Wangsa Qajar

Wangsa Qajar (Bahasa Parsi: سلسله قاجاریه atau دودمان قاجار - Qâjâr) adalah dinasti Parsi yang memerintah Iran dari 1781 hingga 1925.

Kerajaan ini diasaskan pada tahun 1781 oleh Agha Muhammad Khan yang merupakan ketua suku Qajar Qoyunlu dari Azerbaijan moden hasil penumpasan raja Lotf Ali Khan, penguasa terakhir dalam Dinasti Zand.

Kerajaan Mulia Persia
دولت علیّه ایران
Dowlat-e Elliye-ye Irân
1785–1925
Bendera Parsi
Jata Parsi
Bendera Jata
Lagu kebangsaan: ' 'Salâmati-ye Shâh
Peta Parsi dibawah Wangsa Qajar.
Peta Parsi dibawah Wangsa Qajar.
Ibu negaraTehran
Bahasa yang umum digunakanParsi (bahasa rasmi),
KerajaanMonarki mutlak (1785–1906)
Monarki perlembagaan
Shah, Mirza 
• 1794–1797
Mohammad Khan Qajar
• 1909–1925
Ahmad Shah Qajar
Perdana Menteri 
• 1906
Mirza Nasrullah Khan
• 1923–1925
Reza Pahlavi
Sejarah 
• Penubuhan
1785
• Wangsa Pahlavi
1925
Mata wangToman
Didahului oleh
Diganti oleh
Wangsa Qajar Dinasti Zand
Wangsa Qajar Dinasti Afsarid
Wangsa Qajar Empayar Durrani
Wangsa Pahlavi Wangsa Qajar
Empayar Rusia Wangsa Qajar
Wangsa Qajar
Sejarah Iran
Empayar Parsi - Raja Parsi
Empayar Parsi Sebelum Islam
Empayar Parsi Selepas Islam
Zaman Moden
sunting
Wangsa Qajar
Iran ketika dibawah pemerintahan Qajar (sepanjang kurun ke 19 dan 20.)

Asal Usul Wangsa Qajar

Suku Qajar adalah antara suku-suku Turki yang berasala dari Ganja di Azerbaijan moden. Ketika era pemerintahan Safavid, mereka memainkan peranan yang penting dalam diplomatik dan pentadbiran Iran.

Pada tahun 1779, Agha Muhammad Khan berjaya menumpaskan dan mengakhiri kerajaan Zand. Kemudiannya beliau menyatukan seluruh Parsi dengan bantuan beberapa pemimpin-pemimpin Qajar lain dan menjadikan Tehran sebagai ibu kota kerajaan Qajar. Pada tahun 1796, baginda secara rasminya ditakhta sebagai Shah Iran. Malangnya, beliau dibunuh pada tahun berikutnya dan tempatnya digantikan dengan anak saudaranya Fath Ali Shah.

Sejarah Qajar

Ketika zaman pemerintahan Fath Ali Shah Qajar, Iran berhadapan dengan kemaraan tentera Rusia. Buat pertama kalinya, Iran berperang dengan kuasa lain dalam era kolonial untuk kepentingannya sendiri. Tetapi, setiap peperangan berakhir dengan kekalahan dan Iran terpaksa menyerahkan beberapa wilayahnya termasuklah Georgia, Armenia dan Azerbaijan kepada Rusia.

Tahun-tahun berikutnya menyaksikan Iran memasuki era moden. Ilmu-ilmu sains dan teknologi-teknologi barat diimpot ke dalam Iran. Sistem pendidikan barat juga turut diperkenalkan.

Disebalik kejayaan-kejayaan ini, pemerintahan Qajar turut berhadapan dengan kemaraan kuasa-kuasa imperial barat terutamanya Rusia dan Inggeris. Shah Nasser-al-Din, salah seorang raja Qajar, cuba mengambil kesempatan diatas kesangsian antara Inggeris dan Rusia untuk mengekalkan kemerdekaan Iran. Malangnya, pemerintahan beliau turut mengalami kerosakan dengan campur tangan asing dan juga hutang piutang Iran dengan negara-negara barat.

Qajar juga semakin lama menjadi semakin lemah dan tidak berdaya untuk mengawal wilayah-wilayahnya. Kawasan-kawasan di Turkmenistan dan Uzbekistan hilang ditangan Rusia manakala Afghanistan jatuh ke tangan Inggeris.

Pada awal 1900-an berlakulah Revolusi Perlembagaan dimana gerakan ini berjaya menghalau keluar raja Qajar terakhir iaitu Shah Mohammad Ali. Punca revolusi berakar umbi daripada kelemahan raja-raja Qajar dan campur tangan Rusia dalam hal ehwal Iran. Revolusi disusuli dengan persaingan di antara Rusia dan Inggeris.

Rujukan

Pautan Luar

Tags:

Wangsa Qajar Asal Usul Wangsa Qajar Sejarah QajarWangsa Qajar RujukanWangsa Qajar Pautan LuarWangsa Qajar1781Agha Mohammad Khan QajarBahasa ParsiDinasti ZandIranParsi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nazim OthmanNabila HudaEmelda RosmilaProton SatriaSenarai negara dan wilayah tanggungan mengikut jumlah pendudukKelurSingapuraTentang Hati DiaBurung Murai BatuHari DeepavaliKuala TerengganuKolej Islam Sultan Alam ShahBarisan NasionalSyerifSyafiq KyleAlam sekitarGabenor Bank Negara MalaysiaSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiJangan Menangis Cinta (drama)Surah al-BaqarahAisyah AzizSheriffPetronasKamus DewanLee Kee HiongBumiputeraHari Raya AidilfitriPokok MambuKugiran MasdoDewan Negara MalaysiaAmir AhnafLiberalismeBajauJata MalaysiaLee Chong WeiBella AstillahSolat hajatDoa IftitahKata kerja tak transitifNegeri-Negeri SelatPasukan bola sepak kebangsaan IraqOrang Asli di MalaysiaOrang BanjarTerlanjur Cinta (drama web)Halim RadziOktovia ManrosePemboleh ubahTeknologiAdi PutraEarth HourKobe Jae ChongBumiPak Ketipak KetipungSabri YunusPerodua AxiaZainol MacWilsonNabila RazaliSultan Abdul Halim Mu’adzam ShahFunanPuteri BalqisMakam PahlawanNabi Saleh a.s.Hukum madKadazan-DusunAzhan RaniAbu Bakar BasyirPulau PinangSijil Tinggi Persekolahan MalaysiaWhatsAppTrisha OoiSharifah ShahirahKetua Menteri MelakaJam 12 jamInna lillahi wa inna ilaihi raji'unAnwar IbrahimPenjajahan Jepun di Tanah MelayuHisteria🡆 More