Stryker

Stryker adalah keluarga kenderaan tempur berperisai pacuan lapan roda yang dihasilkan oleh Sistem Tempur General Dynamics, digunakan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat.

Berasaskan kenderaan perisai ringan Kanada, LAV III, yang sebelumnya diasaskan pada Mowag Piranha buatan Switzerland, Stryker merupakan keluarga kenderaan tentera terbaru semenjak M2 Bradley yang dikeluarkan pada 1980-an.

Stryker
Stryker
Stryker ICV dengan perisai lintang (slat).
Spesifikasi
BeratICV: 16.47 t (18.12 tan pendek)
MGS: 18.77 t (20.65 sh tn)
Panjang6.95 m (22.92 ft)
Lebar2.72 m (8.97 ft)
Tinggi2.64 m (8.72 ft)
Krew2+9

Armor14.5 mm
Senjata
pertama
Meriam M68A1E4 105 mm (MGS)
Mesingan kaliber .50 M2 atau pelancar bom MK19 40 mm dipasang pada sebuah Stesen Senjata Kawalan Jauh PROTECTOR M151 (ICV)
Senjata
kedua
Mesingan kaliber .50 M2 dan M240 7.62mm (MGS)
EnjinEnjin diesel Caterpillar 3126
260 kW (350 hp)
Kuasa/beratICV: 15.8 kW/t (19.3 hp/sh tn)
Sistem ampaianPacuan 8×8
Jarak
operasi
500 km (300 batu)
Kelajuan100 km/j (62 bsj)

Kenderaan ini dinamakan sempena dua tentera Amerika yang menerima Pingat Penghormatan (Medal of Honor) selepas meninggal: Pfc Stuart S. Stryker, yang meninggal semasa Perang Dunia II dan Spc Robert F. Stryker, meninggal semasa Perang Vietnam.

Stryker disokong oleh Jeneral Eric Shinseki semasa dia merupakan (Army Chief of Staff). Kenderaan ini digunakan dalam Pasukan Tempur Brigade Stryker, unit ringan dan bergerak diasaskan pada Doktrin Pasukan Tempur Brigade yang bergantung kepada kenderaan disambung oleh jaringan tentera C4I.

Reka bentuk

Sistem pneumatik atau hidrolik memancu hampir keseluruhan ciri-ciri mekanikal kenderaan; sebagai contoh sistem pneumatik menukar antara pancuan 8X4 dan 8X8.

Kenderaan ini terdapat dalam pelbagai variasi dengan enjin, tranmisi, hidrolik, lereng roda, tayar, sarung (differentials and transfer case) yang sama. Dua pengecualian adalah M1130 Stryker CV (Kenderaan Pemerintah) dan M1133 Kenderaan Pengosongan Perubatan Stryker, yang mempunyai unit penghawa dingin dipasang pada pak. Kenderaan perubatan turut memiliki generator berkeupayaan tinggi.

Pak kuasa dan ciri-ciri mekanikal

Stryker menggunakan enjin Caterpillar yang biasa digunakan bagi lori pengangkut serdahana Tentera, mengelakkan latihan mendalam mekanik secara menyeluruh dan membenarkan penggunaan bahagian yang sama.

Pereka cuba memudahkan kerja pemulihan, memberikan kebanyakan kabel, hos, dan sistem mekanikal dengan mekanisma mudah dipisahkan. Enjin dan transmisi boleh dikeluarkan dan dipasang dalam tempoh kurang sejam, membolehkan pembaikian pencajturbo dan kebanyakan komponen lain dilakukan diluar kenderaan.

Pemerintah, Pengawalan dan Pensasaran

  • Sokongan komputer yang meluas membenarkan tentera berjuang sementara mengurangkan kejadian tembakan rakan. Setiap kenderaan mampu menjejak kenderaan sahabat di medan tempur sementara pada masa yang sama menjejak musuh.
  • Kamera pengimej haba siang malam membenarkan komander kenderaan untuk melihat apa yang dilihat oleh pemandu.
  • Tentera boleh berlatih dengan kenderaan menggunakan modul latihan komputer dalam kenderaan.
  • Pemandu dan komander memiliki periskop yang membolehkan mereka melihar diluar kenderaan tanpa mendedahkan diri mereka kepada bahaya. Komander memiliki sudut pemandangan hampir 360-darjah; pemandu pula memiliki sudut pemandangan lebih sedikit 90 darjah.
  • Sistem Darat General Dynamics kini sedang memajukan Senibina Pengurusan Data dan Tenaga baru bagi mengendalikan peningkatan komputer.

Ciri-ciri perlindungan

  • Perisainya adalah lebih ringan dan kukuh berbanding reka bentuk MOWAG dan mampu menghentikan peluru mesingan penembus perisai 14.5mm dan serpihan meriam 152mm.
  • Sistem pemadam api aumatik AFES - automatic fire extinguishing system mempunyai penderia dibahagian enjin dan bahagian tentera yang mengaktifkan satu atau lebih tabung pemadam api, yang juga boleh diaktifkan oleh pemandu.
  • Pembalik jenis "Topeng Penyambut" yang dikenali sebagai perisai keping (slat) direka bagi melumpuhkan kepala peledak anti kereta kebal berkuasa tinggi bagi baom tangan dilancar roket dengan menghimpit bahagian sudut kon muncung depan dan memintas pengalir antara peledak di hujung dan bahan letupan di belakang. Ini adalah teknik lebih baru dan lebih berkesan berbanding perisai reaktif (appliqué-plate), di mana ruang udara direka bagi meledakkan kepala peledak pada jarak beberapa inci sebelum ia menghentam badan kenderaan.
  • Tangki bahan api dipasang luaran dan direka untuk meletup keluar dari badan kenderaan sekiranya berlaku letupan.
  • Sistem Pertempuran Kimia, Biologi, Radiologi, Nuklear (CBRN -Chemical, Biological, Radiological, Nuclear) membenarkan bahagian anak kapal dalam keadaan kedap udara dan bertekanan udara positif (Udara di dalam lebih tinggi dari udara luar, dengan itu sebarang pencemaran kimia dll tidak masuk walaupun berlaku kebocoran.)

Misi

  • Unit Stryker dilihat lebih berkesan dikawasan bandar, di mana kenderaan mampu mengekalkan kedudukan keselamatan awal berhampiran bangunan dan menurunkan skuad dimuka pintu.
  • Sama seperti UH-60 Black Hawk, Stryker bergantung kepada kepantasan bagi perlindungan utama terhadap sistem persenjataan berat. Ia tidak mampu bertempur dengan unit berperisai berat musuh dan bergantung kepada unit lain bagi mengawal ancaman di luar pengelasannya.
  • Bagaimanapun di Pusat Latihan Kebangsaan (National Training Center) (Fort Irwin California) Brigade ke-3, 2nd ID membuktikan melalui penggunaan taktik tidak konventional dan pasukan kecil diturunkan bersenjata senjata anti perisai, unit Stryker mampu menangani unit berperisai biasa sekiranya terpaksa. Situasi ini merupakan sesuatu yang cuba dielakkan oleh komander kerana kadar kematian yang tinggi.


Rujukan


Pautan luar

Laman rasmi Tentera Amerika Syarikat

Laman lain

Tags:

Stryker Reka bentukStryker MisiStryker RujukanStryker Pautan luarStryker1980-anGeneral DynamicsKanadaKenderaan tempur berperisaiM2 BradleyMowag PiranhaSwitzerlandTentera Darat Amerika Syarikat

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

SabahRicheese FactoryFrekuensi radio di TerengganuNegarakuTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahAisha RetnoUsia BumiSabronzoBade Hj. AzmiBendera PalestinTanda-tanda KiamatNILAMR.A. KartiniNegara PalestinDidi AstillahGabenor Bank Negara MalaysiaJabatan Kemajuan MasyarakatAbdullah bin Ahmad BadawiPenyalahgunaan bahanNegara-Negara KomanwelMilo (minuman)Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalMy Lovely DriverPukimakDaun salamPerubahan iklimIslamSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiTamadunKuala TerengganuTunku Abdul Rahman ibni Sultan IbrahimPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Isa KhanMatlamat Pembangunan MampanNegeri-Negeri SelatUjian dadahSofia JaneJambatan Pulau PinangHujan asidTentang Hati DiaGayatri Su-Lin PillaiNusantaraGunung berapiMega Movie (Slot TV3)Kitar semulaJ RevolusiPontianak Harum Sundal MalamPeristiwa 13 MeiBruneiKumpulan advokasiAnwar IbrahimMuhyiddin YassinHubungan seksRendangPerpaduanBumiputera di SabahSejarah SabahBaju MelayuWings (kumpulan muzik Malaysia)Hazama AzmiNabi Sulaiman a.s.Bangunan Sultan Abdul SamadMajapahitSyamsul YusofNombor telefon di MalaysiaTentera Darat MalaysiaHutan hujan Semenanjung MalaysiaMichael (malaikat utama)Amir NafisPerjanjian PangkorKecerdasan buatanPerempuan Itu (drama)Melitha SidabutarErry PutraYang di-Pertuan AgongBendera MalaysiaMahsuri🡆 More