Perkhidmatan Twitch: Tapak web penstriman video

Twitch merupakan sebuah perkhidmatan penstriman langsung video yang dikendalikan oleh Twitch Interactive, sebuah anak syarikat Amazon.

Diperkenalkan pada bulan Jun 2011 sebagai spin-off platform penstriman umum dinamakan Justin.tv, laman web ini terutama memfokuskan pada penstriman langsung permainan video, termasuk siaran pertandingan esports, tambahan juga siaran muzik, kandungan kreatif, dan lebih kini, penstriman "dalam kehidupan sebenar". Kandungan di laman web itu dapat dilihat secara langsung atau melalui video atas permintaan.

Twitch Interactive
Perkhidmatan Twitch: Sejarah, Kandungan dan khalayak, Semakan dan sekatan kandungan
Maklumat umum
URLtwitch.tv
Jenis perniagaanAnak syarikat
JenisPenstriman langsung, media penstriman
Ditubuhkan6 Jun 2011 Edit the value on Wikidata
PendahuluJustin.tv (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Pengurusan dan pentadbiran
PemilikTwitch Interactive (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Pengasas
  • Justin Kan
  • Emmett Shear
Syarikat indukAmazon
Kandungan dan sokongan
KomersialYa
PendaftaranPilihan
Dilancarkan pada6 Jun 2011; 12 tahun yang lalu (2011-06-06)
Status terkiniAktif
Perangkaan
Kedudukan Alexa 34 (April 2020)
Lokasi
Ibu pejabatAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
Kawasan diberi khidmatAntarabangsa
Pautan luar berkaitan
Pautan lainFacebook: Twitch Twitter: TwitchSupport Instagram: twitch Twitch: Twitch Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Populariti Twitch melampaui populariti rakan sejawatnya yang umum itu. Pada bulan Oktober 2013, laman web ini mempunyai sejumlah 45 juta penonton unik,:38 dan menjelang Februari 2014, laman web ini dianggap sebagai penyebab keempat terbesar puncak trafik Internet di Amerika Syarikat. Pada masa yang sama, syarikat induk Justin.tv dijenamakan semula sebagai Twitch Interactive untuk menunjukkan peralihan fokus - Justin.tv ditutup pada Ogos 2014. Pada bulan itu, perkhidmatan itu diperoleh oleh Amazon dengan harga 970 jutaUS$, yang kemudian menyebabkan pengenalan sinergi-sinergi dengan perkhidmatan langganan syarikat itu dinamakan Amazon Prime. Twitch kemudian memperoleh Curse, sebuah pengendali komuniti-komuniti permainan video dalam talian dan memperkenalkan kaedah untuk membeli permainan melalui pautan di strim bersama dengan sebuah program yang membolehkan penstrim untuk menerima komisen berdasarkan penjualan permainan yang mereka mainkan.

Menjelang 2015, Twitch mempunyai lebih daripada 1.5 juta penstrim dan 100 juta penonton setiap bulan. Setakat 2017, Twitch kekal sebagai perkhidmatan penstriman video langsung utama untuk permainan video di AS, dan mempunyai advantej terhadap YouTube Gaming. Setakat Mei 2018, ia mempunyai 2.2 juta penstrim bulanan dan 15 juta pengguna aktif setiap hari, dengan sekitar sejuta pengguna serempak. Setakat Mei 2018, Twitch mempunyai lebih daripada 27,000 saluran pasangan.

Sejarah

sPenubuhan dan pertumbuhan awal (2007-2013)

Ketika Justin.tv dilancarkan pada tahun 2007 oleh Justin Kan dan Emmett Shear, laman web ini dibahagikan kepada beberapa kategori kandungan. Kategori permainan video berkembang dengan sangat pantas, dan menjadi kandungan paling popular di laman web ini. Pada bulan Jun 2011,:40 syarikat itu memutuskan untuk melepaskan kandungan permainan tersebut dibawah nama TwitchTV, yang diilhami oleh istilah"twitch gameplay". Ia dilancarkan secara rasmi dalam beta awam pada 6 Jun 2011. Sejak itu, Twitch telah menarik lebih daripada 35 juta pengunjung unik setiap bulan. Twitch mempunyai kira-kira 80 pekerja pada bulan Jun 2013, yang meningkat menjadi 100 orang pada bulan Disember 2013. Pejabat syarikat itu ditempatkan di Financial District, San Francisco.

Twitch telah disokong oleh pelaburan modal teroka yang penting, dengan US$15 million pada tahun 2012 (tambahan US$7 million asalnya dikumpulkan untuk Justin.tv), dan US$20 million pada tahun 2013. Pelabur selama tiga pusingan pengumpulan dana menjelang akhir tahun 2013 termasuk Draper Associates, Bessemer Venture Partners dan Thrive Capital.:40 Sebagai tambahan kepada pengembangan dana usaha niaga, ia dipercayai pada tahun 2013 bahawa syarikat itu telah menjadi menguntungkan.:40

Terutamanya sejak penutupan pesaingnya iaitu Own3d.tv pada awal tahun 2013, Twitch telah menjadi perkhidmatan penstriman e-sukan paling popular dengan margin yang besar, menyebabkan beberapa orang menyimpulkan bahawa laman web tersebut mempunyai "monopoli hampir di pasaran". Perkhidmatan video yang bersaing, seperti YouTube dan Dailymotion, berusaha untuk membuat kandungan permainan mereka lebih terkenal untuk bersaing, tetapi telah memberikan kesan yang jauh lebih kecil setakat ini. Pada pertengahan tahun 2013, Twitch mempunyai 43 juta penonton setiap bulan dengan penonton biasa menonton selama satu setengah jam setiap hari. Setakat Februari 2014, Twitch merupakan penyebab keempat terbesar trafik Internet ketika waktu puncak di Amerika Syarikat, didahului oleh Netflix, Google, dan Apple. Twitch mendirikan 1.8% dari jumlah trafik Internet di AS pada waktu puncak.

Pada akhir tahun 2013, terutama disebabkan oleh peningkatan jumlah penonton, Twitch menghadapi masalah dengan lag dan kadar bingkai yang rendah di Eropah. Disebabkan oleh itu, Twitch menambah beberapa pelayan baru di kawasan itu. Juga untuk mengatasi masalah ini, Twitch mencipta sebuah sistem video baru yang terbukti lebih efisien daripada sistem yang sebelumnya. Pada mulanya, sistem video baru itu dikritik oleh pengguna kerana menyebabkan lengahan strim yang signifikan, mengganggu interaksi penstrim dengan penonton. Kakitangan Twitch mengatakan bahawa lengahan yang meningkat itu hanya sementara dan pada masa itu, merupakan pertukaran yang dapat diterima untuk penurunan penimbalan.

Pertumbuhan, spekulasi pemerolehan YouTube (2014)

Pada 10 Februari 2014, syarikat induk Twitch (Justin.tv, Inc.) dinamakan semula sebagai Twitch Interactive, mencerminkan perkhidmatan itu menjadi lebih terkenal daripada Justin.tv sebagai perniagaan utama syarikat itu. Pada bulan yang sama, sebuah strim yang dikenali sebagai Twitch Plays Pokémon, sebuah cubaan oleh orang ramai untuk bermain Pokémon Red menggunakan sistem yang menerjemahkan perintah dalam sistem percakapan kepada kawalan dalam permainan, menjadi viral. Menjelang 17 Februari, saluran yang menstrim acara itu mencapai lebih daripada 6.5 juta jumlah tontonan dan jumlah purata penonton serentak antara 60 hingga 70 ribu penonton dengan sekurang-kurangnya 10% menyertai acara itu. Naib Presiden Pemasaran Matthew DiPietro memuji strim itu sebagai "satu lagi contoh bagaimana permainan video telah menjadi platform untuk hiburan dan kreativiti yang AMAT melampaui niat asal pencipta permainan itu. Dengan menggabungkan permainan video, video langsung dan pengalaman penyertaan, penyiar tersebut telah mencipta sebuah hibrid hiburan yang dicipta khusus untuk komuniti Twitch. Ini adalah sebuah bukti konsep yang indah yang kami harap dapat melihat lebih banyak lagi pada masa hadapan. " Bermula dengan edisi 2014nya, Twitch menjadi platform penstriman langsung rasmi bagi Electronic Entertainment Expo.

Pada 18 Mei 2014, Variety pertama kali melaporkan bahawa Google telah membuat perjanjian awal untuk memperoleh Twitch melalui anak syarikat YouTube dengan harga sekitar US$1 billion.

Pada 5 Ogos 2014, laman web Justin.tv yang asal tiba-tiba berhenti beroperasi, dengan memberi alasan mereka perlu memberi tumpuan sumber sepenuhnya kepada Twitch. Pada 6 Ogos 2014, Twitch memperkenalkan sebuah sistem arkib yang telah dikemas kini, dengan akses berbilang platform kepada sorotan dari siaran dulu oleh sebuah saluran, video dengan kualiti yang lebih tinggi, peningkatan sandaran pelayan, dan sebuah antara muka yang baru untuk Video Manager untuk menguruskan siaran lalu dan menyusun "sorotan" dari siaran yang juga boleh dieksport ke YouTube. Disebabkan oleh batasan teknologi dan keperluan sumber, sistem baru mengandungi beberapa regresi; pilihan untuk mengarkibkan siaran lengkap tanpa batasan terhad ("simpan selamanya") telah dibuang, bermakna bahawa arkib-arkib siaran langsung hanya dapat dikekalkan selama maksima 14 hari, atau 60 hari untuk rakan kongsi dan pelanggan Turbo. Walaupun sorotan yang dikumpulkan dapat diarkibkan selama-lamanya, ia dihadkan kepada dua jam dalam panjang masa. Tambahan pula, Twitch memperkenalkan sebuah sistem cap jari hak cipta yang akan mematikan audio dalam klip yang diarkibkan jika terkesan lagu yang dilindungi hak cipta dalam strim itu.

Anak syarikat Amazon (2014 – sekarang)

Perkhidmatan Twitch: Sejarah, Kandungan dan khalayak, Semakan dan sekatan kandungan 
Kawasan Twitch di PAX West 2018.

Pada 25 Ogos 2014, Amazon memperoleh Twitch Interactive dengan harga US$970 million. Sumber melaporkan bahawa perjanjian Google yang dikhabarkan itu tidak berjaya dan membenarkan Amazon untuk membuat tawaran tersebut, dengan Forbes melaporkan bahawa Google keluar dari perjanjian tersebut kerana kemungkinan masalah antimonopoli mengenainya dan pemilikan YouTube yang masih ada. Pemerolehan itu ditutup pada 25 September 2014. Take-Two Interactive, yang memiliki 2% kepentingan pada masa perolehan itu, menghasilkan AS$22 juta.

Di bawah kawalan Amazon, Shear kekal menjadi ketua pegawai eksekutif Twitch Interactive, dengan Sara Clemens ditambahkan ke pasukan eksekutif sebagai ketua pegawai operasi pada Januari 2018. Shear mengatakan platform Amazon Web Services sebagai aspek "menarik" dalam perjanjian itu, dan bahawa Amazon telah "membina hubungan dengan pemain-pemain besar di media", yang dapat digunakan untuk keuntungan perkhidmatan itu - terutama dalam bidang perlesenan kandungan. Pembelian Twitch menandakan pemerolehan berasakan permainan video ketiga terkini oleh Amazon, yang sebelumnya memperoleh pengembang permainan video Reflexive Entertainment dan Double Helix Games.

Pada 9 Disember 2014, Twitch mengumumkan bahawa mereka telah memperoleh GoodGame Agency, sebuah organisasi yang memiliki pasukan esports Evil Geniuses dan Alliance. Pada bulan Mac 2015, Twitch mengeset semula semua kata laluan setiap pengguna dan membatalkan semua hubungan ke akaun Twitter dan YouTube luaran setelah perkhidmatan tersebut melaporkan bahawa seseorang telah memperoleh "akses tanpa kebenaraan" kepada semua maklumat pengguna milik beberapa pengguna Twitch.

Pada bulan Jun 2016, Twitch menambahkan sebuah ciri baru yang dikenali sebagai "Sorakan", sebuah emotikon yang berbentuk khas yang dapat dibeli sebagai sebuah transaksi mikro menggunakan mata wang tersimpan dalam laman sesawang itu yang dinamakan "Bits". Bit dibeli menggunakan Amazon Payments, dan sorakan bertindak sebagai sumbangan kepada saluran penstrim. Pengguna juga memperoleh lencana di dalam saluran berdasarkan berapa banyak sorakan yang mereka telah memberi.

Pada 16 Ogos 2016, Twitch memperoleh Curse, Inc., sebuah pengendali komuniti permainan video dalam talian dan perisian VoIP yang berasaskan permainan video. Pada bulan Disember 2016, GoodGame Agency telah dilepaskan oleh Amazon kepada anggota masing-masing mereka kerana masalah konflik kepentingan. Pada 30 September 2016, Twitch mengumumkan Twitch Prime, sebuah perkhidmatan yang memberikan ciri premium yang eksklusif kepada pengguna yang mempunyai langganan Amazon Prime yang masih aktif. Ciri-ciri premium itu termasuk penstriman tanpa iklan, tawaran kandungan tambahan percuma ("Game Loot") bulanan, dan potongan harga untuk permainan. Antara permainan yang disertakan dengan hadiah kandungan tambahan percuma adalah Apex Legends, Legends of Runeterra, FIFA Ultimate Team, Teamfight Tactics, Mobile Legends: Bang Bang, Doom Eternal, dan lain-lain.

Pada bulan Disember 2016, Twitch mengumumkan sebuah alat yang memeriksa perkhidamatan sembangan secara separa automatik ( ), yang menggunakan pemprosesan bahasa semula jadi dan pembelajaran mesin untuk mengetepikan kandungan yang mungkin tidak diingini untuk disemak oleh manusia. Pada Februari 2017, Twitch mengumumkan Twitch Game Store, sebuah platform pengedaran digital yang akan mendedahkan pembelian digital permainan dalam antara muka pelayaran laman web ini. Ketika menstrim permainan yang disediakan di kedai digital itu, saluran rakan kongsi dapat menampilkan sebuah pautan rujukan untuk membeli permainan tersebut — menerima komisen sebanyak 5%. Pengguna juga menerima sebuah "Twitch Crate" atas setiap pembelian, yang mengandungi Bits dan sebuah koleksi emotikon perkhidmatan bualan yang dipilih secara rawak.

Twitch dan Blizzard Entertainment menandatangani perjanjian dua tahun pada bulan Jun 2017 untuk membuat Twitch menjadi penyiar penstrim yang eksklusif untuk acara kejuaraan esport terpilih Blizzard, dengan penonton yang memiliki Twitch Prime memperoleh ganjaran istimewa dalam pelbagai permainan Blizzard. Twitch juga membuat sebuah perjanjian pada tahun 2018 untuk menjadi pasangan penstrim Overwatch League, dengan laman web ini juga menawarkan sebuah "All-Access Pass" dengan kandungan yang eksklusif, emotikon, dan item dalam permainan untuk Overwatch.

Pada bulan Ogos 2017, Twitch mengumumkan merkeka telah memperoleh platform pengindeksan video dipanggil ClipMine.

Pada 20 Ogos 2018, Twitch mengumumkan bahawa mereka tidak akan lagi menawarkan akses tanpa iklan kepada seluruh perkhidmatan itu kepada setiap pelanggan Amazon Prime, dengan hak istimewa itu hanya disediakan untuk pelanggan "Twitch Turbo" atau pelanggan saluran individu. Keistimewaan ini berakhir untuk pelanggan baru yang berkuatkuasa pada 14 September 2018, dan untuk pelanggan yang masih ada pada bulan Oktober 2018.

Pada bulan Oktober 2018, Twitch mengumumkan Amazon Blacksmith, sebuah tambahan baru yang membolehkan penyiar menyusun beberapa paparan untuk pelbagai produk yang berkaitan dengan strim mereka dengan pautan anggota gabungan Amazon. Pada 27 November 2018, Twitch menghentikan perkhidmatan Twitch Game Store, memberi alasan bahawa ia tidak menjana jumlah pendapatan tambahan yang cukup untuk rakan kongsi seperti yang mereka harapkan, dan peluang pendapatan baru seperti Amazon Blacksmith. Pengguna mengekalkan akses ke permainan yang dibeli oleh mereka.

Twitch memperoleh Internet Games Databasa (IGDB), sebuah laman web yang dikendalikan oleh pengguna laman web itu yang mirip dengan fungsi Internet Movie Databasa (IMDb) untuk membuat katalog tentang maklumat permainan video pada bulan September 2019. Twitch merancang untuk menggunakan perkhidmatan pangkalan data itu untuk memperbaikkan ciri carian dalamannya sendiri dan membantu pengguna mencari permainan yang mereka minat.

Pada 26 September 2019, Twitch mendedahkan sebuah logo baru dan reka bentuk laman web yang dikemas kini. Reka bentuk baru itu disertakan dengan sebuah kempen iklan baru, "You're already one of us", yang akan berusaha untuk mempromosikan ahli-ahli komuniti dalam platform itu.

Twitch mula menandatangani perjanjian mengeksklusifkan dengan penstrim yang telah menonjolkan diri pada Disember 2019, bermula dengan DrLupo, TimTheTatman, dan Lirik, kesemuanya mempunyai jumlah 10.36 juta penonton apabila dicampur. Dr DisRespect menandatangani sebuah perjanjian pelbagai tahun pada Mac 2020.

Twitch memperkenalkan sebuah Majlis Nasihat Keselamatan pada Mei 2020, yang terdiri daripada penstrim, akademik, dan aktiviti, dengan tujuan untuk mengembangkan panduan untuk pentadbiran, keseimbangan kerja dengan kehidupan seharian, dan melindungi kepentingan masyarakat terpinggir untuk platform itu. Pada minggu pertama penubuhannya, Majlis itu terlibat dalam sebuah kontroversi yang singkat. Ahli bernama Steph Loehr mencadangkan agar Twitch membuang perkhidmatan perbualan suara dari platform itu, dengan alasan bahawa ciri itu berfungsi untuk meminggirkan banyak pemain. Ketika Loehr didorong oleh masyarakat untuk menjelaskan secara lebih lanjut, dia menyatakan: "Saya rasa banyak dari pemain-pemain seperti kamu adalah ahli supremasi kulit putih. Maaf, hanya fakta." Ini melancarkan kempen gangguan terhadapnya. Twitch berusaha untuk menenangkan situasi tersebut dengan mengutuk gangguan terhadap Loehr.

Kandungan dan khalayak

Twitch direka cipta untuk dijadikan sebuah platform untuk kandungan, seperti kejohanan esports, strim tersendiri bagi pemain individu, dan rancangan bual bicara yang berkaitan dengan permainan video. Sejumlah saluran melakukan speedrunning secara langsung. Laman utama Twitch pada masa ini memaparkan permainan berdasarkan jumlah penonton. Penonton yang biasa merupakan lelaki dan berumur antara 18 hingga 34 tahun, walaupun laman web ini juga telah berusaha untuk mengambil minat demografi yang lain, termasuk wanita. Setakat Jun 2018, antara permainan paling popular yang disiarkan di Twitch adalah Fortnite, League of Legends, Dota 2, PlayerUnknown's Battlegrounds, Hearthstone, Overwatch dan Counter-Strike: Global Offensive dengan jumlah campuran lebih daripada 356 juta jam ditonton. Penstrim dipanggil Ninja adalah antara personaliti tertinggi Twitch, dengan lebih daripada 14 juta pengikut. Namun pada bulan Ogos 2019, Ninja mengumumkan bahawa dia akan secara eksklusifnya, berpindah ke sebuah platform pesaing yang dimiliki oleh Microsoft dinamakan Mixer.

Twitch juga telah mengembang ke kandungan bukan permainan video; seperti pada bulan Julai 2013, laman web ini menyiarkan sebuah persembahan di 'Fester's Feast' dari San Diego Comic-Con, dan pada 30 Julai 2014, persembahan muzik tarian elektronik Steve Aoki menyiarkan satu persembahan langsung dari sebuah kelab malam di Ibiza. Pada Januari 2015, Twitch memperkenalkan satu kategori rasmi untuk strim muzik, seperti rancangan radio dan aktiviti menghasilkan muzik, dan pada bulan Mac 2015, mengumumkan bahawa ia akan menjadi pasangan penstriman langsung rasmi yang baru untuk Ultra Music Festival, sebuah pesta muzik elektronik di Miami.

Pada 28 Oktober 2015, Twitch melancarkan satu lagi kategori bukan permainan video, dipanggil "Kreatif", yang bertujuan untuk strim yang mempersembahkan penciptaan karya seni dan kerja kreatif. Untuk mempromosikan pelancaran itu, perkhidmatan itu juga menstrim sebuah maraton yang berlangsung selama lapan hari untuk rancangan Bob Ross, dinamakan The Joy of Painting. Pada bulan Julai 2016, Twitch melancarkan "Makan sosial" sebagai beta; ia diilhamkan oleh fenomena Korea yang dipanggil Muk-bang dan pemain Korea yang melakukan budaya ini sebagai waktu rehat dalam strim permainan mereka.

Pada bulan Mac 2017, Twitch menambahkan sebuah kategori "IRL", yang dirancang untuk kandungan dalam garis panduan Twitch yang tidak termasuk dalam kategori lain yang telah ada di laman web ini (seperti lifelog).

Pada bulan Mei 2017, Twitch menjalankan sebuah marotan langsung untuk semua episod dari sebuah rancangan PBS Kids, iaitu Mister Rogers' Neighbourhood. Mereka mengulangi maraton ini pada 20 Mac tahun berikutnya untuk menyambut hari jadi ke-90 Fred Rogers jika dia masih hidup.

Amal jariah

Perkhidmatan Twitch: Sejarah, Kandungan dan khalayak, Semakan dan sekatan kandungan 
Games Done Quick merupakan sebuah acara speedrunning yang berlaku dua kali setiap tahun untuk amal jariah yang dihoskan di Twitch.

Penyiar-penyiar di Twitch sering menjadi hos untuk strim yang mempromosikan dan mengumpulkan dana untuk amal jariah. Menjelang tahun 2013, laman web ini telah menganjurkan pelbagai acara, yang secara keseluruhan, telah mengumpulkan lebih daripada US$8 million dalam sumbangan untuk tujuan kebajikan, seperti Extra Life 2013. Setakat 2017 laman web ini telah mengumpulkan lebih daripada AS$75 juta dalam sumbangan untuk tujuan kebajikan.

Sukan profesional

Pada bulan Disember 2017, Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan mengumumkan bahawa mereka akan menstrim permainan Liga NBA G di Twitch bermula pada 15 Disember; siaran tersebut juga mengandungi tindihan atas bagi statistik yang interaktif, serta strim permainan tambahan yang diulas oleh personaliti Twitch. Pada bulan April 2018, diumumkan bahawa Twitch akan menyiar sebelas permainan Thursday Night FootballNational Football League, sebagai sebahagian daripada perjanjian penstriman yang telah diperbaharui oleh liga itu dengan Amazon Prime Video. Semasa musim 2017 liga itu, strim-strim ini eksklusif untuk pelanggan Amazon Prime.

Pada bulan Januari 2019, promosi gusti profesional yang dipanggil Impact Wrestling mengumumkan bahawa ia akan menstrim rancangan mingguannya yang dipanggil Impact! di Twitch, dalam penyiaran langsung gabungan dengan televisyen yang menyiarkan rancangan itu di rangkaian kabel AS dinamakan Pursuit Channel (dimiliki bersama dengan syarikat induk promosi itu yang dipanggil Anthem Sports & Entertainment).

Pada 5 September 2019, National Women's Hockey League mengumumkan sebuah perjanjian hak siaran selama tiga tahun dengan Twitch, mengandungi semua permainan dan acara liga itu. Perjanjian itu juga mengandungi sebuah perjanjian dengan NWHL Players' Association untuk membahagi penjanaan hasil antara pemain, dan menandakan pertama kalinya NWHL pernah menerima bayaran hak. National Women's Soccer League mengumumkan perjanjian tiga tahun pada bulan Mac 2020 untuk Twitch melakukan strim untuk 24 perlawanan setiap musim di Amerika Syarikat dan Kanada, berkolaborasi dengan kandungan asli, dan berfungsi sebagai pemegang hak untuk semua perlawanan di luar Amerika Syarikat dan Kanada.

Pada 20 Jun 2020, sebagai sebuah tambahan untuk hak tempatan Amazon Prime bagi liga itu dan rancangan untuk menyiarkan semua perlawanan yang masih tinggal dalam musim 2019-20 (untuk disambung kerana pandemik COVID-19), ia diumumkan bahawa Twitch akan strim sebuah bungkusan empat perlawanan bola sepak dalam Liga Perdana Inggeris di United Kingdom.

Pada 22 Julai 2020, Twitch secara rasminya melancarkan sebuah kategori untuk sukan, terutamanya menjadi hos kepada kandungan yang distrim oleh liga sukan dan pasukan sukan di platform itu.

Emotes

Twitch mencirikan sejumlah emoticon yang banyak yang dipanggil "emotes". Ada emotes percuma bagi semua pengguna, emotes bagi pengguna Turbo, emotes bagi pengguna Twitch Prime, dan emotes bagi pengguna yang melanggan kepada rakan kongsi atau ahli gabungan Twitch. Setakat Oktober 2015 Kappa adalah emote yang paling banyak digunakan di Twitch. Penyiar yang bekerjasama dengan Twitch akan menerima lebih banyak "slot emote" apabila mereka menerima lebih banyak pelanggan sehingga maksima 50 emotess setiap saluran.

Semakan dan sekatan kandungan

Kandungan berhak cipta

Pada 6 Ogos 2014, Twitch mengumumkan bahawa semua video on-demand di Twitch disasarkan cap jari akustik menggunakan sebuah perisian yang disediakan oleh syarikat perlindungan kandungan dinamakan Audible Magic; jika muzik berhak cipta (khususnya, lagu yang dimainkan oleh pengguna yang luar dari permainan yang mereka sedang main) dikesan, bahagian video yang berlangsung selama 30 minit yang mengandungi lagu itu akan disenyapkan. Siaran langsung tidak dikesan oleh penapis ini. Satu sistem disediakan untuk mereka yang percaya bahawa mereka terjejas secara tidak patut dan mempunyai hak untuk muzik yang mereka gunakan untuk melawan penapis itu. Twitch menawarkan pelbagai pilihan dari perpustakaan muzik bebas royalti bagi penstrim untuk mengguna, yang dikembangkan lagi pada akhir Januari 2015. Sistem penapisan audio itu, bersama dengan kekurangan komunikasi atas perubahan secara umumnya, terbukti kontroversial antara kalangan pengguna. Dalam sebuah AMA Reddit, pengasas bersama, Emmett Shear mengakui bahawa kakitangannya telah "menyebabkan masalah" dan sepatutuna memberi peringatan terlebih dahulu mengenai perubahan tersebut, dan berjanji bahawa Twitch "tidak mempunyai sebarang niat langsung" untuk melakukan penapisan audio kepada strim langsung.

Pada bulan Jun 2020, Twitch menerima sejumlah besar pemberitahuan mengenai penghapusan DMCA yang ditujukan terhadap VOD dan "klip" (potongan pendek dari VOD yang dipisahkan oleh penonton) yang berusia bertahun yang mengandungi muzik berhak cipta dari tahun 2017-19. Twitch mematuhi dengan penghapusan tersebut dan juga mengisukan beberapa amaran hak cipta terhadap penonton. Penstrim yang bimbang diberitahu bahawa mereka seharusnya membuang semua VOD dan klip jika mereka tidak pasti jika VOD dan klip tidak mengandungi bahan berhak cipta. Ini menimbulkan reaksi balas yang gegar, mengenai kehilangan kandungan yang sebelumnya tetapi juga berdasarkan kebimbangan mengenai keboleh gunaan disebabkan oleh ketidakmampuan untuk menyemak bahkan menghapus kandungan dengan cepat. Terdapat juga rungutan mengenai bahawa amaran masih dikeluarkan pada klip yang dibuat oleh penonton, walaupun kandungan yang dibuat oleh penstrim telah dibuang.

Kandungan dewasa

Pengguna Twitch tidak dibenarkan untuk strim permainan yang dinilai "Adults Only" (AO) di Amerika Syarikat oleh Entertainment Software Rating Board (ESRB), tanpa menghirau nilainya di tempat lain, dan sebarang permainan video yang mengandungi "kandungan seksual yang terang" atau "keganasan yang tidak wajar", atau kandungan yang melanggar syarat penggunaan perkhidmatan pihak ketiga.

Twitch juga secara eksplisitnya melarang beberapa permainan daripada distrim, tanpa mengira nilai permainan itu; ini termasuk permainan seperti BMX XXX, permainan novel visual eroge (seperti Dramatical Murder), HuniePop, Rinse and Repeat, Second Life, dan Yandere Simulator. Larangan Yandere Simulator itu dikritik oleh YandereDev, pengembang permainan tersebut. Dia percaya bahawa permainan itu dikeluarkan secara sewenang-wenang tanpa sebarang penjelasan, kerana Twitch tidak melarang permainan lain yang mengandungi kandungan seksual atau keganasan yang sama seperti Mortal Kombat X, Grand Theft Auto, atau The Witcher 3.

Twitch mengambil tindakan sementara pada Mei 2019 setelah saluran yang berkaitan dengan permainan video Artifact mula digunakan untuk kandungan yang kurang senonoh. Artifact, permainan besar yang dikembangkan oleh Valve, telah kehilangan sebahagian besar penontonnya hanya dalam beberapa bulan selepas pelancaran permainan itu, dan pada akhir Mei 2019, beberapa penstrim langsung yang terkenal mengatakan bahawa jumlah tontonan untuk strim Artifact telah menjunum sehingga hampir sifar. Pada hari-hari berikutnya, pelbagai strim mula membuat strim yang menyamar sebagai permainan Artifak tetapi sebenarnya melakukan trolling atau kandungan luar topik yang lain. Pada mulanya strim baru ini memainkan penonton atau merupakan sebuah jenaka, seperti menunjukkan video haiwan atau perlawanan dalam League of Legends . Selepas beberapa hari, strim saluran Artifact lain mula muncul, mengandungi kandungan yang bertentangan dengan syarat penggunaan Twitch, termasuk filem penuh yang berhak cipta, pornografi, propaganda Nazi, dan sekurang-kurangnya satu strim yang mempamerkan keseluruhan video oleh penembak dari penembakan masjid Christchurch. Nama strim-strim tersebut biasanya ditampilkan untuk menunjukkan bahawa mereka menunjukkan kandungan lain sementara menunggu untuk perlawanan dalam Artifact untuk kelihatan betul. Apabila berita tentang strim-strim tersebut dalam bahagian Artifak mulai heboh, Twitch mengambil tindakan dan menghapus akaun yang menstrim penembakan Christchurch itu. Twitch kemudian mengambil langkah untuk melarang akaun baru untuk menstrim bagi sementara waktu sehingga mereka dapat menyelesaikan masalah tersebut. Menjelang bulan Jun 2019, Twitch mula mengambil tindakan undang-undang terhadap seratus penstrim "John Doe" di mahkamah California, menuduh mereka atas pelanggaran tanda dagangan, pelanggaran kontrak, penipuan, dan penggunaan perkhidmatan yang menyalahi undang-undang yang membahayakan dan menakutkan pengguna perkhidmatan.

Ucapan kebencian dan gangguan

Pada Februari 2018, Twitch mengemas kini polisis kandungan yang dibenarkannya dan menganggap bahawa mana-mana saluran yang mengarahkan ucapan benci atau gangguan dibuang dari platform itu.

Pada bulan Jun 2020, sejumlah wanita mengeluarkan pelbagai tuduhan yang berkaitan dengan salah laku seksual dan tuntutan gangguan terhadap pelbagai penstrim di Twitch dan perkhidmatan yang lain. Twitch mengatakan bahawa mereka akan menyemak semua insiden yang dilaporkan dan mematuhi dengan penguatkuasaan undang-undang dalam setiap usaha penyiasatan. Walau bagaimanapun, beberapa penstrim terkenal di perkhidmatan Twitch percaya bahawa platform tersebut dapat melakukan lebih banyak lagi untuk menilai individu-individu yang dituduh, mencegah kejadian, dan melindungi orang lain di masa depan, dan menggunakan 24 Jun 2020 sebagai hari pemadaman Twitch, tidak menstrim sebarang kandungan di Twitch untuk menunuk sokongan mereka. Menjelang petang 24 Jun 2020, Twitch telah melarang beberapa akaun yang dituduh untuk beroperasi setelah menyelesaikan penyiasatan mereka, dan mengatakan dalam sebuah catatan blog bahawa mereka akan memberi maklumat tambahan kepada penguatkuasa undang-undang.

Twitch secara sementara menggantung sebuah akaun yang dimiliki oleh kempen Presiden Donald Trump pada 29 Jun 2020 selepas saluran tersebut menggunakan platform itu untuk menstrim beberapa ucapan kempen Trump yang sebelumnya, termasuk sebuah perhimpunan kempen 2016 di mana dia memanggil orang Mexico perogol dan penjahat. Twitch mengatakan bahawa "tingkah laku kebencian tidak dibenarkan" sebagai alasan penangguhan saluran itu.

Penapisan internet

Pada 20 September 2018, laman web Twitch disekat dan aplikasi Twitch juga disekat dari Apple App Store di China.

Program rakan kongsi dan ahli gabungan

Pada bulan Julai 2011, Twitch melancarkan Program Rakan Kongsi, yang menjangkau lebih daripada 11,000 ahli menjelang Ogos 2015.

Serupa dengan Program Rakan Kongsi di laman video lain seperti YouTube, Program Rakan Kongsi ini membenarkan penghasil kandungan yang terkenal untuk berkongsi hasil iklan yang dijanakan di aliran mereka. Tambahan pula, pengguna Twitch boleh melanggan saluran penstrim rakan kongsi dengan harga AS$4.99 setiap bulan, sering meruntukkan pengguna akses kepada pelbagai emotikon yang istimewa, hak istimewa di perkhidmatan perbualan langsung, dan pelbagai faedah lain. Twitch mengambil sebanyak AS$2.49 dari setiap langganan saluran berharga AS$4.99, dengan AS$2.50 selebihnya diberi terus kepada penstrim rakan kongsi itu. Walaupun pengecualian dibuat, Twitch sebelumnya mengharuskan calon rakan kongsi mempunyai "purata penonton serentak sebanyak 500+", serta satu jadual penstriman yang konsisten terdiri daripada sekurang-kurangnya menstrim tiga hari pada setiap minggu. Namun, sejak pelancaran ciri 'Pencapaian', terdapat "Path to Partnership" yang lebih jelas dengan tujuan yang dapat dicatat untuk penontonan serentak, tempoh dan kekerapan strim.

Pada bulan April 2017, Twitch melancarkan "Program Afiliasi" yang membolehkan saluran yang lebih kecil juga menjana pendapatan, juga mengumumkan bahawa ia akan membenarkan saluran akses kepada tahap langganan berbilang harga. Peserta program ini mendapat sebahagian tetapi bukan semua daripada faedah daripada rakan kongsi Twitch. Penstrim boleh menerima keuntungan daripada bersorak dengan Bits yang dapat dibeli dari Twitch secara langsung. Ahli gabungan juga dapat mengakses ciri langganan Twitch, dengan semua fungsi yang sama yang dapat diaskes oleh rakan longsi, tambahan dengan satu emotikon untuk langganan. Pada bulan September 2019, perkhidmatan tersebut mengumumkan bahawa ahli gabungan sekarang akan menerima sebahagian kongsi hasil pendapatan iklan.

Pengiklanan di laman web itu telah dikendalikan oleh sejumlah rakan kongsi. Pada tahun 2011, Twitch membuat sebuah perjanjian yang eksklusif dengan Future US. Pada 17 April 2012, Twitch mengumumkan sebuah perjanjian untuk memberikan CBS Interactive hak untuk secara eksklusifnya menjual iklan, promosi dan tajaan kepada masyarakat umum. Pada 5 Jun 2013, Twitch mengumumkan penubuhan Twitch Media Group, sebuah pasukan penjualan iklan dalaman yang baru yang telah mengambil alih peranan CBS Interactive sebagai penjual iklan.

Sokongan platform

Ketua Pegawai Eksekutif Twitch, Emmett Shear telah mengatakan hasrat untuk menyokong pelbagai platform, dengan menyatakan bahawa mereka ingin berada di "setiap platform di mana orang menonton video". Aplikasi penstrim Twitch tersedia untuk peranti mudah alih dan konsol permainan video, termasuk Android dan iOS, serta konsol permainan video PlayStation 4, PlayStation 3, Xbox One, dan Xbox 360.

Pengguna boleh menstrim ke Twitch dari sistem operasi Windows, Mac, atau Linux, sama ada dengan perisian tersendiri seperti Open Broadcaster Software, melalui platform seperti perisian Origin milik EA, Uplay milik Ubisoft, atau Steam milik Valve. Permainan seperti Eve Online, PlanetSide 2 dan francais Call of Duty kini menghubungkan terus ke Twitch juga.:40 Pada tahun 2013, Twitch melancarkan sebuah kit pengembangan perisian untuk membolehkan mana-mana pembangun untuk mengintegrasikan penstriman Twitch ke dalam perisian mereka.

Aplikasi Desktop Twitch dan CurseForge

Aplikasi Desktop Twitch menggantikan Curse Client dan Curse Launcher pada tahun 2017. Ini termasuk sebuah penyemak imbas khusus untuk laman web Twitch dan fungsi tambahan yang diwarisi dari perisian Curse, seperti pemasangan mod dan pengurusan untuk permainan yang disokong melalui perkhidmatan CurseForge, dan perkhidmatan perbualan suara. Perisian ini juga berfungsi sebagai pelanggan untuk Twitch Game Store yang lama itu.

Pada bulan Jun 2020, CurseForge dijual kepada Overwolf, dengan jumlah yang tidak didedahkan. Pengurusan mod semasa dalam klien Twitch akan dipindahkan ke klien CurseForge yang berdedikasi, walaupun tidak berdiri sendiri.

TwitchCon

Perkhidmatan Twitch: Sejarah, Kandungan dan khalayak, Semakan dan sekatan kandungan 
TwitchCon 2016

TwitchCon merupakan sebuah konvensyen peminat yang berlaku dua kali setahun yang dikhaskan untuk Twitch dan budaya penstriman permainan video. Acara sulung diadakan di Moscone Center di San Francisco dari 25–26 September 2015. Sejak penubuhannya, TwitchCon telah menjadi sebuah acara tahunan. TwitchCon kedua diadakan di San Diego di Pusat Konvensyen San Diego dari 30 September - 2 Oktober 2016. TwitchCon tahunan ketiga diadakan di Long Beach di Pusat Konvensyen dan Hiburan Long Beach dari 20–22 Oktober 2017. TwitchCon tahunan keempat diadakan di San Jose McEnery Convention Center di San Jose, California, dari 26-28 Oktober 2018. Pada tahun 2019, Twitchcon berkembang ke luar negara dan menjadi mengadakan acara Eropah pertama mereka di Berlin pada bulan April 2019, bersama dengan acara Amerika Utara yang kemudian pada bulan November 2019 di San Diego. TwitchCon telah dirancang untuk diadakan di Amsterdam pada bulan Mei 2020, tetapi acara ini dibatalkan kerana pandemik COVID-19. Satu lagi acara TwitchCon dirancang di San Diego pada September 2020. Acara ini juga dibatalkan kerana COVID-19.

Sebagai alat pendidikan

Twitch sering digunakan untuk tutorial permainan video; sifat Twitch membolehkan sejumlah besar pelajar berinteraksi antara satu sama lain dan dengan pengajar dalam masa nyata. Twitch juga digunakan untuk pembelajaran pengembangan perisian, dengan komuniti pengguna menstrim projek pengaturcaraan dan bercakap tentang pekerjaan mereka.

Lihat juga

  • Senarai saluran Twitch yang paling banyak diikuti
  • Twitch Rivals

Rujukan

Pautan luaran

Tags:

Perkhidmatan Twitch SejarahPerkhidmatan Twitch Kandungan dan khalayakPerkhidmatan Twitch Semakan dan sekatan kandunganPerkhidmatan Twitch Penapisan internetPerkhidmatan Twitch Program rakan kongsi dan ahli gabunganPerkhidmatan Twitch Sokongan platformPerkhidmatan Twitch TwitchConPerkhidmatan Twitch Sebagai alat pendidikanPerkhidmatan Twitch Lihat jugaPerkhidmatan Twitch RujukanPerkhidmatan Twitch Pautan luaranPerkhidmatan TwitchAmazon.comPenstriman langsungPermainan videoSukan elektronikVideo atas permintaan

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

NitrogenKapitalismeSistem pernafasanErma FatimaSekolah Berasrama Penuh Integrasi GombakHadisBumiputera di SabahDadahMeerqeenJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahHari GawaiTadau KaamatanRinggitEmma MaembongGerak KhasMia KhalifaMuhamad Akmal SalehPerpaduanNur FazuraSherry AlhadadHulu LangatUniversiti Teknologi MARAPahamin RajabTaman Tasik TitiwangsaDaerah LangkawiSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahAzhar SulaimanAdat resam kahwin MelayuKelurTerengganuDaerah di SabahBahasa MaduraSeks oralLaman UtamaChinaJohor BahruZodiakSumpahan JeruneiMaya KarinKamal Affandi HashimUniversiti Utara MalaysiaSrivijayaDarjah kebesaran MelayuNombor dalam budaya CinaPasukan bola sepak kebangsaan IraqAsiaEarth HourTentera Laut Diraja MalaysiaBurung Murai BatuLembuKhairy JamaluddinEmiriah Arab BersatuSultanah Nur Diana Petra AbdullahElizabeth TanBadarawuhi Di Desa PenariPemberontakan India 1857A FamosaAbdul Rahman HashimPetaling JayaNabi Saleh a.s.NepenthesAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaZahirah MacWilsonSukanMustapha KamalAmerika SyarikatPertubuhan Kebangsaan Melayu BersatuGolongan kata (bahasa Melayu)Ahmad Zahid HamidiAtikah SuhaimeAli bin Abi TalibSharifah HusnaSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaFarajLautan DuniaInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSiti NurhalizaMega Movie (Slot TV3)🡆 More