Marie Antoinette

Marie Antoinette (Perancis: ; dilahirkan Maria Antonia Josepha Johanna; 2 November 1755 – 16 Oktober 1793) Permaisuri Perancis terakhir sebelum tercetusnya revolusi di negara tersebut.

Baginda dilahirkan sebagai seorang kaya bergelar Erzherzogin dari Austria serta anakanda kedua terakhir dan puteri bongsu Maharani Maria Theresa dan Maharaja Francis I dari Empayar Rom Suci.

Marie Antoinette
Marie Antoinette
Potret lukisan Élisabeth Vigée Le Brun, 1778
Permaisuri Perancis dan Navarre
kemudiannya Permaisuri orang Perancis
Tempoh10 Mei 1774 – 10 Ogos 1792
Keputeraan(1755-11-02)2 November 1755
Istana Hofburg, Vienna, Austria, Empayar Rom Suci
Kemangkatan16 Oktober 1793(1793-10-16) (umur 37)
Place de la Révolution, Paris, Perancis
Pemakaman21 Januari 1815
Basilika Santo Denis
PasanganLouis XVI dari Perancis (k. 1770; m. 1793)
Anakanda
Nama penuh
Jerman: Maria Antonia Josepha Johanna
Perancis: Marie Antoinette Josèphe Jeanne
KerabatHabsburg-Lorraine
AyahandaFrancis I, Maharaja Rom Suci
BondaMaria Theresa dari Austria
AgamaGereja Katolik Rom
TandatanganTandatangan Marie Antoinette
Marie Antoinette
Jata Marie Antoinette dari Austria

Apabila baginda berkahwin dengan Louis-Auguste yang mewarisi takhta Perancis, beliau mendapat gelaran Dauphine sehingga kenaikan takhta Louis (sebagai Louis XVI) pada 10 Mei 1774, di mana baginda mendapat gelaran "Permaisuri Perancis dan Navarre" (Reine de France et reine consort de Navarre). Gelaran tersebut dihadkan kepada "Permaisuri Perancis" sahaja selepas berlangsungnya Revolusi Perancis pada September 1791 sehingga penghapusan monarki Perancis pada 21 September setahun selepasnya. 

Baginda didakwa dalam suatu perbicaraan oleh Tribunal révolutionnaire selama dua hari dan disabitkan kesalahan derhaka besar, lalu baginda dihukum pancung gilotin pada 16 Oktober 1793.

Keputerian

Maria Antonia diputerikan pada 2 November 1755 di Istana Hofburg di Vienna, Austria. Baginda merupakan puteri bongsu Maharani Maria Theresa yang memerintah Empayar Habsburg, dan rajanya Francis I, Maharaja Rom Suci. Raja José I dan Permaisuri Mariana Victoria dari Portugal merupakan orang tua pembaptisan mereka.

Sebagai Dauphine

Sebagai Permaisuri

Revolusi Perancis

Pada 21 September 1792 berikutan Revolusi Perancis yang giat berlangsung, pemerintahan beraja dimansuhkan lalu digantikan dengan suatu badan memerintah baru untuk Republik iaitu Sidang Kebangsaan (Convention nationale). Louis dipisahkan dari kerabat baginda dan dibicarakan pada bulan Disember, baginda dihukum pancung dengan pisau 'gilotin' pada tanggal 21 January 1793.

Selepas hukuman pancung Louis, nasib Marie Antoinette menjadi soalan utama Sidang Kebangsaan; ada yang mahukannya dihukum mati juga, manakala ada yang mahu ditukar dengan tahanan perang Perancis atau tebusan daripada si Maharaja Rom Suci. Pada April 1793, suatu Jawatankuasa Keselamatan Negara dibentuk dengan pimpinan Robespierre, di mana ada dalam kalangan anggotanya menginginkan Marie dibicarakan sekali.

Perbicaraan dan hukuman pancung

Pada awal 16 Oktober 1793, Marie Antoinette diisytiharkan bersalah atas tiga tuduhan ke atasnya iaitu pemborosan harta negara, persengkokolan menentang keselamatan dalaman dan luaran negara, dan derhaka besar akibat kegiatan perisikan yang memihak kepada musuh negara yang sendirinya boleh dihukum mati.

Baginda dibawa ke tempat pancung kepala sambil dicaci dan dimaki hamun dalam persalinannya yang ringkas dan putih dan rambutnya dipotong. Marie dipancung pada jam 12:15 tengah hari pada hari yang sama. Mayat tidak berkepalanya dihumban ke dalam suatu kubur tidak bertanda dalam perkuburan Madeleine berdekatan jalan d'Anjou; perkuburan tersebut pula ditutup selepas kehabisan ruang pada 25 Mac 1794.

Baginda dianggap kebanyakan pihak revolusioner Perancis sebagai lambang masalah dan bebanan yang dibawa hasil pemerintahan raja Perancis. Rakyat Perancis melihat penghukuman ke atas Marie sebagai suatu langkah yang perlu dan berkesan dalam perjuangan revolusi mereka.

Rujukan

Nota

Bacaan lanjut

Pautan luar

Tags:

Marie Antoinette KeputerianMarie Antoinette Sebagai DauphineMarie Antoinette Sebagai PermaisuriMarie Antoinette Revolusi PerancisMarie Antoinette Perbicaraan dan hukuman pancungMarie Antoinette RujukanMarie Antoinette Bacaan lanjutMarie Antoinette Pautan luarMarie AntoinetteArchdukeMaria TheresaMonarki HabsburgRevolusi PerancisWikipedia:IPA untuk bahasa Perancis

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

AtomJambatan Pulau PinangSolat Sunat RawatibSophia AlbarakbahRiena DianaKontrak sosial (Malaysia)Perodua KancilModel OSIMacNabi Muhammad SAWSunan AmpelSharifah HusnaMyKadKerajaan TarumanagaraWings (kumpulan muzik Malaysia)KlangTanda-tanda KiamatAzhar SulaimanSurah al-BaqarahAl-QuranTepung pelitaAbby AbadiSyihan HazmiHero RemajaPerjanjian HudaibiyahMahathir MohamadSarawakNegeri-Negeri MelayuKelapa sawitSultan TerengganuYang Bakal Mati Ramadan IniPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Piala Asia AFCLaluan Kelana JayaBertukar-tukar pasanganNafiez ZaidiZOPFANHari Raya AidiladhaNasabAsia TenggaraWikipediaSein QudsiZara ZyaIman TroyeKeluaran dalam negara kasarKugiran MasdoPhlowtronPengatur caraM. NasirSejarah MelakaNasi tangasSiti Khadijah HalimDollaAbdul Taib MahmudSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaIsteri Separuh MasaLelaki ItuRumah teresAdat resamPakatan HarapanPiala Dunia FIFA 2010HuminodunSe7en (filem 1995)Shaheizy SamKhawarijSarah SuhairiSenarai buahFasha SandhaMelanauShah AlamPenggunaKhir RahmanPulau TiomanProton SatriaImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Kata pinjamanGeografi Johor🡆 More