Orang Asli: Suku asal suatu kawasan

Orang asli atau orang peribumi tidak mempunyai takrifan yang tetap, tetapi biasanya merujuk kepada masyarakat peribumi asal yang duduk dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat yang mempunyai hubungan tradisi dengan tempat tersebut dan diketepikan model budaya yang dominan.

Terdapat beberapa perumusan yang diterima luas yang mentakrifkan istilah "orang asli" dengan lebih ketat telah dikemukakan oleh beberapa pertubuhan yang dikenali di peringkat antarabangsa, antaranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan Bank Dunia. Orang asli yang dimaksudkan dalam rencana ini mengikut takrifan tersebut.

Daripada sumber-sumber ini, takrifan kontemporari "orang asli" untuk sesuatu tujuan mempunyai kriteria yang cuba untuk memasukkan kumpulan budaya (dan keturunan mereka) yang mempunyai kesinambungan sejarah atau hubungan dengan kawasan tertentu, atau sebahagiannya, dan yang pernah atau sedang mendiami kawasan tersebut sama ada:

    • sebelum ia dijajah atau diilhak; atau
    • bersama-sama dengan kumpulan budaya lain semasa pembentukan negara bangsa; atau
    • sebahagian besarnya terasing dari pengaruh pemerintahan sebuah negara bangsa,

Dan juga mereka yang:

    • masih mengekalkan sebahagian ciri-ciri linguistik, budaya dan masyarakat yang berbeza, dan dengan itu kekal berbeza sedikit sebanyak daripada penduduk di sekitar dan budaya dominan negara tersebut.

Selain itu, satu lagi kriteria biasanya ditambah:

    • mereka yang mengaku sebagai peribumi dan diakui oleh orang lain sebagai peribumi.

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Bank DuniaPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuPertubuhan Buruh Antarabangsa

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Yang di-Pertuan Besar Negeri SembilanAngel (penyanyi)Jawatankuasa Hubungan Antara KaumKamal AdliQistina KhaledAnita SarawakEmpat Kebenaran MuliaTok JanggutAl Nassr FCAiman Hakim RidzaInstagramPitt HanifPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaGerakan Aceh MerdekaAbang Long FadilPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaRevolusi PerindustrianPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 UzbekistanNasi kandarMustapha KamalUniversiti Utara MalaysiaFrekuensi radio di JohorSultan Idris Al-Mutawakil Alallahi ShahTatabahasa bahasa MelayuDaiyan TrishaDoa IftitahKadazan-DusunShiqin KamalPulau PinangSM Faliq SM NasimuddinBatu Bersurat TerengganuTeknologi hijauMahkamah MalaysiaJangan Menangis Cinta (drama)Alor SetarBuaya katakSepak takrawSarawakAtikah SuhaimeKata ganti nama (bahasa Melayu)MakkahNombor perdanaBatu PahatPutri JannahAngeline TanSari YantiOrang BanjarPuteri Gunung LedangKementerianPutrajayaBanjir Malaysia 2021–2022Malayan UnionKata adjektifMahatma GandhiBudak IjatSabronzoAhmad Farhan FauziJean Retno AryaniJalaluddin HassanTayamumTanah Melayu BritishIranSenarai kaum di MalaysiaWan SharmilaPersekutuan Tanah MelayuSyahadahTanda-tanda KiamatOrang Melayu MalaysiaYang di-Pertua Negeri SarawakMusang PulutSistem SuriaSenario LagiJam 24 jamProton ExoraFilem Malaysia tahun 2024Kesultanan Melayu MelakaEmma Maembong🡆 More