Tanda Pagar: Kata-kata yang diimbuh dengan tanda pagar sebagai pengelompokan suatu perkara

Tanda pagar (Jawi: ‏تندا ڤاݢر‎code: ms is deprecated ‎; sering dipendekkan kepada tagar; Jawi: ‏تاݢر‎code: ms is deprecated ‎; bahasa Inggeris: hashtagcode: en is deprecated ) ialah sejenis teg metadata yang digunakan pada rangkaian sosial seperti Twitter dan perkhidmatan mikroblog yang lain, yang membolehkan pengguna memohon penandaan dinamik, yang dihasilkan oleh pengguna yang membolehkan orang lain mudah mencari mesej dengan tema atau kandungan tertentu.

Pengguna membuat dan menggunakan tanda pagar dengan meletakkan tanda nombor atau tanda paun # biasanya di hadapan frasa perkataan atau tidak tersentuh dalam mesej. Tanda bertag ini mungkin mengandungi huruf, angka, dan garis bawah.

Tanda Pagar: Latar belakang, Tataguna, Nota
Tanda nombor yang menjadi penanda kandungan khusus dicari dalam tapak-tapak media sosial.

Penelaahan sebarang maklumat yang bertanda pagar dalam laman media sosial akan menampilkan setiap pesanan dan kiriman yang ditandai dengannya. Arkib kesemua kiriman ini dikumpulkan ke dalam suapan tunggal di bawah tanda pagar yang sama. Sebagai contoh, atas perkongsian foto perkhidmatan Instagram, tanda pagar #bluesky membolehkan pengguna untuk mencari semua jawatan yang telah ditandai menggunakan tanda pagar itu.

Latar belakang

Peristilahan

Istilah ini merupakan kelaziman yang dibawa daripada Indonesia yang menggabungkan kata nama tanda dan pagar menerangkan bentuk simbol # yang seakan pagar sebagai padanan kepada kata nama pound sign atau number sign.

Penggunaannya tanda ini yang meluas di laman-laman media sosial menyebabkan perkataan bahasa Inggeris yang menerangkan konsep ia, hashtag, diterima masuk ke dalam Kamus Bahasa Inggeris Oxford pada bulan Jun 2014. Istilah hashtag kadangkalanya salah digunakan untuk merujuk kepada simbol tanda itu sendiri apabila digunakan dalam konteks tanda pagar.

Tanda Pagar: Latar belakang, Tataguna, Nota 
Chris Messina, pencipta tanda pagar

Perkembangan penggunaan

Tanda ini pertama kali dipakai dalam konteks komunikasi antara rangkaian untuk tujuan pelabelan topik dan kelompok dalam Sembang Trimantar Internet sejak sekitar 1988.

Tanda ini pertama kali dicadangkan sebagai tanda tag di perkhidmatan Twitter oleh salah satu penggunanya Chris Messina, seorang penulis blog berilham dari pengunaan di IRC pada 2007. Pihak Twitter pada mulanya menganggap peraturan ini terhad untuk seberapa orang yang berpengetahuan mengenai pembangunan laman ini sahaja. Namun, maklumat ini cepat tersebar luas di seluruh platform tersebut lalu menggalakkan pengunaan meluas ia. Messina sendiri tidak cuba memafilkan hak cipta atas penggunaan ini kerana beliau merasakan "ia [konsep tanda pagar] dilahirkan dari internet, dan tidak dimiliki oleh seseorang".

Menjelang akhir dekad 2010-an, tanda ini menjadi lazim dilihat dalam platform media sosial yang paling pesat muncul seperti Instagram, Facebook, Reddit dan YouTube. Instagram terutamanya ialah tempat paling berleluasanya pengunaan tanda ini sehingga par apengendali perkhidmatan tersebut secara rasminya mengehadkan sebanyak "30 tanda pagar" mengelakkan penyalahgunaan tanda tersebut, batas yang akhirnya ditutup oleh pengguna Instagram dengan menyiarkan tanda pagar di bahagian komen jawatan mereka. Statistik yang dihitung selewat tahun 2018 mendapati lebih daripada 85% daripada 50 laman web dengan lalu lintas terpesat lalu lintas Internet menggunakan menggunakan laman ini, di mana kepenggunaan ia lazim dalam kalangan masyarakat milenium, Gen Z, ahli politik, pemengaruh sosial serta selebriti seluruh dunia.

Tataguna

Tanda tag ini dimulakan dengan aksara sebelum menulis sebarang perkataan topik dikehendaki sebelum ditutup dengan penjarakan atau penspasian - aksara berdiakritik, angka atau garis bawah (underscore, _ ) juga boleh diterima. Tagar-tagar dengan perkataan semua huruf besar dan huruf kecil akan dikumpulkan serentak - misalnya: “#hashtag” tidak dibezakan dengan “#HashTag”. Maka, pemulaan setiap perkataan berhuruf besar sangat digalakkan bagi mengelakkan ketaksaan (contoh paling ketara - #penisland boleh membezakan antara #PenIsland / pen island - "pulau pen" dengan #Penisland / penis land - "tanah zakar"). Perkataan dipakai tanda pagar ini boleh diterapkan pada hujung , tengah atau akhir ayat yang ingin dikirim (misalnya: “#cuaca hari ini sangat cerah”).

Dalam tulisan bukan rumi tertentu

Bahasa yang menggunakan tulisan yang menyambung automatik tanpa penjarakkan semasa ditaip seperti abjad Arab (seperti bahasa Arab dan bahasa Parsi) dan Hangul (bahasa Korea) cenderung menggunakan garis bawah antara perkataan ketika menghasilkan tagar berdasarkan ayat.

Tapak-tapak media sosial berbahasa Cina perkataan baik yang beraksara ringkas atau tradisionalmempunyai pendekatan tersendiri. Sina Weibo dan Tencent Weibo memakai tanda pagar pada kedua-dua hujung ayat memudahkan penandapagaran ayat. Twitter pula menggunakan sintaks berbeza atau penggunaan aksara penjarak lebar kosong (zero-width non-joiner - misalnya '我 #爱 你' dan bukanof '我#爱你') agar lebih disejadi dibaca ('我‌#爱‌你' ditampilkan tanpa mematikan tag).

Nota

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Tanda Pagar Latar belakangTanda Pagar TatagunaTanda Pagar NotaTanda Pagar RujukanTanda Pagar Pautan luarTanda PagarBahasa bahasa InggerisKandungan buatan penggunaMikroblogPerkhidmatan rangkaian sosialTeg (metadata)Tulisan JawiTwitterwiktionary:dynamic

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Jajahan Kuala KraiÆON BiGIsraelBalik KampungPenggunaNusantaraIntan LadyanaSultanah Nur ZahirahEvolusi KL Drift 2Amanah Ikhtiar MalaysiaOrang Cina MalaysiaSyed Danial Syed AhmadMenara Berkembar PetronasAfdlin ShaukiSharisa HarisNoreen NoorHeliza HelmiSenarai SBP di MalaysiaKelantanJenis darahPuteri BalqisPASKAL (filem)Astro (syarikat)Bahasa MaduraCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahUpin & IpinPerang Iran-IraqSolat subuhSharifah ShahirahBukan Lelaki TerhebatJuzSenario (kumpulan muzik)Liza AbdullahYasmin NapperQarinKerenggaSenarai poskod di MalaysiaKuala PilahBabiMerdeka 118Puteri Gunung LedangZamarul HishamZUS CoffeeRevolusi PerindustrianNorreen ImanChe’ Puan Mahkota Khaleeda JohorUqasha SenroseMakkahShah RezzaJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahUtusan MalaysiaSijil Pelajaran MalaysiaPasir GudangPukimakOrang JawaKakáWikipediaSolat Sunat RawatibSultan Mizan Zainal AbidinPuteri Sarah LiyanaNadia BrianSyed Mokhtar Al-BukharyAlyssa DezekBani IsraelSerembanKajangSwami VivekanandaKulaiDe FamHashimuddin Abdul KadirPalestin (wilayah)Syamsul YusofZakar manusiaHari GawaiNabi Muhammad SAWBrondong🡆 More