Laman ini mendokumenkan garis panduan Wikipedia Bahasa Melayu. Ia merupakan piawai yang umumnya dipersetujui dan hendaklah diikuti oleh para penyunting, namun gunakan akal budi dan mungkin terdapat pengecualian. Perubahan yang dibuat terhadapnya hendaklah menunjukkan sepersetujuan; apabila ragu, bincangkan idea anda di laman perbincangan. |
Manual gaya penulisan (MGP) |
---|
|
Setiap petikan atau maklumat yang mungkin dipersoalkan perlu mempunyai sumber petikan. Sekiranya dipersoalkan, dan tiada sumber dapat diberikan, maklumat tersebut boleh dikeluarkan dari rencana.
Petikan sumber memenuhi beberapa matlamat:
Artikel-artikel Wikipedia tidak harus menggunakan artikel-artikel Wiki lain sebagai sumber. Pautan wiki bukan ganti bagi sumber.
Jika anda menambah sebarang maklumat kepada satu artikel, terutama jika ianya mempunyai niat atau ianya nampak seperti boleh dipertikaikan, anda seharusnya memberikan satu petikan sumber. Jika anda tidak tahu bagaimana hendak memformat suatu petikan, orang lain akan membetulkannya untuk anda. Hanya berikan sebarang maklumat mengenai sumber berkenaan.
Secara umumnya, walaupun anda sedang menulis daripada ingatan anda, anda seharusnya mencari secara aktif sebarang rujukan berautoriti kepada petikan berkenaan. Sekiranya anda sedang menulis daripada pengetahuan anda, maka anda seharusnya cukup berpengetahuan untuk mengenalpasti satu rujukan yang baik di mana pembaca boleh berunding mengenai perkara tersebut— anda tidak akan berada di sini selama-lamanya untuk menjawab sebarang persoalan. Fakta penting adalah untuk menolong pembaca dan penyunting lain.
Keperluan untuk petikan sememangnya sangat penting apabila menulis mengenai pendapat-pendapat yang digunakan untuk sesuatu isu. Elakkan pengucapan yang samar-samar seperti, "Ada orang berkata…" Sebaliknya, buatkan tulisan anda boleh disahkan: cari orang tertentu atau kumpulan tertentu yang berpegang kepada pendapat berkenaan, sebut mereka dengan nama, dan berikan satu petikan kepada beberapa tempat yang mereka boleh dilihar atau didengari memberikan pendapat berkenaan. Ingat bahawa Wikipedia bukanlah satu tempat untuk memberikan pandangan anda atau untuk penyelidikan asli.
Oleh sebab ini merupakan Wikipedia Bahasa Melayu, sumber-sumber Bahasa Melayu seharusnya diberikan bila mana ianya boleh didapati, dan seharusnya ia selalu digunakan di dalam kecenderungan kepada sumber-sumber asing yang mempunyai kaliber yang seimbang Bagaimanapun, sila berikan rujukan-rujukan bahasa-bahasa asing yang mana ianya benar. Sekiranya memetik sumber daripada sumber-sumber asing, satu terjemahan bahasa Melayu seharusnya diberi bersama-sama dengan petikan bahasa asal. Dengan memetik satu terjemahan bahasa Melayu, bahasa asing yang asal mesti diberi kerana apa-apa kesalahan yang mungkin berlaku semasa penterjemahan bermakna petikan asli seharusnya digunakan untuk verifikasi.
Anda boleh tambah sumber-sumber walaupun bahan-bahan yang anda tidak tulis sekiranya anda menggunakan satu sumber untuk verify bahan tersebut. Dengan menambah petikan-petikan kepada satu artikel adalah merupakan cara terbaik untuk menyumbang kepada Wiki Bahasa Melayu.
Suntingan-suntingan yang bercanggah boleh dibuang serta-merta, dibuang dan diletakkan di dalam laman perbualan untuk perbincangan, atau di mana suntingan itu tidak membahayakan tetapi anda mempertikaikannya dab berasakan bahawa ia memerlukan satu petikan sumber, anda boleh letakkan {{citation needed}} selepas perenggan yang relevan. Cara sedemikian perlu digunakan secara berhemat; Wikipedia mempunyai banyak artikel yang kurang mempunyai rujukan, dan kaedah memasukkan terlalu banyak {{citation needed}} mungkin tidak memberikan manfaat.
Fikir dulu: Cuba untuk bayangkan apa yang orang lain mungkin syak apa yang kamu tulis atau memerlukan maklumat lanjut. Dengan menyokong apa yang ditulis di dalam Wikipedia adalah dengan merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai dan jelas akan menambah kepada kestabilan didalam sumbangan anda.
Jika anda orang pertama yang menambahkan rujukan ke dalam sesebuah rencana, cuba ikut kelaziman yang diterima umum dalam bidang pengetahuan yang diperikan dalam rencana. Mungkin anda harus merujuk kepada WikiProjek berkenaan rencana itu dari laman perbincangannya.
Jika anda tidak dapat mencari cara petikan yang sesuai, ataupun tidak tahu gaya mana yang sesuai, apa kata gunakan templat yang disediakan di Wikipedia, seperti {{Cite book}}, {{Cite news}}, dsb.
Sistem pembentangan rujukan dalam rencana Wikipedia sentiasa mengalami perubahan sepanjang masa; harus ditekankan supaya isi kandungan rencana sentiasa jelas dan konsisten daripada perlu mematuhi sistem-sistem tertentu.
Adakalanya — misalnya, untuk rencana berkenaan topik yang ringkas atau kurang kontroversi, dan memetik sedikit sumber yang diterima umum — adalah memadai untuk menyediakan bahagian "Rujukan" di penghujung rencana yang mengandungi senarai rujukan am dan gambaran keseluruhan berwibawa terhadap subjek berkenaan (seperti buku teks dan rencana ulasan). Adakalanya ini masih tidak memadai, maka anda wajar menggunakan petikan dalam baris (in-line citations) seperti nota kaki atau rujukan Harvard yang diterangkan seperti berikut.
Ingat: penting sekali, anda harus memasukkan maklumat rujukan yang menyeluruh, iaitu maklumat yang mencukupi supaya pembaca boleh mencari sumber asal dengan mudah.
Anda boleh melakukannya dengan cara-cara berikut:
Jika anda tidak jelas akan sistem atau gaya mana yang harus digunakan, ingatlah: yang penting sekali adalah menyediakan segala maklumat yang diperlukan untuk mengenal pasti dan mencari sumbernya. Jika perlu, taipkan maklumat ini ke dalam laman perbincangan, atau dalam komen pada laman utama, dan minta orang lain bagaimana untuk memformatnya dengan betul untuk rencana ini.
Petikan dalam baris merupakan baris teks yang mengenal pasti sumber yang dibubuh dekat dengan maklumat yang disokongnya demi mewujudkan integriti antara teks dan sumber. Jika anda menemui perkara-perkara yang boleh menimbulkan perbalahan dalam rencana, petikan dalam baris boleh dibubuh dekat padanya dalam ayat, tetapi selalunya untuk membubuh petikan itu di akhir ayat adalah memadai, asalkan sumber yang mana menyokong perkara yang mana jelas kelihatan. Para penyunting bebas menggunakan mana-mana kaedah membuat petikan dalam baris. Dua jenis petikan dalam baris yang selalu digunakan di Wikipedia ialah nota kaki yang boleh diklik (tag ) dan rujukan berkurung.
Ramai penyunting yang membubuh petikan dalam baris di dalam nota kaki; lihat di bawah untuk butiran lanjut. Satu cara yang mudah untuk menulisnya adalah membubuh petikan pada akhir ungkapan, ayat atau perenggan yang berkenaan:
Kemudian, bubuhkan yang ini di hujung rencana:
==Catatan=={{Reflist}}
"Nota kaki" (footnotes) atau "catatan" (notes) bermaksud petikan dan ulasan yang diletakkan antara tag ref, supaya ia terpapar di hujung rencana di bawah pengatas bahagian Catatan atau Rujukan.
Rencana Wikipedia wajar diletakkan petikannya dalam nota kaki. Ini dipaparkan sebagai nombor yang boleh diklik di dalam teks, yang berpaut kepada senarai bernombor petikan penuh di hujung rencana. Petikan-petikan tersebut akan muncul di hujung rencana jika anda menaipkan {{Reflist}}. Ini akan memaparkan senarai nota kaki yang bergelar bahagian Catatan atau Rujukan.
Untuk membuat petikan muncul dalam nota kaki, ia mesti dikurungi dengan tag "ref". Anda boleh membubuhnya dengan menaipkan di awal petikan, dan di akhirnya. Selain itu, gunakan senarai "markup" dalam kotak penyuntingan yang merangkumi . Anda juga boleh menggunakan atribut nama dengan menggunakan nama>butiran petikan. Selepas itu, nota kaki yang sama boleh digunakan berkali-kali dengan membubuh nama/> dekat dengan perkara-perkara lain yang disokong oleh rujukan itu. Jika nama itu mengandungi jarak kosong terbenam, anda mesti membubuh tanda petikan lurus () atau menggantikan jarak yang tidak boleh diterima itu denngan aksara yang boleh diterima seperti tanda garis bawah atau sempang (e.g., nama_lagi/> atau nama-lagi/>) jika anda tidak ingin memakai tanda petikan.
Beginilah rupanya dalam kotak penyuntingan:
Besarnya matahari,Miller, Edward. ''The Sun''.Academic Press, 2005, ms. 1. tapi bulan tak sebesar itu.Brown, Rebecca. "Size of the Moon," ''Scientific American'', 51(78):46. Agak panas juga matahari ini.Smith, John. ''The Sun's Heat''. Academic Press, 2005, ms. 2.
==Notes=={{Reflist}}
Dan beginilah rupanya dalam rencana:
Besarnya matahari,[1] tapi bulan tak sebesar itu.[2] Agak panas juga matahari ini.[3]
Catatan
Banyak juga rencana yang menggunakan petikan ringkas dalam nota kaki, dengan menyatakan nama pengarang, tahun, dan nombor halaman, seperti Smith 2010, ms. 1. Seperti sebelum ini, senarai nota kaki dijana secara automatik dalam bahagian "Catatan" atau "Nota kaki". Kemudian, petikan penuh dibubuh pada bahagian "Rujukan". Petikan ringkas boleh ditulis secara manual atau menggunakan templat {{sfn}}
atau {{harvnb}}
. (Ingat bahawa templat tidak patut dibubub tanpa merujuk sepersetujuan bagi rencana yang sudah menggunakan gaya rujukan yang konsisten.) Petikan ringkas dan penuh boleh saling dipautkan supaya pembaca boleh mengklik nota ringkas itu untuk menonjolkan petikan penuh. Lihat dokumentasi templat untuk maklumat lanjut dan jawapan kepada masalah yang kerap dialami.
Beginilah rupa petikan ringkas dalam kotak penyuntingan:
Besarnya matahari,Miller 2005, ms. 1. tapi bulan tak sebesar itu.Brown 2006, ms. 2. Agak panas juga matahari ini.Miller 2005, ms. 3.
== Catatan =={{Reflist}}
== Rujukan ==*Brown, Rebecca (2006). "Size of the Moon,"''Scientific American'', 51(78).*Miller, Edward (2005). ''The Sun''. Academic Press.
Dan beginilah rupanya dalam rencana:
Besarnya matahari,[1] tapi bulan tak sebesar itu.[2] Agak panas juga matahari ini.[3]
Catatan
Rujukan
- Brown, Rebecca (2006). "Size of the Moon", Scientific American, 51(78).
- Miller, Edward (2005). The Sun. Academic Press.
Nota ringkas yang menggunakan tajuk (bukan tarikh penerbitan) akan berupa sebegini dalam rencana:
Catatan
Pada September 2009, sambungan Cite.php diubah suai untuk menyokong rujukan tertakrif senarai (list-defined references). Ini boleh dilaksanakan dengan dengan parameter |refs=
pada templat {{Reflist}}, atau menggunakan sepasang tag HTML (
dan ) sebagai ganti tag
. Ini membantu mengurangkan selerak dalam rencana, dengan membubuh segala butiran petikan dalam bahagian hujung di mana nota kaki dipaparkan. Rujukan yang tertakrif mesti digunakan dalam isi rencana; rujukan yang tak terpakai akan memaparkan mesej ralat. Rujukan yang bukan tertakrif senarai (rujukan nota kaki biasa yang dikurungi dalam tag dan ) akan dipaparkan seperti biasa di samping rujukan tertakrif senarai. Seperti dengan format petikan yang lain, rujukan tertakrif senarai tidak wajar dibubuh dalam rencana yang sudah ada sistem rujukan yang stabil, melainkan direstui oleh sepersetujuan. Jika ragu, gunakan sistem rujukan yang dipakai oleh penyumbang utama pertama untuk mendapatkan jenis rujukan yang konsisten.
Beginilah rupanya dalam kotak penyuntingan::
Besarnya matahari, tetapi bulan tak sebesar itu. Agak panas juga matahari ini.
==Rujukan=={{Reflist|refs=Miller, Edward.''The Sun''. Academic Press, 2005, ms. 23.Miller, Edward.''The Sun''. Academic Press, 2005, ms. 34.Brown, Rebecca. "Size of the Moon," ''Scientific American,'' 51(78):46}}
Dan beginilah rupanya dalam rencana:
Besarnya matahari,[1] tetapi bulan tak sebesar itu.[2] Agak panas juga matahari ini.[3]
Rujukan
Bagi perujukan berkurung (parenthetical referencing), petikan ringkas seperti (Smith 2010, ms. 1), dibubuh dalam parentesis (tanda kurung bulat) sejurus selepas hujah yang disokongnya. Di Wikipedia ada beberapa jenis perujukan berkurung yang digunakan, termasuk perujukan pengarang-tarikh (cth. gaya Harvard), dan perujukan pengarang-judul atau pengaranf-mukasurat (cth. gaya MLA). Petikan penuh (
Beginilah rupanya dalam kotak penyuntingan:
Besarnya matahari (Miller 2005, ms. 1), tetapi bulan tidak sebesar itu (Brown 2006, ms. 2). Agak panas juga matahari ini (Miller 2005, ms. 3).== Rujukan ==*Brown, R (2006). "Size of the Moon", ''Scientific American'', 51(78).*Miller, E (2005). ''The Sun'', Academic Press.
Dan beginilah rupanya dalam rencana:
Besarnya matahari (Miller 2005, ms. 1), tetapi bulan tidak sebesar itu (Brown 2006, ms. 2). Agak panas juga matahari ini (Miller 2005, ms. 3).
References
- Brown, R (2006). "Size of the Moon", Scientific American, 51(78).
- Miller, E (2005). The Sun, Academic Press.
Apabila menggunakan petikan dalam baris, adalah penting untuk memastikan integriti antara teks dan sumber. Petikan dalam baris bertujuan membolehkan pembaca dan penyunting untuk memastikan bahawa bahan itu bersumber; tujuan itu tidak menjadi jika petikan tidak diletakkan dengan betul. Jarak antara bahan dan sumbernya dinilai oleh penyunting, tetapi tindakan menambahkan teks tanpa meletakkan sumbernya dengan jelas boleh menimbulkan anda dituduh membuat penyelidikan asli, menyalahi dasar rujukan sumber, ataupun menciplak. Sebagai penyunting, anda harus berwaspada apabila menyusun semula atau menokok bahan baru untuk memastikan hubungan antara teks dan sumbernya kekal terjalin.
Misalnya, petikan dalam baris yang berikut tidak berguna kerana pembaca tidak tahu sama ada setiap sumber menyokong bahannya; setiap sumber menyokong secebisan bahan itu; atau hanya satu sumber yang menyokongnya manakala yang lain sekadar bacaan lanjut:
Delia Smith ialah pengarang resipi yang paling laris di UK.
Apabila menggunakan berbilang sumber untuk satu ayat, apa kata anda memberkas petikan di hujung ayat atau perenggan dengan penjelasan dalam nota kaki mengenai sumber yang mana menyokong hujah yang mana; lihat di bawah untuk caranya.
Anda boleh menggabungkan atau "memberkas" petikan di antara satu set tag ref di hujung ayat atau perenggan, beserta penjelasan dalam nota kaki mengenai sumber yang mana menyokong hujah yang mana dalam teks. Pemberkasan petikan boleh dilakukan dengan nota kaki panjang atau ringkas, adanya templat petikan atau sebaliknya. Faedahnya banyak:
Contoh ringkas pemberkasan petikan:
Besarnya matahari, tetapi bulan tidak sebesar itu. Agak panas juga matahari ini.[1]
Catatan
Setiap jenis bahantara sumber ada cara tersendiri untuk dinyatakan dalam rujukan. Di Wikipedia, sesetengah bahantara diberikan templat petikan tersendiri. Format petikan seharusnya mengikut susunan berikut:
Templat khas: {{Cite book}}
{{Cite journal}}
{{cite news |title= |first= |last= |newspaper= |date= |url= |accessdate= }}
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Wiki:Memetik sumber, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.