Wani Kayrie: Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia

Syazwani Abdullah (lahir 17 Mac 2000) atau lebih dikenali sebagai Wani Kayrie merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.

Kerjaya hiburannya bermula selepas menjadi juara rancangan TV realiti Kamilah Bintang di Astro Ceria pada 2010. Beliau mula meraih kejayaan komersial menerusi lagu masyhurnya "Jangan Jangan". Selain itu, beliau turut mengambil bahagian dalam rancangan Big Stage musim pertama di mana beliau berjaya memenangi tempat keempat.

Wani Kayrie
Wani Kayrie: Kerjaya, Kehidupan peribadi, Diskografi
Latar belakang
Nama lahirSyazwani binti Abdullah
Juga dikenali sebagai
Wani Kayrie
Kelahiran (2000-03-17) 17 Mac 2000 (umur 24)
Sandakan, Sabah, Malaysia
GenrePop, R&B, balada
PekerjaanPenyanyi, pelakon, pengacara
InstrumenVokal
Tahun aktif2010–kini
Syarikat rakaman
Suria Records
Rocketfuel Entertainment

Kerjaya

Wani Kayrie: Kerjaya, Kehidupan peribadi, Diskografi 
Wani di Hari Pendaftaran MSU pada April 2019.

Wani mula menunjukkan minat terhadap nyanyian sejak usia 6 tahun. Pada tahun 2010, beliau menjadi salah seorang daripada enam peserta pertandingan nyanyian kanak-kanak Astro Ceria, Kamilah Bintang antara lain turut disertai oleh Didi Astillah. Ketika menyertai Kamilah Bintang, beliau menggunakan nama Syazwani Sapari. Beliau dinobatkan sebagai juara sekaligus menewaskan lima peserta lain.

Beliau mengikat kontrak bersama Suria Records (SRC) (sehingga 2019) yang pernah menaungi Siti Nurhaliza dan seterusnya muncul bersama single sulungnya, "Jangan Jangan". Lagu ini mendapat sambutan hangat dengan meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta di YouTube dalam masa dua bulan.

Wani mewakili Malaysia ke pertandingan World Championship Of Performing Arts (WCOPA) yang berlangsung di Hollywood, California, Amerika Syarikat pada Julai 2018. Beliau merupakan antara 15 yang terpilih untuk mewakili negara daripada 30 peserta yang bersaing untuk merebut tempat secara keseluruhan. Wani menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sarah Suhairi, Ariff Bahran, Afieq Shazwan, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Fara Hezel, Syafiq Farhain, Baby Shima dan Sissy Imann. Wani terselamat daripada penyingkiran apabila juri tetap, Siti Nurhaliza menggunakan kuasa imuniti semasa suku akhir konsert. Beliau berjaya memenangi tempat keempat.

Selepas tamat Big Stage, Wani bersama-sama Sarah Suhairi dan Sissy Imann muncul dalam rancangan The House di Astro Ria.

Beliau mengumumkan pada Januari 2019 bahawa tidak akan menyambung kontraknya bersama Suria Records yang akan tamat pada September. Wani ialah salah seorang daripada 10 peserta rancangan realiti tarian dan nyanyian Astro Ria, Dansa Dan Sing di mana beliau berkolaborasi bersama empat penari yang dikenali sebagai Delitz.

Wani juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan apabila beliau memegang watak Fatin dalam drama Melastik Ke Hatimu bersama rakan seperjuangannya dalam Big Stage, Andi Bernadee. Beliau juga pernah melakonkan watak kecil sebagai tetamu majlis hari lahir dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia (2014) arahan Bernard Chauly, lakonan Fazura dan Lisa Surihani.

Bermula Februari 2021, Wani menjadi salah seorang pengacara rancangan Road To Success di DidikTV KPM bersama Sissy Imann, Afieq Shazwan dan Akhmal Nazri.

Wani menandatangani kontrak bersama Rocketfuel Entertainment dan muncul bersama lagu "Jangan Terlepas Pandang" yang juga rakaman pertamanya bersama label itu selepas meninggalkan Suria Records. Dikeluarkan pada November 2021, lagu ini menjadi lagu tema drama Dukun Diva.

Big Stage (musim 1)

Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:

Persembahan dan keputusan
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Lagu Viral "Jangan Jangan" Dirinya sendiri TERSELAMAT
Minggu 2 Lit Throwback "Akan Ku Tunggu" Candy TERSELAMAT
Minggu 3 Sama-sama Up "Sampai Bila"

(duet bersama Hael Husaini)

Misha Omar TERSELAMAT
Minggu 4 Tapi Bukan Aku "Sayang" Via Vallen TERSELAMAT
Minggu 5 Hot List Digital "Luluh" Khai Bahar TERSELAMAT
Minggu 6 Lagu Pilihan Siti Nurhaliza "Getaran Cinta Di Jiwa" Liza Hanim TERSELAMAT
"Jampi"

(duet bersama Afieq Shazwan)

Hael Husaini TERSELAMAT
Minggu 7 (Separuh Akhir) Road To Final "Crazy In Love" Beyoncé Knowles TERSELAMAT
"Nisan Cinta"

(duet bersama Siti Sarah)

Jaclyn Victor dan Siti Nordiana TERSELAMAT
Minggu 8 (Akhir) Cover Penentuan & Lagu Baru "Pematah Hati" Nabila Razali TEMPAT KEEMPAT
"Saat Terindah" (Lagu baru) Dirinya sendiri TEMPAT KEEMPAT

Kehidupan peribadi

Wani dilahirkan di Sandakan, Sabah dan membesar di Petaling Jaya, Selangor. Bapanya meninggal dunia ketika Wani baru berusia setahun. Beliau menerima keputusan cemerlang 7A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Sri Aman, Petaling Jaya. Beliau memperoleh keputusan A dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan Tasawwur Islam. Selain itu, beliau juga mencatat keputusan B dalam mata pelajaran Matematik dan C+ bagi subjek Akaun. Beliau ialah graduan Asasi Undang-undang di Management & Science University (MSU).

Selain itu, Wani juga ialah atlet sukan boling dan pernah mewakili Selangor.

Diskografi

Single
Tahun Tajuk
2015
2016
"Berteman Saja"
"Kumbang dan Bunga"
(duet bersama VIRAL)
2017
"Aku Suka Kamu"
2018
"Saat Terindah"
2019
2020
2021
2022
2023
"Fajar"

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2012 Jidin Sengal Piah (kecil) Filem pertama, pelakon tambahan
2014 Manisnya Cinta Di Cappadoccia Tetamu Pelakon tambahan

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Cerita Hantu Asrama Ara Astro Prima Drama pertama
2021 Melastik Ke Hatimu Fatin TV3
Perisik Cinta Tak Diundang Anida
Ratu Ten Pin Suzana Astro Ria
Dayang Senandung Dayang TV Okey & TV2
Tahyul Fathia TV3
2022 3 Nota Cinta Aini
Ratu Ten Pin 2: Shalin Suzana Astro Ria
Pekan Kecil Kampung Terpencil Kasih TV1
Adakah Engkau Menungguku Tina TV3
2023 Melastik Ke Hatimu 2 Fatin

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2010 Kamilah Bintang Peserta Astro Ceria Juara Kamilah Bintang
2011 Tom Tom Bak Artis Jemputan
2013 Ceria Superstar 1 Peserta 'The Impossible Krew'
2018 Big Stage (musim 1) Dirinya sendiri/peserta Astro Ria
2019 The House (S5) Dirinya sendiri Bersama Sarah Suhairi dan Sissy Imann
2020 Dansa Dan Sing Peserta
Big Stage (musim 3) Artis Jemputan Berduet bersama Dinie Rashid
Nona Wani TV3 Personaliti Jemputan
2021 Road To Success Pengacara DidikTV KPM
2022 Famili Duo (Musim 2) Peserta pasangan selebriti TV3 bersama Bella Astillah

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Artis Baharu MeleTOP Dirinya sendiri Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 Artis YouTube Popular Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Penyanyi Wanita Popular Tercalon
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2019 Tercalon
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020 Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Wani Kayrie KerjayaWani Kayrie Kehidupan peribadiWani Kayrie DiskografiWani Kayrie FilemografiWani Kayrie Anugerah dan pencalonanWani Kayrie RujukanWani Kayrie Pautan luarWani KayrieAstro CeriaBig StageBig Stage (musim 1)Jangan JanganKamilah Bintang

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Cabang dan mazhab IslamSolat subuhTan MalakaPerodua AxiaSultan Ibrahim ibni Sultan Abu BakarMalaysia MadaniSawiEman MananTenaga Nasional BerhadExistsSempurnakah Cinta Kita?Frekuensi radio di PerakUlek mayangMisteri Wan PeahSiti HariesaMohammed Taufiq JohariNabi Musa a.s.Siti NordianaRuqyahHeliza HelmiPerlis7 Hari Mencintaiku (musim 1)Mahathir MohamadFrekuensi radio di MelakaOmanAl-Muhtadee BillahIzzue IslamFrekuensi radio di JohorPenjodoh bilangan bahasa MelayuDina NadzirDemografi MalaysiaRakaatNam RonSejarah MelakaGempak Most Wanted Awards 2023Universiti Sains MalaysiaAhmad Zahid HamidiPulau PinangElite (kumpulan)IslamKementerian Pendidikan MalaysiaSarah SuhairiNegeri SembilanMadinah al-MunawwarahNabi Isa a.s.Kata ganti diriDewan Negara MalaysiaAndi Arsyil RahmanLaila TaibArif AimanSubhanallahKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaAhmad Farid RidzuanAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaSlot LestaryWan Junaidi Tuanku JaafarAssalamualaikumNegarakuNafiz MuazDewan Undangan Negeri di MalaysiaRejimen Askar Melayu DiRajaPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Pensterilan (mikrobiologi)Ummi NazeeraAlya ImanCiri-ciri orang munafikOman AirPanglima Tentera DaratHadha min fadhle RabbiParti Islam Se-MalaysiaRukun NegaraPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Grup Gerak KhasUniversiti Kuala LumpurKajangMarion CaunterSenarai model kereta ProtonUngku Ismail AzizSunan Muria🡆 More