Taliban

Taliban (Pashto: طالبان, rumi: ṭālibān, lit. 'siswa'code: ps is deprecated ) atau 'pencari'), yang merujuk kepada diri mereka sebagai Emiriah Afghanistan (IEA), ialah sebuah organisasi ketenteraan gerakan Islam Deobandi di Afghanistan, yang kini berperang ( jihad) di dalam negara Afghanistan.

Sejak 2016, pemimpin Taliban adalah Mawlawi Hibatullah Akhundzada.

Taliban
Bendera Taliban
Taliban
طالبان (Pashto)
Pihak bersengketa dalam
Flag of Taliban.svg|border
Bendera Taliban
Aktif
  • 1994–1996 (militia)
  • 1996–2001 (kerajaan)
  • 2002–present (pemberontakan)
Ideologi * Fundamentalisme Islam
Puak/kaum Utamanya Pashtun; beberapa dari Tajik di utara Afghanistan
Pemimpin
Ibu pejabat Kandahar, Afghanistan (1994–2001)
Kawasan of
operasi
Taliban
  Di bawah kawalan Pergerakan Afghan, NATO, dan Sekutu
  Under control of the Taliban, Al-Qaeda, and Allies
  Under control of the Islamic State (ISIL) and Allies
Sekutu Negara bersekutu

Sekutu bukan negara

  • Taliban Haqqani network
  • Taliban al-Qaeda
  • Taliban Tehreek-i-Taliban Pakistan (2004-2007, 2009, since 2017)
  • Taliban Tehreek-e-Nafaz-e-Shariat-e-Mohammadi
  • Taliban Hezb-e Islami Gulbuddin (until 2016)
  • Taliban Islamic Movement of Uzbekistan (anti-ISIL faction)
Opponents State opponents
Non-state opponents
  • Templat:Country data ISIL Islamic State-Korasan Province
  • Taliban Islamic Movement of Uzbekistan (ISIL allied faction)
  • Taliban Jamiat-e Islami
  • Taliban Junbish-i-Milli
  • Taliban Hezbe Wahdat
Perang/pertempuran * Afghan Civil War (1992–1996)
  • Tajik Civil War (1992–1997)
  • Afghan Civil War (1996–2001)
  • War in Afghanistan (2001–present)
    • Taliban–ISIL conflict in Afghanistan
    • 2021 Taliban offensive

Taliban dahulu dikenali sebagai organisasi ketenteraan terrorisme pengganas Afghanistan. Taliban pernah memerintah sebahagian besar Afghanistan dari 1996 sehingga 2001, pentadbiran mereka telah dikutuk di peringkat antarabangsa atas perlakuan kejam terhadap rakyat Afghanistan, terutama wanita.

Perkembangan awal

Selepas kejatuhan Republik Afghanistan Demokratik yang disokong oleh Russia pada tahun 1992, Afghanistan terjerumus dalam keadaan huru-hara perperangan antara ketua perang mujahideen yang bersaing. Taliban muncul sebagai kuasa yang mampu membawa kestabilan dalam kekosongan kuasa ini. Ia membawa kebaikan ekonomi dengan menghapuskan pelbagai bayaran yang diperlukan oleh pelbagai ketua perang; ia membawa kebaikan politik dengan mengurangkan pertempuran antara puak (sungguhpun pihak Taliban bertempur sengit dengan musuhnya, kuasa menyeluruhnya mengurangkan jumlah pecahan puak yang bertelagah); dan ia membawa kebaikan sosial dengan mengenakan kestabilan yang dialu-alukan kepada masyarakat yang kacau bilau. Pihak Taliban mendapat sokongan meluas dari puak Pashtun Afganistan dan dari beberapa negara jiran semasa perkembangan awalnya. Sungguhpun Taliban yang semakin radikal akan menjauhi kebanyakan mereka kemudiannya, masyarakat antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat, turut menganggap kemunculan Taliban sebagai perkembangan positif semasa awal kemunculannya.

Legenda Taliban menyatakan bahawa pada musim bunga 1994, apabila mendengar dua orang gadis diculik dan dirogol di pusat pemeriksaan mujahidin di perkampungan Sang Hesar berhampiran Kandahar, mullah tempatan, Mohammed Omar, seorang veteran Harakat-i Inqilab-i Islami pasukan mujahideen, mengumpul tiga puluh taliban lain membentuk pasukan pejuang, menyelamatkan gadis tersebut dan menggantung komander mujahideen yang bertanggung jawab. Selapas kejadian ini, menurut lagenda Taliban, perkhidmatan pejuang keugamaan yang alim ini amat dialu-alukan oleh penduduk kampung yang diganggu oleh mujahideen liar ini, dan dengan itu terbentuklah Taliban.

Berikutan selepas kejadian ini, Omar lari ke Balochistan wilayah Pakistan, dari mana beliau muncul pada musim luruh, dilaporkan dengan 1,500 taliban pasukan bersenjata lengkap dan dibiayai dengan baik, yang akan menyediakan perlindungan untuk satu konvoi perdagangan Pakistan yang membawa barang-barang melalui darat ke Turkmenistan. Bagaimanapun, banyak laporan mencadangkan bahawa konvoi itu sebenarnya dipenuhi pejuang-pejuang Pakistan yang berlakun sebagai taliban, dan yang Taliban telah memperolehi banyak senjata, latihan ketenteraan, dan bantuan ekonomi daripada Pakistan.

Budaya

Di bahasa yang dipertutur di Afghanistan dan Pakistan, Taliban (juga Taleban) bererti mereka yang mengkaji kitab (bererti al-Qur'an). Ia berasal daripada perkataan Bahasa Arab untuk pencari atau pelajar, talib. Taliban tergolong kedalam pergerakan Deobandi, satu pergerakan Sunni Islam yang menekankan keimanan dan penjimatan dan kewajipan kekeluargaan bagi lelaki. Mereka terbentuk daripada etnik Pashtun di kawasan Afghanistan.

Kehidupan di bawah Taliban

Rencana utama: Kehidupan di bawah pemerintahan Taliban

Apabila berkuasa, Taliban melaksanakan undang-undang Islam. Taliban pernah memulakan rombakan kerajaan, pengganti yang mereka lantik mempunyai banyak pengalaman memerintah. Ramai yang mempunyai latihan ulamak, sarjana terpelajar mengenai Undang-undang Islam.

Banyak kumpulan-kumpulan Anti-Islam takut dengan kebangkitan Islam sekali lagi, kerana Afganistan satu-satunya negara yang melaksanakan Undang-undang Islam yang lengkap. Hasilnya, kumpulan ini memulakan kempen propaganda selepas 2000, kebanyakan dalam bentuk yang digelar penderaan wanita, dadah dan sebagainya.

Taliban melarang pengusahaan candu popi di 2000, disebabkan oleh sebab-sebab keagamaan. Pengeluaran jatuh dari 4000 tan pada tahun 2000 (kira-kira 70% bekalan dunia) kepada 82 tan dalam tahun 2001, kebanyakan yang mana adalah dituai dalam bahagian Afghanistan yang diawasi oleh Perikatan Utara.

Ini adalah apa yang dikatakan oleh menteri agama, Al-Haj Maulwi Qalamuddin, kepada New York Times: "Untuk sebuah negara yang terbakar, dunia ingin memberi mancis. Mengapa terdapat kerisauan mengenai wanita? Roti terlalu mahal. Tiada kerja yang ada. Budak-budak lelaki juga tidak pergi ke sekolah. Namun apa yang saya dengar adalah mengenai wanita. Di mana dunia apabila lelaki di sini ialah mencemar maruah mana-mana wanita mereka mahu?"

Ini apa yang taliban katakan mengenai Pendidikan: "Bertentangan dengan lapuran mengenai pendidikan wanita dalam akhbar, angka-angka yang di dapati dari sektor pendidikan di Afghanistan, mendedahkan bahawa pendidikan wanita di pedalaman Afghanistan meningkat. Menurut satu kajian yang dijalankan oleh ahli Jawatankuasa Sweden bagi Afghanistan (Swedish Committee of Afghanistan) (SCA), hampir 80 peratus bagi sekolah wanita terletak di kawasan luar bandar di bawah pentadbiran Negara Islam Afghanistan beroperasi sepenuhnya. Ms. Pia Karlsson, penasihat pendidikan di Unit Sokongan Latihan Teknikal (Education Technical Support Unit) (ETSU) bagi SCA , berkata dalam satu temubual yang akhir-akhir ini diterbit oleh Frontier Post, akhbar harian Bahasa Inggeris yang berpangkalan di Peshawar bahawa hanya di dalam wilayah Ghazni, di mana Negara Islam di bawah kepimpinan TIMA berkuasa untuk dua tahun terakhirnya, kira-kira 85 peratus wanita masih di sekolah. Ms. Karlsson kata, "gambaran di luar bandar berbeza sepenuhnya."

Patung Buddha di Bamiyan

Pada Mac 2001, pihak Taliban mengarahkan pemusnahan dua patung Buddha yang dipahat pada permukaan tebing di Bamiyan, satu setinggi 38 meter dan berusia 1,800 tahun, yang satu lagi setinggi 53 meter dan berusia 1,500 tahun. Tindakan ini dikutuk oleh UNESCO dan kebanyakan negara sekeliling dunia. Taliban bagaimanapun membalas dengan mengatakan ada pihak luar yang menawarkan duit untuk memperbaiki kepala patung rosak, sedangkan kanak-kanak di Afhanistan ketika itu sedang kebuluran. Apabila Taliban meminta duit tersebut disalurkan kepada kanak-kanak, mereka menolaknya. Maka patung tersebut dimusnahkan.

Hubungan dengan Osama bin Laden

Pada tahun 1996, Osama bin Laden dari Arab Saudi berpindah ke Afghanistan di atas jemputan pemimpin Pakatan Utara (Northern Alliance) Abdur Rabb ur Rasool Sayyaf. Apabila Taliban berkuasa, dia berjaya membina pakatan antara Taliban dan organisasi Al-Qaedanya. Ini mendorong kepada khabar angin dalam Media Barat bahawa dia mempunyai pengaruh kuat dikalangan pemimpin Taliban.

Pencerobohan A.S.

Pada 22 September, 2001, atas desakan antarabangsa selepas serangan 9/11, Emiriah Arab Bersatu dan diikuti Arab Saudi menarik pengikhtirafan Taliban sebagai sebuah kerajaan sah Afghanistan, menyebabkan hanya Pakistan satu-satunya negara yang mengikhtiraf kerajaan Taliban, ketika Amerika Syarikat mempersalahkan Taliban atas serangan terhadap negara itu.

Amerika Syarikat dengan bantuan United Kingdom dan didorong oleh beberapa kerajaan pro Amerika yang lain, memulakan tindakan ketenteraan terhadap pihak Taliban pada Oktober 2001. Matlamat yang dinyatakan adalah untuk menjatuhkan pihak Taliban daripada berkuasa kerana keengganan Taliban untuk menyerahkan Osama bin Laden di atas pembabitannya dengan serangan 11 September, dan sebagai tindakan balas keatas bantuan Taliban kepada nya.

Tetapi sebenarnya apa yang berlaku adalah pihak Taliban sebenarnya telah menuntut pihak Amerika agar menyerahkan bukti sebelum mereka menyerahkan Osama bin Laden, tetapi tidak diendahkan oleh Amerika Syarikat. Sebahagian besar serangan darat dilakukan oleh Perikatan Utara, baki unsur dari pasukan anti Taliban yang telah ditumpaskan oleh Taliban beberapa tahun sebelumnya.

Mazar-i-Sharif jatuh ke tangan pasukan US-Pakatan Utara pada 9 November, mendorong kepada wilayah-wilayah ditawan dengan tentangan minima, dan banyak pasukan tempatan bertukar pihak daripada Taliban kepada Perikatan Utara. Pada malam 12 November, pihak Taliban berundur ke selatan dengan cara teratur dari Kabul. Pada 15 November, mereka melepaskan 8 orang pekerja bantuan barat selepas 3 bulan dalam tahanan.

Majlis Keselamatan PBB, pada 16 Januari 2002, bersetuju sepenuh suara mengadakan sekatan senjata dan pembekuan harta-harta yang dapat dikenal pasti kepunyaan Osama bin Laden, Al-Qaida, dan baki Taliban.

Pihak Taliban kemudiannya berundur dari Kandahar, dan berkumpul semula di sempadan wilayah antara Afghanistan dan Pakistan. Kebanyakan pejuang Taliban sebelum pencerobohan adalah rekrut baru, sekali lagi diambil daripada madrasah di Pakistan.

Pada 6 Disember 2003, Taliban telah menculik dua pekerja India di selatan Afghanistan. Pada 20 Disember 2003, Taliban menawarkan pembebasan mereka untuk pertukaran dengan 50 militan. Kemudian pada 24 Disember, pihak Taliban telah melepaskan mereka tanpa syarat.

Pada September 2006, Amiriah Islam Waziristan, satu sekutuan ketua suku kaum Waziristan yang mempunyai hubungan rapat dengan Taliban, diakui oleh kerajaan Pakistan sebagai angkatan keselamatan de facto yang berkuasa di utara dan selatan Waziristan. Pengiktirafan ini merupakan sebahagian pesetujuan untuk mengakhiri Perang Waziristan yang telah mengorbankan ramai anggota Tentera Darat Pakistan sejak awal 2004.

Pada 30 Jun 2009, Taliban menarik diri dari perjanjian damai dengan Pakistan untuk membantah serangan udara oleh dron Amerika Syarikat yang masih berterusan. Tidak lama selepas pengumuman itu, kira-kira 150 militan menyerang konvoi tentera Pakistan berhampiran Miramshah, membunuh kira-kira 30 orang askar.

Lihat juga

  • Al-Qaeda
  • Layanan Taliban terhadap wanita
  • Senarai pemimpin Taliban

Rujukan

Pautan luar

Bacaan lanjut

  • Reaping the Whirlwind: Afghanistan, Al Q'aida and the Holy War, Michael Griffin, 2003: Pluto Press, London. ISBN 0-7453-1916-5

Tags:

Taliban Perkembangan awalTaliban BudayaTaliban Kehidupan di bawah Taliban Hubungan dengan Osama bin LadenTaliban Pencerobohan A.S.Taliban Lihat jugaTaliban RujukanTaliban Pautan luarTaliban Bacaan lanjutTalibanAfghanistanBahasa PashtoDeobandiGerakan IslamHibatullah AkhundzadaJihadPerang di Afghanistan (2001-kini)Terjemahan literal

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Rangka manusiaSalahuddin al-AyyubiBandar TaipingYusof HaslamSheriffAziz M. OsmanProton SagaLebuhraya Kota Bharu-Kuala KraiDaerah di SabahFalsafah Pendidikan MalaysiaPulau PinangNombor telefon di MalaysiaArab SaudiPuteri Sarah LiyanaYus Raja LawakPolis Diraja MalaysiaBank Negara MalaysiaRemy IshakTulang rangkaKelapa sawitBungaLabuanNabi Ibrahim a.s.Karbon dioksidaAllahPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaRahsia (filem 2023)SyasyaFarali KhanSekolah Berasrama PenuhAbdullah bin Ahmad BadawiSolatMakkahPerodua KancilI.D.Kuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Perjanjian HudaibiyahGayatri Su-Lin PillaiShiqin KamalAdellea SofeaBahasa ArabAyamSurah Al-InsyirahSolozMarga SangirTenaga Nasional BerhadNasionalisme Melayu awalTadau KaamatanOlahragaQistina KhaledIsraelPerdana Menteri SingapuraJuzSi TanggangTentera Laut Diraja MalaysiaTunku NadzaruddinLe SserafimJulia RaisMelakaMahmud Ali BashahCristiano RonaldoNegara PalestinRashidah JaafarTunku Abu BakarLee Chong WeiOrang India MalaysiaPutrajayaJambatan BaileySenarai buahKuala Kubu BharuTelaga BarhutIbrahim Shah Abu ShahPentaksiran Tingkatan TigaSerangan Iran ke atas Israel 2024A FamosaBabiKata kerja transitifBerlari merentas desaSlot Samarinda🡆 More