Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Manual gaya penulisan (MGP) |
---|
|
Rencana tunas merupakan rencana-rencana Wikipedia yang masih belum menerima perhatian yang cukup banyak daripada penyunting-penyunting, dan oleh itu, tidak mengandungi maklumat yang mencukupi untuk dianggap sebagai rencana yang benar. Dengan kata yang lain, rencana-rencana ini merupakan maklumat yang pendek atau tidak cukup, dan memerlukan penambahan-penambahan untuk meningkatkan kebergunaan Wiki Bahasa Melayu. Komuniti Wikipedia menghargai rencana tunas sebagai langkah-langkah pertama yang berguna untuk mencapai rencana-rencana yang lengkap. Sesiapa pun boleh melengkapi rencana-rencana tunas itu.
Matlamat untuk rencana ini adalah untuk menyediakan suatu panduan am untuk mengendalikan rencana-rencana tunas. Para pengguna disyorkan membaca bahagian Maklumat Penting yang terdiri daripada separuh rencana ini. Bahagian Maklumat Tambahan mengandungi data yang mungkin menarik minat hanya pengguna-pengguna yang lebih mahir, dan oleh itu, tidak wajib.
Sebuah rencana tunas ialah sebuah rencana yang terlalu pendek, tetapi tidak pendek sehingga tidak berguna. Secara amnya, rencana tunas harus mempunyai panjang yang cukup untuk mentakrifkan tajuk rencana, dan biasanya merupakan tiga sehingga sepuluh patah ayat yang pendek. Perhatikan bahawa rencana yang lebih panjang bagi topik yang rumit mungkin masih dianggap sebagai rencana tunas; sebaliknya, sebuah rencana pendek mengenai topik yang amat sempit ruang lingkupnya mungkin bukannya rencana tunas.
Cara yang lain untuk mentakrifkan sebuah rencana tunas ialah rencana itu tidak cukup lengkap sehingga seorang penyunting yang tidak mengetahui banyak atau langsung tidak tahu tentang topik itu boleh memperbaik kandungnya selepas carian Web yang pantas atau selepas beberapa minit di dalam perpustakaan. Sebuah rencana yang boleh diperbaik hanya oleh seorang penyunting yang berpengetahuan, atau selepas penyelidikan yang mendalam, tidak dipanggil sebagai rencana tunas.
Rencana-rencana panjang yang tidak mempunyai wikifikasi (format Wikipedia) atau salinan suntingan (iaitu pengemaskinian oleh penyunting lain) biasanya tidak dianggap sebagai rencana tunas. Kaedah yang biasa ialah untuk memasukkan teg pengemaskinian kepada rencana itu. Perhatikan bahawa rencana-rencana pendek yang tidak mempunyai banyak maklumat mungkin akan dicalonkan untuk penghapusan atau untuk penggabungan dengan rencana lain yang berkaitan. Wikipedia bukan sebuah kamus, tetapi mempunyai projek kembar, iaitu Wiktionary. Jika rencana anda terlalu pendek, pertimbangkanlah pengalihannya ke Wiktionary atau, lebih baik, tambahkanlah lebih banyak maklumat untuk rencana anda.
Selepas sebuah rencana tunas telah dikembangkan dengan betul dan menjadi rencana yang benar berbanding hanya sebuah rencana tunas, anda atau mana-mana satu penyunting boleh mengeluarkan teg rencana tunas daripada rencana itu. Tindakan penyelia atau keizinan rasmi tidak diperlukan.
Selepas menulis atau selepas mencapai rencana yang pendek, seseorang penyunting harus memasukkan apa yang dipanggil templat tunas yang memungkinkan rencana itu ditandai sebagai rencana tunas. Menurut kelaziman, templat rencana tunas itu harus diletakkan di bawah rencana. Oleh sebab pengenalpastian rencana tunas dipaparkan dalam halaman rencana sebelum butir-butir seperti kategori dan pautan antara bahasa Wiki, templat it ehek diletakkan pada akhir rencana, selepas bahagian Pautan luar (jika ada), dan sebelum kategori.
Templat rencana tunas terdiri daripada dua bahagian yang berbeza:
Keperluan untuk kategori-kategori rencana tunas tertimbul apabila kategori rencana tunas utama — {{tunas}}— menjadi begitu penuh sehingga tertimbulnya kesulitan untuk mencari rencana-rencana tentang sesuatu topik yang tertentu. Melalui kategori-kategori rencana tunas, seseorang penyunting, umpamanya seorang ahli biologi, boleh mencari rencana-rencana tunas melalui teg {{tunas-biologi}} dengan mudah untuk mengembangkan, mengeluarkan, atau mengubahsuaikan bahan-bahan dalam rencana.
Secara amnya, kelaziman penamaan untuk templat rencana tunas ialah tunas-topik; untuk senarai lengkap bagi templat-templat ini, rujuklah kepada Wikipedia:WikiProjek pengisihan rencana tunas/Jenis rencana tunas. Ketika menandai rencana-rencana sebagai rencana tunas, sila memastikan ketepatan dengan seberapa mungkin. Perbuatan ini akan menjimatkan masa penyunting-penyunting yang lain pada masa hadapan. Jika sebuah rencana bertindih dengan sebilangan kategori, lebih daripada satu templat boleh digunakan. Bagaimanapun, bubuhkanlah hanya templat-templat rencana tunas yang berkaitan rapat. Untuk kes-kes seperti biografi, kewarganegaraan tokoh itu juga harus ditunjukkan. Ini boleh mengambil bentuk templat tambahan, seperti {{tunas-bio-Mesir}}, atau sebagai perbaikan untuk templat yang lain, umpamanya {{tunas-artis-AS}}.
Kegiatan-kegiatan mengenai rencana tunas berpusat di Wikipedia:WikiProjek pengisihan rencana tunas (cara mudah WP:WSS). Projek itu harus merupakan rujukan anda yang utama mengenai perkara ini.
Sewaktu anda menulis sebuah rencana tunas, anda harus mengingati bahawa matlamat utamanya ialah untuk rencana itu diperkembangkan. Oleh itu, rencana tunas anda harus mengandungi maklumat yang mencukupi untuk menjadi dasar bagi penyunting-penyunting lain berbuat demikian. Penyelidikan awal anda boleh dibuat melalui buku-buku atau enjin-enjin carian, seperti Google, Yahoo!, Clusty atau MSN Search. Anda juga boleh menyumbang dengan ilmu yang anda telah memperoleh daripada sumber-sumber lain, tetapi adalah berguna jika anda membuat sedikit penyelidikan terlebih dahulu untuk memastikan bahawa versi fakta anda adalah betul dan dari sudut pandangan berkecuali.
Mulakanlah dengan memberikan takrif atau pemerihalan topik yang berkenaan. Elakkan kesilapan takrif. Oleh sebab pemberian takrif kekadang tidak mungkin, anda harus menulis sebuah pemerihalan yang bermaklumat mengenai topik itu. Umpamanya, nyatakanlah mengapa seorang tokoh adalah masyhur, di mana sesuatu lokasi ditempatkan dan apakah tempat itu amat dikenali, atau nyatakan perincian yang asas untuk sesuatu peristiwa dan bila peristiwa itu berlaku.
Kemudian, anda harus mencuba mengembangkan takrif asas itu. Kaedah penyelidikan anda yang disebut di atas akan memberikan anda maklumat yang mencukupi untuk mengemukakan perkara-perkara yang asas bagi topik itu. Sewaktu anda mempunyai beberapa ayat yang baik, anda harus mencipta pautan dalaman untuk perkataan yang penting supaya pengguna yang tidak biasa dengan selok-belok sebenar untuk topik itu dapat memahami apa yang anda menulis dalam rencana itu.
Elakkan penciptaan pautan yang tidak perlu; jika anda berasa ragu-ragu, anda harus menggunakan butang pratonton dan cuba membaca rencana anda dari sudut pandangan seseorang yang tidak pernah mempunyai pendedahan terhadap maklumat dalam rencana anda. Jika tidak terdapat perkataan yang susah difahami atau yang relevan, jangan ciptakan sebarang pautan.
Selepas anda telah menyerahkan rencana anda, beberapa tindakan boleh terjadi. Seorang penyunting yang minat mungkin akan mengembangkannya, ataupun anda sendiri boleh mengembangkannya apabila anda memperoleh lebih maklumat tentang topik itu atau sewaktu anda mempunyai lebih masa lapang.
Jika:
anda boleh mencadangkan penciptaan sebuah kategori rencana tunas yang baru. Jenis kategori rencana tunas yang baru akan diperdebatkan dalam Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana tunas/Cadangan. Sebelum anda mencadangkan kategori yang baru, pastikan bahawa anda telah mempertimbangkan enam garis panduan yang berikut:
Jika anda berpendapat bahawa anda berpuas hati dengan jawapan anda terhadap garis-garis panduan ini, cadangkanlah penciptaan kategori rencana tunas yang baru di Wikipedia: WikiProjek pengisihan tunas/Cadangan. Jika anda tidak mendapat sebarang bantahan dalam tempoh seminggu, anda boleh memulakan penciptaan kategori rencana tunas yang baru.
NOTA: Jangan mencipta kategori rencana tunas baru sebelum perbincangan dalam Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana tunas/Cadangan.
Jika cadangan anda telah dipersetujui, anda perlu mencipta sebuah templat untuk dipaparkan dalam rencana-rencana yang merupakan rencana tunas. Templat ini harus dinamai dengan nama berlogik, mengikut model yang berikut: Templat: tunas-topik. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada rencana ini.
Yang berikut ialah format asas untuk templat rencana tunas yang baru:
''Rencana [[A]]-berkait ialah sebuah [[Wikipedia:Rencana tunas|rencana tunas]]. Anda boleh membantu Wikipedia untuk {{plainlink|{{SERVER}}{{localurl:{{NAMESPACE}}:{{PAGENAME}}{{!}}action=edit}}|mengembangkannya}}''. [[Kategori:Rencana tunas B]] |
Anda mungkin hendak menampal kod ini ke dalam templat anda yang baru dan mengubahsuaikannya dengan teks yang sesuai. Gantikanlah huruf A dan B seperti berikut:
Anda juga boleh mengautomasikan kaedah penciptaan templat rencana tunas yang baru dengan menggunakan sintaks yang berikut:
{{subst:metatunas|rencana=A|kategori=B}} |
Ini akan menghasilkan sebuah pesanan yang menyatakan: "Rencana A-berkait ini ialah sebuah rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia untuk mengembangkannya" serta memasukkan rencana tunas ini ke dalam kategori yang dinamai "rencana tunas B", serupa dengan kaedah insani yang tertulis di atas.
Anda juga boleh memasukkan sebuah imej yang kecil ke dalam templat rencana tunas ("ikon rencana tunas") anda. Bagaimanapun, perbuatan ini tidak digalakkan kerana ia membebankan pelayan-pelayan Wiki Bahasa Melayu. Jika anda masih hendak menggunakan imej, gunakanlah penformatan seperti yang diberikan oleh {{MetaPictunas}} (dan jangan lupa menggunakan awalan subst:). Selain itu, imej harus berada dalam domain awam ataupun mempunyai lesen yang bebas. Polisi Wikipedia tidak membenarkan penggunaan imej kegunaan adil dalam mana-mana satu templat, termasuknya templat rencana tunas.
NOTA: Jangan mencipta kategori rencana tunas baru sebelum perbincangan dalam Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana tunas/Cadangan.
Kemudian, anda harus mencipta sebuah kategori untuk mengandungi rencana-rencana yang mempunyai teg rencana tunas yang baru. Jangan ciptakan kategori baru sebelum anda memasukkan templat baru ke dalam mana-mana satu rencana.
Untuk memulakan penyuntingan, anda harus mengikut pautan kategori yang merah dalam templat rencana tunas yang anda telah mencipta. Dalam kes ini, ia akan termuncul sebagai Kategori: Rencana tunas jalan raya. Yang berikut ialah format asas untuk kategori-kategori rencana tunas:
{{Kategori rencana tunas|rencana=[[A]] (satu atau lebih)|tunas-baru=B|kategori=C}} |
Sintaks ini membuat empat perkara:
Oleh itu, format untuk contoh tersebut akan kelihatan seperti yang berikut:
{{Kategori rencana tunas|rencana=[[Jalan raya]] atau [[Pengangkutan jalan raya]]|tunas-baru=Rencana tunas jalan raya|kategori=Pengangkutan jalan raya}} |
Adalah lebih elok jika anda memasukkan kategori anda ke dalam kategori rencana tunas yang lebih besar, jika ada. Bagaimanapun, tidak terdapatnya kategori yang lebih besar untuk Kategori: Rencana tunas jalan raya.
Untuk meningkatkan keberkesanan dan darjah penglihatan kategori, anda mungkin hendak memasukkan kategori anda ke dalam beberapa kategori. Misalnya, yang berikut akan memasukkan kategori anda ke dalam kategori jalan raya:
[[Kategori: Jalan raya]] |
Selepas anda tekag siap, adalah penting bahawa anda memastikan bahawa kedua-dua rencana tunas dan kategori rencana tunas yang baru itu dikaitkan dengan betul ke kategori-kategori yang lain. Umpamanya, untuk tunas-jalan, kategori tunas-jalan harus menjadi ahli Kategori: Kategori rencana tunas (kerana ia merupakan kategori rencana tunas) dan Kategori: Jalan raya (kerana ia merupakan kategori yang terdiri daripada jalan raya). Jika kategori anda yang baru itu dicipta daripada sebahagian kategori (atau kategori-kategori) rencana tunas, kesemuanya juga harus disenaraikan di sini (umpamanya, Kategori: Rencana tunas geografi Perancis harus merupakan sebahagian Kategori: Rencana tunas Perancis dan Kategori: Rencana tunas Eropah).
Pada ketika ini, anda perlu memasukkan kategori rencana tunas yang baru ke dalam senarai ini: Wikipedia: WikiProjek pengisihan rencana tunas/Jenis rencana tunas
Ketika kategori rencana tunas yang baru telah diluluskan oleh WP:WSS (yang biasanya perlu dibuat sebelum penciptaannya), masukkanlah templat {{WPSS-cat}} ke dalam halaman kategori anda untuk menjelaskan bahawa kategori itu telah menjalani proses penyemakan yang wajib dan telah diluluskan melalui sepersetujuan.
Jika anda mempunyai keraguan atau komen mengenai mana-mana satu bahagian proses ini, jangan teragak-agak untuk mengemukakannya di sini.
Rencana tunas ibarat anak-anak itik hodoh (bahasa Inggeris: "the ugly ducklings") dalam kolam Wiki Bahasa Melayu. Ramai orang mengejeknya, dan membuat komen buruk mengenai maklumat berkualiti rendah ini. Akan tetapi, anda perlu ingat, kehodohan anak-anak itik itu tidak semestinya berpanjangan hingga ia mencapai bentuk kematangannya, jangan disangka anak-anak itik hodoh yang sering ditertawakan kelak mampu membuatkan anda tersenyum sehingga tidak mengelipkan mata, melihat anak itik yang asalnya hodoh itu berubah menjadi angsa yang putih melepak dan berseri-seri. Adapun perbandingan lain adalah, seperti sebiji benih yang ditanam, disirami, dibajai, dinaungi, dipancari dan dibelai, lalu tumbuh dan berkembang hijau dan akhirnya menjadi sebuah pokok yang berbunga segar, mekar dan harum, lalu bunga itu subur menjadi lambakan buah yang isinya manis, harum dan berkhasiat. Begitulah hakikat sebenar rencana-rencana tunas yang terdapat di Wiki Bahasa Melayu. Setiap rencana di dalam Wikipedia pada permulaannya merupakan sebuah "tunas" -- walaupun laman Negara diambil dari Wikipedia Inggeris adalah "tunas" yang membentuk asas bagi penyunting yang biasa dengan tempat itu untuk menambahkan maklumat yang lebih lengkap dan mendalam.
Sesetengah penyumbang lama menganggap tunas mengganggu disebabkan ia menghalang tanda yang terdapat pada rencana kosong. Akan tetapi, walaupun banyak penghinaan yang dilimpahkan kepada tunas, banyak tunas yang telah berubah menjadi lebih baik.
Apabila mencipta atau menyunting rencana "tunas", penting untuk diingati nilai tunas adalah apa tunas akan jadi, dan ia mesti terus berkembang jika hendak ia terus dilawati dan disunting. Jangan anggap tambahan dan perkembangan akan berlaku dengan segera dan dengan sendirinya. Cara terbaik untuk menarik perhatian agar orang lain menyumbang adalah dengan menyuntingnya sendiri, walaupun sedikit kerana — suntingan anda akan muncul di laman Perubahan Terkini, di mana ramai wikipedian veteran gembira menyumbang, dan bersedia menyumbang di mana mereka diperlukan.
Anda tidak perlu melakukan penyelidikan terperinci untuk mencipta asas yang mana orang lain bersedia untuk menyumbang, tetapi anda perlu bertimbangrasa untuk meletakkan apa yang anda tahu, dan betulkan apa yang anda tahu sebagai kurang tepat (cuba elak mengatakan hasil kerja orang lain sebagai "salah"). Antara tradisi perumpamaan cadangan tentang kebijaksanaan Wiki, terdapat pendapat bahawa rencana tidak harus "sempurna" -- dengan kesalahan satu atau dua ejaan akan menarik pembaca untuk memperbetul rencana dan menanam minat untuk menyunting lagi. Ringkasan idea ini adalah tumpukan pada menulis rencana atau menyuntingnya - jangan cuba melakukan keduanya. Di sini terdapat beberapa garispanduan yang dicadangkan:
Adalah mungkin bahawa anda dapat mengikut garis-garis panduan ini tanpa memerlukan anda menulis sebuah karangan. Secara amnya bagi rencana tunas sempurna, dua patah ayat adalah mencukupi — asalkan kedua-dua ayat itu adalah ayat yang benar-benar baik. Dan jika anda tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi tentang topik itu untuk menulis dua patah ayat yang baik, janganlah menulis rencana tunas itu. Masa tambahan dan penumpuan yang diperlukan mungkin lebih baik digunakan untuk perkara lain, berbanding mencipta sebuah rencana statik yang menjadi objek untuk dipersendakan.
Diakui, panduan ini agak tidak berkait kerana walau apapun yang anda lakukan, seseorang akan memperbaiki rencana itu untuk anda. Itulah kelebihan wiki! Tetapi jika anda mahu menyumbang sesuatu yang positif, dan anda tidak mampu menulis keseluruhan rencana itu bersendirian, sekurang-kurangnya biarlah sumbangan anda merupakan jemputan jelas untuk turut serta.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Wiki:Rencana tunas, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.