Tunjuk Perasaan Mahsa Amini

Tunjuk perasaan Mahsa Amini ialah siri protes dan pergolakan awam yang berterusan terhadap kerajaan Iran yang bermula di Tehran pada 16 September 2022.

Protes bermula sebagai reaksi terhadap insiden kematian Mahsa Amini (Parsi: مهسا امینی), seorang wanita Iran berusia 22 tahun yang meninggal dunia dalam tahanan polis. Menurut saksi mata, dia dipukul oleh Peronda Bimbingan, pengawal selia akhlak Iran, dan dituduh melanggar undang-undang hijab wajib Iran, dengan hukuman kerana memakai tudung secara "tidak wajar". Polis Iran menafikan bahawa Amini dipukul semasa dia dalam tahanan.

Protes berkaitan Mahsa Amini bermula beberapa jam selepas kematiannya di Tehran. Bantahan mula-mula bermula di hospital tempat Amini dirawat, dan kemudian cepat merebak ke bandar lain, pertama di wilayah asal Amini di Kurdistan, termasuk di Saqqez, Sanandaj, Divandarreh, Baneh dan Bijar.

Setakat 23 September 2022, paling kurang 50 penunjuk perasaan terbunuh dalam campur tangan kerajaan, menjadikan protes ini paling berdarah sejak protes 2019–2020 dengan lebih 1,500 nyawa terkorban. Protes ini juga menerbitkan sekatan Internet besar-besaran oleh kerajaan. Tindak balas kerajaan kebanyakannya ditentang secara global, dengan Jabatan Perbendaharaan Amerika bertindak menyekat pihak Peronda dan pegawai-pegawai tinggi Iran.

Latar belakang

Protes Iran terhadap peraturan kewajipan bertudung bermula pada 2017. Mahsa Amini ialah seorang wanita Iran Kurdi berusia 22 tahun yang telah ditangkap oleh Peronda Panduan pada 14 September 2022 kerana pemakaian "tudung yang tidak betul." Polis dituduh memukulnya hingga cedera parah di kepala; Amini telah disahkan meninggal dunia pada 16 September. Selepas pengebumiannya, protes telah diadakan di beberapa bahagian di Iran. Protes di seluruh negara kemudiannya dipanggil dari wilayah Kurdistan ke Tehran pada 18 September. Parti Kurdistan Iran dan aktivis sivil dan politik dari Kurdistan mengisytiharkan hari Isnin sebagai hari mogok umum.

Slogan

Tunjuk Perasaan Mahsa Amini 
"Wanita, nyawa, kebebasan"; salah satu slogan utama penunjuk perasaan

Penunjuk perasaan telah menggunakan pelbagai slogan dan pelekat dalam protes ini, yang secara langsung mengkritik kerajaan negara dan pemimpinnya, Khamenei. Penunjuk perasaan telah menunjukkan penentangan yang kuat terhadap tindakan pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan oleh Peronda Panduan Iran khususnya. "Wanita, Nyawa, Kebebasan" (Parsi: زن، زندگی، آزادی, rumi: Zan, Zendegī, Āzādī, Bahasa Kurdi: ژن، ژیان، ئازادی) ialah slogan popular protes.

Internet terputus

Untuk menghalang gambar dan video protes daripada disiarkan di Internet serta mencapai agensi berita utama dunia, kerajaan pada mulanya memutuskan rangkaian Internet dan saluran media sosial di bandar Saqqez dan Sanandaj selama beberapa hari. Tatkala protes merebak ke seluruh Iran, kerajaan Republik Islam memutuskan seluruh Internet di seluruh Iran. Di Twitter, platform pemesejan WhatsApp menyatakan bahawa ia sedang berusaha untuk memastikan pengguna Iran sentiasa berhubung dan tidak akan menyekat nombor telefon Iran. Televisyen negara Iran cuba mengawal protes dengan menyiarkan program propaganda menentang protes popular. Juga, penyokong kerajaan Iran, diiringi oleh polis kerajaan Iran, membantah di jalanan dengan slogan menentang penunjuk perasaan Iran, Amerika dan United Kingdom.

Rujukan

Tags:

Tunjuk Perasaan Mahsa Amini Latar belakangTunjuk Perasaan Mahsa Amini SloganTunjuk Perasaan Mahsa Amini Internet terputusTunjuk Perasaan Mahsa Amini RujukanTunjuk Perasaan Mahsa AminiBahasa ParsiPergolakan sivilPeronda BimbinganTeheran

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Al-QuranZul AriffinTengkolokHadisMaktab Rendah Sains MARA ArauUpin & IpinJohor BahruSharnaaz AhmadSultan PerakBrendan GanSejarah MalaysiaDubaiSultan Nazrin Muizzuddin ShahPerodua AxiaMajapahitKata sendi (bahasa Melayu)PronoNur FazuraSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaJabatan Peguam Negara MalaysiaMaya KarinNombor telefon di MalaysiaJamal AbdillahNabi Nuh a.s.Hukum madWawasan 2020Sejarah IslamSultan Mizan Zainal AbidinAgama BuddhaAndai Itu TakdirnyaLaskar Udara ISenarai gunung berapi di IndonesiaFrekuensi radio di PahangKelantanWan Junaidi Tuanku JaafarSungai PetaniBatu PahatPerkahwinan menurut IslamFarah AhmadFrekuensi radio di MelakaPakatan HarapanNasi lemakDarurat Tanah MelayuNadhir NasarSusukKata ganti diriDatuk (gelaran)Nike ArdillaMahatma GandhiLumut, PerakMedia sosialNegeri SembilanJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaNaim DanielAhli Sunah WaljamaahJepunCristiano RonaldoKapal terbangSelangorThailandNabi Yusuf a.s.Perang UhudSenarai haiwanAsertifBola sepakKuantanSurah al-BaqarahEmma MaembongBanjaran TitiwangsaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailKhir RahmanZombi Kampung PisangSenarai buahPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaFardu AinSenarai bank di MalaysiaTimbalan Perdana Menteri MalaysiaRukun Negara🡆 More