Mat Kilau: Pejuang Melayu yang menentang pemerintahan British di Pahang

Mat Kilau (Jawi: ‏مت كيلاو‎code: ms is deprecated ‎; lahir Mat Kilau bin Imam Rasu sebelum menukar namanya kepada Mohamed bin Ibrahim dengan nama gelaran Mat Siam, Jawi: ‏مت سيام‎code: ms is deprecated ‎; 1865 - 16 Ogos 1970, merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang penjajah British di Pahang.

Ibu beliau ialah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam kira-kira tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.

Mat Kilau
Mat Kilau: Kehidupan, Sejarah perjuangan, Buruan British dan persembunyian
Mat Kilau ketika sudah lanjut usianya
Kelahiran
Mat Kilau bin Imam Rasu

1865
Meninggal dunia16 Ogos 1970 (umur 104–105)
Nama lain
  • Mohamed bin Ibrahim
  • Mat Siam
Terkenal keranamempertahankan tanah air terhadap campur tangan dari penjajah British di Pahang
Pasangan
  • Yang Chik binti Imam Daud (k. 1886)
  • Esah (ditinggalkan 1895)
  • Ajrah binti Bakar ()
  • Mak Besar ()
Ibu bapaTok Gajah
Teh Mahda Tok Kaut

Kehidupan

Mat Kilau bin Imam Rasu dilahirkan pada tahun 1865 di Kampong Pulau Tawar, Kelahirannya jatuh ketika zaman pemerintahan Raja Bendahara Pahang ketika itu iaitu Tun Ahmad. Bapanya ialah Imam Rasu bin Shahrum atau lebih dikenali dengan nama Tok Gajah manakala ibunya pula ialah Mahda binti Tok Kaut Burau. Mat Kilau dikatakan mahir mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.

Pada usia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong. Imam Daud ialah seorang guru agama di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya.[perlu rujukan] Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj. Uthman bin Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.[perlu rujukan]

Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan.[perlu rujukan]

Sejarah perjuangan

Mat Kilau: Kehidupan, Sejarah perjuangan, Buruan British dan persembunyian 
Mat Kilau ketika menceritakan sejarah perjuangan beliau setelah muncul dari persembunyiannya dan pulang ke Kampung Pulau Tawar, Jerantut

Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.[penjelasan lebih lanjut diperlukan] Beliau dikatakan suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau dikatakan sebagai seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Antara pengikut Mat Kilau yang diketahui namanya ialah Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir.

Buruan British dan persembunyian

Khabar yang menyatakan Mat Kilau maut tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka", iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober 1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya akibat cantasan pedang. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah". Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum, tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. Akan tetapi, apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Sebaliknya, disebabkan Mat Kilau dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris, Mat Kilau terpaksa mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan akhirnya bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930, Mat Kilau juga menukar namanya beberapa kali, dengan nama akhirnya ialah Mat Siam.

Keluar dari persembunyian

Mat Kilau: Kehidupan, Sejarah perjuangan, Buruan British dan persembunyian 
Mat Kilau ketika ditemu ramah wartawan
Mat Kilau: Kehidupan, Sejarah perjuangan, Buruan British dan persembunyian 
Mat Kilau ketika ditemui di kampungnya.

Dalam bulan Disember 1969, Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim, keluar daripada persembunyiannya dan memperkenalkan dirinya yang sebenar. Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai, maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau, maka Mat Kilau dibawa ke kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar Jerantut. Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau.

Pengisytiharan ini telah menggemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan Jawatankuasa Penyiasat Munchul-nya Mat Kilau (EYD: Jawatankuasa Penyiasat Munculnya Mat Kilau). Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemu ramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970, Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang, YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth.

Pada 24 April 1970, Mat Kilau telah memberikan kebenaran kepada pihak Utusan Melayu untuk menerbitkan kitab kepunyaan beliau, Kitab Mat Kilau, sebuah kitab kompilasi doa dan amalan mistik seperti ilmu kebal dan penguat diri. Berdasarkan buku itu, kitab ini ditulis beliau, dan diserahkan bagi jagaan kerabat diraja Kelantan dalam persembunyiannya sebelum diserahkan kepada Utusan Melayu bagi penerbitan kepada masyarakat awam. Orang terakhir yang diamanahkan menyimpan kitab ini ialah Wan Alim bin Wan Hasan, murid Menteri Besar Kelantan Nik Mahmud bin Nik Ismail yang turut menerbitkan kitab ilmu kebal.

Kematian

Pada hari Sabtu 15 Ogos, beliau telah dilaporkan berada dalam keadaan tenat. Setelah sepuluh hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, pada hari Ahad 16 Ogos kira-kira pukul 6.45 pagi, Mat Kilau meninggal dunia di rumahnya di Batu Lima, Paya Besar, Jalan Kuantan–Gambang kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun namun menurut buku laporan jawatankuasa penyiasatan Mat Kilau, beliau meninggal dunia ketika berusia 104 tahun. Beliau kemudiannya dikebumikan di Kampung Kedondong. Kenduri arwah tujuh hari untuk beliau telah diadakan pada malam Isnin 23 Ogos di Masjid Pulau Tawar, Jerantut dan dihadiri oleh kira-kira 1,200 orang.

Legasi

Sebuah galeri yang menempatkan artifak peninggalan beliau dibuka kepada orang awam di Jerantut pada 30 September 2015.

Satu filem bertajuk Mat Kilau berdasarkan kehidupannya telah difilemkan pada April 2018. Filem ini diterbitkan oleh Studio Kembara, dan mula ditayangkan pada 23 Jun 2022. Filem ini diarahkan oleh pelakon serta pengarah pemenang anugerah Syamsul Yusof dan dibintangi oleh Dato Adi Putra sebagai Mat Kilau. Biopik Mat Kilau turut dijayakan oleh Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As'ari, Farid Amirul, A. Galak, Zarina Zainoordin, Farah Ahmad, pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan pelakon baru, Ali Karimie. Filem ini kemudiannya menjadi filem dengan kutipan tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2022 Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 2022 Tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang 1444 Hijrah Mat Kilau [Muhammad Khatib Rasu Abd Salam] Menang

Catatan

Rujukan

Buku

Pautan luar

Tags:

Mat Kilau KehidupanMat Kilau Sejarah perjuanganMat Kilau Buruan British dan persembunyianMat Kilau Keluar dari persembunyianMat Kilau LegasiMat Kilau Anugerah dan pencalonanMat Kilau CatatanMat Kilau RujukanMat Kilau Pautan luarMat Kilau

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hukuman mati di MalaysiaSawiKiblatMinal 'Aidin wal-FaizinMokhtar HashimHubungan seksNabi Harun a.s.Amira OthmanAmmar AlfianBurasFilem Sex and Zen IIIslamTIME dotComKL Gangster 2FunanSiti HariesaAisha RetnoTahun Baru CinaAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamGerawat GalaSenarai Yang di-Pertuan AgongUniversiti awamAngkorMasjid al-AqsaMelur Untuk Firdaus (musim 2)PukimakD J DaveKristianAsia TenggaraSekali Lagi Cinta KembaliKesan rumah hijauIPhoneCampaShiqin KamalRozita Che WanSijil Tinggi Agama MalaysiaJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaSultan TerengganuSultan Iskandar ibni Sultan IsmailSolatSlot AkasiaLelaki ItuSingapuraAman ShahFrekuensi radio di JohorPandelela RinongAlhamdulillahAlyssa DezekHeliza HelmiBaju tradisional MelayuOrang LampungAmyra RosliKelapa sawitSalahuddin al-AyyubiTunku Aminah Maimunah IskandariahNombor gubahanYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanTengku Permaisuri NorashikinHadisKuchingRindu Kasih 2Perjanjian PangkorSenarai Kementerian di MalaysiaLee Chong WeiFrekuensi radio di KelantanSosilawati LawiyaBandar TaipingFarah AhmadJangkitanKedatangan dan Penyebaran Islam di NusantaraMy Famous Ex-BoyfriendPosisi seksualTempoh haram puasaIkanKajangMegat Sharizal🡆 More