Solat Hajat: Sembahyang dalam Islam

Solat hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam kesulitan.

Pada kebiasaannya dilakukan secara bersendirian, kadang-kala dilakukan secara berjemaah sekiranya berhadapan kesulitan umum atau mahu berniat seperti kemarau, sakit, dan peperiksaan.

Rasulullah s.a.w. menjelaskan akan bagaimana kita mahu memohon hajat kepada Allah s.w.t. :

‏ مَنْ كَانَتْ لَهُ حَاجَةٌ إِلَى اللَّهِ أَوْ إِلَى أَحَدٍ مِنْ خَلْقِهِ فَلْيَتَوَضَّأْ وَلْيُصَلِّ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya: “Sesiapa yang ada hajat pada Allah s.w.t. atau pada sesiapa daripada kalangan anak Adam, hendaklah dia mengambil wuduk dan kemudian menunaikan solat dua rakaat.” - Riwayat Ibnu Majah, hadith no. 1384

Waktu Solat Hajat

Solat hajat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja sekiranya anda berkelapangan kecuali pada waktu berikut:

  • Waktu Syuruq – Waktu dimana matahari mulai terbit sehinggalah setinggi tombak dan ia biasanya dianggarkan berlangsungnya selama 15 minit.
  • Waktu Zhahirah – Waktu ini ketika matahari berada di tengah-tengah langit pada waktu tengah hari. Bayang-bayang tidak kelihatan kerana matahari berada tepat di atas kepala kita. Ia berlangsung beberapa beberapa minit sebelum masuknya waktu solat Zohor.
  • Waktu Senja – Waktu dimana matahari mulai terbenam sehinggalah terbenam seluruhnya. Waktu ini berlangsung selama 15 minit sebelum masuknya waktu solat Maghrib.

Dan disarankan untuk anda mengerjakan solat hajat ini sebanyak 3 malam atau 7 malam berturut-turut dan berdoa hajat anda kepada Allah.

Niat Solat Hajat

“Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala.”

Cara Melakukan Solat Hajat

  1. Mulakan dengan niat solat hajat
  2. Rakaat pertama - Surah Al-Fatihah dan diikuti surah al-Kafirun 1 kali (ringkas) atau 11 kali.
  3. Rakaat kedua – Surah al-Fatihah 1 kali dan diikuti surah al-Ikhlas 1 kali (ringkas) atau 11 kali.
  4. Selepas memberi salam pada tahiyat akhir, terus sujud dan bacalah tasbih "LA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINAZ ZHOOLIMEEN" sebanyak 41x. Selepas membaca tasbih tersebut bolehlah berdoalah untuk memohon apa sahaja hajat yang diiginkan (masih dalam keadaan sujud)
  5. Selesai doa (dalam sujud tadi), maka bangun kembali dlaam tahiyat akhir dan memberi salam.
  6. Berzikir dan sambung berdoa yang dihajati tadi.


Walau bagaimanapun ada para ulama' yang menyatakan solat ini tiada hadis yang jelas. adapun hadis yang di pegang adalah kesemuanya dhaif. [perlu rujukan]

Rujukan

Pautan luar

Tags:

KemarauSolat sunat

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

The Original GangsterKementerian Kesihatan MalaysiaHari WesakMega Movie (Slot TV3)Upin & IpinElektroterapiJudiNadia BrianP. RamleeKongkekZahirah MacWilsonElly MazleinSimpulan bahasaJoseph KurupSoffi JikanKuchingSarah SuhairiCibaiWan SharmilaNabi Lut a.s.Yang di-Pertua Negeri SarawakLohong hitamBola balingPenjodoh bilangan bahasa MelayuOrang Cina MalaysiaDataran MerdekaLuqman AbdullahDarjah Khas Agama JohorKugiran MasdoRaja Zarith SofiahPenjajahan Jepun di Tanah MelayuEmpayar UthmaniyahSiti NurhalizaUniversiti Kebangsaan MalaysiaMuhammad al-FatihI.D.Kata kerjaLiberalismeKata adjektifPeraturan bola jaringBismillahMokhtar DahariSultan PerakPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Rukun IslamKKN di Desa Penari (filem)Halim RadziQistina RaisahKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaAngkorOrang LampungPulau PangkorPetaling JayaSepahtu Reunion LiveMurutDaun salamArdell AryanaBunga rayaKeluarga 69Lembah BujangHulu LangatAzhar IdrusAisha RetnoKuantanAlor SetarRadio Televisyen MalaysiaIndonesiaSheikh Muszaphar ShukorBima SaktiFC Bayern MunichHarimauPuchong, SelangorSyed Saddiq Syed Abdul RahmanTerlanjur Cinta (drama web)Hang TuahAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamPASKAL (filem)Beto KusyairyJohor Darul Ta'zim F.C.🡆 More