Istanbul: Kota di Turki

Koordinat: Format hujah tidak diketahui

Istanbul: Nama-nama lain, Iklim, Galeri gambarIstanbul
Hagia Sophia
Hagia Sophia
Hagia Sophia
Kedudukan di Turki
Istanbul: Nama-nama lain, Iklim, Galeri gambar
Gambaran Keseluruhan
Wilayah Wilayah Marmara, Turki
Wilayah Wilayah Istanbul
Jumlah penduduk 12,428,380 (2019)
Keluasan 5,764 km²
Kepadatan penduduk 6,521 orang/km²
Ketinggian 100 m
Koordinat 41.01°′ U 28.98°′ T
Kod pos 34010 - 34850 dan
80000 - 81800
Kod kawasan (+90) 212 (bahagian Eropah)
(+90) 216 (bahagian Asia)
Plat nombor Turki 34
Datuk Bandar Kadir Topbaş (Parti Keadilan dan Pembangunan)
Laman sesawang Kawasan Perbandaran Metropolitan Istanbul
Gabenor Muammer Güler
Laman sesawang Gabenor Portal Istanbul

Istanbul (B. Turki: İstanbul, bentuk Uthmaniyah استانبول; Yunani: Κωνσταντινούπολις Konstantinoúpolis; juga dalam bahasa Melayu lama: Setambul, Jawi: ستمبول) ialah bandar raya yang terbesar, serta juga pusat kebudayaan dan ekonomi negara Turki. Bandar raya ini yang merupakan ibu negeri Wilayah Istanbul terletak di 41° U 28° T pada Selat Bosphorus, dan merangkumi pelabuhan asli yang dikenali sebagai Tanduk Emas (bahasa Turki: Haliç) di barat daya negara ini.

Istanbul yang menjangkau kedua-dua belah Selat Bosphorus di kedua-dua benua Eropah (Thrake) dan Asia (Anatolia) lantas merupakan metropolis yang unik di dunia. Istanbul yang begitu bersejarah pernah menjadi ibu kota kepada tiga buah Empayar yang berbeza:

  1. Empayar Rom (330-395);
  2. Empayar Rom Timur (395-1453); dan
  3. Empayar Uthmaniyyah (1453-1923).

Bandar raya ini terpilih menjadi salah sebuah Ibu Negara Kesenian Eropah pada tahun 2010. Kawasan-kawasan bersejarah Istanbul dirangkumkan dalam Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1985. Pada tahun 1923 berikutan penubuhan Republik Turki, ibu negara dipindahkan ke Ankara.

Menurut banci 2000, jumlah penduduk sebanyak 8,803,468 orang di bandar raya dan 10,018,735 orang di kawasan metropolitan menjadikan Istanbul sebagai bandar raya yang kedua terbesar di Eropah. Anggaran banci pada 20 Julai 2005 sebanyak 11,322,000 orang untuk kawasan metropolitannya telah menjadikan Istanbul sebagai salah satu daripada dua puluh buah kawasan metropolitan terbesar di dunia. Bandar raya ini dipilih sebagai Ibu Negara Kesenian Eropah pada 2010 (bersama Pécs, Hungary dan Essen, Jerman).

Nama-nama lain

Bandar raya Istanbul telah diberikan berbagai-bagai nama pada sepanjang sejarahnya, bergantung kepada kebudayaan, bahasa, dan agama raja-rajanya. Byzantium, Kostantiniye, dan Stamboul adalah beberapa contoh yang masih digunakan secara meluas di sesetengah negara. Antara lain, it juga dipanggil "Rom Baru" atau "Rom Kedua" kerana Constantinus Agung, Maharaja Rom, mengasaskan kota ini di atas tapak Byzantium, kota Yunani, sebagai ibu negara yang kedua, ibu kota Kristian untuk Empayar Rom, berbanding dengan Rome yang umumnya bersifat jahiliah.

Istanbul telah diberikan nama samaran "Bandaraya Tujuh Bukit" semenanjung bersejarah, bahagiannya yang tertua, dibina oleh Constantinus di atas tujuh buah bukit untuk menandingi tujuh buah bukit Rom. Bukit-bukit tersebut dilambangkan dalam jata bandar raya melalui tujuh buah masjid. Lagi satu nama samaran Istanbul yang lama ialah Vasileousa Polis (Permaisuri Kota-kota), nama yang membayangkan kepentingan dan kekayaan Istanbul pada sepanjang Zaman Pertengahan.

Melalui sebuah warta perintah pada 28 Mac 1930, pihak berkuasa Turki secara rasmi meminta orang asing supaya jangan merujuk kepada Istanbul dengan nama-nama tradisional bukan Turki (baik yang dipinjam dari Bahasa Arab seperti Kostantiniye atau Yunani) tetapi menggunakan nama "Istanbul" sebagai nama yang tunggal dalam semua bahasa asing.

Iklim

Iklim sederhana

Istanbul: Nama-nama lain, Iklim, Galeri gambar  Suhu dan kerpasan purata untuk Istanbul, Istanbul: Nama-nama lain, Iklim, Galeri gambar  Turki Istanbul: Nama-nama lain, Iklim, Galeri gambar 
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tertinggi °C (°F) 18.3
(65)
24.0
(75)
26.2
(79)
32.9
(91)
33.0
(91)
40.2
(104)
40.5
(105)
38.8
(102)
33.6
(92)
34.2
(94)
27.2
(81)
21.2
(70)
40.5
(105)
Suhu tinggi purata °C (°F) 8.7
(48)
9.1
(48)
11.2
(52)
16.5
(62)
21.4
(71)
26.0
(79)
28.4
(83)
28.5
(83)
25.0
(77)
20.1
(68)
15.3
(60)
11.1
(52)
18.4
(65)
Suhu rendah purata °C (°F) 2.9
(37)
2.8
(37)
3.9
(39)
7.7
(46)
12.0
(54)
16.0
(61)
18.5
(65)
18.7
(66)
15.5
(60)
12.0
(54)
8.5
(47)
5.3
(42)
10.3
(51)
Rekod terendah °C (°F) -10.4
(13)
-16.1
(3)
-7.0
(19)
-0.6
(31)
3.6
(38)
8.0
(46)
10.5
(51)
8.2
(47)
5.2
(41)
1.0
(34)
-4.0
(25)
-9.4
(15)
−16.1
(3)
Kerpasan mm (inci) 98.4
(3.9)
80.2
(3.2)
69.9
(2.8)
45.8
(1.8)
36.1
(1.4)
34.0
(1.3)
38.8
(1.5)
47.8
(1.9)
61.4
(2.4)
96.9
(3.8)
110.7
(4.4)
123.9
(4.9)
843.9
(33.2)
Sumber: Pertubuhan Meteorologi Sedunia (PBB) Devlet Meteoroloji İşleri Genel Müdürlüğü (DMİ) dan BBC Weather Centre 24 Juni 2010

Galeri gambar

Bandar kembar

Istanbul mempunyai 45 buah bandar kembar:

Istanbul: Nama-nama lain, Iklim, Galeri gambar 
Dari bandar berkembar Berlin telah diadakan Pameran Penyatuan United Buddy Bears ke Istanbul tahun 2004/2005. Ia diadakan di daerah Beyoğlu yang terkenal.

Lihat juga

Catatan

Pautan luar

Error: tiada nama laman disertakan (help).

Tags:

Istanbul Nama-nama lainIstanbul IklimIstanbul Galeri gambarIstanbul Bandar kembarIstanbul Lihat jugaIstanbul CatatanIstanbul Pautan luarIstanbul

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Perodua AxiaPerjanjian HudaibiyahGunung KinabaluPerakNabi Musa a.s.MeerqeenBuliBola tamparProton ExoraTanam paksaMelitha SidabutarKumpulan Wang Simpanan PekerjaTentera Udara Republik Islam IranAli bin Abi TalibTentera Darat MalaysiaVirusPembahagian kuasaPersekutuan Pengakap MalaysiaHasmiza binti OthmanAssalamualaikumBerlari merentas desaDarurat Tanah MelayuHukuman mati di MalaysiaUnifi TVPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuEmpayar UthmaniyahBajauKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)KlangUniversiti Kebangsaan MalaysiaSejarahBola sepakSultan Idris Al-Mutawakil Alallahi ShahNasi tangasKitab suci IslamMajapahitKecerdasan buatanTerapi fizikalDwidewanSultan Nazrin Muizzuddin ShahKhairy JamaluddinAwieSoffi JikanRamlah RamHubungan intimLiberalismeKhaliq Mehtab Mohd IshaqOrang LampungPeribahasaZakar manusiaAmy SearchShaharuddin ThambyChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorHubungan seksPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaHarissa AdlynnElla (penyanyi)Anna JoblingBryan DomaniRaja berperlembagaanMusang PulutMamat KhalidPolitik MalaysiaSilatBuayaNadia BrianSolat sunatJenis-jenis ayat bahasa MelayuFauzi NawawiXPDCGombakDaerah LangkawiPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 UzbekistanFarajPerang Dunia PertamaAriz LufiasSenarai saluran Astro🡆 More