Suki Low Sook Yee

Low Sook Yee (Cina Tradisional: 劉淑怡code: zh is deprecated , Cina Ringkas: 刘淑怡code: zh is deprecated , pinyin: liú shūyí; lahir 26 Disember 1990) atau lebih dikenali sebagai Suki, ialah juara pertandingan One in a Million musim pertama yang merupakan pertandingan realiti menyanyi pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah sejuta ringgit kepada juaranya.

Suki Low
劉淑怡
Nama lahirLow Sook Yee
Juga dikenali sebagai
Suki
Kelahiran (1990-12-26) 26 Disember 1990 (umur 33)
Berasal dariMalaysia Seremban, Malaysia
GenrePop
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2006–2014, 2021–kini
Laman sesawang

Pada pertandingan akhir pada 22 September 2006, beliau meraih 39% daripada undian penonton dengan persembahan lagu Berdiri dan Everything, lalu mengalahkan Alif Satar dan Faizal Tahir yang masing-masing meraih 27% dan 34% undian.

Latar belakang

Beliau seorang yang berketurunan Cina dan berasal dari Seremban, ibu Negeri Sembilan Darul Khusus. Beliau berusia 16 tahun ketika kemenangan beliau.

Bekas sekolah menengah beliau ialah SMK Methodist (ACS), Seremban (Tingkatan 1 hingga 3) dan SMK King George V, Seremban (Tingkatan 4 dan 5).

Pada 12 Disember 2012, Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan pengurusnya Jeremy Chong dan telah dikurniakan tiga cahaya mata di mana anak sulungnya, Ethan Chong dilahirkan pada 1 Disember 2014.

Kerjaya

One in a Million

Suki dijadikan calon paling berkemungkinan untuk menang, berkedudukan lebih tinggi berbanding penyanyi profesional Dayang Nurfaizah setelah melalui ujian saringan awal. Beliau tersingkir ketika pusingan penyingkiran pertama namun dikembalikan oleh undian penonton ketika pusingan Second Chance.

Sepanjang pertandingan, Suki menyanyikan:

Konsert Lagu & Penyanyi asal Keputusan
Top 20 "Mobile" nyanyian Avril Lavigne Tersingkir
Second Chance "I'm With You" nyanyian Avril Lavigne Terpilih
Top 12 "Underneath Your Clothes" nyanyian Shakira Selamat
Top 10 "You Oughtta Know" nyanyian Alanis Morissette Selamat
Top 9 "Behind These Hazel Eyes" nyanyian Kelly Clarkson Selamat
Top 8 "Pasangan Yang Tepat" nyanyian Marshanda Selamat
Top 7 "Inside Your Heaven" nyanyian Carrie Underwood Selamat
Top 6 "When It's Fall Apart" nyanyian The Veronicas Selamat
"Pudar" nyanyian Rossa
Top 5 "Kaulah Segalanya" nyanyian Ruth Sahanaya Selamat
"Cepat-Cepat" nyanyian Jaclyn Victor
Top 4 "Mimpi Pun Sama" nyanyian Siti Sarah Selamat
"Permata Permotong Permata" nyanyian Ella
(duet bersama Ella)
Top 3 "Losing Grip" nyanyian Avril Lavigne Selamat
"Seindah Biasa" nyanyian Siti Nurhaliza
Grand Finale "Berdiri" nyanyian Suki
(Ciptaan: Audi Mok)
Juara
"Everything" nyanyian M2M

Finally | Akhirnya

Pada 19 Jun 2008, Suki Low melancarkan album sulungnya bertajuk Finally | Akhirnya.

Album ini memuatkan 11 lagu berbahasa Malaysia dan Inggeris, dan dipasarkan dalam bentuk CD, dan muat turun berbayar. Antaranya termasuk lagu Berdiri, Don't, dan Ku Teruskan (versi bahasa Malaysia bagi lagu Cina Against the Light (逆光) nyanyian asal Stefanie Sun.)

Camp Rock

Sempena pelancaran filem televisyen Camp Rock di Disney Channel Asia pada tahun 2008, Suki terpilih oleh Universal Records dan Disney untuk menyanyikan versi Bahasa Malaysia untuk lagu This is Me yang terdapat dalam filem tersebut, berjudul Siapa Aku. Versi ini diterbit oleh Kieran Kuek dan liriknya dikarang oleh Nur Fatima.

Project NS

Setelah pernah menangguh pada tahun 2007 untuk memberi perhatian kepada pembikinan albumnya, Suki akhirnya menyertai Program Latihan Khidmat Negara pada tahun 2009. Beliau menyertai kem yang sama dengan rakan seperjuangannya di OIAM, iaitu pemenang tempat ketiga Alif Satar, dan pelakon Diana Danielle di Kem PLKN Princess Haliza di Sepang. Pengalaman ketiga-tiga mereka ketika menjalani kewajipan PLKN dirakam dalam rancangan realiti Project NS yang juga disiarkan di 8TV.

Gegar Vaganza 2021

Suki terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro. Pada show pengenalan peserta dan minggu pertama, Suki membawakan single beliau yang pernah hit 10 tahun lalu iaitu lagu Terlalu Mencintaimu.

Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Laguku Sendiri Terlalu Mencintaimu Suki Low Ke-6
Minggu 2 Masih Aku Terasa Kisah Cinta Kita Hafiz Suip Ke-4
Minggu 3 Segalanya Ku Terima Badarsila Dato Sri' Siti Nurhaliza Ke-4
Minggu 4 Berdiri Bulu Romaku Jampi Hael Husaini Ke-3
Minggu 5 Dulu Lain Sekarang Lain Dancing Queen Abba Ke-4
Minggu 6 Langkah Seiringan Tiga Malam Tanpa Bintang (Duet Bersama Khai Bahar) Fiq Tempat Pertama
Minggu 7 Kelentang Kelentong Mara Bahaya Pop Shuvit Ke-3
Minggu 8 (Suku Akhir) Kupetik Bintang-Bintang You Are My Everything Gummy Tempat Pertama
Minggu 9 (Separuh Akhir) Lagu Untukmu Khayalan Black Dog Bone Ke-6
Tanpa Kekasihku Agnes Monica
Minggu 10 (Akhir) Akhirnya Kini Pasti Titanium David Guetta ft. Sia TEMPAT KETIGA
Jera (Duet bersama Shila Amzah) Agnes Monica
Gangnam Style (battle Nikki Palikat) PSY

All Stars Gegar Vaganza 2023

Suki terpilih menyertai All Stars Gegar Vaganza (2023) melalui Hot Seat All Stars Gegar Vaganza anjuran Astro. Pada show pengenalan peserta dan minggu pertama, Suki membawakan single Ayu Damit iaitu lagu Hanya Di Mercu.

Persembahan dan keputusan All Stars Gegar Vaganza (musim 10)
Konsert Tema Lagu Penyanyi asal Keputusan
Minggu 1 Kembali Menyengat Hanya Di Mercu Ayu Damit Ke-12
Minggu 2 Ikut Tekak Sendiri Tak Ingin Usai Keisya Levronka Ke-15 (Tersingkir)

Diskografi

Album studio

  1. Finally / Akhirnya (2008)

Single

Tahun Judul Album
2006 Berdiri Finally / Akhirnya
2008 Usah
(feat Daly)
2011 Siapa Aku Ost. Disney Camp Rock (versi Melayu)
Terlalu Mencintaimu Ost. Drama Naziha
2012 Untuk Kamu Ost. Drama Seindah Sabarmu
2022 Nelangsa Ost. Filem The Assistant

Filemografi

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2022 Bintang GV Dikejar Zombie Suki Astro Citra

Anugerah dan pencapaian

One in a Million

  • Juara OIAM musim pertama (2006)

Anugerah Industri Muzik ke-15

  • Artis Harapan (2008)

Gegar Vaganza S8

  • Tempat Ketiga

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Suki Low Sook Yee Latar belakangSuki Low Sook Yee KerjayaSuki Low Sook Yee DiskografiSuki Low Sook Yee FilemografiSuki Low Sook Yee Anugerah dan pencapaianSuki Low Sook Yee Lihat jugaSuki Low Sook Yee RujukanSuki Low Sook Yee Pautan luarSuki Low Sook YeeMalaysiaOne in a MillionPinyinRinggitTulisan Cina RingkasTulisan Cina Tradisional

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

TwitterSharifah HusnaNazim OthmanZizie EzetteUniversiti Sains MalaysiaSeri KembanganPolis EVO 3Aeril ZafrelTerapi fizikalHulu LangatSlot AkasiaTerengganuMalaysiaNur FazuraErra FaziraBruneiNabi Sulaiman a.s.RasuahKhir RahmanTengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin ShahSenario (kumpulan muzik)MajapahitRukun IslamSkop ProductionsDarurat Tanah MelayuNajib RazakBatik Air MalaysiaSawiPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaSenario The MovieBudak IjatKumpulan Wang Simpanan PekerjaPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)Peribahasa MelayuSheriffKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Pulau Layang-LayangKerajaan Bani UmaiyahAiman Hakim RidzaSyahadahMia KhalifaPilihan raya umum Malaysia 2022Geografi MalaysiaJangkitanLuqman AbdullahPendidikan di MalaysiaUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaNasionalismeDaerah LangkawiMelur Untuk Firdaus (musim 2)Sistem pernafasanXPDCHantu Kak Limah Balik RumahNusantaraOrang LampungDatuk (gelaran)GasingSejarah MalaysiaNadia BrianSultan Sharafuddin Idris ShahTentera Darat MalaysiaTunku Ismail ibni Sultan IbrahimRozita Che WanVAT 69/UTKMelitha SidabutarSyamsul YusofPulau PangkorHubungan intimYusof HaslamTrisha OoiLimau nipisFahmi FadzilHari Raya AidiladhaMamat KhalidNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuGolongan kata (bahasa Melayu)Frekuensi radio di Perak🡆 More