Stryker adalah keluarga kenderaan tempur berperisai pacuan lapan roda yang dihasilkan oleh Sistem Tempur General Dynamics, digunakan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat.
Berasaskan kenderaan perisai ringan Kanada, LAV III, yang sebelumnya diasaskan pada Mowag Piranha buatan Switzerland, Stryker merupakan keluarga kenderaan tentera terbaru semenjak M2 Bradley yang dikeluarkan pada 1980-an.
Stryker | |
---|---|
Spesifikasi | |
Berat | ICV: 16.47 t (18.12 tan pendek) MGS: 18.77 t (20.65 sh tn) |
Panjang | 6.95 m (22.92 ft) |
Lebar | 2.72 m (8.97 ft) |
Tinggi | 2.64 m (8.72 ft) |
Krew | 2+9 |
Armor | 14.5 mm |
Senjata pertama | Meriam M68A1E4 105 mm (MGS) Mesingan kaliber .50 M2 atau pelancar bom MK19 40 mm dipasang pada sebuah Stesen Senjata Kawalan Jauh PROTECTOR M151 (ICV) |
Senjata kedua | Mesingan kaliber .50 M2 dan M240 7.62mm (MGS) |
Enjin | Enjin diesel Caterpillar 3126 260 kW (350 hp) |
Kuasa/berat | ICV: 15.8 kW/t (19.3 hp/sh tn) |
Sistem ampaian | Pacuan 8×8 |
Jarak operasi | 500 km (300 batu) |
Kelajuan | 100 km/j (62 bsj) |
Kenderaan ini dinamakan sempena dua tentera Amerika yang menerima Pingat Penghormatan (Medal of Honor) selepas meninggal: Pfc Stuart S. Stryker, yang meninggal semasa Perang Dunia II dan Spc Robert F. Stryker, meninggal semasa Perang Vietnam.
Stryker disokong oleh Jeneral Eric Shinseki semasa dia merupakan (Army Chief of Staff). Kenderaan ini digunakan dalam Pasukan Tempur Brigade Stryker, unit ringan dan bergerak diasaskan pada Doktrin Pasukan Tempur Brigade yang bergantung kepada kenderaan disambung oleh jaringan tentera C4I.
Sistem pneumatik atau hidrolik memancu hampir keseluruhan ciri-ciri mekanikal kenderaan; sebagai contoh sistem pneumatik menukar antara pancuan 8X4 dan 8X8.
Kenderaan ini terdapat dalam pelbagai variasi dengan enjin, tranmisi, hidrolik, lereng roda, tayar, sarung (differentials and transfer case) yang sama. Dua pengecualian adalah M1130 Stryker CV (Kenderaan Pemerintah) dan M1133 Kenderaan Pengosongan Perubatan Stryker, yang mempunyai unit penghawa dingin dipasang pada pak. Kenderaan perubatan turut memiliki generator berkeupayaan tinggi.
Stryker menggunakan enjin Caterpillar yang biasa digunakan bagi lori pengangkut serdahana Tentera, mengelakkan latihan mendalam mekanik secara menyeluruh dan membenarkan penggunaan bahagian yang sama.
Pereka cuba memudahkan kerja pemulihan, memberikan kebanyakan kabel, hos, dan sistem mekanikal dengan mekanisma mudah dipisahkan. Enjin dan transmisi boleh dikeluarkan dan dipasang dalam tempoh kurang sejam, membolehkan pembaikian pencajturbo dan kebanyakan komponen lain dilakukan diluar kenderaan.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Stryker, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.