soalan-Soalan Lazim

Berikut merupakan beberapa soalan (FAQ) umum mengenai Wikipedia

Apakah Wiki?

    Wiki ialah sebuah kumpulan laman sesawang (web) yang dapat diubah oleh semua orang setiap saat. Konsep dan perisian Wiki dicipta oleh Ward Cunningham. Anda dapat mengubah semua halaman yang ada di tapak sesawang (web) ini, bahkan halaman yang sedang anda baca sekarang (dengan cara mengklik "sunting" di bahagian atas halaman ini). Jika anda seorang pelawat dan ingin melihat dengan mata sendiri bagaimana cara kerja Wiki dan fungsinya, anda dipersilakan sebagai latihan menggunakan kotak pasir.

Apakah Wikipedia?

    Wiki ialah suatu projek untuk membangunkan sebuah ensiklopedia atas talian yang komprehensif dan lengkap.

Mengapa disebut Wikipedia?

Apakah tujuan Wikipedia?

    Tujuan Wiki adalah untuk mencipta sebuah ensiklopedia percuma yang terbesar di Dunia dalam Perlembagaan Malaysia dan terlengkap. Tujuan ini tidak mudah dicapai dan mungkin akan memakan masa bertahun-tahun lamanya. Untuk makluman, Wiki bahasa Melayu sendiri telah mencecah umur 12 tahun kini dan kami terus berkembang pesat!

Siapa yang memiliki Wikipedia?

    Wiki diuruskan oleh sebuah organisasi bukan bermotifkan keuntungan, Yayasan Wiki,Wiki yang turut sama menguruskan projek lain yang serupa, seperti Wiktionary dan Wikibooks, dan memiliki semua nama domainnya. Pada awalnya, laman ini diletakkan di pelayan, Inc, sebuah syarikat yang majoritinya dimiliki oleh. Kemudian dengan penubuhan Yayasan Wiki pada 20 Jun 1999, pemilikan semua nama domain dan peralatan teknikal telah diberikan kepada yayasan ini. Seterusnya tapak web ini dikendalikan oleh sekumpulan ahli Wikipedia menurut panduan yang telah diberikan oleh Jimmy Wales dan kemudian dipelbagaibahasakan.


    Semua rencana yang diletakkan di laman ini telah dibebaskan oleh penulisnya di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU (GFDL), jadi tiada bayaran boleh dikenakan ke atas mana-mana rencana, ia boleh diterbitkan semula di bawah lesen yang sama. Lihat hak cipta dan FAQ pembaca untuk maklumat bagaimana anda boleh menggunakan kandungan Wiki Bahasa Melayu.

Siapa yang bertanggungjawab atas isi Wikipedia?

    Ahli Wiki, atau anggota-anggota Wiki Bahasa Melayu. Wikipedia merupakan suatu projek kerjasama. Ribuan orang telah memberikan bantuan terhadap pelbagai aspek dalam projek ini, dan sesiapa pun dapat memberikan sumbangan, termasuklah anda. Apa yang anda perlukan cumalah pengetahuan bagaimana menyunting sesuatu halaman dan sedikit pengetahuan ensiklopedia yang ingin anda kongsi.
    Anda boleh mengetahui siapa yang bertanggungjawab atas versi terkini sesuatu laman dengan mengklik butang "sejarah". Dan jika terjumpa apa-apa kesilapan pada laman itu, beranikanlah diri dan betulkan kesilapan tersebut. Perbuatan ini ialah salah satu mekanisma asas pemeriksaan ketepatan kandungan ensiklopedia ini.
    Jika anda tidak pasti atau mendapati sesuatu ayat mengelirukan, timbulkan isu tersebut di laman perbincangannya. Orang lain akan datang membantu anda membetulkan fakta, susunan ayat atau penggunaan perkataan tersebut dengan segera. Berkolabrasilah dan sentiasa bersama-sama membincangkan kesahihan fakta dengan mengemukakan sumber rujukan yang utuh.

Bagaimana menghubungi projek ini?

    Disebabkan oleh projek ini merupakan satu projek kerjasama, tidak terdapat satu saluran tunggal. Namun, cuba lihat Hubungi kami untuk hal-hal Wikipedia bahasa Melayu dan Meta untuk Wikipedia secara umum. Jika anda ingin menghubungi pengguna tertentu, tinggalkanlah mesej anda di laman perbualannya. Atau jika anda mempunyai beberapa soalan-soalan mengenai rencana tertentu, boleh juga bertanya di laman perbincangan rencana tersebut.

Perlukah saya membuka akaun?

    Ahli Wikipedia yang mempunyai akaun mempunyai beberapa kelebihan:
    • Lebih senang dihubungi. Setiap pengguna berdaftar mempunyai laman perbualan sendiri.
    • Boleh mendapat reputasi baik. Jika berlaku pertikaian, anda lebih dipercayai untuk membantu menyelesaikannya jika anda mempunyai sejarah sumbangan rencana yang baik.
    • Berkebolehan menyunting beberapa halaman yang hanya dibuka untuk penyunting berdaftar sahaja.
    • Lebih bersendirian (privacy) dan kerahsiaan (anonymity). Jika anda log masuk, nombor IP anda tidak akan terpapar untuk dilihat oleh semua orang.
    • Penganugerahan "barnstar" kepada pengguna berdaftar yang terus komited dalam meningkatkan mutu kualiti Wiki Bahasa Melayu.
    • Sebagai pengguna berdaftar, anda layak mengemukakan permohonan atau calon kepada banyak aktiviti anjuran Yayasan Wiki misalnya permohonan "Steward Wikimedia", permohonan biasiswa penuh ke Persidangan Wiki (sebuah persidangan berkaitan projek-projek Yayasan Wiki termasuk Wikipedia bertaraf dunia) dan banyak lagi.
    • Lebih banyak kelebihan lain pada masa akan datang sebagai pengguna berdaftar.
    Lihat juga kenapa buka akaun?

Bagaimana anda tahu maklumat itu betul?

    Kerana sesiapa pun boleh menyunting sesuatu rencana, tidaklah mustahil untuk sesuatu rencana mengandungi maklumat yang berat sebelah, lapuk atau kurang tepat. Namun oleh kerana ada ramai orang yang membaca rencana-rencana tersebut dan memantau perubahan terkini, rencana berkenaan selalunya akan dibetulkan segera. Maka secara keseluruhannya ketepatan ensiklopedia ini sentiasa meningkat dengan bertambahnya penyumbang. Anda digalakkan membantu membetulkan sebarang kesilapan dan juga boleh menambahkan pengetahuan anda.
    Lihat juga jawapan kepada bantahan biasa untuk maklumat lanjut.

Betapa besarkah Wikipedia

Mengapa Wikipedia versi bahasa Melayu dinamakan Wikipedia bahasa Melayu bukannya Wikipedia bahasa Malaysia?

    Wiki bahasa Melayu, dikira sebagai tajuk versi bahasa yang terbaik untuk digunakan oleh Wikipedia ini, Wikipedia bahasa Melayu menggunakan Bahasa Melayu Piawai iaitu Bahasa Melayu Riau, Indonesia, seperti yang dipersetujui oleh Indonesia,Malaysia, dan Brunei. Bahasa Melayu Riau dianggap tempat kelahiran bahasa Melayu. Bahasa Melayu piawai ini juga wajib mengikut saranan dan ketepatan yang ditentukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
    Wiki bahasa Indonesia pula merupakan versi lain dalam projek Wiki Bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Indonesia sebenarnya adalah untuk menentukan entiti bahasa sejagat, ini berlaku berikutan pelbagai bahasa pertuturan dalam wilayah-wilayah kecil di sekitar kepulauan Indonesia itu adalah amat berbeza dari segi penggunaan tatabahasanya, kosa katanya, maksudnya, dan lain-lain. Oleh demikian adalah baik untuk merapatkan jurang-jurang kelainan bahasa-bahasa etnik dalam kepulauan tersebut memandangkan etnik-etnik peribumi di Indonesia berasal daripada satu rumpun. Walau bagaimanapun, penciptaan bahasa-bahasa etnik dalam kepulauan Indonesia itu juga turut dibenarkan di Wikipedia seperti berlakunya penciptaan Wiki bahasa Sunda, Wiki bahasa Jawa, Wiki bahasa Banyumasan dan lain-lain.
    Berikutan itu, Wikipedia bahasa Malaysia mungkin tidak praktikal untuk dinamai kerana, pertama, hak penggunaan bahasa Melayu tidak terhad untuk bangsa Malaysia sahaja, ia boleh digunakan di Brunei mahupun di Singapura sekali pun. Hal ini juga bagi mengelakkan sesuatu negara itu cuba menyalahgunakan nikmat bahasa, untuk kepentingan sendiri atau menggunakan keistimewaan bahasa secara berat sebelah. Kedua, rata-rata bahasa Melayu yang digunakan di Malaysia adalah sama dari segi tatabahasa, kosa kata, makna dan lain-lain dengan bahasa pertuturan masyarakat di negeri-negeri yang Melayu yang lain, walaupun dialek agak berbeza namun penulisannya hampir serupa. Oleh itu, tidak praktikal juga untuk mewujudkan "Wikipedia bahasa Melayu Kelantan" atau "Wikipedia bahasa Melayu Jambi" misalnya atas sebab geografi. Namun begitu atas sebab demografi, boleh juga diwujudkan misalnya "Wiki bahasa Dusun" (ujian di Wiki Incubator sedang dijalankan, anda dijemput membantu mengembangkannya). Bahasa Kadazan-Dusun memang diakui mempunyai dialek dan gaya penulisan, tatabahasa, ayat dan makna yang jauh berbeza daripada bahasa Melayu piawai.
    Maka, pengguna juga perlu perlu tahu, bahawa adalah elok bagi pihak Wikipedia mengekalkan kesinambungan pelbagai dielek dalam rumpun Melayu kepada satu jenis bahasa perpaduan yang dikenali sebagai bahasa Melayu. Dengan ini, ia dapat merancakkan proses mengayakan istilah bahasa Melayu itu tanpa dicemari dengan unsur luar bukan daripada rumpun bahasa Melayu itu sendiri.


Rencana ini merupakan sebahagian daripada FAQ Wiki
Halaman FAQ...

Umum - Pembaca - Sekolah - Menyumbang - Menyunting - Pentadbiran - Berbual - Teknikal - Masalah - Hakcipta - Lain-lain

Lihat juga...

Halaman bantuan

Tags:

soalan-Soalan Lazim Apakah Wiki?soalan-Soalan Lazim Apakah Wikipedia?soalan-Soalan Lazim Mengapa disebut Wikipedia?soalan-Soalan Lazim Apakah tujuan Wikipedia?soalan-Soalan Lazim Siapa yang memiliki Wikipedia?soalan-Soalan Lazim Siapa yang bertanggungjawab atas isi Wikipedia?soalan-Soalan Lazim Bagaimana menghubungi projek ini?soalan-Soalan Lazim Perlukah saya membuka akaun?soalan-Soalan Lazim Bagaimana anda tahu maklumat itu betul?soalan-Soalan Lazim Betapa besarkah Wikipediasoalan-Soalan Lazim Mengapa Wikipedia versi bahasa Melayu dinamakan Wikipedia bahasa Melayu bukannya Wikipedia bahasa Malaysia?soalan-Soalan Lazim

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Tersuka Tanpa SengajaBeto KusyairyHalim RadziKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaAbdul Razak HusseinAkut (perubatan)Kolej Islam Sultan Alam ShahLaila NasirApendiksPemboleh ubahPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Persatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaAlif SatarPerang UhudGenting HighlandsSM Faliq SM NasimuddinSlot AkasiaFilem Malaysia tahun 2024Kata hubung (bahasa Melayu)Universiti Utara MalaysiaSolozAlam sekitarSenarai pelakon lelaki MalaysiaSumber primerRindu Kasih 2Senarai Surah Al-QuranSalasilah keturunan Nabi MuhammadAzhar SulaimanKata kerja tak transitifPerkahwinan menurut IslamProton SagaPeraturan bola jaringKota BharuOne Cent ThiefNaim DanielA FamosaProton Holdings BerhadFarali KhanKecerdasan buatanMakkahAina AbdulTentang Hati DiaPulau (filem)Noor AzizahPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaWudukMimi ErnidaFacebookAisyah Abu BakarRinggitKuchingKaum-kaum di MalaysiaTulang rangkaKhulafa al-RasyidinOrang Melayu MalaysiaSiti SalehaDe FamPemancutan maniMelayuAbu Bakar as-SiddiqMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPuteri KhareezaSenarai saluran AstroChinaPasukan Gerakan AmPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaBola tamparProton WajaNabi Sulaiman a.s.Frekuensi radio di PerakMelitha SidabutarLembah BujangRadius OneNasi tangasAzira ShafinazMimi LanaRazarudin Husain🡆 More