Valve Corporation

Valve Corporation (dahulunya sebagai Valve Software, biasanya dirujuk sebagai Valve dan kadang-kadang digayakan sebagai VALVᴇ) ialah sebuah syarikat pembangunan permainan video dan pengedaran digital yang terletak di Bellevue, Washington, Amerika Syarikat.

Pejabat yang berpangkalan di Eropah pula dibuka pada tahun 2012 di Luxembourg. Ia ditubuhkan pada tahun 1996 oleh bekas pekerja Microsoft Gabe Newell dan Mike Harrington, Valve membangunkan siri permainan video Half-Life, Counter-Strike, Portal, Day of Defeat, Team Fortress, Left 4 Dead dan Dota yang telah mendapat pujian yang tinggi dan sangat terkenal. Mereka juga membangunkan dan mengekalkan enjin Source yang mana kebanyakan permainan yang mereka bina dijalan, Source Film Maker atau dikenali sebagai SFM yang merupakan sebuah aplikasi pembuatan animasi dan Steam sebuah tapak pengedaran perisian. Ia juga telah membawa kepada pembuatan Steam Machine, yang merupakan sebuah komputer permainan pra-bina yang menggunakan sistem pengendalian SteamOS.

Valve Corporation
Dinamakan sempenavalve Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahPersendirian
IndustriPermainan video
Pengedaran digital
Ditubuhkan24 Ogos 1996
Kirkland, Washington, A.S.
PengasasGabe Newell
Mike Harrington
Ibu pejabatBellevue, Washington, U.S.
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh pentingGabe Newell
(Pengarah urusan)
KeluaranPermainan video:
Siri Counter-Strike
Dota 2
Siri Day of Defeat
Siri Half-Life
Siri Left 4 Dead
Siri Portal
Siri Team Fortress Other:
Permainan enjin Source
Platform pengedaran Steam
Valve Anti-Cheat
VOGL
Source Film Maker
Jumlah ekuitiUS$2.5 billion (2012, anggaran)
Bilangan kakitangan~330 (2013)
Anak syarikatValve S.a.r.l., Luxembourg
Tapak webwww.valvesoftware.com
Facebook: Valve Twitter: valvesoftware Youtube: UCg0FSqPeiGD_lIiPaaAehQg Musicbrainz: b22f3ebb-c248-4956-965b-ff0e55f082b5 GitHub: ValveSoftware Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah

Valve asalnya ialah LLC yang berpusat di Kirkland, Washington. Selepas syarikat tersebut menjadi perbadanan pada tahun 2003, ia berpindah dari lokasi asalnya ke Bellevue, Washington, berkongsi bandar yang sama dengan penerbit asalnya, Sierra On-Line, Inc.

Kejayaan Half-Life yang diikuti oleh susulan termasuklah Half-Life 2. Valve menggunakan enjin Source, iaitu enjin buatan sendiri Valve untuk Half Life 2 dan telah menggunakannya untuk hampir semua permainan yang dibinanya selepas kejayaan Half Life 2. Valve telah menghasilkan enam siri permainan iaitu; Half-Life, Team Fortress, Portal, Counter-Strike, Left 4 Dead, dan Day of Defeat. Valve juga dikenali sebagai syarikat yang menyokong komuniti mod. Counter-Strike, Team Fortress dan Day of Defeat merupakan mod yang Valve beli dan telah dimajukan sebagai sebuah permainan penuh.

Pada 10 Januari 2008, Valve Corporation mengumumkan bahawa mereka telah membeli Turtle Rock Studios (syarikat yang membina Left 4 Dead), dan menambahkan syarikat yang terletak di California tersebut kepada portfolionya. Namun Turtle Rock Studio telah berpisah dengan Valve pada tahun 2010 selepas Left 4 Dead dan Left 4 Dead 2 dikeluarkan.

Half-Life

Gabe Newell dan Mike Harrington mengasaskan Valve pada 24 Ogos 1996. Selepas mendapatkan lesen kepada enjin Quake (melalui bantuan kawan Michael Abrash dari id Software) pada tahun 1996, dan mereka mula memajukan Half-Life. Asalnya dijangkakan untuk dikeluarkan pada tahun 1997, Half-Life dipasarkan pada 19 November, 1998. Valve membeli TF Software PTY Ltd. pada Mei 1998, pencipta mod Team Fortress untuk Quake, dengan tujuan untuk mencipta permainan Team Fortress versi penuh. Team Fortress Classic merupakan versi Team Fortress asal bagi Quake, yang dikeluarkan untuk Half-Life pada tahun 1999. Team Fortress 2 yang dikeluarkan pada 10 Oktober 2007, telah dibungkuskan dengan Half-Life 2: Episode Two dan Portal untuk pakej The Orange Box.

Valve meneruskan kerjanya tentang Half-Life, mengeluarkan perkembangan tentang permainan tersebut dan menyumbangkan permainan tersebut kepada pemaju-pemaju lain untuk memindahnya ke platfom lain. Komuniti-komuniti mod telah membuat pemajuan mod untuk Half-Life iaitu Counter-Strike yang amat popular dan Day of Defeat.

Steam

Valve Corporation 
Gabe Newell dan Doug Lombardi, 2007

Valve mengumumkan sistem penghantaran kandungan iaitu Steam pada tahun 2002.

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Valve Corporation SejarahValve Corporation Half-LifeValve Corporation SteamValve Corporation Lihat jugaValve Corporation RujukanValve Corporation Pautan luarValve CorporationAmerika SyarikatGabe NewellHalf-Life (siri)LuxembourgMicrosoftMike HarringtonPengedaran digitalSistem pengendalianSource (enjin permainan)SteamWashington

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Penanda wacanaTV3Filem Malaysia tahun 2024Putri JannahAkut (perubatan)TabbyTracie SinidolSultan Muhammad VAl-Masih ad-DajjalKaum DusunSusukJambatan Pulau PinangBruneiBumiputeraSeks oralNadia AqilahEtnik MelayuAedy AshrafJamrahPerang Dunia PertamaDaerah LangkawiMustapha KamalBaju tradisional MelayuProton SatriaEmiriah Arab BersatuSunan MuriaPokok MambuSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Ketupat palasKhadijah binti KhuwailidPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalQistina KhaledPerkahwinan menurut IslamAsmidarShah AlamAllahUmar bin Al-KhattabSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaPontianak Harum Sundal Malam IINabi Isa a.s.Jabatan Alam SekitarTeknologi hijauSijil Pelajaran MalaysiaAlhamdulillahPetaling JayaAdat resam kahwin MelayuManchester United F.C.Teluk IntanEropahRozita Che WanSiksa NerakaMusang PulutBangunan Sultan Abdul SamadSarafTentera Laut Diraja MalaysiaBurung Murai BatuCinema (Slot TV3)AwieIkanKata hubung (bahasa Melayu)SyahadahBungaKedahBank Negara MalaysiaAhmad Zahid HamidiSultan Mizan Zainal AbidinKomunikasiSekolah Berasrama Penuh Integrasi GombakLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaYang di-Pertua NegeriRendangBabiJabatan Akauntan NegaraMelioidosisPiala Asia B-23 AFC 2024Senarai mukim di PerakSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia🡆 More