Monaco

Monaco (Jawi: ‏موناکو‎code: ms is deprecated ‎) ialah sebuah negara kota diperintah putera terletak di Riviera Perancis berhampiran kawasan Liguria di pesisiran Laut Mediterranean Eropah Barat dikelilingi Perancis, serta beberapa batu dari sempadan bersama Perancis dengan Itali.

Ia merupakan negara berdaulat kedua terkecil di Eropah selepas Kota Vatican dengan sempadan darat berukuran sepanjang 5.47 km serta pesisiran paling terpendek dunia sepanjang 3.83 km. Monaco mempunyai kepadatan penduduk yang tertinggi1 serta mempunyai pasukan dan kehadiran polis yang terbesar di dunia, baik dari segi per kapita mahupun dari segi keluasan.

Prinsipaliti Monaco
ڤرينسيڤليتي موناکو
Principauté de Monaco (Perancis)
Principato di Monaco (Itali)
Principatu de Mùnegu (Liguria)
Bendera Monaco
Jata Monaco
Bendera Jata
Cogan kata"Deo Juvante"  (Latin)
"Dengan Pertolongan Tuhan"
Lagu kebangsaanHymne Monégasque
Lokasi  Monaco  (dalam bulatan) di Eropah  (putih)
Lokasi  Monaco  (dalam bulatan)

di Eropah  (putih)

Ibu negaraMonaco
Most populated quartier
Monte Carlo
Bahasa rasmiBahasa Perancis
KerajaanRaja berperlembagaan dan Wilayah prinsipaliti beraja
• Putera Monaco
Putera Albert II
• Menteri Negara
Pierre Dartout
• Presiden Majlis Kebangsaan
Stéphane Valeri (UPM)
Independence
• Wangsa Grimaldi (di bawah daulat Republik Genoa)
8 Januari 1297
• dari Perancis
17 Mei 1814
• from occupation of the Sixth Coalition
17 Jun 1814
• Perjanjian Perancis-Monaco
2 Februari 1861
• Penggubalan perlembagaan
5 Januari 1911
Keluasan
• Jumlah
2.1 km2 (0.81 bt2) (193rd)
• Perairan (%)
negligible
Populasi
• Perkiraan 2019
38,300 (ke-190)
• Bancian Penduduk 2016
37,308
18,713/km2 (48,466.4/sq mi) (pertama)
KDNK (PPP)2015
• Jumlah
$7.672 bilion (aggrn 2015) (ke-158)
$115,700 (aggrn 2015) (ke-3)
KDNK (nominal)2018[b]
•  Jumlah
$7.185 billion (ke-145)
$185,741 (pertama)
Mata wangEuro
(EUR)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan377
Kod ISO 3166MC
DPT internet.mc

Pembangunan ekonomi di negara ini banyak bergantung kepada perjudian khususnya di Kasino Monte Carlo yang didirikan lewat abad ke-19 serta pembinaan jalan kereta api Marseille–Ventimiglia yang menghubungkan ke rangkaian berpusat di Paris, Negara ini tidak melaksanakan pencukaian pendapatan dan perniagaan malah menjadi tumpuan kerana kurangnya pelaksanaan cukai berkaitan; sebanyak 30% penduduk yang mendiami negara ini adalah jutawan dengan pemilikan estet terkumpul mencecah sebanyak €100,000 ($142,000) setiap meter persegi pada tahun 2018.

Sejarah

Zaman purba

Suatu petempatan mula wujud dihuni orang-orang Yunani Phókaia pada abad ke-6 SM dengan nama Monoikos (μόνοικος, "satu rumah", dari μόνος monos "tunggal" + οἶκος oikos "rumah". Tempat ini dipercayai berlabuhnya Herakles mengasingkan diri dari dewa-dewi yang mengejarnya, suatu kuil dikhsusukan untuknya terbina di situ yang mendorong pembinaan Monoikos ini.

Kemunculan wangsa Grimaldi

Geografi

Monaco 
Peta Monaco

Monaco ialah negara yang kedua terkecil di dunia, selepas Bandaraya Vatikan. Monaco terletak 18 kilometer di timur bandar raya Nice, berhampiran dengan sempadan Itali, dan dikelilingi pada tiga sisinya oleh Kawasan Provence-Alpes-Côte d'Azur di Perancis. Ia terdiri daripada satu jalur pantai yang sempit antara Laut Mediterranean dan bukit-bukit kaki Banjaran Alp, dengan titik tertingginya di "Le Rocher" yang setinggi 141 meter (459 kaki).

Monaco terbahagi kepada tujuh bahagian atau quartiers, iaitu:

  1. Monaco-Ville, ibu negara dan bandar raya lama, yang terletak di Batu Monaco, tanjung tinggi yang berbatu-batan dan yang menganjur ke Mediterranean;
  2. La Condamine, bahagian di sepanjang pelabuhan;
  3. Monte Carlo, kawasan kediaman serta tempat peranginan yang memiliki sebuah kasino;
  4. Fontvieille, kawasan baru yang ditebus guna dari laut;
  5. Moneghetti yang menyempadani Cap d'Ail di barat;
  6. Larvotto - Tenao yang merangkumi kawasan pantai di timur kawasan kerajaan;
  7. Santo Roman yang menyempadani Tenao dan yang merupakan hujung yang paling timur.

Monaco terkenal kerana pemandangan semula jadinya yang sungguh indah, dengan iklim yang sederhana dan cerah. Bulan-bulan yang paling dingin ialah Januari dan Februari dengan suhu minimum purata serendah 8 °C (47 °F), manakala bulan-bulan yang paling panas ialah Julai dan Ogos, dengan suhu maksimum purata setinggi 26 °C (78 °F).

Demografi

Monaco 
Pemandangan Monacoville.

Komposisi penduduk Monaco adalah luar biasa dari segi bahawa orang-orang Monegasque yang asli merupakan golongan minoriti dalam negara sendiri. Golongan terbesar ialah rakyat Perancis (47%), diikuti oleh orang Monegasque (16%), dan rakyat Itali (16%), dengan 21% yang tinggal terdiri daripada 125 bangsa yang merupakan penduduk antarabangsa.

Bahasa Perancis ialah bahasa rasmi Monaco yang tunggal, tetapi bahasa-bahasa Inggeris, Itali dan Monegasque tempatan (keturunan bahasa Genoa) juga dituturkan. Kadar kenal huruf ialah 99%.

Agama Roman Katolik ialah agama rasmi, dengan kebebasan menganuti agama-agama yang lain dijamin oleh perlembagaan.

Politik

Monaco telah diperintah sebagai sebuah negara raja berperlembagaan sejak dari tahun 1911, dengan Putera Berdaulat Monaco sebagai ketua negara. Cabang eksekutifnya terdiri daripada seorang Menteri Negara (ketua kerajaan) yang mempengerusikan Majlis Kerajaan empat-ahli yang merupakan kabinet Monaco.

Menteri Negara adalah warganegara Perancis yang dilantik oleh Putera Monaco daripada calon-calon yang dicadangkan oleh Kerajaan Perancis. Di bawah perlembagaan 1962, Putera Monaco berkongsi kuasanya dengan Majlis Negara (parlimen) ekadewan yang terdiri daripada 24 orang ahli. Ahli-ahli badan perundangan ini dipilih melalui pilihan raya umum untuk tempoh-tempoh lima tahun. Hal-ehwal tempatan dikendalikan oleh Majlis Komunal yang terdiri daripada 15 orang ahli yang dipilih melalui pilihan raya dan yang diketuai oleh Datuk Bandar.

Ekonomi

Monaco 
Pemandangan bandar raya dan pelabuhan Monaco.

Salah satu sumber pendapatan Monaco yang utama ialah pelancongan; setiap tahun, banyak pelancong tertarik kepada kasino dan iklimnya yang menyenangkan. Satu projek pembinaan utama pada tahun 2001 memanjangkan tambangan yang digunakan oleh kapal-kapal pesiaran di pelabuhan utama. Dalam usahanya untuk mempelbagaikan ekonomi, Monaco telah mencapai setakat kejayaan dalam menceburi bidang perkhidmatan dan industri-industri kecil bernilai ditambah tinggi yang bukan pencemar, seperti kosmetik dan biotermik.

Monaco tidak mengenakan cukai pendapatan perseorangan, tetapi mengekalkan monopoli-monopoli dalam banyak sektor, termasuk tembakau dan perkhidmatan pos. Kerajaan Monaco yang dahulu memiliki sepenuhnya Telekom Monacoelecom, rangkaian telefon negara, kini memiliki 45%, dengan 55% yang tinggal dimiliki oleh Kabel dan Wayarles (49%) dan Compagnie Monégasque de Banque (6%). Walaupun demikian, Telekom Monacoelecom masih tetap merupakan sebuah monopoli. Taraf hidup penduduk Monaco adalah tinggi, dan lebih kurang setanding dengan para penduduk di kawasan-kawasan metropolitan Perancis yang kaya.

Ketiadaan cukai pendapatan perseorangan di Monaco telah menarik banyak "pelarian cukai" yang kaya dari negara-negara Eropah yang lain ke negara ini. Orang-orang termasyhur seperti pemandu-pemandu Formula Satu menarik paling banyak perhatian, tetapi kebanyakan mereka adalah usahawan. "Pelarian-pelarian" tersebut memperoleh kebanyakan pendapatan mereka daripada kegiatan-kegiatan di luar Monaco.

Pada tahun 2000, sebuah laporan oleh Arnaud Montebourg dan Vincent Peillon, ahli-ahli parlimen Perancis, mendakwa bahawa Monaco mempunyai dasar-dasar yang longgar terhadap pelaburan wang haram, termasuk kasinonya yang terkenal, dan bahawa Kerajaan Monaco mengenakan tekanan politik ke atas badan kehakimannya supaya jenayah-jenayah tidak disiasat dengan wajar. Sebagai balasan, Kerajaan Monaco mengemukakan laporan-laporannya kepada OECD dan Pasukan Petugas Tindakan Kewangan mengenai Pelaburan Wang Haram untuk membuat siasatan. Laporan-laporan itu menunjukkan bahawa kebanyakan dakwaan yang ditimbulkan adalah tidak benar.

Monaco bukannya salah satu ahli Kesatuan Eropah, tetapi amat rapat dengan Kesatuan itu melalui penyatuan kastamnya dengan Perancis. Oleh itu, mata wang Monaco adalah sama dengan Perancis, iaitu euro. Monaco juga memperoleh hak untuk menempa duit syiling euro dengan reka bentuk Monegasque pada sebelah negara.Pada tahun 2005,Monaco menghadapi masalah ekonomi tetapi datuk bandar Monaco,Sir William Azfar Congress Musharaf Sellapan George memberi idea yang bernas dengan menyuruh semua rakyat Monaco menjual seluar dalam,Bra,Kotex,G-String dan kondom.

Eksport-eksport Monaco yang utama ialah tembikar, kerja logam, tekstil, plastik, dan alat.

Lihat juga

Daftar negara

Nota

1 Macau, yang tidak mempunyai hak kedaulatan, mempunyai bilangan penduduk yang lebih padat.

Rujukan

Pautan luar

7°25′11″E / 43.73278°N 7.41972°E / 43.73278; 7.41972

Tags:

Monaco SejarahMonaco GeografiMonaco DemografiMonaco PolitikMonaco EkonomiMonaco Lihat jugaMonaco NotaMonaco RujukanMonaco Pautan luarMonacoEropahEropah BaratItaliKota VaticanLaut MediterraneanLiguriaNegara berdaulatNegara kotaPerancisPolisPrinsipalitiSenarai negara-negara mengikut jumlah pendudukTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

RakaatNusantaraJins ShamsuddinMedia sosialAina AbdulSunan GresikPenjodoh bilangan bahasa MelayuKomunismeNegarakuHukum Kanun MelakaSyihan HazmiPemerintahan berajaPasukan bola sepak kebangsaan VietnamKomunikasiAman AzizDalil NaqliMenteri Besar JohorDewan Rakyat MalaysiaSurah al-BaqarahSusan ManenSyamsul YusofToyota AgyaKerajaan Bani UmaiyahLapangan Terbang Taiping, ChinaPiagam MadinahHari WesakShahrulezad MohameddinPelajarHuminodun16 PuasaMalaysiaSultan TerengganuPukimakSultan KedahKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaAedy AshrafASEAN Campur TigaBahasa Melayu KunoModal insanPerlembagaan MalaysiaBoBoiBoySelangor F.C.PuyuSein QudsiTempoh haram puasaOnde-ondeKu Abdul Rahman Ku IsmailBahasa MaduraBaby ShimaMaya KarinJangan Menangis Cinta (drama)Takdir Itu Milik AkuZakar manusiaAlhamdulillahTatabahasa bahasa MelayuBertukar-tukar pasanganSenarai kuantiti fizikS-Adenosil metioninaKejuruteraan awamJuvana (drama)Pasir GudangTeknologiJasmine Suraya ChinOmanPemboleh ubahHemoroidKerajaan Bani AbbasiyahNegeri-negeri Melayu BersekutuUqasha SenroseInsya-AllahSingapuraLailatulqadarOrang India MalaysiaKhawarijTunku Aminah Maimunah IskandariahMisteri Wan PeahJohor Bahru🡆 More