Yitzhak Rabin

Yitzhak Rabin (bahasa Ibrani: יִצְחָק רַבִּין‎, lahir 1 Mac 1922, mati 4 November 1995) merupakan Perdana Menteri Israel dari 1974 hingga 1977 dan dari 1992 hinggalah pembunuhannya pada 1995.

Rabin telah memenangi Hadiah Nobel untuk Keamanan bersama-sama dengan Shimon Peres dan Yasser Arafat pada tahun 1994 atas usaha mereka ketiga dalam menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Beliau merupakan Perdana Menteri Israel pertama yang dilahirkan di tanah Israel.

יִצְחָק רַבִּין‎
Yitzhak Rabin
Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel ke-5
Dalam jawatan
3 Jun 1974
13 Julai 1992 – 22 April 1977
4 November 1995
Didahului olehGolda Meir
Yitzhak Shamir
Butiran peribadi
Lahir1 Mac 1922
Baitulmaqdis, Mandat Palestin British (Mandat Liga Bangsa)
Meninggal dunia4 November 1995 (umur 73)
Tel Aviv, Israel
Sebab kematianDibunuh
Parti politikParti Penyekutuan (Alignment), Parti Buruh (Labour)
PasanganLea Schlossberg

Rabin dibunuh pada 4 November 1995 oleh seorang radikal berhaluan kanan bernama Yigal Amir yang menentang usaha beliau dalam proses pengamanan, dan pemeteraian Perjanjian Oslo dengan pihak Palestin.

Biografi

Yitzhak Rabin dilahirkan pada 1922 di Baitulmaqdis. Bapanya, Nehemiah dilahirkan di Ukraine manakala ibunya, Rosa berasal dari Belarus. Rabin dibesarkan di Tel Aviv dan lulus dari Sekolah Menengah Pertanian Kadoori pada 1940. Beliau tidak pernah mendapat ijazah.

Rabin mengahwini Lea Schlossberg pada 1948 dan dikurniakan dua anak, Dahlia dan Yuval.

Ketenteraan

Rabin menyertai Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dan terlibat dalam Perang Arab-Israel 1948. Pada 1964 beliau dilantik menjadi Ketua Kakitangan IDF. Di bawah pimpinannya, Israel berjaya menewaskan Mesir, Syria dan Jordan dalam Perang Enam Hari 1967.

Politik

Selepas persaraannya dari IDF pada 1968, Rabin dilantik menjadi Duta ke Amerika Syarikat. Beliau menyertai bidang politik dan dipilih ke Knesset (parlimen Israel) pada 1973 dan menyertai Kabinet sebagai Menteri Pertahanan.

Pada 2 Jun 1974, Rabin menggantikan Golda Meir sebagai ketua parti Penyekutuan (Alignment) dan Perdana Menteri Israel. Namun, beliau terpaksa meletak jawatan berikutan dua skandal yang membabitkannya. Pertama, empat pesawat F-15 dihantar ke Israel pada hari Shabbat (hari rehat orang Yahudi); dan kedua, isterinya ditangkap menyimpan akaun Dolar AS. Pada masa itu, undang-undang Israel mengharamkan penyimpanan akaun mata wang asing.

Selepas peletakan jawatannya, Rabin menjadi pihak barisan pembangkang. Beliau menjadi Menteri Pertahanan di bawah kerajaan perpaduan pada 1984 hingga 1990. Pada 1992, Rabin dipilih sebagai pengerusi Parti Buruh (yang lahir daripada Parti Penyekutuan). Pada tahun yang sama, partinya berjaya memenangi pilihan raya umum dan Rabin menjadi Perdana Menteri Israel pada kali kedua.

Proses Keamanan

Rabin merupakan antara pihak utama yang menggerakkan perundingan keamanan dengan pihak Palestin, khususnya Yasser Arafat. Pada 1993 Rabin dan Arafat telah berbalas surat mengiiktiraf Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Israel masing-masing. Perjanjian Oslo antara kerajaan Israel dengan PLO telah menyerahkan kuasa sementara kepada Pihak Berkuasa Palestin di Gaza dan Tebing Barat, sementara status Palestin akan ditentukan pada masa hadapan.

Rabin, Arafat dan Shimon Peres telah dianugrahkan Hadiah Nobel untuk Keamanan pada 1994 atas usaha mereka dalam proses keamanan ini.

Pembunuhan

Pada 4 November 1995, Rabin telah dibunuh akibat ditembak tiga kali semasa menghadiri himpunan sokongan Perjanjian Oslo di Tel Aviv. Pembunuhnya, Yigal Amir merupakan seorang berfahaman radikal Yahudi yang menentang Perjanjian Oslo. Rabin mati 40 minit selepas penyerangan itu akibat kehilangan darah dan tebuk paru-paru. Pengebumian beliau dihadiri oleh pemimpin-pemimpin dunia, termasuk Presiden Amerika Syarikat, Bill Clinton, Presiden Mesir, Hosni Mubarak dan Raja Jordan, Raja Hussein.

Lihat juga

Pautan luar

Tags:

Yitzhak Rabin BiografiYitzhak Rabin Lihat jugaYitzhak Rabin Pautan luarYitzhak Rabin1 Mac1922197419771992199419954 NovemberBahasa IbraniHadiah NobelIsraelPalestinPerdana MenteriShimon PeresYasser Arafat

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Khulafa al-RasyidinPerodua KelisaPilihan raya umum Malaysia 2022Senarai model kereta ProtonMat KilauJam 12 jamJawatankuasa Hubungan Antara KaumKitar semulaSultan Muhammad VAbang Long FadilEmiriah Arab BersatuUsia BumiSenarai saluran AstroUpin & IpinPiala FA InggerisSenarai gunung berapi di IndonesiaAlam sekitarAbang AdikLautan DuniaBurung Murai BatuMajapahitInstagramMegat SharizalHannah DelishaPiagam MadinahAtomHari Raya AidiladhaRaghad Waleed AlkurdiAyu RaudhahZUS CoffeeSiksa Neraka1Masjid al-AqsaPolis EVO 2Ayob Khan Mydin PitchayUthman bin AffanImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Gas rumah hijauAl-Masih ad-DajjalPenebangan hutanTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahNasionalismeSenarai peribahasa (A–M)Tunku Ismail ibni Sultan IbrahimHidroterapiTok JanggutEmpayar UthmaniyahJadual berkalaErra FaziraKetumYang di-Pertuan AgongSarah SuhairiHutan hujan tropikaTalasemiaKhawarijParti Islam Se-MalaysiaHari WesakKuala Kubu BharuRicheese FactoryFrekuensi radio di JohorIntegritiSiti Khadijah HalimKamal Affandi HashimNombor perdanaBendera PalestinRosyam NorInna lillahi wa inna ilaihi raji'unNungsari Ahmad RadhiPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Konfrontasi Indonesia–MalaysiaKesultanan Melayu MelakaGolongan kata (bahasa Melayu)Darjah kebesaran MelayuTanda-tanda KiamatJ RevolusiImam MahdiPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalHutan hujan pergunungan Semenanjung Malaysia🡆 More