Yusof Hashim: Artis

Mohd Yusof bin Hashim (dilahirkan pada 8 Julai 1993) atau lebih dikenali sebagai Ucop ialah pelakon, penyanyi, penari, dan personaliti media sosial yang berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia.

Beliau dikenali menerusi video Dubsmash dan watak kembar Farhan & Fahrin dalam Drama Telemovie Dua yang bersiaran di Astro Ria. Beliau juga merupakan pemenang Top Lifestyle Influencer dan Breakout Influencer of the year di Anugerah Influence Asia 2015 dan finalis pencalonan Selebriti Media Sosial Pilihan Online 2016.

Yusof Hashim
Yusof Hashim: Kerjaya, Filemografi, Anugerah dan pencapaian
Yusof at KL Fashion Week 2018
Kelahiran
Mohd Yusof bin Hashim

(1993-07-08) 8 Julai 1993 (umur 30)
WarganegaraMalaysia
Nama lainUcop
PekerjaanPelakon, penyanyi, penari
Tahun aktif2015–kini
Ketinggian183 cm (6 ka 0 in)

Kerjaya

Yusof mula menempah nama dalam bidang seni tari secara komersial seawal 17 tahun dengan penglibatan awal menerusi teater muzikal Gamat pada tahun 2019 di Istana budaya, dengan watak sulung beliau sebagai Bintang, Yusof mengambil peluang ini sebagai batu loncatan dalam memulakan penglibatan beliau di pentas yang berprestij. Berikut ialah penglibatan beliau sebagai penari dan ensemble.

Teater muzikal

Tahun Persembahan Watak
2010 Gamat The Musical Bintang
2011 Kita The Musical Ensemble
2012 Tun Hasmah The Musical Ensemble
2012 Cuci The Musical Ensemble
2013 Supermokh The Musical Ensemble
2015 Teater Baik Punya Cilok Ensemble
2015 P. Ramlee The Musical Tour Ensemble
2018 Dendam Laksamana Penglipur Lara


Pada Jun 2015, nama Ucop mula disebut-sebut di laman sosial apabila beliau menemui aplikasi Dubsmash dan memuat turun video pertama beliau yang mengandungi suara penyanyi terkenal Lady Gaga dan Beyonce dengan penampilan,solekan yang dihasilkan sendiri bersama rakannya. Idea menghasilkan video ini tercetus apabila Yusof sedang touch up dan menukar baju sementara bersedia untuk ke babak yang seterusnya dalam Teater Baik Punya Cilok pada pertengahan tahun 2015. Tidak hairan bagi rakan-rakan penari yang lain jika Yusof yang sering menghasilkan video parodi yang kebiasaannya dilakukan sebelum pementasan teater berlangsung dan sikap Yusof yang suka menghiburkan rakan-rakan dengan mengimitasi watak selebriti ini menjadikan Yusof sebagai Lady Gaga Malaysia di kalangan rakan-rakannya sejak sebelum kewujudan aplikasi Dubsmash lagi. Nama Yusof melonjak naik di laman media sosial dengan jumlah pengikut di Instagram yang naik secara mendadak lebih daripada 300 000 pengikut dalam masa kurang 6 bulan. Menyedari akan kewujudan pengikut yang merangkumi Malaysia, Singapura dan Indonesia, Yusof Mula memperkenalkan watak-watak fiksyen dengan jalan cerita yang direka sendiri oleh beliau seperti Thilagesh, Siska, Rowena dan Gaga yang kini menjadi kegilaan pengikutnya untuk dijadikan sebagai satu medium hiburan seterusnya mencabar dirinya dalam menghasilkan karya dalam lakonan.

Lakonan

Pengalaman beliau dalam muzikal teater secara tidak langsung memupuk bakat anak muda ini dalam bidang lakonan sejak berusia 17 tahun lagi. Lantaran pembawakan watak yang bervariasi dalam laman Instagram yang pernah menjadi fenomena, Yusof diberi kepercayaan oleh salah seorang pengarah tempatan Ghaz Abu Bakar menerusi Super-Telemovie karya 12 Lampu Merah yang digandingkan oleh pelakon wanita popular Nora Danish pada awal tahun 2016.

Filemografi

Filem

Year Title Role Notes
2018 Gol & Gincu Vol. 2 Kameo Filem pertama
2019 Bikin Filem Nana

Drama

Tahun

Tajuk

Watak Saluran TV Catatan
2016 Impian Lulu Daus Drama pertama
2019 7 Netizen Astro Ria
2020 Kebaya Kasut Kanvas Kaidan TV3
2021 Diva Popular Shawn Awesome TV
2021 Covid Oh Covid Adam TV3
2023 Projek: High Council Amirr Astro Ria
Lecturerku Oppa Sir Adam iQIYI
Anak Ex-Stray Buyong TV3

Telemovie

Year Title Role TV channel
2015 Mama Zoomba Ucop Astro Ria
2015 Dua Farhan & Fahrin
2016 Dorm Paan
2016 Lampu Merah Paan Astro Citra
2018 Arafah Remy TV3

Anugerah dan pencapaian

Tahun Kategori Keputusan
2015 Top Lifestyle Influencer Menang
2015 Breakout Influencer Of The Year Menang
2017 Top Lifestyle Influencer Tercalon
2019 Malaysia Youtube Ad Awards Menang

Rujukan

https://thealist.my/tiktok-influencer-malaysia/

Pautan luar

Tags:

Yusof Hashim KerjayaYusof Hashim FilemografiYusof Hashim Anugerah dan pencapaianYusof Hashim RujukanYusof Hashim Pautan luarYusof HashimAstro RiaDubsmashKuala LumpurMalaysiaPelakonPenariPenyanyi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Bandar TaipingNajis dalam IslamTalbis IblisPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaInsya-AllahJabatan Akauntan NegaraRevolusi PerindustrianJulia RaisTerengganuKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaJoe FlizzowLiza AbdullahFrekuensi radio di TerengganuRosyam NorSijil Tinggi Agama MalaysiaBruneiKhadijah binti KhuwailidSolatKetumMalang Si PuteriMawar RashidSenarai raja-raja MelayuAcryl Sani Abdullah SaniKuala KangsarSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaSurah al-FatihahPerjanjian PangkorSiti NurhalizaBharathanatayamBaju tradisional MelayuAli bin Abi TalibSejarah SingapuraAbby AbadiDarjah kebesaran MelayuOrang BanjarSyahadahAliff AzizIpohHari Raya AidiladhaMalayan UnionMimi LanaBaba dan NyonyaSejarah bahasa MelayuKerajaan Bani UmaiyahHannah DelishaSaleemSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahSistem pembiakan manusiaSenarai negara mengikut sistem kerajaanErma FatimaAl Nassr FCMahligai PermataPetaling JayaProton WiraSultan Muhammad VQarinNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaJohor Darul Ta'zim F.C.Sifat-sifat AllahSolat hajatBukit TaburYassin YahyaMenara Berkembar PetronasDubaiMia KhalifaShah RezzaJohor BahruGunung JeraiBajauGerak KhasWilayah PersekutuanDaerah di SabahYunizar HusseinInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSenarai saluran AstroSenario (kumpulan muzik)KL Special ForceNabi Muhammad SAWKoteka🡆 More