Solat Subuh

Solat Subuh (Jawi: صلاة صبح, subuh serapan Arab: صُبْح, rumi: ṣubh "pagi; awal pagi"; Arab: صلاة الفجر, rumi: ṣalāt al-fajr) adalah satu daripada lima solat fardu yang diwajibkan ke atas umat Islam. Solat fardu wajib ditunaikan seorang Islam yang masih waras dan hidup. Solat fardu tidak boleh ditinggalkan sama sekali dalam apa keadaan sekali pun kerana ia termasuk dalam dosa-dosa besar. Hatta dalam keadaan seseorang sakit teruk sekali pun jika hanya mata yang boleh bergerak maka solat wajib dilaksanakan dalam waktunya iaitu dengan menggunakan isyarat mata. Sekiranya seseorang tertinggal solat fardu, wajib baginya untuk mengulangkannya dengan niat qada.

Salah satu daripada solat fardu adalah solat Subuh. Solat Subuh terdiri daripada 2 rakaat. Bagi mazhab Syafie, solat subuh dilakukan beserta dengan doa qunut.

Waktu untuk menunaikan solat subuh atau solat fajar adalah bermula daripada fajar menyinsing hinggalah terbit matahari. Masa yang tersedia dianggarkan kira-kira 2 jam.

Sebelum solat subuh, seseorang itu digalakkan bagi mengerjakan dua rakaat solat Sunat Rawatib.

Solat yang terbaik ialah solat di masjid ataupun surau (bagi lelaki) secara berjemaah dengan menjaga kekusyukkannya, bacaannya serta rukunnya serta mengambil wuduk secara sempurna. Orang Islam percaya bahawa solat berjemaah adalah 27 kali ganda lebih baik berbanding solat bersendirian di rumah.

Mereka yang menunaikan solat subuh lewat sejurus waktu subuh, lazimnya digelar oleh masyarakat Melayu sebagai "subuh gajah".,

Solat Subuh Yang Dibuat Selepas Waktu Atas Sebab Tidak Sengaja Seperti Tidak Terjaga

Jika solat Subuh dilakukan selepas terbit matahari atas sebab tidak sengaja seperti tidak terjaga daripada tidur, solat Subuh berkenaan sah dan tidak perlu diqada (ganti). Ini kerana menurut hadis, sekiranya sesiapa tertidur dan terlupa solat hendaklah mengerjakan solat apabila dia terjaga atau teringat semula. Waktunya dikira ketika itu

Lihat juga

Rujukan

Tags:

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kata kerja transitifKuala KangsarNabila RazaliLeftenan KolonelHari Alam SekitarCinema (Slot TV3)Jabatan Kemajuan MasyarakatMahathir MohamadQistina KhaledSlot SamarindaMenteri Pertahanan MalaysiaBola jaringKuala LumpurJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaNabi Ibrahim a.s.MelakaAmel AmiliaLovely RunnerPolis Diraja MalaysiaNajua NasirSharnaaz AhmadJenis air untuk bersuci dalam IslamZarina ZainoordinIntan LadyanaAdi PutraBani SyaibahSarimah IbrahimFarajFattah AminZodiakPegawai Waran Udara IAyob Khan Mydin PitchayLemangAdnan bin SaidiPengenalan kepada virusSekolah Jenis Kebangsaan (C) Kubang SemangPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaKemahiran interpersonalAzizulhasni AwangMata anginSenarai kapal Tentera Laut DiRaja MalaysiaBatik Air MalaysiaCerita Rakyat MalaysiaAsertifRazarudin HusainHari Raya AidiladhaSejarah IslamTV3Maya KarinRiezman KhuzaimiMia KhalifaOrang JawaHelikopterKongkekAssalamualaikumErra FaziraRita NadiraSenarai haiwanAnna JoblingShah RezzaSkop ProductionsShaharuddin ThambyMalaysia MadaniKementerian Dalam Negeri MalaysiaPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuMuhammad bin Idris al-SyafiiMohd Noor Helmy Abdul HalemHari Buku SeduniaPertubuhan Keselamatan SosialNasi kerabuErry PutraAbdul Razak HusseinSabahNabil AhmadMarsyal TUDMAcryl Sani Abdullah SaniHadha min fadhle Rabbi🡆 More