negara
Pembentukan
• Kemerdekaan dari Perancis
2 September 1945
• Perjanjian Geneva
21 Julai 1954
2 Julai 1976
• Diterima masuk PBB
20 September 1977
Keluasan
• Jumlah
331,230.8 km2 (127,888.9 bt2) (66)
• Perairan (%)
6.4
Populasi
• Perkiraan 2016
94,569,072 (14)
276.03/km2 (714.9/sq mi) (46)
KDNK (PPP)2018
• Jumlah
$697.752 billion (35)
$7,378 (128)
KDNK (nominal)2018
•  Jumlah
$234.688 billion (47)
$2,481 (129)
Gini (2014)37.6
sederhana
HDI (2015) 0.683
sederhana · 115
Mata wangđồng (₫)
(VND)
Zon waktu()
Format tarikhdd/mm/yyyy
Bahagian memanduright
Kod panggilan+84
Kod ISO 3166VN
DPT internet.vn

Bahagian utara Vietnam pernah menjadi taklukan Kemaharajaan China selama lebih satu alaf, dari tahun 111 SM hingga 939 M. Sebuah negeri Vietnam bebas terbentuk pada tahun 939 ekoran kemenangan Vietnam dalam Pertempuran Sungai Bạch Đằng. Mekarlah dinasti demi dinasti raja Vietnam sementara bangsanya diperluas dari segi wilayah dan kuasa ke dalam Asia Tenggara hinggalah Semenanjung Indochina Peninsula dijajah oleh Perancis pada pertengahan abad ke-19.

Ekoran pendudukan Jepun pada tahun 1940-an, Vietnam menentang pemerintahan Perancis dalam Perang Indochina Pertama. Pada 2 September 1945 Presiden Ho Chi Minh mengisytiharkan kemerdekaan Vietnam dari Perancis di bawah nama baru Republik Demokratik Vietnam. Pada tahun 1954, Vietnam mengisytiharkan kemenangan di Peristiwa Dien Bien Phu yang berlaku dari Mac hingga Mei 1954 dan berakhir dengan kekalahan besar Perancis. Selepas itu, Vietnam terbahagi kepada dua negeri, iaitu Vietnam Utara (secara rasmi Republik Demokratik Vietnam), dan Vietnam Selatan (secara rasmi Republik Vietnam). Konflik antara kedua-dua pihak menjadi sengit dalam peristiwa yang dikenali sebagai Perang Vietnam, dengan campur tangan yang mendalam oleh Amerika Syarikat di pihak Vietnam Selatan dari 1965 hingga 1973. Perang berakhir dengan kemenangan Vietnam Utara pada tahun 1975.

Vietnam kemudian disatukan di bawah pemerintahan Komunis tetapi masih miskin dan mengasingkan diri. Pada tahun 1986, Partai Komunis Vietnam memulakan pembaharuan ekonomi dan politik reformasi yang membawa Vietnam ke arah integrasi ke dalam ekonomi dunia. Pada tahun 2000, ia telah menjalin hubungan diplomatik dengan semua bangsa-bangsa. Sejak tahun 2000, kadar pertumbuhan ekonomi Vietnam antara yang tertinggi di dunia, dan pada 2011, ia mencatat Indeks Penjana Pertumbuhan Global tertinggi antara 11 ekonomi utama. Atas kejayaan pembaharuan ekonomi ini Vietnam menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia pada tahun 2007. Ia juga ahli Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik dan Pertubuhan Antarabangsa Francophonie (untuk negara-negara berbahasa Perancis).

Etimologi

Nama Việt Nam (sebutan bahasa Vietnam: [viə̀t naːm]) adalah variasi dari Nam Việt ("Việt Selatan"), nama yang dapat ditelusuri kembali kepada Dinasti Triệu pada abad ke-2 ke-SM. Perkataan Việt berasal daripada singkatan bagi Bách Việt, sekumpulan kaum-kaum yang tinggal di selatan China dan Vietnam. Rupa nama "Vietnam" (越南) pertama kali tercatat pada abad ke-16 oleh puisi ramalan Sấm Trạng Trình. Nama ini juga telah ditemui pada 12 buah stele (prasasti) yang terukir pada abad ke-16 dan ke-17, termasuk satu di Pagoda Bao Lam di Haiphong bertarikh 1558.

Pada 1802, Nguyễn Phúc Ánh menubuhkan Dinasti Nguyễn, dan pada tahun kedua, beliau memohon perkenan Maharaja Jiaqing di Qing (China) untuk mengurniakan felaran 'Raja Nam Viet' kepada beliau, namun Urus Setia Tertinggi kerajaan Qing dinasti menegaskan bahawa nama Nam Viet termasuklah kawasan-kawasan dalam wilayah Guangxi dan Guangdong di China.

Antara 1804 dan 1813, nama Vietnam digunakan secara resmi oleh Maharaja Gia Long. Ia kembali pada awal abad ke-20 menerusi karya Sejarah Kehilangan Vietnam oleh Phan Bội Châu, dan kemudian oleh Parti Nasionalis Vietnam. Negara ini biasanya dipanggil Annam hingga Mei 1945, apabila kedua-dua pihak maharaja di Huế dan pemerintah Viet Minh di Hanoi menerima pakai Việt Nam.

Sejarah

Sejarah bertulis Vietnam bermula seawal abad ke-3 SM apabila ditubuhkannya negeri-negeri Âu Lạc dan Nanyue (Nam Việt dalam bahasa Vietnam); Nanyue menakluki Âu Lạc pada 179 SM). Di Vietnam prasejarah letaknya antara tamadun dan masyarakat terawal dunia, oleh itu di sinilah bertempatnya antara manusia terawal yang mengamalkan pertanian. Lembah Sungai Merah membentuk sebuah unit geografi dan ekonomi semula jadi yang dikepung oleh gunung-ganang dan hutan belantara di utara dan barat, lautan di timur dan Delta Sungai Merah di selatan. Menurut mitos, negeri pertama Vietnam ditubuhkan pada 2879 SM, tetapi kajian arkeologi mengusulkan perkembangan ke arah pemerintahan penghulu pada kebudayaan Đông Sơn pada akhir Zaman Gangsa.

Keistimewaan geografi Vietnam menjadikannya sukar diserang, oleh itu Vietnam di bawah raja-raja Hùng begitu kekal lama sebagai negara merdeka yang lengkap. Sungguhpun demikian, pernah sekali Vietnam jatuh ke tangan sebuah kuasa asing malah sukar melepaskan diri selama 1,100 tahun daripada cengkaman dinasti Cina berturut-turut, iaitu Han, Wu Timur, Jin, Liu Song, Qi Selatan, Liang, Sui, Tang, dan Han Selatan; menyebabkan lenturnya warisan budaya, bahasa, dan jati diri bangsa. Ada kala-kalanya dalam 1,100 tahun ini, Vietnam diperintah secara bebas di bawah wangsa Triệu, Trưng Bersaudari, Lý Awal, Khúc dan Dương Đình Nghệ—namun semua kejayaan masing-masing sementara sahaja.

Sewaktu Cina mendominasi Vietnam Utara, adanya tamadun-tamadun yang mekar di wilayah-wilayah yang kini Vietnam tengah dan selatan, khususnya Funan dan Cham, tetapi pengasas dan pemerintah masing-masing bukanlah orang asli Vietnam. Mulai abad ke-10, orang Vietnam yang maju dari nusa teras Delta Sungai Merah mula menakluki tamadun-tamadun tersebut.

Ketika kedaulatan negara dipulihkan oleh Ngô Quyền (Raja Vietnam, 939–944), sealaf yang berikutnya dimajukan oleh dinasti berturut-turut, mulai wangsa Ngô, Đinh, Lê Awal, Lý, Trần, Hồ, Trần Akhir, Lê Akhir, Mạc, Trịnh, Nguyễn, Tây Sơn dan sekali lagi Nguyễn. Ada kala-kalanya sewaktu pemerintahan maharaja inilah Vietnam terjejas dan terpecah-belah oleh perang saudara serta menyaksikan campur tangan oleh wangsa-wangsa Song, Yuan Mongol, Cham, Ming, Siam, Manchu dan Perancis.

Empayar Ming menawan lembah Sungai Merah buat seketika sebelum orang pribumi Vietnam merampas kembali, kemudian Perancis menjinakkan Vietnam sebagai wilayah naungan selama hampir seabad, diikuti pendudukan sementara oleh Empayar Jepun. Pergolakan politik dan kebangkitan komunis menamatkan pemerintahan beraja selepas Perang Dunia Kedua, maka Vietnam diisytiharkan sebagai republik. Vietnam selepas merdeka terbahagi kepada dua, iaitu Vietnam Utara pimpinan komunis Ho Chi Minh dan Vietnam Selatan yang kapitalis dan sekutu rapat Amerika Syarikat sempena Perang Dingin. Pada 1960-an meletusnya perang saudara antara kedua-dua Vietnam, berkesudahan dengan kemenangan pihak Utara dan bersatunya semula negara di bawah pemerintahan Parti Komunis.


Politik

Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Istana Presiden di Hanoi, dahulunya Istana Gabenor-Jeneral Indochina Perancis.

Republik Sosialis Vietnam, bersama-sama dengan China, Cuba, dan Laos, adalah salah satu daripada empat buah negara sosialis satu parti yang mendukung komunisme secara rasmi. Perlembagaan negara semasa iaitu Perlembagaan 2013 menegaskan peranan pusat Parti Komunis Vietnam dalam semua organ politik dan masyarakat. Setiausaha Agung Parti Komunis melakukan banyak fungsi utama pentadbiran dalam mengawal organisasi nasional parti. Presiden menjalankan tugas-tugas eksekutif dan pelantikan negeri, serta menggubal dasar. Hanya organisasi politik yang menjadi sekutu atau sokongan Parti Komunis dibenarkan untuk menyertai pilihan raya di Vietnam. Ini termasuk Barisan Tanah Air Vietnam dan parti-parti pekerja dan kesatuan sekerja. Walaupun negara masih komited mendukung sosialisme sebagai fahaman asasnya, namun dasar ekonominya makin hari makin kapitalis, malah majalah The Economist memerikan kepimpinan Vietnam sebagai "komunis yang kapitalis".

Perundangan

Dewan Undangan Negara Vietnam adalah badan perundangan negara yang ekadewan, terdiri daripada 498 ahli dan terbuka untuk semua pihak. Diketuai oleh Pengerusi, ia mengungguli kedua-dua cabang eksekutif dan kehakiman, dengan semua kerajaan menteri dilantik dari kalangan ahli Dewan Undangan Negara.

Eksekutif

Presiden Vietnam merupakan ketua negara yang terpilih sementera panglima tertinggi tentera yang berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Pertahanan dan Keselamatan Agung memegang jawatan kedua tertinggi di Vietnam. Perdana Menteri Vietnam merupakan ketua kerajaan yang memimpin sebuah jemaah menteri yang terdiri dari lima orang timbalan perdana menteri dan 26 orang ketua kementerian dan suruhanjaya.

Kehakiman

Mahkamah Rakyat Agung Vietnam yang diketuai oleh seorang Ketua Hakim merupakan mahkamah rayuan tertinggi negara, namun ia juga bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negara Vietnam. Di bawah Mahkamah Rakyat Agung terdapat mahkamah-mahkamah wilayah dan banyak mahkamah tempatan. Mahkamah tentera mempunyai bidang kuasa khas dalam hal-hal keselamatan negara. Vietnam mengekalkan hukuman mati bagi banyak kesalahan; setakat Februari 2014, ada sekitar 700 orang banduan yang menunggu hukuman mati di Vietnam.

Hubungan luar

Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Setiausaha Negara AS Rex Tillerson menemani Presiden AS Donald Trump ke upacara menandatangani urus janji perdagangan bersama Presiden Vietnam Tran Dai Quang di Istana Presiden di Hanoi pada 12 November 2017.
Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Presiden Vietnam Trần Đại Quang bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin, 19 November 2016

Sepanjang sejarahnya, hubungan luar utama Vietnam adalah bersama jiran terbesar dan bekas penjajah, China. Prinsip-prinsip kedaulatan Vietnam dan desakannya ke atas kemerdekaan budaya telah diterapkan dalam berbilang dokumen selama berabad-abad, seperti puisi patriotik abad ke-11, Nam quốc sơn hà (Gunung sungai negara selatan), dan perisytiharan kemerdekaan Bình Ngô đại cáo pada 1428. Walaupun China dan Vietnam sekarang damai, namun masih berlaku pertikaian wilayah yang berat antara kedua-dua pihak di Laut Cina Selatan.

Kini, penyata misi rasmi dasar luar Vietnam ialah: "Konsisten melaksanakan dasar luar negara mengenai kemerdekaan, keamanan, kerjasama dan pembangunan; dasar luar mengenai keterbukaan dan kepelbagaian dan kemultilateralan hubungan antarabangsa. Proaktif dan aktif melibatkan diri dalam integrasi ekonomi antarabangsa sambil mengembangkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang lain." Tambahan pula Vietnam menganggap dirinya sebagai "sahabat dan rakan yang boleh diharap oleh semua negara dalam masyarakat antarabangsa, aktif melibatkan diri dalam proses-proses kerjasama antarabangsa dan serantau."

Vietnam mengambil langkah-langkah penting untuk memulihkan hubungan diplomatik dengan negara-negara penting, bermula dengan New Zealand yang membuka kedutaan di Hanoi pada 1995, sementara Vietnam menubuhkan kedutaan di Wellington pada 2003. Pakistan membuka semula kedutaan di Hanoi pada Oktober 2000, dan Vietnam membalas budi dengan membuka kedutaan Islamabad di Disember 2005 serta biro perdagangan di Karachi pada November 2005. Hubungan Amerika Syarikat–Vietnam meningkat pada Ogos 1995 apabila kedua-dua bangsa menaiktaraf Pejabat Perhubungan masing-masing yang dibuka pada Januari 1995 kepada status kedutaan. Sejajar dengan bertambah eratnya hubungan ini, AS membuka konsulat am di Bandaraya Ho Chi Minh sementara Vietnam membuka konsulat di San Francisco.

Menjelang Disember 2007, Vietnam menjalin hubungan diplomatik dengan 172 buah negara, termasuk AS yang menormalkan hubungan pada 1995. Vietnam menjadi ahli dalam 63 buah pertubuhan antarabangsa termasuk PBB, ASEAN, NAM, Francophonie dan WTO. Ia juga menjalin hubungan dengan lebih 650 buah pertubuhan bukan kerajaan.

Tentera

Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Askar Vietnam di atas wilayah dipertikai Kepulauan Spratly pada 2009.

Angkatan Bersenjata Rakyat Vietnam terdiri daripada Tentera Rakyat Vietnam, Keselamatan Awam Rakyat Vietnam dan Angkatan Pertahanan Awam Vietnam. Tentera Rakyat Vietnam adalah nama rasmi bagi bala tentera aktif Vietnam, terdiri daripada Tentera Darat Rakyat Vietnam, Tentera Laut Rakyat Vietnam, Tentera Udara Rakyat Vietnam, Angkatan Pertahanan Sempadan Vietnam dan Pengawal Pantai Vietnam. Tentera Rakyat Vietnam mempunyai tenaga kerja aktif sekitar 450,000 orang, tetapi jumlah kekuatannya, termasuk angkatan paramilitari, mungkin setinggi 5,000,000 orang. Pada 2011, perbelanjaan ketenteraan Vietnam berjumlah kira-kira AS$2.48 bilion, bersamaan dengan sekitar 2.5% dari KDNK tahun 2010.

Pembahagian pentadbiran

Vietnam terbahagi kepada 58 wilayah (bahasa Vietnam: tỉnh, dari bahasa Cina 省, shěng). Juga ada lima kawasan perbandaran (thành phố trực thuộc trung ương) yang ditadbir sama taraf dengan wilayah.

Peta boleh klik tentang Vietnam memaparkan 58 wilayah dan lima kawasan perbandaran diperintah pusat.
Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik Wilayah Lai ChâuWilayah Hà GiangWilayah Lào CaiWilayah Điện BiênChinaLaosThailandKembojaWilayah Sơn LaWilayah Yên BáiWilayah Cao BằngWilayah Bắc KạnWilayah Tuyên QuangWilayah Lạng SơnWilayah Quảng NinhWilayah Thái NguyênWilayah Phú ThọHai PhongWilayah Thái BìnhWilayah Nam ĐịnhWilayah Bắc GiangHa NoiWilayah Hòa BìnhWilayah Ninh BìnhWilayah Thanh HóaWilayah Nghệ AnWilayah Hà TĩnhWilayah Quảng BìnhWilayah Quảng TrịDa NangWilayah Bình ĐịnhWilayah Quảng NamWilayah Quảng NgãiWilayah Kon TumWilayah Gia LaiWilayah Thừa Thiên-HuếWilayah Đắk LắkWilayah Phú YênWilayah Khánh HòaWilayah Đắk NôngWilayah Ninh ThuậnWilayah Lâm ĐồngWilayah Bình ThuậnWilayah Bình PhướcWilayah Tây NinhWilayah Bình DươngWilayah Đồng NaiWilayah Bà Rịa-Vũng TàuBandaraya Ho Chi MinhWilayah Long AnWilayah Don ThapWilayah An GiangWilayah Kiên GiangWilayah Cà MauWilayah Tiền GiangWilayah Cần ThơWilayah Vĩnh LongWilayah Bến TreWilayah Trà VinhWilayah Hậu GiangWilayah Sóc TrăngWilayah Bạc LiêuWilayah Vĩnh PhúcHa NoiWilayah Bắc NinhWilayah Hải DươngWilayah Hưng YênWilayah Hà NamWilayah Vĩnh PhúcHa NoiWilayah Bắc NinhWilayah Hải DươngWilayah Hưng YênWilayah Hà Nam
Peta boleh klik wilayah-wilayah Vietnam.
Delta Sungai Merah
Timur Laut
  • Bắc Giang
  • Bắc Kạn
  • Cao Bằng
  • Hà Giang
  • Lạng Sơn
  • Lào Cai
  • Phú Thọ
  • Quảng Ninh
  • Thái Nguyên
  • Tuyên Quang
  • Yên Bái
Barat Laut
  • Điện Biên
  • Hòa Bình
  • Lai Châu
  • Sơn La
Pantai Tengah Utara
  • Hà Tĩnh
  • Nghệ An
  • Quảng Bình
  • Quảng Trị
  • Thanh Hóa
  • Thừa Thiên–Huế
Tanah Tinggi Tengah
  • Đắk Lắk
  • Đắk Nông
  • Gia Lai
  • Kon Tum
  • Lâm Đồng
Pantai Tengah Selatan
  • Bình Định
  • Bình Thuận
  • Khánh Hòa
  • Ninh Thuận
  • Phú Yen
  • Quảng Nam
  • Quảng Ngãi
  • Da Nang (perbandaran)
Tenggara
Delta Mekong
  • An Giang
  • Bạc Liêu
  • Bến Tre
  • Cà Mau
  • Đồng Tháp
  • Hậu Giang
  • Kiên Giang
  • Long An
  • Sóc Trăng
  • Tiền Giang
  • Trà Vinh
  • Vĩnh Long
  • Cần Thơ (perbandaran)

Setiap wilayah terbahagi kepada perbandaran wilayah (thành phố trực thuộc tỉnh), perpekanan (thị xã) dan daerah (huyện), kemudian terbahagi lagi kepada pekan (thị trấn) atau komun (). Perbandaran yang terkawal pusat terbahagi kepada jajahan (quận) dan daerah, dan terbahagi lagi kepada zon (phường).

Geografi dan iklim

Vietnam terbentang kira-kira 331,688 km² (128,066 batu persegi) keluasannya (tidak termasuk pulau-pulau Hoang Sa dan Truong Sa). Perimeter negara di sepanjang sempadan antarabanganya ialah 4,639 km (2,883 batu). Topografinya terdiri daripada bukit-bukau dan gunung-ganang yang padat dengan hutan, manakala tanah rata meliputi tidak lebih 20% seluruh kawasan negara. 40% kawasan Vietnam diduduki gunung, 40% diduduki bukit yang lebih kecil dan 42% ditumbuhi hutan hujan tropika. Bahagian utara negara banyak terdiri daripada tanah tinggi dan Delta Sungai Merah. Phan Xi Păng yang terletak di wilayah Lào Cai, ialah gunung tertinggi di Vietnam pada ketinggian 3,143 m (10,312 kaki). Bahagian selatan pula terdiri daripada tanah pamah pantai, puncak-puncak Banjaran Annamite, hutan yang berleluasa, dan tanah yang kurang subur. Tanah tinggi yang terdiri daripada lima bidang penara agak rata bertanah basalt ini, meliputi 16% daripada seluruh tanah suai tani dan 22% daripada tanah hutannya.

Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Teluk Ha Long, sebuah Tapak Warisan Dunia

Delta Sungai Merah (atau Sông Hồng), sebuah kawasan rata berbentuk segi tiga yang meliputi 3,000 km², sungguhpun lebih kecil namun lebih pesat dimajukan dan lebih padat pendudukannya berbanding Delta Sungai Mekong. Delta yang pernah menjadi serokan Teluk Tonkin ini sudah dipenuhi oleh mendapan aluvium besar-besaran dari sungai-sungai selama beribu-ribu tahun, dan memanjang semeter ke arah Teluk setiap tahun. Delta Mekong yang meliputi kira-kira 40,000 km², ialah dataran rendah yang ketinggiannya tidak melebihi tiga meter atas paras laut di mana-mana titik dan banyak disilang oleh terusan dan sungai yang berselirat. Cabang-cabang dan cawang-cawang Sungai Mekong banyak membawa endapan sehingga delta ini bertambah 60 hingga 80 meter panjangnya ke laut setiap tahun.

Vietnam mengalami iklim monsun tropika, dengan kelembapan purata 84% sepanjang tahun. Bagaimanapun, oleh sebab perbezaan dalam latitud dan kepelbagaian muka bumi topografi yang ketara, maka iklim banyak berbeza dari tempat ke setempat. Ketika musim dingin atau musim kering, iaitu kira-kira dari bulan November hingga April, angin-angin monsun lazimnya bertiup dari timur laut sepanjang pantai China dan merentasi Teluk Tonkin, lalu banyak mengumpul lembapan; kesannya, musim sejuk di kebanyakan tempat-tempat di negara agak kering berbanding msuim panas atau hujan. Suhu purata tahunan lazimnya lebih tinggi dalam kawasan dataran berbanding di kawasan gunung dan penara.

Ekonomi

Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Keangnam Hanoi Landmark Tower, bangunan tertinggi di Vietnam

Pada 2012, KDNK nominal Vietnam mencapai AS$138 bilion dengan KDNK per kapita nominal sebanyak $1,527. Menurut ramalan Goldman Sachs pada 2005, ekonomi Vietnam akan menjadi ekonomi yang ke-21 terbesar di dunia menjelang 2025 dengan anggaran KDNK nominal sebanyak $436 bilion dan KDNK per kapita nominal sebanyak $4,357. Menurut ramalan 2008 oleh PricewaterhouseCoopers, Vietnam mungkin menjadi ekonomi memuncul yang paling cepat membangun pada 2025 dengan potensi kadar pertumbuhan hampir 10% setahun dari segi dolar sebenar. Pada 2012, HSBC meramal bahawa jumlah KDNK Vietnam akan melampaui KDNK bagi Norway, Singapura dan Portugal menjelang 2050.

Dalam sebahagian besar sejarahnya, Vietnam merupakan sebuah tamadun yang tertumpu pada pertanian berasaskan padi. Juga terdapat industri perlombongan bauksit, iaitu bahan yang penting untuk menghasilkan aluminium. Ekonomi Vietnam rata-ratanya dibentuk oleh Parti Komunis Vietnam menerusi Pelan-Pelan Lima Tahun yang dilakukan pada sesi pleno oleh Jawatankuasa Pusat dan kongres-kongres kebangsaan.

Pengkolektifan ladang, kilang dan barang model dilakukan dalam memantapkan perancangan pusat dengan jutaan orang yang bekerja dalam perusahaan milik negara. Ekonomi Vietnam dibelenggui oleh kurangnya kecekapan dan rasuah dalam perusahaan milik negara, kekurangan kualiti dan pengeluaran, serta sekatan ke atas kegiatan ekonomi, di samping juga menerima kesan daripada sekatan perdagangan pasca perang yang dikenakan oleh Amerika Syarikat dan kebanyakan negara Eropah. Semua itu diburukkan lagi oleh kejatuhan blok Soviet yang termasuk rakan-rakan dagang utama Vietnam pada akhir 1980-an.

Pada 1986, Kongres Kebangsaan Keenam Parti Komunis memperkenalkan pembaharuan ekonomi market berpaksikan sosialis dalam dasar yang bergelar Đổi Mới. Pemilikan swasta digalakkan dalam sektor industri, perdagangan dan pertanian, sementara perusahaan milik negara distrukturkan semula untuk dikendalikan dalam batas-batas pasaran. Atas berkat pembaharuan inilah Vietnam mencapai pertumbuhan KDNK tahunan sebanyak 8% dari 1990 hingga 1997, kemudian sekitar 7% dari 2000 hingga 2005, menjadikan Vietnam salah sebuah ekonomi paling cepat tumbuh di dunia. Pertumbuhan kekal mantap biarpun menghadapi kemelesetan global akhir 2000-an, bertahan pada 6.8% pada 2010, tetapi kadar inflasi Vietnam tahun ke tahun mencapai 11.8% pada Disember 2010, menurut anggaran GSO. Mata wang đồng diturunkan nilai tiga kali dalam 2010 sahaja.

Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Sawah padi beteres di lembah Sa Pa

Industri pembuatan, teknologi maklumat dan teknologi tinggi kini membentuk sebahagian besar dan pesat dalam ekonomi negara. Biarpun Vietnam baharu menceburi industri minyak, kini ia merupakan pengeluar minyak ketiga terbesar di Asia Tenggara dengan jumlah keluaran tahun 2011 sebanyak 318,000 barrels per day (50,600 m3/d). Pada 2010, Vietnam menjadi pengeluar petroleum mentah kelapan terbesar di rantau Asia-Pasifik.

Kemiskinan tegar, iaitu peratusan penduduk yang hidup di bawah takat $1 sehari, banyak menurun di Vietnam. Kini kadar kemiskinan kurang berbanding China, India, dan Filipina. Penurunan kadar kemiskinan ini boleh dikatakan berkat daripada dasar-dasar ekonomi saksama yang bertujuan meningkatkan taraf hidup dan mencegah meluasnya jurang ekonomi; dasar-dasar ini termasuklah pengagihan tanah sama-rata pada tahap-tahap awal rancangan Đổi Mới, pelaburan di kawasan pedalaman yang miskin serta membiayai sektor pendidikan dan kesihatan dengan subsidi. Menurut IMF, kadar pengangguran di Vietnam berada pada 4.46% pada 2012.


Pengangkutan

Kebanyakan rangkaian pengangkutan moden Vietnam mula-mula dibangunakn sewaktu pemerintahan Perancis untuk memudahkan pengangkutan bahan mentah, kemudian dibina semula dan dimodenkan secara meluas selepas Perang Vietnam.

Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Vietnam Airlines Airbus A350
Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di Bandaraya Ho Chi Minh

Vietnam mengendalikan 21 buah lapangan udara awam utama, termasuklah tiga gerbang antarabangsa utama iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai di Hanoi, Lapangan Terbang Antarabangsa Da Nang di Da Nang, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat di Bandaraya Ho Chi Minh. Tan Son Nhat ialah lapangan terbang terbesar di negara, mengurus 75% trafik penumpang antarabangsa.

Vietnam Airlines merupakan syarikat penerbangan milik negara. Juga terdapat beberapa buah syarikat penerbangan swasta, termasuk Air Mekong, Jetstar Pacific Airlines, VASCO dan VietJet Air.

Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Lebuhraya Utara–Selatan dari Cầu Giẽ ke Ninh Bình

Sistem jalan raya Vietnam terdiri daripada penarafan jalan raya bertingkat-tingkat yang terdiri daripada lebuh raya negara (yang ditadbir oleh agensi pusat), jalan wilayah, jalan daerah, jalan bandar dan jalan kampung. Basikal, motosikal dan skuter bermotor merupakan bentuk pengangkutan yang paling laris di kawasan bandar, tetapi kereta bermotor milik swasta kian meningkat khususnya di bandar-bandar utama. Bas-bas awam yang dikendalikan oleh syarikat swasta merupakan kaedah perjalanan jarak jauh utama bagi kebanyakan penduduk.

Keselamatan jalan merupakan isu yang serius di Vietnam. Purata 30 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya setiap hari. Kesesakan lalulintas kian berat di bandar Hanoi dan Ho Chi Minh kerana jalan-jalan raya sukar menampung peningkatan penggunaan kereta.

Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Lintasan kereta api berdekatan Mỹ Sơn

Perkhidmatan kereta api rentas negara utama di Vietnam ialah Reunification Express yang berjalan dari Bandaraya Ho Chi Minh ke Hanoi sepanjang 2,000 kilometer. Dari Hanoi, landasan keretapi juga mencabang ke timur, timur laut dan utara. Jajaran timur dari Hanoi ke Teluk Hạ Long, yang utara ke Hanoi ke Thái Nguyên, dan yang timur laut dari Hanoi ke Lào Cai.

Pada 2009, Vietnam dan Jepun memeterai urus janji untuk membina sistem kereta api kelajuan tinggi dengan teknologi Jepun. Ramai jurutera Vietnam dihantar ke Jepun untuk menerima latihan bagi mengendali dan menyelenggara kereta api berkelajuan tinggi. Landasan ekspres sepanjang 1,630 km melayan sejumlah 26 stesen, termasuklah Hanoi dan Thu Thiem di Bandaraya Ho Chi Minh. Dengan berbekalkan teknologi Shinkansen dari Jepun, landasan ini akan menampungi tren-tren yang berjalan selaju 360 kilometer (220 bt) sejam. Landasan kelajuan tinggi yang menyambungkan Hanoi ke Vinh, Nha Trang dan Bandaraya Ho Chi Minh City dipasang pada 2015. Dari 2015 hingga 2020, pembinaan akan dimulakan pada jajaran antara Vinh dan Nha Trang, dan antara Hanoi dan wilayah utara Lào Cai dan Lạng Sơn. Sebagai negara berpantai, Vietnam ada banyak pelabuhan utama, termasuk Cam Ranh, Da Nang, Hai Phong, Bandaraya Ho Chi Minh, Hong Gai, Qui Nhơn, Vũng Tàu, Cua Lo dan Nha Trang. Di pedalaman pula, rangkaian sungai negara yang menyeluruh memainkan peranan penting dalam pengangkutan luar bandar dengan lebih 17,700 kilometer (11,000 bt) jalan air yang boleh dilalui oleh feri, baj dan teksi air.

Selain daripada itu, Delta Mekong dan Delta Sungai Merah penting bagi kebajikan sosial dan ekonomi Vietnam. Kebanyakan penduduk negara tinggal di sepanjang atau berdekatan delta sungai tersebut, malah dua bandar utama iaitu Bandaraya Ho Chi Minh dan Hanoi masing-masing terletak berdekatan delta Mekong dan Sungai Merah. Di Laut China Selatan, Vietnam kini menguasai sebahagian besar wilayah dipertikai Kepulauan Spratly yang menjadi punca perbalahan antara China dan negara-negara jiran lain.

Demografi

Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Wanita Hmong berpakaian tradisional di Sa Pa, Vietnam utara

Setakat 2016, populasi Vietnam berada pada sekitar 94.6 juta orang, jauh meningkat dari banci 1979 yang menunjukkan jumlah penduduk Vietnam yang disatukan semula pada 52.7 juta.

Etnik

Menurut banci 2009, suku etnik dominan Viet atau Kinh adalah hampir 73.6 juta orang, atau 85.8% jumlah penduduk. Penduduk Kinh banyak tertumpu di kawasan-kawasan delta lanar dan dataran tepi laut negara. Sebagai masyarakat etnik yang rata-rata homogen, suku Kinh memiliki pengaruh politik dan ekonomi yang besar ke atas negara. Namun begitu, di Vietnam juga tinggalnya 54 buah suku etnik minoriti, antaranya Hmong, Dao, Tay, Thai, dan Nùng. Banyak lagi suku minoriti seperti Muong, yang bersaudara rapat dengan Kinh – tinggal di tanah tinggi yang meliputi dua pertiga wilayah Vietnam. Sebelum Perang Vietnam, populasi Tanah Tinggi Tengah hampir semua dibolot oleh orang Degar (termasuk lebih 40 suku puak); tetapi kerajaan Vietnam Selatan pimpinan Ngô Đình Diệm melaksanakan program untuk memindahkan suku Kinh ke kawasan orang asli. Suku Hoa (etnik Cina) dan Khmer Krom pula tertumpu di tanah pamah. Ekoran ketegangan hubungan China dengan Vietnam pada 1978 dan 1979, kira-kira 450,000 orang Hoa keluar dari Vietnam. Templat:Largest cities of Vietnam

Bahasa

Bahasa rasmi kebangsaan Vietnam tidak lain tidak bukan bahasa Vietnam (Tiếng Việt), sebuah bahasa rumpun Mon–Khmer yang dituturkan oleh majoriti penduduk. Pada awal sejarahnya, Vietnam menulis dalam bahasa Cina. Pada abad ke-13, Vietnam mencipta aksara sendiri yang dipanggil Chữ nôm, disesuaikan dari aksara Cina untuk menulis bahasa sendiri. Kisah epik rakyat Truyện Kiều ("Hikayat Kieu", dahulunya Đoạn trường tân thanh) oleh Nguyễn Du ditulis dalam Chữ nôm. Quốc ngữ, iaitu abjad rumi bagi bahasa Vietnam lisan, dicipta pada abad ke-17 oleh ahli Jesuit Alexandre de Rhodes dan ramai lagi mubaligh Katolik. Quốc ngữ disambut hebat dan membolehkan rakyat jelata Vietnam celik huruf sewaktu zaman penjajahan Perancis.

Etnik minoriti Vietnam tidak kurang juga bahasanya. Antaranya bahasa Tày, Mường, Cham, Khmer, Cina, Nùng, dan H'Mông. Suku Montagnard di Tanah Tinggi Tengah juga bertutur pelbagai bahasa. Juga terciptanya beberapa buah bahasa isyarat di kawasan bandar.

Bahasa Perancis merupakan tinggalan zaman penjajah yang dijadikan bahasa kedua oleh ramai orang Vietnam yang berpendidikan tinggi, khususnya di kalangan generasi lama dan mereka yang menerima pendidikan di bekas negara Vietnam Selatan yang menggunakan bahasa Perancis sebagai bahasa utama dalam pentadbiran, pendidikan dan perdagangan. Vietnam masih menganggotai pertubuhan Francophonie, malah pendidikan telah membangkitkan semula serba sedikit minat terhadap bahasa Perancis. Bahasa Rusia dikenali di kalangan sesetengah rakyat yang keluarganya rapat dengan blok Soviet sewaktu Perang Dingin. Ekoran bertambah eratnya Vietnam dengan negara barat, bahasa Inggeris kian diminati sebagai bahasa kedua, malah dijadikan mata pelajaran wajib di sekolah. Bahasa Jepun dan Korea turut dipelajari.

Agama

Religion in Vietnam (2014)

  Agama rakyat Vietnam atau tanpa agama (73.2%)
  Buddha (12.2%)
  Katolik (6.8%)
  Caodai (4.8%)
  Protestan (1.5%)
  Hòa Hảo (1.4%)
  Lain-lain (0.1%)
Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Pagoda Tiang Satu, sebuah biara Buddha bersejarah di Hanoi

Menurut analisis Pew Research Center, pada 2010 sekitar 45.3% rakyat Vietnam memeluk agama pribumi, 16.4% agama Buddha, 8.2% Kristian, 0.4% lain-lain, dan 29.6% lagi tiada agama.

Menurut laporan Pejabat Statistik Am Vietnam untuk 1 April 2009, 6.8 juta (atau 7.9% daripada jumlah penduduk) menganut agama Buddha, 5.7 juta (6.6%) Katolik, 1.4 juta (1.7%) penganut Hòa Hảo, 0.8 juta (0.9%) penganut Caodai, dan 0.7 juta (0.9%) lagi Protestan. Kesemuanya, 15,651,467 rakyat Vietnam (18.2%) berdaftar dalam agama secara rasmi. Menurut bancian 2009, majoriti besar orang Vietnam mengamalkan suatu bentuk pemujaan tuhan. Menurut laporan 2007, 81% orang Vietnam tidak percaya akan tuhan.

Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Tokong utama Cao Đài di bandar Tây Ninh

Wujudnya beberapa agama minoriti di Vietnam. Terdapat ramai penganut agama Caodai, sebuah agama pribumi yang dibina mencontohi Gereja Katolik. Agama Islam rata-rata dianuti oleh suku minoriti Cham, tetapi juga terdapat sedikit umat Islam etnik Kinh di kawasan barat daya. Jumlah umat Islam di Vietnam kira-kira 70,000 orang.

Kerajaan Vietnam menyangkal dakwaan bahawa ia melarang kebebasan beragama, dengan menegaskan bahawa semua warganegara bebas memilih kepercayaan dan semua agama sama-rata di bawah undang-undang. Namun begitu, hanya pertubuhan agama yang diluluskan kerajaan dibernarkan; contohnya, Unified Buddhist Church of Vietnam yang ditubuhkan di Vietnam Selatan diharamkan untuk memberi laluan kepada lembaga yang diluluskan oleh kerajaan.

Pendidikan

Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Universiti Kebangsaan Vietnam di Bandaraya Ho Chi Minh.

Vietnam mempunyai rangkaian sekolah dan institut pengajian tinggi milik negara yang menyeluruh, di samping institusi pendidikan swasta dan separa swasta yang kian berkembang. Pendidikan di Vietnam terbahagi kepada lima kategori, iaitu tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, sekolah tinggi, dan universiti. Sejumlah besar sekolah awam telah dibina di serata negara untuk meningkatkan kadar celik huruf negara yang berada pada 90.3% pada 2008.

Kebanyakan universiti terunggul di Vietnam bertapak di Hanoi dan Bandaraya Ho Chi Minh. Menghadapi masalah besar, sistem pendidikan Vietnam menjalani program pembaharuan holistik yang dilancarkan oleh kerajaan. Pendidikan tidak percuma, oleh itu sesetengah keluarga miskin sukar membiayai pendidikan anak tanpa bantuan awam mahupun swasta. Namun begitu, kemasukan sekolah adalah antara yang tertinggi di dunia.

Sejak 1995, kemasukan dalam institusi pengajian tinggi mencapai 2 juta orang pada 2012. Menjelang 2014, terdapat 419 buah IPT.

Kesihatan

Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Hospital Bạch Mai di Hanoi

Pada 2009, jangka hayat seluruh negara Vietnam berada pada 76 tahun bagi wanita dan 72 tahun bagi lelaki, manakala kadar mortaliti bayi adalah 12 per 1,000 kelahiran hidup. Menjelang 2009, 85% populasi dapat mencapai sumber air yang dipertingkat. Namun, malnutrisi masih umum di wilayah-wilayah desa.

Budaya

Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Panggung Bandaraya Ho Chi Minh

Kebudayaan Vietnam berkembang selama berabad-abad semenjak budaya kuno Đông Sơn yang berasaskan ekonomi pertanian padi. Sesetengah elemen budaya kebangsaan berasal dari Cina yang menerapkan unsur-unsur Konfusianisme dan Taoisme pada sistem politik dan falsafah tradisional. Struktur masyarakat Vietnam berkisarkan làng (kampung leluhur); semua orang Vietnam menyambut ulang tahun nenek moyang sepunya pada 10 hari bulan tiga takwim lunar. Juga ternyata pengaruh budaya kaum pendatang seperti Cina Selatan padahal agama Buddha amat bersangkut-paut dengan budaya rakyat. Akhir-akhir ini juga terdapat pengaruh budaya Barat, khususnya dari Perancis dan Amerika Syarikat.

Vietnam: Etimologi, Sejarah, Politik 
Dewan Opera Hanoi ialah satu contoh seni bina Kolonial Perancis di Vietnam.

Budaya Vietnam tradisional tertumpu pada kemanusiaan (nhân nghĩa) dan keharmonian (hòa); nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan amat diberi penekanan. Antara lambang-lambang kebudayaan Vietnam yang diangkat tinggi ialah haiwan mitos seperti Lạc Long Quân, "Bapa Bangsa Vietnam" yang digambarkan sebagai naga keramat, dan Âu Cơ, "Ibu Bangsa Vietnam" yang digambarkan sebagai burung lạc keramat. Juga diangkat gambaran-gambaran kura-kura dan kuda.

Kini, budaya hidup Vietnam amat dipengaruhi oleh program budaya dan media kawalan kerajaan. Selama puluhan tahun ditangkisnya pengaruh budaya luar khususnya dari barat. Akan tetapi sejak 1990-an, Vietnam kian terdedah kepada budaya dan media Asia, Eropah dan Amerika.


Salah sejenis pakaian tradisional Vietnam yang terlaris ialah "Áo Dài" yang dipakai untuk peristiwa khas seperti perkahwinan atau pesta. Áo dài berwarna putih dijadikan pakaian seragam yang diwajibkan untuk pelajar perempuan di kebanyakan sekolah tinggi di Vietnam. Áo Dài dahulunya dipakai oleh kedua-dua jantina tetapi kini hanya dipakai oleh perempuan, kecuali untuk peristiwa kebudayaan tradisional penting yang tertentu di mana ada lelaki yang memakainya.

Masakan Vietnam kurang berminyak dan banyak bersayur. Hidangan-hidangan utama banyak berdasarkan nasi, kicap, dan sos ikan. Rasa-rasa makanan ini biasanya manis (gula), pedas (lada serrano), masam (limau), nuoc mam (sos ikan), dan diperisakan lagi oleh beraneka pudina dan selasih.

Muzik Vietnam menampakkan sedikit perbezaan antara tiga rantau: Bắc (Utara), Trung (Tengah), dan Nam (Selatan). Muzik klasik Utara adalah yang tertua di Vietnam dan lebih bersifat formal. Muzik klasik Vietnam boleh dikatakan berasal daripada serangan Mongol, apabila orang Vietnam menawan sekumpulan opera China. Muzik klasik Tengah menunjukkan pengaruh budaya Champa dengan melodinya yang melankolik. Muzik selatan pula menghasilkan sifat laissez-faire yang bertenaga.

Bola sepak ialah sukan paling popular di Vietnam. Selain itu, badminton, tenis, ping pong, dan catur juga tidak kurang popular di kalangan rakyat. Bola tampar, khususnya yang bola tampar wanita, turut disaksikan ramai orang Vietnam. Masyarakat ekspatriat Vietnam membentuk sebahagian penting dalam kehidupan kebudayaan Vietnam dengan memperkenalkan sukan, filem, muzik dan kegiatan kebudayaan Barat yang lain kepada negara. Vietnam juga merumahkan sebuah industri perfileman yang kecil.

Di kalangan pelbagai majlis tradisional Vietnam, perkahwinan tradisional Vietnam adalah antara yang terpenting. Meskipun mengalami pembaratan, kebanyakan adat lama dalam perkahwinan Vietnam masih dirai oleh orang Vietnam di dalam dan luar negeri, dengan sering menggabungkan unsur timur dan barat.

Pelancongan

Bilangan pengunjung ke Vietnam untuk tujuan pelancongan dan percutian naik mendadak sepanjang sepulu tahun dahulu. Lebih kurang 3.56 juta tetamu luar melawat Vietnam pada tahun 2006, iaitu peningkatan sebanyak 3.7% daripada tahun 2005. Negara ini sedang melaburkan modal kepada kawasan pantai yang sudahun popular kerana pantai dan pelancongan botnya. Kakitangan hotel dan pemandu pelancong di kawasan-kawasan ini cukup fasih berbahasa Inggeris.

Nota

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Vietnam EtimologiVietnam SejarahVietnam PolitikVietnam Geografi dan iklimVietnam EkonomiVietnam DemografiVietnam BudayaVietnam NotaVietnam RujukanVietnam Pautan luarVietnamSistem koordinat geografi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pendidikan di IndonesiaOrang Melayu IndonesiaHari BumiMustapha KamalKitar semulaAbdul Taib MahmudMohd Shuhaily Mohd ZainTunku Abdul Rahman ibni Sultan IbrahimPil kudaProton WajaHutan hujan pergunungan Semenanjung MalaysiaBiokepelbagaianSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiKepimpinanSyerifFadillah YusofTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahMelayuKhalid Mohamad JiwaBani IsraelFasha SandhaManchester United F.C.Riena DianaIranSingapuraSistem sarafElizabeth TanZiana ZainAznil NawawiLatJangan Menangis Cinta (drama)Negeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaPulau RedangBahagian di SarawakHael HusainiPasukan bola sepak kebangsaan IraqMasjid al-AqsaBunga rayaEmpayar UthmaniyahPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Orang Cina MalaysiaNegara PalestinSumpahan JeruneiMohamad bin HasanHang TuahSenarai raja-raja MelayuPahangBangladeshLautan DuniaBumiNombor dalam budaya CinaCiri-ciri orang munafikLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaHubungan seksAgama BuddhaSabri YunusAzhar IdrusPerikatan NasionalHisteriaJam 12 jamNadia AqilahAbdullah bin Ahmad BadawiCuti umum di MalaysiaKuala TerengganuMakkahNabi Isa a.s.Na’im BrundageSolat Sunat RawatibYang di-Pertuan AgongSistem pembiakan manusiaAcryl Sani Abdullah SaniHannah DelishaAbdul Razak HusseinPerlisRita RudainiKhawarij🡆 More