Yamani Abdillah

Osama Yamani bin Dato' Jamal Ubaidillah, merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia dan anak kepada penyanyi Dato' Jamal Abdillah.

Pada tahun 2020, beliau merupakan salah seorang peserta Big Stage musim ketiga.

Yamani Abdillah
Nama lahirOsama Yamani bin Jamal Ubaidillah
Juga dikenali sebagai
Osama Yamani
Kelahiran (2001-11-23) 23 November 2001 (umur 22)
Ipoh, Perak, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal, gitar
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakaman
MVM Production
Pengkarya berkait
Dato' Jamal Abdillah

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan pada 23 November 2001 dan berasal dari Ipoh, Perak. Yamani ialah anak sulung kepada penyanyi Jamal Abdillah dari perkahwinan kedua Jamal bersama bekas isteri, Noraina Mohd Yusof. Adik-beradik beliau yang lain termasuk Zaki Yamani. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Seni KL di Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor, seterusnya melanjutkan pelajaran dalam jurusan pengkhususan gitar moden di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Kerjaya

Yamani Abdillah mula menunjukkan minat terhadap muzik selepas sering mengikuti bapanya menjayakan persembahan muzik, biarpun pada mulanya tidak disukai oleh Jamal yang mahu anaknya menjadi peguam. Beliau pernah menjayakan beberapa konsert berskala besar seperti Konsert Duo Lagenda di Istana Budaya. Beliau mengikat kontrak rakaman bersama MVM Production dan seterusnya muncul bersama single "Bunga Seroja", kemudian diikuti oleh lagu raya, "Hari Raya Menjadi Saksi" menampilkan bapanya.

Big Stage Musim 3

Yamani merupakan salah seorang daripada peserta Big Stage musim ketiga di Astro Ria, namun tersingkir di konsert minggu keempat. Berikut ialah senarai persembahan beliau di Big Stage:

Persembahan
Minggu Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Starter Pack "Usang" Rahim Maarof SELAMAT
Minggu 2 Hype Beat “Paku" Ara Johari SELAMAT
Minggu 3 Duominasi "Isabella" (duet bersama Syafiq Farhain) Search SELAMAT
Minggu 4 Baby Bash "Mimpi Laila" Yasin Sulaiman TERSINGKIR

Diskografi

Tahun Tajuk Catatan
2020
"Bunga Seroja"
"Hari Raya Menjadi Saksi"
Duet bersama Jamal Abdillah
"Takut Kehilangan"
2022
"Balasan Janji Palsumu"

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Cheritera Badrul TV9 Drama pertama

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Yamani Abdillah Kehidupan peribadiYamani Abdillah KerjayaYamani Abdillah DiskografiYamani Abdillah FilemografiYamani Abdillah RujukanYamani Abdillah Pautan luarYamani AbdillahBig StageBig Stage (musim 3)Datuk (gelaran)Jamal AbdillahMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Dendam AuroraBaba dan NyonyaAznah HamidSultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan BadlishahJohari Abdul GhaniKuala KangsarHukuman mati di MalaysiaTunSlot TiaraUndang-undangIkan KetutuAaron AzizAra (pokok)Sosilawati LawiyaAisyah Abu BakarMenara Berkembar PetronasAzhar IdrusGunung JeraiFadhlina SidekAstro RiaNida PatcharawirapongFadhli MasootKementerian Pendidikan Malaysia6 JahanamIbanKi Hadjar DewantaraMalayan UnionHisteria The SeriesSultan SelangorRodzane bin Haji MohamedDidi AstillahJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaSafura YaacobZarina AnjoulieAbdul Taib MahmudSenarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukFilemografi P. RamleeGerak KhasPenjara di MalaysiaSlot SamarindaPerkahwinan menurut IslamWan Saiful Wan JanParameswaraXPDCBatu Bersurat TerengganuMajlis Amanah RakyatHamzah ZainudinAhmad MahmudAsh & AishPenjodoh bilangan bahasa MelayuPerang UhudNombor genap dan ganjilM4M4Senarai peribahasa (A–M)RamadanAlor SetarKelapa sawitArni NaziraLiza HanimHawa RizwanaBara (filem)Amyra RosliFizz FairuzMuhammad bin Idris al-SyafiiPulau (filem)Kesultanan DemakTentera Laut Diraja MalaysiaElly MazleinShahz JaszleLaman UtamaBisulWawa ZainalZiana ZainBarisan NasionalPuteri AishahSenarai ibu negara7 Hari Mencintaiku (musim 1)Senarai bank di Malaysia🡆 More