Yusni binti Jaafar Siddik (1945 – 1 April 2008) merupakan pelakon wanita di Malaysia yang popular dengan watak komedi melalui filem-filem era 1980an.
Yusni Jaafar yang dilahirkan di Tumpat, Kelantan, pertama kali muncul dalam filem Panglima Badol pada 1979. Beliau juga merupakan adik kepada seniwati Kasma Booty.
Yusni Jaafar | |
---|---|
Kelahiran | Yusni Binti Jaafar Siddik 1945 |
Meninggal dunia | 1 April 2008 (berumur 62–63) |
Dikebumikan | Tanah Perkuburan Islam USJ, Selangor |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1961–2008 |
Pasangan | Raja Ibrahim Raja Mansor |
Anak-anak | 5 (Raja Iskandar, Raja Ema, Raja Izat, Raja Emey dan Raja Irna) |
Ibu bapa |
|
Saudara |
|
Keluarga |
|
Anugerah | Pesta Filem Malaysia ke-8 - Pelakon Wanita Komedi Terbaik 1989 |
Yusni lahir dalam sebuah keluarga yang sememangnya berdarah seni. Orang tuanya asal dari Medan, Indonesia merupakan pelakon teater tradisional bangsawan sewaktu mereka merantau ke negara ini. Sebagai pemain bangsawan, ibu bapanya merantau ke serata Malaysia dan Singapura. Ketika mereka bersama kumpulan bangsawan ini membuat persembahan di Tumpat, Kelantan itulah Yusni telah dilahirkan. Diceritakan juga Yusni menerima pelajaran tidak formal ketika bergerak bersama-sama kumpulan bangsawan bapanya. Antara guru beliau ialah Aziz M. Osman yang mengajarnya bahasa Inggeris.
Yusni juga seorang anak seni yang dilihat mempunyai kebolehan dalam bidang nyanyian dan pernah menyanyi secara trio Suria Booty, Purnama Booty dan Kesuma Booty di Hotel Park Royal. Muzik yang dimainkan adalah bernuansa jazz.
Namun setelah mendapat undangan daripada A. R. Badul untuk muncul dalam program lawak jenaka di kaca TV, penerima Pingat Pangkuan Negara (PPN) pada 1985 daripada Sultan Pahang itu mula menunjukkan bakatnya sebagai pelawak.
Antara pencapaian Yusni Jaafar sepanjang bergelar anak seni ialah memenangi Pelakon Wanita Komedi Terbaik pada Pesta Filem Malaysia ke-8 pada 1989.
Beliau telah berkahwin dengan Raja Ibrahim Raja Mansor dan dikurniakan 5 orang anak iaitu Raja Iskandar, Raja Ema, Raja Izat, Raja Emy dan Raja Irna. Raja Ema adalah anak beliau yang mengikut jejak beliau sebagai seorang pelakon dan penyanyi yang popular pada akhir 80-an dan awal 90-an.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1961 | Keris Sempena Riau | Ektra | Filem pertama |
1963 | Tangkap Basah | ||
1979 | Panglima Badol | Keembong | |
1980 | Tuan Besar | Tukang Cuci | |
1981 | Setinggan | Puteh | |
1982 | Sikit Punya Gila | Kak Yusni | |
1984 | Azura | Mak Long | |
1986 | Balik Kampung | ||
Hantu Siang | |||
Gila-Gila Remaja | |||
1987 | Pernikahan Berdarah | Filem usahasama Malaysia-Indonesia | |
Keluarga 99 | |||
1988 | Jodoh Boleh Diatur | Polis trafik | Filem usahasama Malaysia-Indonesia |
Guru Badul | Kak Limah | ||
Dendang Remaja | |||
1989 | Antara Dua Hati | Mak Mah | |
1990 | Driving School | ||
Pening-Pening Lalat | |||
1992 | Penghujung Malam | Kesuma | |
1999 | Senario The Movie | Pengunjung funfair | |
2002 | Soalnya Siapa? | Ibu Johari | |
2003 | Laila Isabella | Mak Long | |
2005 | Tak Ori Tapi Ok | Datin Kalsom | |
2008 | Cuci | Ibu Kalsum Farah | |
Los dan Faun | Kak Rokiah | Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1980 | Santan Berlada | TV1 | |
1990 | Jenakarama | ||
1995–1996 | Sambal | Mak Yam | TV3 |
1998 | Cinderella | Kak Munah | |
2007 | Iris | ||
2008 | Impak Maksima the Series | Nenek Hanim |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1995 | Lontong | Mak Temah | TV3 |
2002 | Momok 2 | Nek Pah | VCD |
2003 | Aisah Lima Puluh Sen | Ibu Aisah | Astro Ria |
Kondo Madu | Kris Dovonto | TV2 | |
2004 | Tanah Kubur | Mak Som | Astro Ria |
2005 | Bahulu Hangus | ||
2007 | Wali | Nenek | |
Selimut Putih | Mak Non | TV3 |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
1988 | Mekar Sejambak: Sudirman & Atai | Artis undangan | TV1 |
Yusni Jaafar telah menghembuskan nafas terakhir pada 2.30 pagi, 1 April 2008 di Hospital Selayang, Selangor, akibat kegagalan hati pada usia 63 tahun. Lakonan terakhir beliau ialah dalam filem Los dan Faun pada tahun 2008. Beliau telah berlakon dalam kira-kira 20 filem tempatan.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Yusni Jaafar, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.