Sungai Furat: Sungai di Turki, Iraq dan Syria

Sungai Furat (bahasa Inggeris: Euphratescode: en is deprecated , Arab: نهر الفراتcode: ar is deprecated ) ialah salah satu daripada sungai yang mentakrifkan Mesopotamia (satu lagi Sungai Dajlah; Tigris) yang mengalir dari Anatolia.

Sungai ini panjangnya lebih kurang 2,781 kilometer (1,730 batu).

Furat
Sungai Furat: Geografi, Sungai Furat dalam sejarah, Dalam agama
Sungai Furat berdekatan Şanlıurfa dan Gaziantep, Turki
Sungai Furat: Geografi, Sungai Furat dalam sejarah, Dalam agama
Peta kawasan lembangan Dajlah–Furat (kuning)
Etimologidaripada Yunani, daripada Parsi Kuno Ufrātu, daripada Elam ú-ip-ra-tu-iš
Lokasi
NegaraTurki, Iraq, Syria
Kawasan lembanganTurki, Syria, Iraq, Arab Saudi, Kuwait, Iran
SumberTanah tinggi Armenia
BandarBirecik, Raqqa, Deir ez-Zor, Mayadin, Haditha, Ramadi, Habbaniyah, Fallujah, Kufah, Samawah, Nasiriyah
Ciri-ciri fizikal
Sumber 
 • lokasiMurat Su, Turki
 • ketinggian3,520 m (11,550 ka)
Sumber kedua 
 • lokasiKara Su, Turki
 • ketinggian3,290 m (10,790 ka)
Kuala sumber 
 • lokasiKeban, Turki
 • ketinggian610 m (2,000 ka)
MuaraShatt al-Arab 
 • lokasi
Al-Qurnah, Basra, Iraq
 • koordinat
31°0′18″N 47°26′31″E / 31.00500°N 47.44194°E / 31.00500; 47.44194 47°26′31″E / 31.00500°N 47.44194°E / 31.00500; 47.44194
PanjangKira-kira 2,800 km (1,700 bt)
Saiz lembanganApprox. 500,000 km2 (190,000 bt2)
Aliran 
 • lokasiHīt
 • minimum58 m3/s (2,000 ka3/s)
 • purata356 m3/s (12,600 ka3/s)
 • maksimum2,514 m3/s (88,800 ka3/s)
Ciri-ciri lembangan
Sistem sungaiSistem sungai Dajlah–Furat
Anak sungai 
 • kiriBalikh, Khabur
 • kananSajur

Geografi

Sugai Furat ialah sungai terpanjang di Asia Barat. Ia terbit melalui pertemuan Kara Su/Furat Barat (450 kilometer) dan Murat Su/Furat Timur (650 kilometer), 10 kilometer (6.2 mi) di hulu bandar Keban di tenggara Turki. Daoudy dan Frenken meletakkan panjang sungai dari sumber sungai ke titik pertemuan dengan Tigris pada nilai 3,000 kilometer, di mana 1,230 kilometer berada di Turki, 710 kilometer di Syria dan 1,060 kilometer di Iraq. Angka yang sama diberikan oleh Isaev dan Mikhailova. Panjang Shatt al-Arab, yang menghubungkan Sungai Furat dan Tigris dengan Teluk Parsi, diberikan oleh pelbagai sumber dalam julat 145–195 kilometer.

Sungai Furat dalam sejarah

Sungai Furat memberi kehidupan yang membawa kepada kemunculan tamadun Sumeria, lebih kurang alaf ke-4 BCE. Kebanyakan bandar purba penting terletak di tebing sungai ini termasuk Mari, Sippar, Nippur, Shuruppak, Uruk dan Eridu. Lembah sungai ini juga membentuk pusat empayar Babylon dan Assyria. Pertempuran Karbala juga berlaku ditepi sungai Furat di mana Imam Hussain, keluarga dan sahabat beliau syahid.

Zaman moden

Selepas Perang Dunia Pertama, sempadan-sempadan antarabangsa di kawasan barat daya Asia direka semula melalui Perjanjian Lausanne pada 1923, seiring dengan pembubaran Empayar Uthmaniyah. Fasal 109 dalam perjanjian ini mewajibkan ketiga-tiga negara yang terletak di tepi Sungai Furat ketika itu; Turki, Perancis di Wilayah Mandat Syria, dan British di Wilayah Mandat Iraq, untuk merumuskan kesepakatan bersama dalam pemanfaatan air Sungai Furat dan apa-apa pembangunan infrastruktur tenaga air di situ. Kesepakatan antara Turki dan Iraq yang ditandatangani pada 1946 mewajibkan Turki untuk melaporkan kepada Iraq setiap kali ingin melakukan perubahan dalam apa jua bentuk dalam pemanfaatan tenaga air Sungai Tigris dan Furat, dan membolehkan Iraq membangunkan empangan-empangan di wilayah Turki untuk mengatur aliran Sungai Furat. Gambar Sungai Furat ditampilkan dalam jata Iraq pada 1932 hingga1959.

Dalam agama

Islam

Sungai Furat dipetik dalam beberapa hadis yang menerangkan pengeringan Furat sebagai tanda kiamat. Salah satu hadis daripada Abu Hurairah r.a. menyebut, Rasulullah bersabda: "Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang yang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata 'mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu.'" (Sahih Muslim, 7119; Sunan Ibnu Majah, 4046). Di dalam riwayat Bukhari Muslim (2894) pula, Rasulullah bersabda: "Sudah dekat suatu masa di mana sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu ternampak perbendaharaan daripada emas, maka barangsiapa yang hadir di situ janganlah ia mengambil sesuatu pun daripada harta itu."

Sementara itu, Sungai Furat juga disebut dalam hadis sebagai antara sungai-sungai dalam syurga, termasuk Sungai Nil, Jaihan (Amu Darya) dan Saihan (Syr Darya) (Sahih Muslim, 2839).

Rujukan

Petikan

Pautan luar

Tags:

Sungai Furat GeografiSungai Furat dalam sejarahSungai Furat Dalam agamaSungai Furat RujukanSungai Furat Pautan luarSungai FuratAnatoliaBahasa ArabBahasa bahasa InggerisMesopotamiaSungai Dajlah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

HinduismeJalaluddin HassanBahasa MaduraAyob Khan Mydin PitchayHero RemajaMohammed Hanif OmarPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaSenarai syarikat MalaysiaNasha AzizKasih Iris LeonaShah Rukh KhanMahkamah MalaysiaA FamosaPersatuan Negara-negara Asia TenggaraSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahRaja berperlembagaanGabenor Bank Negara MalaysiaAlor SetarSheikh Muszaphar ShukorRisteena MunimDasar Ekonomi BaruPerang AhzabRukun ImanSabri YunusKhulafa al-RasyidinTamadunAedy AshrafAkta Dadah Berbahaya 1952Azhar SulaimanIntan LadyanaAisha RetnoNasi kerabuSyasyaAtomFrekuensi radio di PerakTV3MahsuriPerang UhudInstagramSheriffPak Ketipak KetipungUmie AidaNabi Sulaiman a.s.Hantu Kak Limah Balik RumahNa’im BrundagePasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSandrinna MichelleTaman Negara MalaysiaIsmail Sabri YaakobHarris AlifPutrajayaUlar rusuk kerbauNajib RazakRiena DianaFrekuensi radio di TerengganuAstro ShawTauhidRita NadiraShah AlamHutan hujan AmazonCinta Buat DaraDaerah LangkawiFuckKumpulan advokasiFrekuensi radio di MelakaKapitalismeTunku Abdul Rahman ibni Sultan IbrahimParameswaraAnwar IbrahimJean Retno AryaniCerita Rakyat MalaysiaAcryl Sani Abdullah SaniSandakanSenarai sistem badan manusiaPulau TiomanKata namaKonfrontasi Indonesia–Malaysia🡆 More